Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan KTMB yang telah berjaya mewujudkan gerabak khas untuk penumpang wanita dalam mengatasi pelbagai masalah dan kes jenayah yang semakin parah berlaku hari ini. Selaras dengan apa yang dianjurkan oleh Islam. Islam tidak menyekat ummatnya menggunakan / mencipta sesuatu teknologi, namun ia haruslah bersesuaian dengan syarak.
Namun, sekiranya pada waktu puncak dan terlalu sesak, tempat duduk yang masih kosong boleh diberikan kepada kedua-dua belah pihak. Islam tidak menyekat ummatnya untuk bergaul diantara lelaki dan perempuan tetapi haruslah mempunyai batas-batas yang tertentu. Islam tidak merendahkan martabat kaum wanita, malah ia sebagai satu keistimewaan kepada wanita kerana dilayan dengan begitu baik dan istimewa.
Seperti seorang raja/pembesar. Layanan yang diberikan tidak sama, disediakan khas bilik VIP, kenderaan khas, sebuah istana dan kawasan disekitarnya adalah kawasan larangan dan semuanya berbeza dengan orang lain. Mereka yang bukan ahli tidak dibenarkan masuk dan melihat dikawasan sekitar. Sebab apa? sebab mereka orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi. Maka, dalam Islam, seperti itulah diandaikan maruah dan martabat seorang wanita, Islam mengangkat dan bukan merendah-rendahkan.
Yang menyedihkan, ada juga suara-suara sumbang yang membantah pelaksanaan peraturan baru ini. Dengan alasan, jumud dan kolot. Jika pelaksanaan itu untuk mengelakkan wanita diraba punggungnya ia disokong, jika sekiranya untuk membataskan pergaulan diantara lelaki dan wanita ia menentang sekeras-kerasnya. Inilah fikiran-fikiran yang telah rosak dan binasa dengan fahaman liberalisme dan yahudi laknatullah.
Kata hukama' "Sesungguhnya pencegahan itu lebih baik daripada pengubatan". Dan realitinya sekarang, penyakit sosial, kes buang anak, perzinaan dan sebagainya sukar untuk diubati dan semakin parah. Sesorang yang sakit dan tahu akan bahaya penyakitnya pasti akan berhati-hati dengan setiap tindakan yang akan diambil, dan menurut nasihat doktor. Maka, peraturan dan nasihat daripada Allah s.w.t. yang menciptakan kita lebih-lebih lagi wajib dipatuhi. Kerana Allah yang mencipta manusia, maka Dia lebih mengetahui apa yang baik dan buruk untuk manusia.
Seperti seorang yang mencipta sebuah mesin basuh, pasti akan disertakan dengan buku panduan penggunaan dan larangan yang berkaitan dengannya. Jika mesin yang sepatutnya digunakan untuk membasuh pakaian, digunakan untuk mengoreng ikan, pasti rosak mesin tersebut Begitu juga manusia, lebih-lebih lagi mereka yang beriman kepada Allah s.w.t. Al-Quran telah diturunkan lebih 1400 tahun dahulu sebagai panduan penggunaan dan perjalanan hidup manusia. Dan natijah perlanggaran peraturan tersebut menyebabkan kebinasaan kita hari ini.
Maka, kembalilah bertaubat kepada mereka-mereka yang celupar dan kurang ajar untuk melawan suruhan Allah s.w.t. Kerana apa yang mereka dapat hanya kemurkaan dan jauh daripada rahmat Allah s.w.t yang menciptakan mereka sendiri.
Di Mesir, peraturan ini telah lama dilaksanakan, terutama untuk pengangkutan keretapi. Namun bagi bas dan perkhidmatan tremco. Perkara tersebut sukar untuk dilaksanakan kerean kebanjiran dan kepadatan rakyat mesir yang terlalu ramai. Namun, mereka(wanita) amat sensitif dan kasar jika lelaki terlanggar ataupun duduk berhampiran dengan mereka. Maka, untuk berlakunya kejadian jenayah boleh dikatakan agak sukar. Namun, berbeza dengan wanita kita yang lebih pasif dan bersopan santun.
Dibawah ini artikel untuk dikongsi yang saya petik daripada sumber.
Jurucakap SOL, Wan Gayah Ibrahim mengkritik perlaksanaan tersebut sebagai 'menghina, merendahkan kemampuan, dan menyebabkan wanita tersisih dalam satu gerabak pendek serta kecil berwarna suram iaitu merah jambu.'
"Kami menuntut kesamarataan. Wanita mesti berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lelaki. Lagipun, koc yang disediakan oleh KTMB membuatkan sesetengah wanita yang ingin bergaul bebas dengan lelaki seperti teman lelaki mereka berasa tidak selesa. Wanita mesti diberi peluang untuk berkawan-kawan. Koc ini juga menyebabkan lelaki yang cenderung keperempuanan atau perempuan yang cenderung kelakian berasa dianaktirikan, diketepikan dan didiskriminasikan. Ini tidak sihat untuk Malaysia. Dalam negara yang mengamalkan 1Malaysia kita patutnya mengamalkan '1Koc Untuk Semua." Kata Wan Gayah Ibrahim yang pernah menjadi imam sembahyang Jumaat di beberapa surau di Bangsar dan Bukit Bintang satu masa dahulu.
Apabila ditanya mengenai sambutan positif penumpang wanita terhadap koc tersebut, Wan Gayah Ibrahim cuma menjawab dengan nada skeptikal, "Mereka yang menggunakan koc tersebut kolot. Apa salahnya duduk dan berdiri bersesak-sesak dengan lelaki? Ini adalah alaf baharu. Perlaksanaan koc wanita ini kerana terikut-ikut dengan negara Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Iran. Jangan gunakan alasan gender untuk mengenepikan wanita."
Kolumnis terkenal sebuah akhbar tabloid, Datuk Paduka Ir. Kholidah Samad yang turut dihubungi bagaimanapun sedikit berbeza pandangan dengan Wan Gayah Ibrahim, "Kalau koc itu dilaksanakan supaya wanita tidak kena raba dek lelaki maka saya sokong. Punggung saya sendiri pernah kena pegang sekali dulu di Shah Alam. Saya tak suka orang pegang punggung saya. Tapi kalau koc itu dilaksanakan kerana alasan hukum iaitu lelaki dan perempuan tidak harus bercampur maka saya tidak setuju dan membantah dengan tegasnya. Setiap amalan mestilah dengan niat kata hadis nabi. Jadi saya nak tanyalah niat KTMB di sini? Hukum tidak boleh bercampur baur tu semua ciptaan ulama dan tidak sesuai lagi dengan iklim politik negara kita pasca PRU ke 12." Demikian ujar penyokong kuat SOL tersebut.