Semalam, saya sempat untuk menyertai Majlis Perasmian Asrama Pelajar Johor di Rabaah. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibn Al-Marhum Sultan Iskandar telah sudi mencemar duli untuk merasmikan Asrama Pelajar Johor yang baru di Rabaah, Kaherah, Mesir. Dalam kerangka umrah baginda, baginda singgah di Mesir untuk bersama Sultanah Johor, Sultanah Raja Zarith Sofea.
Saya bukanlah wartawan yang ditugaskan untuk mengambil gambar, namun sebagai ahli dan anak Johor, saya turun untuk bertemu dan bersua muka dengan Sultan Johor yang baru, iaitu Tuanku Ibrahim Ibn Al-Marhum Sultan Iskandar. Dan sempat untuk men"capture" beberapa keping gambar untuk tatapan dan kenangan bersama.
Lama juga menunggu ketibaan Tuanku, bermula dengan ketibaan orang-orang kenamaan serta pegawai-pegawai kerajaan. Turut bersama dalam lawatan ini Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Asal dijadualkan jam 12.30 selepas Zohor, namun Tuanku tiba tepat jam 2.30 petang bersama Sultanah.
Dimulakan dengan acara gimik perasmian, bacaan doa selamat kemudiannya ucapan dan persembahan nasyid daripada Anak-anak Johor Mesir, Tuanku turut berkenan untuk melawat bilik pelajar. Namun saya tidak naik keatas kerana hanya jemputan dan ahli-ahli yang terpilih dibenarkan naik ke Dewan utama.
Memandangkan tempat yang terhad, Pihak Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM) telah menyediakan ruang khas untuk siswa dan siswi dibahagian bawah. Turut disediakan adalah layar putih untuk tontonan ahli-ahli BKPJM.
Dalam Majlis ini turut diundang adalah Presiden dan Timbalan Presiden PMRAM yang baru. Ust Shahrizan Mohd Hazimie dan Ust Zuhaili Saiman. Walaupun ada masalah teknikal yang berlaku serta cuaca panas, namun semangat anak-anak johor untuk bertemu tuanku tetap membara. Ada yang segak menggayakan baju melayu teluk belanga lengkap dengan samping, manakala yang lain memakai suit blazzer hitam lengkap.
Setelah Ucapan perasmian oleh Tuanku Sultan, Baginda dibawa melawat ke asrama dan setelah selesai, sesi bergambar bersama tuanku diadakan. Tuanku cukup sporting dan mesra melayan kerenah anak-anak Johor Mesir, sampai bodyguard tuanku marah, "budak-budak" ni berhimpit nak dekat dengan tuanku. Haha..
Hampir jam 3.40 petang, tuanku berangkat pulang ke Hotel Penginapan di Hyaat Hotel. Saksikanlah gambar-gambar yang sempat amincaptured. Renung-renungkan dan selamat beramal.
P/s : Nak Upload kat FAceBook Asik failed jer.. Huhu.. Jd kena upload kat Blog mudah sket..
Gambar2 nanti saya upload lg.. tunggu..
0 komen mengomen :: Sultan Johor Rasmi Asrama Baru Pelajar Johor Mesir
Post a Comment