Adakah kita menangis kerana rindu? putus cinta? Menangis kerana kehilangan harta benda? Menangis kerana kecewa atau menangis kerana kehilangan mereka yang kita cinta? Aduh.. Susahnya menangis..
Alangkah bertuah seorang pelakon yang berjaya melakonkan wataknya menangis. Alangkah hebatnya seorang pengarah berjaya membuat ribuan penontonnya menangis. Namun, Apakah jenis tangisan yang ia timbulkan?
Sedarlah bahawa,
Dan orang-orang yang senantiasa meneteskan air mata takut kepada Allah Subhanahu wata’ala dinyatakan di dalam hadits,
عَيْنَانِ لاَ تَمُسُّهُمَا النَّارُ: عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِي سَبِيْلِ اللهِ
“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api Neraka: (pertama) mata yang menangis karena takut kepada Allah Subhanahu wata’ala, (kedua) mata yang bermalam dalam keadaan berjaga di jalan Allah Subhanahu wata’ala.” (HR. At-Tirmidzi no. 1639, dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih At-Tirmidzi dan Al-Misykat no. 3829)
Maka, seharusnya kita muhasabah kembali, adakah tangisan yang kita leraikan itu memberi manfaat ataupun syafaat kepada kita setelah kita mati?
Mengapa kita begitu susah untuk menangis? Sudah pasti hati yang kotor dan gelap dengan dosa dan maksiat yang kita lakukan. Seperti seseorang yang duduk didalam sebuah bilik yang gelap, dia tidak mungkin dapat menerangkan bilik tersebut jika tidak berusaha untuk mencari sumber cahaya. Samaada menyalakan api ataupun menebuk diding bilik tersebut untuk memboleh cahaya menerobos masuk. Biarkan tidak terang, sekurang-kurangnya dia dapat melihat apakah yang ada didalam bilik tersebut.
Begitu juga hati kita, jika kita tidak berusaha untuk membuatkan ia mudah menangis, bagaimana ia mahu menangis. Hati yang mudah menangis adalah hati-hati yang dekat kepada Allah s.w.t. Sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menjauhi segala larangannya. Jika kita tidak berusaha untuk meneranginya, bagaimana ia akan bercahaya?
Sesungguhnya Ilmu itu Cahaya Allah, dana Cahaya Allah tidak memberi petunjuk kepada mereka yang melakukan maksiat. Dan maksiat itu sudah pasti balasannya neraka andai sahaja kita tidak bertaubat.
Dan api Neraka itu, wahai hamba Allah !… Sebagaimana yang disifatkan di dalam firman-Nya,
لَهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ ظُلَلٌ مِنَ النَّارِ وَمِنْ تَحْتِهِمْ ظُلَلٌ ذَلِكَ يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِ عِبَادَهُ يَا عِبَادِ فَاتَّقُونِ
“Bagi mereka lapisan-lapisan dari api di atas mereka dan di bawah mereka pun lapisan-lapisan (dari api). Demikianlah Allah Subhanahu wata’ala mempertakuti hamba-hamba-Nya dengan azab itu. Maka bertakwalah kepada-Ku hai hamba-hamba-Ku.” (Az Zumar: 16)
0 komen mengomen :: Susahnya Menangis
Post a Comment