Mungkin isu ini sudah lama, cuma saya baru terbaca status Mantan Presiden PMRAM, Ust Abd Mu'izz di Facebook beliau sebentar tadi, dan beliau ada melinkkan berkenaan maklumat tersebut. Inilah yang membahayakan masyarakat sekarang bilamana binatang yang tidak berakal boleh dipercayai dapat meramalkan sesuatu keputusan.
Walhal, kita sebagai umat Islam wajib meyakini Qada' dan Qada' Allah s.w.t. Bahawa setiap perkara yang berlaku sudah berada didalam pengetahuan Ilmu Allah s.w.t. Menang ataupun kalah sesuatu pasukan itu telah Allah tetapkan sejak azali lagi. Bukan ketentuan atau ramalan daripada makhluk.
Manusia hari ini semakin diperbodohkan, bilamana mempercayai perkara-perkara sebegini dan menyekutukan Allah bilamana mempercayai binatang boleh meramalkan kalah ataupun menang sesuatu kumpulan.
"Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
-Luqman ayat 13 -
" Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa (syirik) mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya)".
- An-Nisa' ayat 48 -
Penegasan bahaya syirik tidak terhenti setakat itu saja, malah ditegaskan lagi melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidakkah pernah aku nyatakan kepada kamu mengenai dosa yang paling besar? Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. Sahabat menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah. Sabda baginda: Syirik kepada Allah dan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Ketika itu Baginda bersandar dan kemudian baginda duduk. Sabda Baginda lagi: Perkataan yang palsu dan penyaksian yang palsu.”
Seorang sahabat bernama Abdullah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah? Jawab Baginda: “Engkau menjadi suatu yang lain sekutu bagi Allah sedangkan Dialah yang menjadikan kamu. Aku (Abdullah) berkata: Sesungguhnya ini suatu yang berat. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi dosa yang besar? Baginda menjawab: “Engkau membunuh anak kamu sendiri kerana takut fakir. Aku bertanya, kemudian apa lagi? Baginda menjawab: “Engkau berzina dengan isteri jiranmu sendiri.” – (Hadis riwayat Muslim)
Daripada Anas menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda mengenai dosa besar iaitu mensyirikkan Allah, menderhaka kedua ibu bapa, membunuh nyawa dan memberi penyaksian palsu. – (Hadis riwayat Muslim)
Hadis lain, daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah menasihatkan sahabat dan orang Islam supaya menjauhi tujuh perkara yang membinasakan hidup seseorang iaitu mensyirikkan Allah, melakukan perbuatan sihir, membunuh nyawa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari daripada medan peperangan dan menuduh perempuan Mukmin suci melakukan zina. – (Hadis riwayat Muslim)
Kadangkala kita sendiri secara tidak sedar telah syirik kepada Allah, dan selalunya syirik khafi. Syirik kecil yang secara tidak sedar seperti bersifat riak, ujub dan takabbur dan banyak lagi. [Nauzubillahiminzalik]. Moga kita dijauhkan daripadanya.
0 komen mengomen :: Percaya dengan Sotong, Syirik yang nyata..
Post a Comment