Semakin kita melepaskan pentadbiran kepada Umno maka akan semakin kusut masa depan negara. Begitulah antara hipothesis yang boleh kita simpulkan. Bagi mereka yang menyedari hakikat ini, marilah sama- sama kita beri yang terbaik kepada negara.
Jalan hidup yang diredhai ialah Islam. Maka, Islamlah kamu nescaya kamu selamat. Selamatlah negara kita kalau kita memberi mandat pemerintahan kepada pemerintah yang tepat iaitu Islam.
Pelbagai cabaran yang datang dan fitnah yang melanda ummat Islam sekarang. Bukan sahaja daripada orang- orang kafir, tetapi fitnah yang dibawa sendiri oleh orang yang mengaku Islam. Menganjurkan program Islam, tetapi hanya plastik luaran.
Pengisian yang telah merosakkan imej Islam dan memberi gambaran yang teruk kepada muslimah. Bagaimana perkara sebegini boleh terjadi?
Hal ini menunjukkan kejahilan agama berleluasa. Berlaku di sebabkan sistem pendidikan yang mengabaikan aspek akhlak dan pakaian Islam.
Sistem sekular yang megabaikan dan tidak memperkemaskan ajaran Islam kepada pelajar- pelajar sekolah. Jika di lihat di kampus- kampus juga, sistem undang- undang pakaian tidak ketat dalam perlaksanaan sahsiah rupa diri mengikut acuan Islam.
Sahsiah rupa diri yang di keluarkan seolah- olah membenarkan pakaian yang mendedahkan aurat. Tidak ada saman atau denda kepada pelajar- pelajar yang tidak menutup aurat.
Mahasiswa perlu menyedari bahawa pihak pentadbiran tidak menitik beratkan hal Islam. Maka dilepaskan begitu saja. Sebagai mahasiswa, marilah sama- sama kita sedar dan perbetulkan permasalahan ini.
Kita sebagai mahasiswa perlu menggerakkan program- program bagi menerangkan semula bentuk dan ciri- cirri pakaian muslimah serta akhlak yang di tuntut Islam.
Perlu kita membentuk pemikiran mahasiswa berkenaan pakaian Islam yang sebenar dan kita perlu mendedahkan bahawa telah banyak fitnah terhadap Islam di jalankan melalui pakaian.
Program umpamanya Fiqh wanita perlu di gerakkan. Agar mahasiswa menyedari hakikat sebenar penipuan musuh- musuh Islam.
Mahasiswa perlu menjadi agen- agen yang membawa Islam. Pemuda- pemudi yang akan meruntuhkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU-13 nanti. Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.
Adik Amin,
Baca dan hayati nasihat saya, semasa adik bersekolah rendah, kerajaan mana yang bagi bantuan buku teks, semasa adik amin di sekolah menengah, kerajaan mana yang masih bantu adik amin belajar dan ambik spm, untuk makluman adik amin, 75% graduan al-azhar (malaysia) merupakan Guru-guru j-QAF yang kini berkhidmat dengan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO/BN.
Jika adik amin ingin berpolitik, silakan, tiada halangan. Tapi harus diingatkan, mampukah PAS yang kini menjadi tunggangan PKR/DAP untuk memerintah Malaysia ?. Apa peranan PAS dalam PR dan bagaimana nasib PAS jika PR memerintah Malaysia ?.
Kami di Malaysia pun dah tengok dengan jelas bagaimana PAS diperkotak-katik dengan begitu teruk oleh PKR dan DAP. Sangat teruk situasi PAS dalam PR ini.Sementelah itu adik amin, saya tak salahkan fikrah adik amin memandangkan usia adik amin adalah usia mahasiswa yang masih terikat dengan pengajian dan masih menerima maklumat dari sebelah pihak, cuma yang pastinya fikrah adik amin akan berubah bila bekerjaya nanti.Percayalah dan itulah keadaan graduan al-azhar yang kini menjawat pelbagai jawatan di Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran dan pelbagai agensi yang lain.
Pendidikan Islam SJKC Sin Ya
November 16, 2010 at 6:45 AM