Berita dari Jeddah

Bismillah. Alhamdulillah, masuk hari ni adalah hari ke 6 saya berada di bumi Jeddah, di Kompleks Tabung Haji, Madinatul Hujjaj. Maaf kerana tidak dapat mengemaskini berita dan info terbaru sepanjang keberadaan disini. Keterbatasan ruang dan akses internet yang perlahan kerana terpaksa berkongsi dengan ribuan pelajar-pelajar Malaysia yang lain. Maka, atas faktor itu membuatkan saya tidak dapat mengemaskini berita-berita terkini.

Apapun, semua pelajar Malaysia disini berada dalam keadaan selamat dan aman. Bukan sekadar cukup, tetapi terlebih makan, kerana makanan yang sampai terlalu banyak dan kerap. Terima kasih kepada Kelab Malaysia Jeddah yang banyak memberi sumbangan berupa makanan, peralatan seperti tuala mandi, ubat gigi, selipar dan banyak lagi. Tidak lupa kepada pihak Lembaga Tabung Haji dan Kerajaan Malaysia yang telah membelanjakan jutaan ringgit demi memastikan keselesaan dan keselamatan rakyat Malaysia yang dipindahkan keluar daripada Mesir.

Sebahagian pelajar Malaysia yang baru tiba daripada Mesir sedang mendengar taklimat daripada Datuk Duta.

Sehingga kini Sabtu (12 Februari 2011) Sebahagian besar pelajar Malaysia yang dipindahkan ke Jeddah telah selamat dibawa pulang ke Malaysia samaada yang menaiki pesawat yang dibiayai oleh kerajaan mahupun tanggunggan sendiri. Senarai nama mereka yang telah selamat tiba di Malaysia dan jadual penerbangan boleh disemak di sini.

Kepada ibu bapa dan keluarga yang masih menanti ketibaan anak-anak, jangan risau dan gelisah, pihak bewajib sedang mengusahakan yang terbaik dan langkah yang paling cepat untuk memastikan pelajar-pelajar Malaysia selamat pulang ke tanah air. Cuma, memerlukan sedikit kesabaran dan masa, kerana ia bukanlah suatu tugas yang mudah untuk menguruskan ribuan pelajar di negara asing dalam masa sehari dua. Kerana urusan terpaksa dibuat dengan pihak imigresen dan kedutaan negara lain bagi melancarkan sebarang urusan.


InsyaAllah, gambar sepanjang perjalanan yang sempat saya rakamkan akan dikongsikan bersama selepas ini. Pengalaman menaiki pesawat tentera C-130 Charlie, amat bermakna dalam hidup. InsyaAllah, akan saya ceritakan bersama gambar selepas ini. Diharap kepada semua pihak, jangan terlalu risau keadaan kami disini. Alhamdulillah, semua kemudahan kesihatan, makanan, tempat tinggal dan sebagainya serba lengkap walaupun ada kalanya berlaku sedikit kesulitan dan masalah. Itu perkara biasa.

Untuk makluman juga, insyaAllah. Semua pelajar yang dipindahkan ke Jeddah akan dibawa pulang ke tanah air selewat-lewatnya hari ahad ini. Doakan agar segala urusan dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

8 komen mengomen :: Berita dari Jeddah

  1. semoga awk nsemua selamat disana...amin....

  2. Salam... semoga semua nya selamat disana dan selamat pulang ke tanah air, kami mendoakan yang terbaik untuk anda.

  3. Akhirnya ternakkan PAS yang bernama Muhammad Al-Amin Bin hj salleh mengucapkan terima kasih kepada KERAJAAN MALAYSIA YANG DIWAKILI UMNO/BN...tapikan mana pergi penyalak BP PMRAM tu yer ?..dah kena kasi ker ?....

  4. Akhirnya ternakkan PAS yang bernama Muhammad Al-Amin Bin hj salleh mengucapkan terima kasih kepada KERAJAAN MALAYSIA YANG DIWAKILI UMNO/BN...tapikan mana pergi penyalak BP PMRAM tu yer ?..dah kena kasi ker ?....

  5. Anon : Cakap tu biar beradab la bro. Buat kerja cara Islam, bertindak cara yang rasional. Yang betul kena kata betul. Ucap time kasih salah, tak ucap pun salah. Apa yang ko nak politikkan sangat nih?

    Memang perlu terima kasih dekat kerajaan sbb diorg yg bertanggungjawab. Kalau lepasni sapa pun perintah, tanggungjawab tetap tanggungjawab bro. Duit tu duit rakyat. Duit kita semua. Bukan duit UMNO BN. So, mmg patut pun kami terima benda ni sume, dah bayar cukai banyak.

    Cuma yang salah kena la kata salah, mmg UMNO BN banyak rasuah, banyak songlap duit. Banyak kroni, so apa masalahnya? Nak kata yang tu betul jugak?

    Tak tau apa-apa jangan nak buat fitnah. Nak cakap apa cakap la kat BP PMRAM tu, tanggung la kat akhirat nanti. Jumpa disana.

  6. Bila masa ko bayar cukai ?..kerja pun tak ader..ader hati nak kata ko bayar cukai ?...mak bapak ko tak ajar ker cukai tu aper ?...belajar la dulu sampai abis...jangan nak bongok dengan parti islam ko tu...buka la bijik mata ko dulu..

  7. lagi satu bro..Parti yang ko sanjung sangat tu ader ke sewa kapal terbang walaupun sebijik nak bawak balik budak mesia dari mesir ?...setakat hantar RM120k nak buat aper ?...

    Dah la penat lelah orang bawak balik, tapi dok maki lagi ader la..memang bangsat tak sedar diri..

    Nak sokongan sangat parti islam ko..aper jasa parti ko tu dalam ops piramid?..dok melalak sana sini bole la..abis air liur ajer..

  8. Anony ni kepala otak dok kat lutut sebab tu tak boleh pikir. Jangan layan.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers