Apa Itu Khurafat? Masyarakat kita ni seringkali mengaitkan sesuatu yang bertentangan dengan Islam sebagai khurafat. Dan aku juga memegang kepercayaan seperti itu sejak dari kecil sampai ke hari ini. Bahawa amalan2 yang songsang sesetengah orang memanggilnya dengan amalan khurafat. Tetapi kepercayaan itu berubah, bilamana aku membaca sebuah kitab Hadith, berkenaan keperibadian Rasulullah SAW. Kitab As-Syamail Al-Muhammadiah.
Aku percaya, ramai daripada pembaca sekalian pun memegang kefahaman makna khurafat dalam konteks yang hampir sama. Walhal hakikat sebenarnya tidak. Ia bukanlah satu amalan tetapi khurafat adalah nama seorang lelaki daripada kabilah 'Udzrah. Kisahnya seperti dibawah.
Pada suatu malam, Rasulullah SAW berbual-bual dengan isteri-isteri baginda. Seorang daripada mereka berkata: 'Perbualan ini seperti perbualan khurafat.' Rasulullah SAW membalas: "Adakah kamu semua tahu apa itu khurafat?.
Khurafat/khurafah adalah nama seorang lelaki daripada kabilah 'Udzrah yang ditawan oleh jin pada zaman jahiliyah. Dia tinggal bersama-sama jin dalam jangka masa yang lama. Kemudian, apabila jin mengembalikannya semula ke alam manusia, Khurafah menceritakan kepada manusia mengenai perkara-perkara yang ajaib yang dia lihat di alam jin. Oleh itu, manusia menyebut 'itu cerita khurafat' ".
(As-Syamail Al-Muhammadiah : 243 Diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi dan Imam Ahmad)
Aku percaya, ramai yang baru mengetahui pasal khurafat ni atau mungkin aku sorang je. Sebab tu la aku nak berkongsi kat sini. Biar setiap kepercayaan kita itu ada dalil dan ilmu.
teruskan dgn perkongsian ilmu~
nazirahnazir
April 18, 2011 at 4:30 PMowh.. terjawab sudah.. pnah jgak terfikir dari mana dtg nye the word khurafat.. nak2 plak skrg ni (kat Msia) btimbun-timbun crite/movie bkait dgn khurafat.. Thanks!
sukma atiqah
April 18, 2011 at 5:01 PMRasanya ramai yang tak tahu benda ni...
Anonymous
April 18, 2011 at 6:43 PMNazirah: INsyaAllah, mohon juga doanya..
aminmenulis
April 18, 2011 at 8:01 PMAtiqah: Alhamdulillah, moga hadith ni menjadi pencerahan dan penambahan ilmu buat kita semua.
aminmenulis
April 18, 2011 at 8:04 PMBintang: Yup, sbb kita selalu mendengar dan percaya, tapi jarang mahu bertanya atau membaca. Muhasabah bersama. Hehe..
aminmenulis
April 18, 2011 at 8:08 PMmemang tak pernah tau pun...
dan hari ini baru tau..
tq bagi tau.. (^^,)
Faaein Himura
April 19, 2011 at 1:27 AMFaaein: Alhamdulillah, terima kasih baca. Boleh sampaikan pada orang lain.
aminmenulis
April 19, 2011 at 2:31 AMoh br tau..tq!
sarah
April 20, 2011 at 1:08 PM