Dibuang Universiti Kerana Menganjur Bersih 2.0 Mesir. Kenapa Hanya di Mesir?




Semalam saudara Mohd Firdaus Madzlan atau lebih mesra dikalangan mahasiswa Islam di Mesir sebagai Ust Alang. Menerima panggilan telefon daripada doktor kuliahnya, di Darul Ifta' Misriyyah. Bahawa beliau telah dibuang daripada universiti atas alasan ada masalah dengan kedutaan Malaysia di Mesir. Kemungkinan besar adalah disebabkan beliau adalah penganjur kepada Bersih 2.0 Mesir baru-baru ini.



Saudara Firdaus adalah penuntut kursus lanjutan untuk menjadi mufti di Darul Ifta' Misriyyah. Beliau yang akan menamatkan pengajiannya pada 25 Julai ini, setelah 3 tahun menghabiskan masa untuk melayakkannya menjadi seorang bakal mufti terpaksa berputih mata, atas alasan menganjurkan Bersih 2.0 dan ia tiada kena mengena dengan undang-undang atau kesalahan universiti. Hanya kerana mendapat arahan daripada kedutaan Malaysia, beliau dinafikan haknya.

Apakah ini demokrasi dan keterbukaan kerajaan Malaysia? Walhal di Mesir, atau pelajar Malaysia yang belajar di luar negara sama sekali tidak terikat dengan Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) yang membolehkannya untuk dikenakan tindakan yang terkandung didalam akta tersebut. Amat malang dan menyedihkan tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia kerana politik sempit.




Persoalannya sekarang, mengapa hanya di Mesir diambil tindakan? Bukankah Bersih 2.0 dianjurkan diseluruh dunia? Di Australia, Jepun, Taiwan, United Kingdom, US dan lain-lain lagi? Adakah hanya kerana beliau seorang mahasiswa Melayu Islam, maka tindakan tersebut dikenakan keatas beliau? Jika kerajaan Malaysia ingin mengenakan tindakan sebegitu, biarlah adil, hukum semua penganjur atau mereka yang terlibat dengan tindakan yang sama ditempat-tempat lain. Jangan hanya kerana kami anak Melayu, kamu berani mengambil tindakan, berbanding pelajar bangsa lain? Ini sikap double standard kerajaan Malaysia.


BERSIH 2.0 UK


BERSIH 2.0 San Franscissco

Apa yang salahnya dengan penganjuran Bersih 2.0 di Mesir atau diseluruh dunia? Walhal ia dilaksanakan untuk menyokong dan menuntut kearah sistem pilihanraya yang bebas dan lebih adil. Malah, ia dilaksanakan dengan aman dan tiada sebarang provokasi dan kekecohan. Maka, dimana atau atas alasan apa beliau dihukum? Jika dikatakan menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong, dimana lafaz atau tindakannya yang menderhaka? Dalam titah Yang DIpertuan Agong sendiri tiada kenyataan dikeluarkan melarang perhimpunan Bersih, tetapi baginda hanya menasihatkan bahawasanya himpunan/demonstrasi jalanan lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.



Seluruh dunia melihat, bahawa keburukan dan kekecohan itu berlaku adalah disebabkan provokasi polis dan menggunakan kekerasan. Walaupun perdana menteri cuba menafikan dengan mengatakan polis hanya menggunakan tindakan yang paling minimum keatas demonstran dalam temubualnya dengan CNN dalam rangka lawatan ke UK semalam. Tenyata, kebenaran tidak dapat disembunyikan lagi, semua mata memandang dan mengatakan bahawa tindakan polis dan FRU adalah zalim dan melanggar hak asasi manusia. Jika tidak, masakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyelar tindakan kerajaan Malaysia dalam menyurai dan mengendalikan himpunan aman Bersih baru-baru ini.




Sepatutnya kerajaan menggunakan peluang himpunan bersih 2.0 sebagai satu peluang dan menambah kredit bagi menunjukkan kepada rakyat Malaysia dan dunia, bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang adalah terbuka dan rasional dalam memberikan hak kepada semua rakyat seperti mana yang terkandung dalam perlembagaan negara, hak setiap warganegara untuk berhimpun secara aman dan bebas bergerak diseluruh negara. Tetapi, kerana ketakutan yang amat terhadap tuntutan bersih, kerajaan tidak nampak peluang dan ruang yang boleh mereka ambil daripada perhimpunan aman tersebut.




Kami berharap kerajaan Malaysia tidak sebodoh itu dan menarik balik tindakan kurang cerdiknya hanya kerana seorang rakyat menuntut hak agar diadakan pilihanraya yang bersih dan adil.

Ayuh sahabat-sahabat sama-sama kita mendoakan agar mereka yang dizalimi mendapat pembelaan dan mereka yang zalim Allah beri hidayah atau hancurkan mereka.

Rasulullah Sollallahu alaihi wasalam pernah bersabda: "Barangsiapa yang memudahkan jalan orang yang ingin menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkan jalannya untuk ke Syurga" maka dengan tindakan menyusahkan serta ingin menyekat orang ingin menuntut ilmu hanya kerana perbezaan fahaman politik, seolah-olah ia menolak tawaran syurga daripada Allah subhanahu wataala. Maka, lawan kepada syurga adalah neraka.

Sabda Rasulullah SAW: "Bantulah saudaramu yang zalim atau yang di zalimi". Para sahabat lalu bertanya: "Memang kita perlu membantu saudara kita yang dizalimi, tetapi bagaimana pula kita membantu mereka bilamana mereka melakukan kezaliman?”. Maka Rasulullah SAW menjawab : “Engkau mencegahnya daripada melakukan kezaliman, itulah cara membantu saudaramu yang zalim.” (H.R. Al-Bukhari)

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga

Jika demonstrasi aman sebegini pun dikata tindakan yang memalukan negara, hingga dibuang universiti. Lebih baik kita buat huru hara sungguh, biar tindakan buang universiti tersebut setimpal dengan tindakan yang dilakukan. Jangan cabar anak muda untuk melakukannya. Kami mampu merusuh, menyerang kedutaan, tetapi kami tidak mahu lakukan, sebab kami tahu bukan sebegitu yang Islam ajar dan kami masih ada pertimbangan yang rasional dan menghormati adab tingkah laku sebagai seorang mahasiswa Islam. Dan yang paling penting perlu difahami adalah kami bukan menentang kerajaan, kami sekadar mahu penambah baikan dalam sistem piliharaya negara. Tanda cinta dan semangat patriotisme kami anak Malaysia.

18 komen mengomen :: Dibuang Universiti Kerana Menganjur Bersih 2.0 Mesir. Kenapa Hanya di Mesir?

  1. baru je baca dlm malaysiakini.. sayangnya, tggal 2mggu je lg..

    dkat barat dorg xbrani amek tndakan sbb org sane lbh lantang.

    silap2 nnt ade rally serang embassy mlysia pulak..

  2. Allahurobbi.. Semoga Allah tambahkan keimanan di hatinya.. sangat bangga dengan beliau dan sangat2 kecewa dengan tindakan 'mengkhinzir buta' oleh kerajaan kita.

    Semoga Allah membantu. Kami mahasiswa di Malaysia bersama-sama anda semua. Tabahlah, insyaAllah bantuan Allah pasti tiba untuk kalian.

  3. zalimnya buat gitu... auku itu sendiri dah mengekang suara mahasiswa utk bersuara... sedih juga...

    semua urusan beliau dipermudahkan...

  4. This comment has been removed by the author.
  5. ya Allah! kejamnyaaaa..mereka yg tidak berhati perut. semoga ditabahkan hati ustaz menghadapi ujian ini..dan semoga semakin bertambah keimanannya terhadap Allah swt. ameen ya Rabb.

  6. i orang cina...
    dari pandangan saya, kerajaan membuat demikian Bukan kerana mangsa tersebut orang melayu....

    saya rasa kerajaan TAKUT dengan pengaruh pelajar muda melayu yang sedang membangun dan berpelajaran...


    populasi cina tak baynak, malah tidak cukup pun untuk mengubah nasib seluruh negara ini....

    hanyalah dengan perpaduan antara kaum berbeza beza, kita boleh berarak ke hadapan....


    Well done Malaysians!

  7. i orang cina...
    dari pandangan saya, kerajaan membuat demikian Bukan kerana mangsa tersebut orang melayu....

    saya rasa kerajaan TAKUT dengan pengaruh pelajar muda melayu yang sedang membangun dan berpelajaran...


    populasi cina tak baynak, malah tidak cukup pun untuk mengubah nasib seluruh negara ini....

    hanyalah dengan perpaduan antara kaum berbeza beza, kita boleh berarak ke hadapan....


    Well done Malaysians!

  8. salam, sangat setuju.."pelajar Malaysia yang belajar di luar negara sama sekali tidak terikat dengan Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) yang membolehkannya untuk dikenakan tindakan yang terkandung didalam akta tersebut. Amat malang dan menyedihkan tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia kerana politik sempit."

    macam zalim je....tapi betul ke sbb dia anjurkan bersih?

    boleh tak nak copy entry akhi?

  9. kalian buatla pulak demonstrasi aman menuntut hak beliau...

  10. NAK SHARE..TQ :)

  11. Sukma Atiqah: Yup, teramat zalim sbb dah nak grad. Mereka takut sangat dgn Mesir, sbb mesir antara tempat mereka tidak dapat nak kuasa pemikiran dan gerakan mahasiswa Malaysia disini, sebab tu macam2 tohmahan, tekanan dan fitnah ketas pelajar-pelajar Mesir baik medic dan lebih2 lagi pelajar pengajian Islam.

    Cik Ajie: Terima kasih atas doanya, insyaAllah, sempena malam nisfu sya'ban ni sama-sama kita doakan buta mereka yang zalim. Terus menyokong kami disini.

    Tip Blogging: Masalahnya di luar negara tiada AUKU, maka dia buat kaedah buang terus daripada U. Teramat kejam bila pelajar master tersebut dah nak grad.

    Anonymous Cina : Yup, betul jugak cakap kamu tu, cuma saya sengaja timbulkan persoalan sebab ape hanya kami dimesir, adakah kerana kami pelajar Melayu. Sekadar ingin timbulkan dimana semangat melayu yang kononnya umno perjuangan selama ini. Dimana semangat 1 Malaysia? Setuju dengan komen kamu. Thanks fot the support.

    Humaira: Sama-sama doakan agar orang yang zalim ni diberi balasan yang setimpal oleh Allah.

    Pemburu Cinta Agung: SIlakan copy. Yup, saya teramat yakin sebab beliau tidak pernah ada sebarang masalah baik dari sudut akademik dan dengan universiti. Beliau pelajar cemerlang, dan mereka yang belajar di darul Ifta' sama taraf dengan master.

    anisah roslan : Diizinkan, terima kasih.

  12. Dia dapat scholarship dari mana ni?

  13. Dia dapat bantuan zakat daripada Majlis Agama Islam Selangor.

  14. kasihan... apa agknya perasaan mak ayah dia?..
    mari la kt same berdoa agar pemimpin kt brubah dan insaf.. spy dpt la kt memilh pemimpin y baik.. trmasuk lah akhlak dan peribadinya...
    Semoga Malaysia terus aman..

  15. peljar melayu bodoh nak mampos..
    org suruh belajar..dia buat benda lain dan terlibat politik..
    bodoh..sgt bodoh..
    peluang yang ada di sia-siakan..
    jgn marah kerajaan,,marah lah diri sendiri..mengadulah sama ambiga..mintak sama dia bole tolong atau tidak..
    harus di ingat amanah seorang pelajar adalah utk belajar..!

  16. zalim kah kerajaan??
    siapa yang zalim di sini,,?
    org bagi zakat utk belajar..tapi buat benda bodoh..
    aku tak halalkan duit zakat aku utk pelajar bahlol di mesir..!

  17. dr rita coolidge ni sape??sound like poyos..

  18. Dr Rita Coolidge, abis belajar negara meruntuh takde maknanya!buat cam Ambiga anjur tu dpt ke pampasan? ini seme usaha rakyat nak memperjuangkan untuk masa depan yang lagi baik. kerajaan ini dah tak berkhidmat demi rakyat, ape salahnya kite rakyat menyuarakan hak sendiri? setakat belajar bodoh tanpa mengambil berat hal2 tanah air sendiri, baik dok soh belajor!

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers