1. Memang benar Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Meskipun Portugis menjatuhkan kerajaan Melayu Melaka 1511, kesultanan Melayu terus berkembang di negeri-negeri lain.
2. Sejak 1511, orang Melayu terus menjadi tuan di Tanah Melayu hinggalah sekarang. Hinggalah kemuncaknya timbul slogan `Ketuanan Melayu'.
3. Apapun, Portugis, Belanda, Jepun dan British telah menjadikan sebahagian pemimpin Melayu sebagai barua mereka.
4. Lalu barua-barua inilah yang menindas Melayu bawahan sebagai hamba sahaya.
5. Hidup Melayu!
6. Rakyat seluruh alam Melayu beruntung kerana selama ini kita menjadi tanah yang dinaungi atau dilindungi kuasa Inggeris.
7. Melayu miskin, papa di tanah sendiri - naungan yang cukup sempurna. Kerana kita tidak sesekali menyebut Inggeris sebagai penjajah.
8. Tapi Inggeris sebagai pelindung.
9. Makin panjang lagi khurafat Melayu.
hehe.. i thought .. apa yg i faham.. bila malaysia tidak pernah di jajah .. kerana malaysia ditubuhkan selepas kemerdekaan.. yang bermaksud segala porak peranda dan perjuangan sebelum-sebelum ibi atas nama "tanah melayu " .. hehe.. like your entry.. :) hehe..
Misty Melor
September 14, 2011 at 3:26 AMHehe.. Aah kan, Malaysia mana pernah dijajah. Tanah Melayu je.. haha.. interesting..
aminmenulis
September 14, 2011 at 5:40 AM