Malamku bersama Habib Umar bin Hafidz

Alhamdulillah, baru sebentar tadi aku duduk dalam satu majlis, bertentang mata dan muka diantara satu sama lain. Cuma, hanya beliau yang berkata dan aku pula mendengarnya. Kalamnya cukup tersusun indah, membuatkan jiwa bergetar hebat. Butiran katanya membuatkan siapa saja yang mendengar jatuh cinta. Walaupun baru seketika mendengarkan, sudah cukup membuatkan hati ini rindu.

Dalam sekelip mata, segenap ruang penuh dengan pakaian berwarna putih. Tidak pernah aku lihat lantai simen ini ditutup rapat dengan manusia sesesak ini. Hanya kerana beliau. Kekasih Allah. Al-Habib Umar bin Salim bin Hafidz. Ulama' terkenal daripada Hadramaut, Yaman. Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku peluang dan waktu yang cukup indah ini. Tidak perlu pergi jauh, ke Yaman untuk bertemu, cukup hanya beberapa langkah daripada rumah. Seorang ulama', juga auliyak.

Kata-kata ikhlaslah dalam setiap amalan sering kita dengar, namun betul kata hukama'. Kalam yang keluar daripada mulut orang yang soleh dan ikhlas, walaupun ringkas, cukup untuk membekas didalam hati. Terus melekat dan masuk kedalam gegendang telinga lantas merungkaikannya menjadi maklumat.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/301499_303672879659671_100000508851984_1221792_1598707640_n.jpg
Ketibaannya dinanti, disambut dengan penuh kegembiraan. Sehingga terpaksa dikawal ketat, kerana jadualnya yang padat. Bimbang hadirin yang hadir melambatkan perjalanan majlis, andai semua yang hadir ingin bersalam dan berjabat tangan.

Ketibaan Habib Umar bin Hafidz Hafizohulloh di Dataran Hayyu Asyir sebentar tadi sempena Muhadharah Ilmiah terakhir Habib di Mesir dan akan bertolak ke Makkah malam ini untuk menunaikan Haji. Hadirnya memberi semangat untuk menuntut ilmu, menyuburkan rasa cinta kepada Habibuna Rasulullah Sollallohu Alaihi Wasallam. Seterusnya mengislah diri dan masyarakat bersama gerakan Islam dinegara masing-masing.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/306491_303681016325524_100000508851984_1221808_259454994_n.jpg
Sejuk dan tenang melihat wajah Habibullah, Habib Umar bin Hafidz Hafizohulloh tersenyum sebentar tadi. Antara pesanan Habib Umar tadi ialah berkenaan niat/ikhlas dalam melakukan apa jua pekerjaan lebih-lebih lagi dalam menuntut ilmu. Jangan belajar kerana ada niat lain. Allahu Allah, insaf dan kembali bersemangat untuk berguru dengan para masyaikh di bumi Mesir.

Saya ambil tulisan Al-Fadhil Ustaz Noorazam Bahador berkenaan nasihat Habib Umar bin Salim bin Hafidz kepada penuntut ilmu:

1. Pentingnya memilih dan menentukan sumber rujukan kita dalam mengambil Ilmu dan Kefahaman Islam.

Abdullah Ibnu Mubarak RadhiyaAllahu Taala Anhu menyebutkan:

"Ilmu ini(Ilmu Syarak) ini adalah Agama kamu,maka perhatikanlah(nilailah) dari siapa kamu mengambil Agama&Ilmu kamu tersebut"

Disinilah letaknya kelebihan Institusi Al-Azhar dan Para Ulamaknya. Merekalah golongan yang menjaga dan memelihara ketulenan kefahaman Islam dari Zaman Rasulullah S.A.W sehinggalah ke hari ini,tidak terputus silsilahnya,bersambung dengan Baginda Rasulullah S.A.W. Sekiranya ditanya tentang guru mereka,mereka boleh menyatakan satu persatu nama dari mana mereka mengambil ilmu tersebut,dan seterusnya bersambung sehingga lah kepada Baginda Rasulullah S.A.W.

Keistimewaan Silislilah ini,bukan semata-semata silsilah,akan tetapi lebih dari itu,ianya adalah warisan dan mata rantai yang menghubungkan antara kita semua dengan Rasulullah S.A.W. Mata rantai yang menghubungkan ILMU,KEFAHAMAN,AKHLAK dan JIWA seorang Muslim sebagaimana yang di ajar dan dikehendaki oleh Baginda S.A.W. Sekiranya dilihat kepada aliran-aliran lain yang menisbahkan diri mereka kepada Keilmuan dan dan Kefahaman Islam,kita akan dapat melihat terputusnya silsilah ini. Ini disebabkan oleh tidak caknanya mereka terhadap disipilin keILMUan Islam yang meletakkan mestinya BERGURU dan BELAJAR dari ahlinya.

Aliran-aliran ini,sekiranya diminta untuk membentangkan dari mana mereka mengambil agama ini,pastilah kita boleh melihat tiadanya silsilah yang menghubungkan mereka dengan Rasulullah S.A.W,walaupun mereka gemar mendakwa merekalah yang berpegang kepada Sunnah Baginda S.A.W. Para Ulamak Menyebutkan : Isnad itu adalah sebahagian dari Agama ini,kalaulah tidak kerana Sanad(Silsilah yang menghubungkan pembawa berita dari sumber aslinya) pastilah semua orang akan bercakap dan mendakwa apa sahaja mengikut sesuka hati mereka.

[Akibat mengabaikan berguru dari ahlinya inilah,bermulanya era kewujudan mereka-mereka yang membawa kefahaman Islam yang jauh tersasar dari yang sepatutnya. Kita boleh melihat mereka tegas tidak bertempat,cenderung kepada perbalahan dan perselisihan,menghukum orang lain dengan kufur bida'ah dan sebagainya]


https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/320575_303686876324938_100000508851984_1221813_1996230338_n.jpg
Antara Masyaikh yang hadir tadi. Syeikh Ahmad Hajain, Habib Muhammad al- Habsyi, Syeikh Asyraf Hasanain, Habib Attas bin Hafidz, Habib Umar bin Hafidz.



2. Pentingnya Berguru (Belajar dari Ahli) dan hadir ke dalam Majlis Bersama para Ulamak dan Solehin

[Bertitik tolak dari soal sandaran sumber kefahaman dan ilmu(sanad) tadi,jelas ternyata pentingnya untuk kita mempelajari Ilmu agama ini melalui berguru,bertanya,berbincang dan mengikuti pengajian dengan para Ulamak yang ahli] Habib Umar Hafizahullah menyebutkan,keberkatan hadir dalam majlis para Ulamak dan Solehin ini,akan dapat kita rasakan walaupun sebelum guru kita itu memulakan percakapannya. Akhlaknya,wajahnya,ketenangan jiwanya sudah cukup untuk memancarkan sinar Ajaran Islam dan Panduan Rasulullah S.A.W ke dalam jiwa kita.

Beliau juga menambah,para penuntut ilmu sepatutnya mengambil peluang untuk datang berguru dan bersama dengan para Ulamak Al-Azhar,kerana mereka memiliki kelebihan itu,kelebihan dari sudut Keahlian(kepakaran),keSolehan dan Taqwa mereka. Beliau juga mengingatkan kita betapa beruntungnya kita,kerana terpilih untuk mendapat nikmat hadir ke majlis Ilmu,sedangkan di luar sana ramai yang lalai dengan keseronokan dan kenikmatan dunia,tetapi kita,Alhamdulillah Allah memilih kita untuk datang mendapatkan kenikmatan dan keseronokan yang lebih kekal.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/317833_303798642980428_100000508851984_1222495_1601139621_n.jpgHabib Umar bin Hafidz Hafizohulloh menerima cenderahati kenang-kenangan daripada Pmram Pusat yang disampaikan oleh Presidennya Abezuh Saiman. Tanda ikram dan penghargaan kesudian Habib untuk hadir ke Dataran Hayyu Asyir. Alllahu Allah, indahnya kenangan dan bahagianya hidup jika aku yang memberikan hadiah tersebut. Hehe..


3. Pesanan Khusus buat Penuntut Ilmu

Penuntut Ilmu perlulah menjaga kebersihan Zahir(Luaran) dan Batin(Hati) ketika menuntut Ilmu.

Antaranya, Jagalah wuduk ketika hadir ke kelas-kelas pengajian. Begitulah juga,kita mesti menjaga kebersihan Hati dari Maksiat dan Sifat-Sifat Mazmumah,supaya Ilmu dapat masuk ke dalam Jiwa kita. Hadir ke kelas,belajar dari guru sememang adalah syarat asasi kepada proses untuk mendapatkan Ilmu. Akan tetapi,antara yang akan membuatkan Ruh Ilmu masuk kedalam jiwa,Kefahaman yang sebenar dikurniakan oleh Allah kepada kita ialah:

Bangun di tengah malam,memohon dengan penuh rasa pengharapan dan hina diri terhadap Allah supaya diberikan dan dikurniakan Ilmu dan Kefahaman sebenar dariNya.

Proses "Zahir"[Hadir ke kelas,mengulangkaji dan lain-lain] untuk mendapatkan ilmu itu mampu dilakukan oleh siapa sahaja,Fasiq atau Soleh.Akan tetapi,Ruh Ilmu dan Kefahaman yang sebenar hanya akan diberikan oleh Allah kepada hati-hati yang Tawadhuk dan tunduk menghinakan diri di hadapan Allah,antaranya dengan bangun bermunajat di tengah malam memohon kurnia dariNYA.

[Jadi,proses untuk mendapatkan ilmu itu bukanlah semata-mata dengan usaha Zahir **yang semestinya tidak boleh diabaikan** seperti hadir ke kelas,membaca,mengulangkaji dan lain-lain,akan tetapi mestilah juga dengan persiapan Hati dan Jiwa seperti Tawadhuk,rendah diri,menggantung pengharapan kepada Allah,amal soleh,dan menjauhi maksiat]

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/294137_303694546324171_100000508851984_1221832_829418333_n.jpg
Habib Umar Bin Hafidz selepas selesai majlis dan hendak bertolak ke lapangan terbang.

Allohu Alloh, agak sedih jugak tadi semasa Habib nak balik, masing-masing berebut untuk bersalam dengan Habib. Baru je Habib Umar sebut pasal adab tadi. Dahla Habib datang tempat kita, kita pulak berebut-rebut nak salam sampai Habib tersepit, dan ada yang terjerit-jerit.

Kalau ikut adab penuntut ilmu, kita yang patut ke tempat guru, bukan guru ke tempat kita. Huhu.. Muhasabah bersama. Selama seminggu lebih Habib berada di Mesir, kita ambil peluang tak untuk berada dalam kelas-kelas pengajian Habib?

Habib cerita tadi, Imam Malik rodhiyallohu anhu, walaupun seorang imam besar, sanggup berdiri ketika mengajar hanya kerana ternampak ibunya hendak keluar daripada rumah. Adab seorang anak dengan ibu. Begitu juga adab kita dengan Syeikh/Habib.

Habib Umar Bin Hafiz HafizahuLLAH juga berpesan kepada para penuntut Ilmu terutama Azhariyyun :

Islam akan kembali hidup dalam jiwa masyarakat sekiranya kita membawa Ilmu Syariat yang soheh,yang di ambil dan dipelajari dari ulamak-ulamak d...engan manhaj yang benar, kemudian di amalkan. Beliau Hafizahullah juga meluahkan perasaan gembiranya yang teramat sangat melihat Masjid Al-Azhar kembali hidup dengan Majlis-Majlis Ilmu di dalamnya,dan dihadiri oleh ramai penuntut Ilmu.

~Bersamalah kita memanfaatkan peluang yang ada di Mesir ini untuk duduk bersila mengadap para Ulamak,mengambil Ilmu dan Kefahaman Islam yang sebenar,supaya kita dapat membawa Islam yang Soheh kepada Masyarakat.

Bukannya dengan semata-mata mengadap buku,membuat kefahaman sendiri,jauh dari bimbingan Ulamak dan Para Ahlinya~

1 komen mengomen :: Malamku bersama Habib Umar bin Hafidz

  1. terima kasih ustad hensem...:)

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers