Setahun Berlalu Penuh Warna

1. Setahun lagi pergi meninggalkan aku. Rasa baru sahaja 2011 menyapa, sedang aku terkapai-kapai dalam dunia mencari identiti, menimba segunung pengalaman dan secangkir kasih. Hidup di negeri orang mengukir seribu dua kenangan. Mencabar iman dan kesabaran.

2. Hidup mendatang bakal aku lalui penuh liku. Musim imtihan menjengah. Buat aku buntu, banyak lagi yang belum khatam, musim sejuk buat aku sedikit kaku. Mungkin terlalu sejuk. Tapi semakin ligat aku mengejar ilmu.

3. Hidup aku tahun hadapan bakal membawa seribu satu persoalan. Adakah aku mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang pemimpinan bernama badan pengurus (BP). Seorang anak dan juga seorang penuntut ilmu. Tugas dan amanah yang cukup berat dan digeruni ramai. Dulu aku boleh berkata itu dan ini. Nah, sekarang aku terpaksa menelannya. Aku pula yang akan dilihat dan dikata.


https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/379543_330289983664627_100000508851984_1313695_1756278818_n.jpg
Kenangan musim sejuk ditaman bunga bersama BP Halis Syafiq.

4. Usia masih muda, tapi hati meminta dicarikan teman mengisi kesunyian dan kekosongan. Kadangkala, berat otak memikirkannya. Dilema antara keluarga, nafsu dan agama. Alhamdulillah, kesibukkan aku mengejar ilmu kadangkala buat aku lupa pada si dia yang ku dambakan. Tapi aku manusia, sesekali aku terfikir, alangkah indahnya jika dapat hidup bersama. Indah pada khayalan. Belum pasti di alam nyata. Moga Allah permudahkan.

5. Menganalisis isu dan semasa, menjadi aku sedikit peka. Betapa dunia penuh dengan kekejaman. Hilang perikemanusiaan. Dimana sensitiviti kita. Mengapa dunia semakin leka dengan hiburan dan liburan yang menggelapkan mata, lupa kepada matlamat kita di atas dunia.

6. Tahun ini penuh kenangan. Tahun yang penuh dengan warna. Bermula dengan kejatuhan Husni Mubarak, kami diangkut ke bumi gersang jeddah. Sempat aku melarikan diri menunaikan umrah. Tahun ini menyaksiakan ramai sahabat-sahabiah berjaya mendirikan rumah tangga. Tahun ini ibu dan ayah datang lagi menjejakkan kaki di bumi anbiya'. Syahidnya Syaikh Emad Affat, salah seorang Ulama' Al-Azhar. Terlalu banyak andai ku kira.

7. Moga tahun yang mendatang membuatkan aku lebih matang dan kental menempuh segala ujian dan cabaran. Selamat tahun baru semua. Moga kebahagian dan kerahmatan menanti kita di pintu sana.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/264930_250580388302254_100000508851984_1020190_1470136_n.jpg
Bersama Syaikhuna Dr Yusri Rushdi Sayyid Jabar Al-Hasani. Beliau insan yang aku kagumi. Doktor Pakar bedah dan Ulama' yang pakar dalam ilmu hadith. Aku ingin menjadi sepertinya. Moga Allah panjangkan umurmu ya Sayyidi. Masih banyak aku ingin belajar darimu.

5 komen mengomen :: Setahun Berlalu Penuh Warna

  1. =) senyum *

  2. no4 tuh..moga dimudahkan Allah..amen...

  3. Hamizah: akhirnya terupdate juga. InsyaAllah lepasni akan update sokmo.

  4. Si Puteri Ali: amin ya Allah. Syukron atas doanya. Hehe..

  5. salam, moga dipermudahkan harapan ummah...

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers