Bila Serabut..


Bila saya serabut, tempat yang paling saya suka adalah Masjid. Sebab bila masuk je masjid rasa tenang dan nyaman. Dan tempat yang paling saya tak suka pergi adalah shopping complex. Cuma nak kongsi sikit la, mungkin ramai dah tau, apa yang paling mengagumkan saya adalah budaya arab yang selalu solat jemaah lima waktu di masjid.

Ada sesetengah masjid tu, hampir setiap waktu pasti penuh, kalau tak penuh pun separuh saf daripada masjid. Subhanallah, bila agaknya nak tengok Masjid-masjid kat Malaysia penuh macam ni. Tapi, alhamdulillah, surau saya di Surau As-Syakirin, Bandar Seri Putra sekarang subuh ramai, kalau nak banding dengan dulu, satu hingga satu setengah saf je. Alhamdulillah, perkembangan yang baik.

Namun memang nampak perbezaan masjid-masjid atau surau di Selangor sebelum tahun 2008 dan selepas. Lebih hidup dan lebih ramai qariah yang datang mengimarahkannya. Alhamdulillah, moga berterusan sampai bila-bila.


3 komen mengomen :: Bila Serabut..

  1. Assalam.

    Orang yg rajin jemaah di masjid, akan disayangi malaikat. Malaikat akan sentiasa di sisinya. Kalau sakit, tak dapat hadir masjid..malaikat akan ziarahnya di rumah/ di mana dia sedang berehat, kalau ada masalah pula...malaikat akan tolong selesaikan masalah, kalau mati..malaikat akan ziarah jenazahnya. Wallahua'alam.

    (Notes by - Habib Umar Ben Hafiz, Kuliah subuh Masjid Jamek Bandar Baru UDA,Johor Bahru.April 2012)

  2. rindu...

  3. Alhamdulillah, sememangnya bila kita berada di dalam masjid jiwa kita akan tenang, kalau saya suka solat di masjid berbanding surau, mesti nak cari masjid kalau keluar berjalan-jalan.

    Salam kenal, salam ukhwah ;)

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers