Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Bai'ah Taklik rekaan Individu bukan Parti

0 komen mengomen
kemaskini 4.02pm Bai'ah PAS menjelang pilihan raya umum lalu tidak melibatkan lafaz menceraikan isteri, tetapi melibatkan "sumpah setia laknat" bagi mengelakkan risiko lompat parti, kata setiausaha agungnya.

Datuk Mustafa Ali berkata, bai'ah tersebut digunapakai di setiap negeri selewat-lewatnya sejak pilihan raya umum 1974 lagi apabila beliau kali pertama bertanding mewakili PAS.

Menurut Mustafa, lafaz bai'ah tersebut berbunyi:

"Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini.

"Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat."

Mustafa mendedahkan teks bai'ah tersebut dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara pagi ini bagi menjelaskan hasil siasatannya terhadap dakwaan berlakunya bai'ah talak tiga yang menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak.

Beliau juga mempamerkan kepada media beberapa salinan bai'ah pemimpin kanan PAS, termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan surat sumpah yang ditandatanganinya sendiri bagi membuktikan perkara itu.

Bekas pengarah pilihan raya pusat PAS itu juga berkata, walaupun terdapat lafaz sedemikian yang digunapakai, PAS juga mengenal pasti terdapat juga "dua kes terpencil" di Selangor yang menggunakah kandungan bai'ah yang berbeza.

Menurutnya, satu kes tersebut melibatkan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mengakui memasukkan lafaz cerai taklik dalam bai'ahnya bagi mengukuhkan pendiriannya supaya tidak mengkhianati parti.

Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan seorang lagi pemimpin PAS di Selangor yang terlibat menggunakan bai'ah tersebut yang didakwanya berlaku di luar pengetahuan pemimpin atasan PAS.

Ditanya sama ada PAS akan mengambil tindakan disiplin terhadap Khalid kerana mengamalkan bai'ah yang berbeza, Mustafa berkata:

"Saya sudah peringatkan. Apa yang telah berlaku itu, lain kali jangan buat lagilah."

Beliau juga berkata, bai'ah yang melibatkan lafaz cerai taklik "tidak betul dan salah daripada sudut agama" kerana boleh menyebabkan penceraian berlaku tanpa pengetahuan isteri.

"Isteri tidak tahu pun (bai'ah cerai). Jadi bagaimana hendak menghukum isteri pada sesuatu yang dia tidak buat dan dia tak tahu?" katanya.

Menjelaskan prosedur bai'ah yang digunakan PAS, Mustafa berkata, setelah mendapat watikah daripada parti untuk bertanding, kesemua calon berkumpul di satu tempat untuk berbai'ah di hadapan seorang saksi.

Prosedur ini pada kebiasannya dipantau oleh pesuruhjaya PAS di negeri masing-masing, tambahnya.

Bai'ah diamalkan oleh pelbagai kumpulan Islam di serata dunia, seperti tarikat sufi dan pergerakan dakwah, tidak tertakluk dalam parti politik semata-mata.

Sumpah setia tersebut terbahagi kepada dua: bai'ah kubra (besar), aku janji kepada khalifah dalam empayar Islam dan bai'ah sughra(kecil) untuk menguatkan kesepakatan dalam melakukan sesuatu.

Menurut ulama, bai'ah diharuskan dalam Islam selagi tidak melibatkan perkara-perkara mungkar dan haram di sisi agama.

sumber : Malaysiakini

aminmenulis said :

Yang sorang ni selalu je nak glamerkan diri buat kontroversi. Kalau mengaku awal2 kan senang. Tak la burukkan nama PAS. Bawak fitnah betul. Baca pengakuan dia disini.

Bersabarlah wahai Pejuang Agama Allah..

0 komen mengomen

PAS dedah hasil siasatan 'bai'ah talak' esok


KUALA LUMPUR, 12 Nov: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali akan mendedahkan hasil siasatannya berhubung dakwaan wujud bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga dalam PAS esok.

Pendedahan itu akan dibuat pada satu sidang media yang akan diadakan di bangunan PAS, Jalan Raja Laut jam 11.00 pagi.

Beliau sebelum ini telah diarah oleh Presiden Parti, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk menyiasat dakwaan terbaru itu setelah beberapa media perdana dan laman blog membangkitkan perkara tersebut.

Perkara itu didakwa timbul selepas satu majlis dialog antara beberapa pimpinan PAS di Selangor dengan beberpa blogger.

Kemudiannya mendapat liputan meluas sehingga PAS diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut.

Selain Abdul Hadi, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru datuk Nik Abdul Aziz serta Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub turut menafikan dakwaan tersebut.

Ianya kerana Majlis Syura Ulama tidak pernah mengeluarkan sebarang dasar yang menghendaki pemimpin-pemimpin parti itu melafazkan bai'ah sedemikian.

Mereka juga berpendapat, isu ini hanya sengaja dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memecahbelahkan PAS.

aminmenulis

Alhamdulillah aku ucapkan dan segala puja dan puji kepada Allah yang telah mencipta serta mentadbir alam ini. Seminar pemerkasaan parti (PAS) telah pun berlangsung dengan penuh berdisiplin dan beretika. Segala isu yang timbul telah diperjelas dan diselesaikan secara baik. Namun baru reda daripada isu terdahulu, timbul pula isu baru. Kes bai'ah talak tiga.

Aku pun agak sedih bermacam-macam isu timbul dalam PAS. Namun sebagai seorang hamba Allah yang menyokong perjuangan menegakkan Islam. Tidak boleh ada rasa berputus asa dan futur dalam perjuangan menegakkan kalimah La ilaha illallah, muhammadurrasulullah. Kerana Allah telah berfirman :



إِنَّ الَّذِينَ جَاؤُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ لَا تَحْسَبُوهُ شَرّاً لَّكُم بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ


لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُم مَّا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ وَالَّذِي تَوَلَّى كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ


[24:11] Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar1032.

Dan aku juga tidak pelik ramai orang mengatakan PAS begitu begini, Presiden tidak gentlement dan sebagainya. Apa yang aku fikir mereka bertindak dan membuat keputusan daripada sesuatu berita itu berdasarkan Al-Quran dan Sunnah :



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْماً بِجَهَالَةٍ


فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ


[49:6] Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Namun atas dasar seorang yang beriman maka kita perlu melihat daripada sudut pandangan berbeza daripada orang biasa kerana Allah telah berjanji dalam firmannya :



وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ


وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ


[2:155] Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

Sudah menjadi sunnah para nabi, kerana Sehebat2 ujian adalah para Nabi.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللّهُ بِقَوْمٍ


يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ


فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ يَخَافُونَ لَوْمَةَ لآئِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللّهِ يُؤْتِيهِ


مَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

[5:54] Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mu'min, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.

Dr. Aziz Bari terlalu excited?

0 komen mengomen

Bismillahirrahmanirrahim,

Artikel dibawah aku copy dari blog Ust Nasruddin Tantawi.
Pertama aku bukan bercakap dari sudut emosi atau terlalu taksub kpd Tn Guru Presiden.
Aku bercakap atas dasar adab dan etika seorang intelektual dgn seorang Ulama'.

Bagaimana seorang professor atau boleh dikatakan juga ilmuan begitu bersungguh-sungguh hendak mengkritik dan menghentam seorang pemimpin parti politik yang pada keesokkan harinya dia dijemput oleh parti tersebut untuk berdialog dan menyatakan ketidakpuasan hatinya secara langsung, face to face dan boleh mendapat jawapan saat itu juga daripada tuan punya diri atau sekurang-kurangnya pimpinan tertinggi parti, yang mana mereka lebih arif dan mengetahui situasi sebenar, mengapa dan atas alasan apa pemimpin mereka berdiam diri.

Adakah tak sabat nak tunggu esok? Atau mungkin terdapat ura-ura beliau akan ditangkap masuk kedalam ISA malam ini? Bukan tidak diberikan ruang, dah diberi masih mahu mengatakan bahawa Tn Guru Presiden tidak gentlement? apa jenis intelektual macam ni?

Berbeza dengan Pak Lah atau Najib. Diajak berdebat dan berdiskusi tak mahu. Sudah memohon permit untk mendapatkan lesen penyiaran televisyen tidak diluluskan. Hatta yang berlaku di perak. Setelah PR memerintah, MB(Nizar) semasa baru memegang jawatan mahu bercakap di Radio Rasmi negeri Perak pun dihalang. Tak kata plak diorang(BN) ni hilang stim, bangang dan sebagainya?

Dalam politik tidak ada yang mustahil. Jangkaun seorang pemimpin biasanya atau kadangkala tidak terfikir oleh seorang ahli biasa. Sebagai seorang pemimpin parti politik yang boleh dikatakan matang, atau pertengahan umur, pasti dia lebih mengetahui siapa musuh dan siapa kawan dalam gelanggang politiknya.

PAS bukan sebuah parti politik semata-mata, tetapi sebuah parti dakwah. Mungkin dari sudut pandangan dakwah, Tn Guru Presiden melihat sesuatu yang tidak dilihat oleh mata pandangan orang biasa. Mungkin dengan cara berdiam diri seolah-olah seperti tiada pronsip jati diri. Namun berdiam tidak bereti kalah. Diam boleh jadi benar. Boleh jadi disini akan menunjukkan bahawa Islam tidak cepat melatah dengan sesuatu isu. Disana ada perkara yang lebih utama "Fiqh awlawiyat"

Aku bukanlah seorang yang arif dalam dunia politik, namun aku sentiasa mengikuti perkembangan politik semasa, kerana politik dan Islam tidak dapat dipisahkan. Politik tidak kotor, tetapi pemain atau pelakunya yang menyebabkan ia jadi kotor.

Mungkin sesetengah orang malas untuk membuka laman2 politik mengambil tahu tentang perkembangan politik semasa, jadi teruskan pembacaan komen atau respon Ust Nasruddin tantawi tentang Isu ini :

1. Dr. Abd Aziz Bari semakin menyeringai dengan menunjuk taring dan belangnya hari ini melewati satu wawancara ekslusif beliau bersama malaysiakini .
2. Semakin lantang dan celupar kenyataannya . Tidak keterlaluan jika saya kata beliau semakin biadab [ tiada adab ] menyerang pemimpin PAS tanpa sabar lagi untuk menunggu hari esok .

3. Sedang esok beliau telah diundang oleh PAS untuk memberi pandangan dan kritikan beliau . Biarpun pedas dan keras , namun atas keterbukaan sikap Presiden PAS dan seluruh pimpinannya , Dr Aziz Bari diundang sebagai tetamu dan panel dalam Seminar Politik yang akan berlangsung esok .

4. Beliau boleh menunggu hari esok untuk melontarkan idea dan kritikan kepada PAS dan pimpinannya . Tapi beliau seperti mempunyai agenda tersembunyi , apabila secara konsisten memilih media umum untuk menghentam dan membidas serta melemparkan fitnah dan tuduhan tanpa bukti kepada pimpinan PAS .

5. Sebagai tokoh akademi , beliau sewajarnya kaya dengan adab dan tatacara dalam mengkritik dan membuat tuduhan . Bukan sewenang - wenangnya melemparkan tuduhan tanpa lampiran bukti yang kukuh . PAS telah membuka medan atau saluran yang betul buat beliau mengkritik [ dengan mengundang beliau sebagai panel ke Seminar Politik PAS ] , tetapi kelihatan beliau gagal memahami kedudukan itu dengan mengambil sikap terus menerus mengasak dan menyerang pimpinan PAS di khalayak ramai .

6. Lagaknya seperti mata lembing musuh untuk terus menikam pimpinan PAS yang tidak digemarinya malah juga tidak keterlaluan kalau saya pula mengatakan beliau adalah agen UMNO sebagaimana beliau menuduh Presiden PAS dan timbalannya sebagai pro UMNO .

7. Apakah Dr Aziz Bari bimbang untuk berhadapan dengan ahli - ahli PAS dalam Seminar Politik esok sehingga memaksa beliau membuat kenyataan demi kenyataan menyerang Presiden PAS di luar medan yang disediakan ? Tiadakah kesabaran beliau untuk menunggu awal pagi esok ? Atau sememangnya beliau merancang untuk terlebih dahulu mempengaruhi peserta seminar dan masyarakat umum ?

8. Saya kini tidak lagi melihat kritikan beliau terhadap pimpinan PAS sebagai datang dari seorang tokoh akademik yang ikhlas dan tulus , tetapi ia adalah kritikan yang datang dari seorang agen musuh untuk menggulingkan Presiden PAS dan mahu melihat PAS terus bergolak . Beliau sangat seronok melihat PAS berkrisis hasil kritikan dan tohmahan yang dilontarkan .

9. Sebelumnya saya tidak ambil kisah kenyataan - kenyataan beliau . Saya berlapang dada . Saya kira ini adalah pandangan dari luar kotak yang perlu diberi perhatian oleh pimpinan . Alhamdulillah , perhatian telah diberikan oleh pimpinan PAS terhadap tulisan - tulisan beliau dan akhirnya membawa kepada Seminar Politik . Lebih menarik , beliau jua antara panel yang diundang oleh PAS untuk memberi kritikan melalui medan dan saluran yang disediakan . PAS , pimpinan dan seluruh ahlinya sedia mendengar dan bermuhasabah .

10. Tetapi beliau masih tidak berpuas hati . Pimpinan PAS terus diserang dan ditohmah . Beliau bercakap soal disiplin dan karisma kepimpinan tetapi saya lihat beliau sendiri jelas tidak memiliki disiplin dan jauh sekali dari memiliki karisma . Ramai orang tertanya - tanya , apa sebenarnya yang beliau mahu ?

11. Melihat kepada reaksi brutal beliau menyerang tanpa henti , mudah sahaja jawapannya ialah beliau mahu menjatuhkan Presiden PAS dan beberapa pimpinan yang lain serta mahu supaya PAS terus bergolak . Akhirnya beliau [ Dr. Aziz Bari ] dan puak - puaknya mendapat advantage dari kekeruhan yang diciptanya .

12. Jawapan ini saya kemukakan kerana jelas apa yang diinginkan oleh Dr Aziz Bari bukan penyelesaian kerana pelan penyelesaian telah dibuat dan medan perbahasan telah dibuka dengan penganjuran seminar ini . tapi beliau menunjuk rasa tidak puas hatinya dengan terus melanyak pimpinan PAS . Ertinya beliau bukan inginkan kedamaian dan penyelesaian tetapi apa yang beliau mahu ialah menyingkirkan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan PAS yang lain bagi memuaskan hatinya dan hati puak - puaknya .

13. Dr. Aziz Bari dan kumpulannya kelihatan terancang dan teliti dalam mengatur plot untuk menjatuhkan presiden PAS . Tulisan dan kenyataan beliau terutamanya hari ini bukan lagi bersifat teguran dan kritikan tetapi serangan dan tohmahan untuk menjatuhkan Presiden PAS dengan memberi pelbagai label . Saya berdoa kepada Allah swt semoga Allah memelihara jamaah Islam ini dan menggagalkan perancangan Dr Aziz Bari dan kumpulannya .

14. Saya menyesal kerana hampir - hampir mempercayai beliau dan menghormati seluruh tulisan beliau . Ternyata saya silap dan beliau tidak ikhlas sebagaimana yang disangka . Apa salahnya beliau menunggu esok yang tidak berapa jam sahaja lagi untuk memberi teguran direct kepada seluruh pimpinan PAS dari segenap peringkat yang hadhir berseminar nanti . Kenapa setelah dibuka ruang dan diberi peluang kepada beliau dengan penuh hormat dan penuh dengan sikap keterbukaan pimpinan PAS , beliau masih tidak menghormatinya sebaliknya memilih untuk terus menghentam pimpinan PAS di media umum ?

15. Menurut rekod daftar ahli PAS sekarang dan pengakuan beliau sendiri , beliau bukanlah ahli PAS dengan maksud beliau memang bertindak sebagai orang luar dari PAS . Realiti itu tiada masaalah bagi saya . Boleh sahaja sesiapa pun mengkritik PAS dan pimpinan PAS mestilah peka dengan kritikan tersebut . Tetapi apabila kritikan itu bernada tuduhan dan tohmahan , beliau mestilah tampil dengan hujjah dan bukti yang kukuh . Malangnya beliau menulis tanpa sebarang bukti kukuh malah menampilkan fakta yang salah .

16. Pun begitu saya masih menaruh harapan agar esok , Dr Aziz Bari dapat hadhir dan kemukakan hujjah serta bukti - bukti kukuh beliau . PAS telah sediakan medan yang telus dan tulus buat beliau .

17. Kelak , jika tiada bukti yang meyakinkan terhadap segala tuduhan dan tohmahan maka selesailah sebuah kemelut ciptaan Dr Aziz Bari dan puak - puak yang mendokongnya dan harapan saya selepas itu , pimpinan dan ahli PAS tidak perlu lagi terseret dalam kancah yang sengaja di creat oleh agen - agen musuh untuk terus melihat PAS retak dan lemah .

18. Sebaliknya , jika Dr Aziz Bari berjaya mengemukakan bukti yang jelas atas setiap pertuduhan yang dilemparkan , PAS janganlah teragak - agak untuk mengambil tindakan ke atas siapa jua yang menggadai prisip perjuangan dan polisi parti .

19. Akhirnya saya menyeru agar semua sahabat seperjuangan agar tidak mudah untuk terpengaruh dengan propaganda musuh yang mahu melihat parti terus bergolak . Kerana apabila PAS teguh dan bersatu , maka pastinya akan menyusahkan mereka untuk melaksanakan agenda - agenda jahat menghancurkan perjuangan Islam ini .

20. Marilah kita cantumkan semula pecahan - pecahan hati dan rasa dikalangan kita , agar kita kembali bertaut dengan semangat ukhuwwah fillah . Biarlah orang lain bercakap , mengkritik , menuduh dan menabur fitnah sementara kita terus utuh memberikan komitmen yang tinggi terhadap perjuangan . Melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang masih terbengkalai kerana asyik dan hanyut dalam arus pergolakan yang dicipta oleh agen musuh .

Iklan Air Asia berunsur Lucah?

0 komen mengomen

KUALA LUMPUR, 23 Okt: Bulan ini sahaja sudah beberapa kali iklan Air Asia yang berunsur lucah itu, menggambarkan susuk tubuh pramugarinya disiarkan di stesen-stesen TV swasta namun tiada sebarang tindakan diambil oleh Kementerian Penerangan berhubung hal tersebut.

Malah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga dilihat tidak sensitif dengan eksploitasi yang dilakukan oleh syarikat penerbangan terhadap wanita dalam iklan itu sehingga tiada sebarang reaksi balas kementerian sehingga kini.

Lebih mendukacita, iklan terbabit menggunakan seorang kanak-kanak lelaki sebagai subjek atau watak utama untuk 'menghayati' bentuk badan pramugari wanita sebagai galakan untuk naik dan menggunakan khidmat syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Ramai pembaca dan penonton telah menghantar email dan serta menghubungi Harakahdaily memberi reaksi marah atas siaran iklan tersebut yang dianggap begitu memalukan dan telah mencemarkan minda masyarakat khususnya kanak-kanak yang menonton bersama kaum keluarga.

Tinjauan Harakahdaily juga mendapati sejak minggu lalu, sudah begitu banyak blog, web dan pengguna internet yang mengkritik iklan tersebut dan kesal kerana tiada sebarang tindakan drastik untuk membendung unsur lucah yang mengeksloitasi wanita dan merosakkan minda kanak-kanak di bawah usia.

"Sungguhpun filem dan drama tv telah banyak memaparkan unsur yang tidak elok, tetapi kini berjangkit pula kepada iklan. Ini mesti dikaji semula," kata seorang pemanggil yang mahu dikenali sebagai Bakhtiar Musa.

Bagi Rozaili Sidin, sepatutnya iklan penerbangan Air Asia tu bercirikan idea tempatan, adab sopan dan budaya berbanding menonjolkan susuk tubuh wanita untuk meningkatkan promosi jualan.

"Malu jika ianya ditonton ramai terutama kanak-kanak. Ini bukan budaya kita," katanya melalui email yang dihantar baru-baru ini.

Iklan Air Asia itu memaparkan pengalaman seorang kanak-kanak bersama neneknya menaiki pesawat tersebut dan antara rakaman pengalamannya ialah melihat susuk tubuh pramugari yang digambarkan seolah-olah mengghairahkan dengan istilah 'Hot', seperti yang dinyatakan dalam bahasa latar iklan tersebut.

Dalam maklumanbalas yang diterima, ramai yang mahu, syarikat penerbangan tersebut dan stesen tv swasta memohon maaf sekaligus dikenakan tindakan oleh Kementerian yang berkaitan.

(Sebarang respons atau pandangan bolehlah dimajukan kepada saya di urespons@gmail.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya atau azaminamin@yahoo.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya )

__________________

KOMEN PEMBACA

__________________

1.Depa ni lebih berminat menunjukkan ketelusan dalam mengambil tindakan pada insane yg lemah saja. Dengan itu depa dapat menunjukkan depa ni iklas mengambil tindakan tak kira pada siapa walaupun sebenarnay hanya berani pada org tua atau org miskin seperti yg terjadi pada makcik jual belacan yg kurang protin tempohari. Memang marah saya rasa sbb hanya makcik tu yg dikenakan denda padahal ia Cuma penjual bukan pembuat. Mengapa tak di saman aje kilang yg buat belacan tu..inilah satu tanda ,,,,rakyat diutamakan seperti sologan 1Malaysia maksudnya rakyat yg diutamakan kalau nak didenda bukannya kilang2 besar atau syarikat2 besar seperti Air Asia.- AITI KOMPUTER>

2. patutla saya tgk pelik je iklan airasia tu ...no wonder semua x setuju iklan tu ditanyangkan. dah laa...saya sokong kalau nk memprotes iklan tersebut. -harif.

Sumber : Harakahdaily

P/s : Apa tindakan Ibuk Menteri Pembangunan Wanita yang haritu berdegar2 cakap pasal keadilan wanita, nak laksana hukum Islam, nak perkasakan Institusi Kehakim Syariah? (respons dari isu sebat peminum arak)

Kutub Sittah berjaya diadakan..

0 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wb.t.

Alhamdulillah, Majlis Pembacaan Hadith Kutub Sittah oleh Masyaikh Al-Azhar berjaya diadakan walaupun terdapat halangan dan perancangan untuk mengagalkan program ini. Jutaan terima kasih kepada pihak penganjur dan unit2 yang berusaha sedaya mungkin merealisasikan program ini. Terutama PMRAM dan BKAN Johor yang sudi memberikan tempat untuk mengadakan program ini.

Walaupun keletihan dan terpaksa berjaga malam menyediakan tempat, namun alhamdulillah berjaya juda diadakan untuk hari pertama. Cadangan asal program akan berlangsung di Dewan Fustat Azhar Conference Centre. (ACC). Isu sebenar boleh baca di laman rasmi Kutub Sittah.


Kompleks yang hanya boleh memuatkan 200 orang dalam satu-satu masa terpaksa disumbat peserta Pembacaan Kutub Sittah hampir 600 orang. Bayangkan bagaimana agaknya ya?
Hanya disebabkan politik dan tohmahan tidak berasas golongan INI sanggup mengagalkan Majlis Ilmu yang dihadiri oleh Masyaikh al-Azhar?

Aku sedih bercampur geram, sedih kerana peserta terpaksa bersesak2 untuk menghadiri majlis ilmu walhal tempat yang sepatutnya telah dinafikan. Sedih melihat Syeikh terpaksa menaiki anak tangga untuk ke tingkat 5 semata2 untuk mencurahkan ilmu, dan disebabkan golongan INI para Syeikh terpaksa menanggung bebannya..


Namun sunnatulah dan para nabi2, setiap perkara yang baik itu pasti akan ada halangan daripada golongan2 yang mahu melihat kehancuran Islam. Namun Allah telah berjanji bahawa "Mereka mahu memadamkan cahaya Allah dengan mulut2 mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, biarpun orang-orang kafir itu tidak menyukai.

Kenyataan Media : Isu Babi, Mahadhir hina Islam dan bukan Islam

0 komen mengomen

Kenyataan Media : Isu Babi, Mahadhir hina Islam dan bukan Islam

Berikut ini adalah kenyataan Media saya merujuk kepada kenyataan Mahadhir yang disiarkan dalan mStar yang saya perturunkan dibawah sebagai rujukan bersama sebelum saya memberikan jawapan :-

DUNGUN: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keadaan negara akan menjadi malap dan buruk sekiranya pentadbiran kerajaan berpindah daripada Barisan Nasional kepada pembangkang kerana kebanyakan pemimpin pembangkang sanggup menukar pendirian semata-mata untuk mendapat populariti dan sokongan rakyat.

Katanya ada juga dalam kalangan mereka sanggup menghalalkan sesuatu yang dulunya mereka anggap haram semata-mata untuk memuaskan hati musuh yang kini menjadi rakan dalam pakatan pembangkang.

"Dulu Pas kata kerjasama dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang bukan sahaja mereka bekerjasama dengan bukan Islam, tapi dia kata ternak babi pun tak apa, tapi orang Islam tak boleh makan babi.

"Dia (Pas) ambil tafsiran dalam Al-Quran kata (orang Islam) tak boleh makan babi, dia tak kata tak boleh ternak (babi).

"Kalau dah ambil tafsiran macam tu, maknanya kita boleh ternak, kita boleh jual babi, kita boleh masak babi, tapi jangan makan, pasal nak setuju jugak dengan orang ini, kita sanggup tukar pendirian kita sama sekali," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kenyataan saya ialah :

1. Saya sangat terkejut dan rasa terhina dengan kenyataan Mahadhir diatas kerana pada anggapan saya kenyataannya tersebut adalah kenyataan yang menambah banyakkan koleksi kenyataannya yang menghina Islam sebelum dari ini.

2. Kenyataannya tanpa merujuk kepada nama mana-mana pemimpin PAS adalah pembohonganya sendiri dan saya anggap khayalan beliau sendiri. Malah saya yakin mana ada pemimpin PAS yang membuat kenyataan sedemikian melainkan itu adalah sikap biadab dan pembohongan beliau yang saya anggap sudah terlalu"nyanyuk". Siapa yang tidak kenal dengan sikap Mahadhir yang sangap pandai berbohong dan memutar belit fakta. Antaranya dia suatu masa pernah mengatakan Anwar menumbuk dirinya sendiri sedangkan mahkamah ternyata membuktikan Anwar ditumbuk oleh Rahim Noor.

3. Mahadhir sekaligus menghina Islam dan Al Quran dengan keceluparan mulutnya mengatakan

"Dulu Pas kata kerjasama dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang bukan sahaja mereka bekerjasama dengan bukan Islam, tapi dia kata ternak babi pun tak apa, tapi orang Islam tak boleh makan babi.

"Dia (Pas) ambil tafsiran dalam Al-Quran kata (orang Islam) tak boleh makan babi, dia tak kata tak boleh ternak (babi).

"Kalau dah ambil tafsiran macam tu, maknanya kita boleh ternak, kita boleh jual babi, kita boleh masak babi, tapi jangan makan, pasal nak setuju jugak dengan orang ini, kita sanggup tukar pendirian kita sama sekali,"

4. Tidak pernah pemimpin atau pengikut PAS mengeluarkan kenyataan berkerjasama dengan orang bukan Islam menjadi kafir. Ini adalah kenyataan "hang" sendiri wahai Mahadhir. malah Islam mengajar semangat setiakawan dan toleransi agama yang tinggi sehingga Nabi Muhammad dibantu dengan kerjasama seorang Yahudi bukan Islam penunjuk jalan dalam peristiwa hijrah.

5. Kenyataan berkaitan makan babi dengan ternak babi oleh beliau sangat mengelirukan malah menghina ajaran Islam. Sesungguhnya Islam yang dijadikan landasan perjuangan oleh PAS tidak pernah menghalang orang non muslim untuk makan apa lagi menternak babi, itulah prinsip asas yang dipegang oleh umat Islam kecuali Mahadhir. Islam membenarkan ajaran agama lain diamalkan dengan bebas sebagaimana dalam surah Al Kaafirun Allah berfirman yang bermaksud "bagi kamu agama kamu , dan bagi kami agama kami" sangat jelas menjadi pegangan kita.

6. Islam tidak pernah mengajar penganutnya menternak babi TAPI membenarkan dan tidak ada hak sama sekali menghalang orang non muslim menternak babi walaupun sebanyak mana berdasarkan keperluan mereka. Ia adalah makanan dan hak mereka yang tidak boleh diganggu oleh PAS atau siapa saja. Prinsipnya jelas. namun kenapa Mahadhir sangat celupar, berbohong dan mengeluarkan kenyataan yang mempersendakan Islam dan ditakuti boleh merosakkan aqidahnya.

Menternak dan makan babi bukan isu yang sebenarnya, Isu yang menjadi heboh sebenarnya berkaitan pencemaran yang dikaitkan oleh binatang tersebut. Kita kenalah adil, apapun binatang yang diternaak kalau mendatangkan pencemaran ianya adalah salah disegi undang-undang yang sedia ada.

7. Kalau beginilah sikap Mahadhir saya yakin inilah masanya kita mesti menghukum Mahadhir dan BN di Bagan Pinang dan saya mencabar beliau turun berkempen disana dan mengulangi kenyataan diatas. Inilah sikap sebenar UMNO yang tidak habis-habis menghina Islam demi untuk meneruskan cengkaman kuasa yang dimilikinya. Demi kemenangan BN Mahadhir jelas sekali menghina Islam.

7. Saya meminta mufti dan jawatankuasa fatwa untuk memberikan reaksi segera kepada kenyataan Mahadhir yang sekali lagi mempersendakan Islam.

8. Untuk Mahadhir saya doakan semuga dia berikan hidayah oleh Allah dipenghujung usianya dan dipanggil oleh Allah sebagai seorang yang beriman.

Kenyataan Media/6 Okt 2009

DRS. KHALIL IDHAM LIM.
Ketua Penerangan PAS Perak/
ADUN Titi Serong.

Awasi anak2 anda!!!

0 komen mengomen

Berita terkini: Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JB


sekadar gambar hiasan




Salam alaik.

Message: Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu. Terima Kasih .

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu.
Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !

Thank you,

Email dari : NOOR HAIZAM IBRAHIM


sumber : http://idhamlim.blogspot.com/2009/10/helah-menculik-kanak-kanak-di-carrefour.html

Terengganu Darul Runtuh..

0 komen mengomen
Runtuhan demi runtuhan di Terengganu
Azmi Yusof
Mon | Oct 05, 09 | 11:04:08 am MYT
KEMAMAN, 5 Okt: Mula-mula bumbung dewan sekolah menengah runtuh. Lepas itu bumbung stadium runtuh dan kolam renang pula bocor. Kini bumbung masjid pula runtuh.

Inilah rentetan peristiwa yang berlaku di Terengganu yang kaya dengan wang royalti minyak ini.

Ekoran itu, para pemimpin PAS meminta rakyat Terengganu memberi perhatian dan menilai projek pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri berikutan keruntuhan demi keruntuhyan ini.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Haji Ismail berkata, sama ada projek pembangunan itu untuk kepentingan rakyat atau kebanggaan kerajaan negeri, beberapa insiden yang berlaku sejak mutakhir ini sepatutnya membuka minda rakyat.

Katanya, rakyat perlu lebih peka terhadap projek-projek pembangunan adakah untuk kepentingan rakyat atau suku sakat pemimpin tertentu mengaut keuntungan peribadi.

Tambahnya, apa yang mendukacitakan, pembangunan yang diuar-uarkan oleh kerajaan BN negeri itu ada di antaranya bukan sahaja membazir tetapi membahayakan nyawa manusia.

Image �Apa yang berlaku seperti bumbung Masjid Kampung Batu Putih yang runtuh ini sewajarnya diberikan perhatian serius oleh rakyat negeri ini,� ujarnya ketika ditemui semasa melawat masjid berkenaan, petang semalam.

Bumbung masjid yang berharga RM2.1 juta itu runtuh kira-kira jam 9 pagi Sabtu lalu dalam suasana cuaca baik tanpa ribut atau gempa bumi, menyebabkan tiga pekerja warga Indonesia yang sedang membaikinya cedera, seorang daripadanya parah.

Harakahdaily difahamkan, kerosakan di beberapa bahagian masjid itu termasuk bumbung dan siling telah dikesan sejak ia mula digunakan November tahun lalu tetapi aduan penduduk tidak diberikan perhatian oleh pihak berkenaan.

Bekas Adun Air Putih itu berkata, banyak projek pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan BN terutama pada penggal lepas sebenarnya lebih mengutamakan kroni daripada kepentingan rakyat.

Tambahnya, akibat daripada sikap kontraktor kroni yang mahu mengaut keuntungan yang berlipat ganda tanpa mengikut piawaian yang sepatutnya menyebabkan berlaku kejadian bumbung stadium, dewan sekolah dan masjid runtuh, pusat akuatik retak dan seumpamanya.

ImageIni, ujarnya, bukan sahaja membazir wang rakyat tetapi turut mengancam nyawa manusia sekalipun secara kebetulan insiden yang berlaku itu tidak melibatkan orang ramai.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya semua projek yang telah siap perlu diperiksa secara terperinci termasuk puluhan masjid sebelum digunakan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

"Kebetulan masa bumbung stadium dan masjid ini runtuh tiada manusia, bagaimana kalau ia berlaku sewaktu orang ramai berada di situ.

"Saya dimaklumkan oleh penduduk, satu majlis akad nikah dirancang diadakan di masjid ini, masanya kira-kira sejam selepas berlaku bumbung runtuh, terpaksa dipindahkan," katanya.

Harakahdaily

UNDI POS "TELUS", Giler..

0 komen mengomen
Jimadie Shah Othman
Okt 5, 09
11:45am
kemaskini 3.19pm Seorang bekas sarjan hari ini mengakui pernah terlibat memangkah BN bagi pihak anggota-anggota tentera dalam dua pilihan raya umum – pemalsuan undi yang selama ini hanya digembar-gemburkan oleh ahli-ahli politik pembangkang.

Abu Kassim, yang bertugas sebagai "sarjan gaji", berkata beliau dan beberapa kakitangan tentera dalam bahagian pentadbiran, seperti ketua kerani, mendapat arahan bagi memanipulasikan undi pos daripada pegawai pentadbir kem.

Beliau, kira-kira 10 tahun menyertai PAS, bagaimanapun tidak ingat tarikh tepat dan tempat peristiwa itu dengan alasan ia "sudah lama" berlaku tetapi ia didakwa terjadi semasa bawah pentadbiran perdana menteri waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya tidak ingat. Lama sudah. Tetapi dalam pilihan raya besar (umum), zaman Dr Mahathir dulu," katanya kepada Malaysiakini.

Anak kelahiran Kuala Pilah itu menganggotai tentera darat selama 23 tahun sehingga 1989. Beliau paling lama berkhidmat di Markas Stesen Staf Port Dickson.

Pengakuan depan pengerusi SPR

Abu kini seorang ahli jawatankuasa undi pos Pemuda PAS yang diketuai oleh ketua penerangan dewan itu Suhaizan Kaiat.

“Setiap pilihan raya, saya diminta memantau pengundian pos. Mungkin sebab saya bekas askar, mereka pilih saya,” katanya yang kini menetap di Bandar Tenggara, Port Dickson.

Jumaat lalu, Pemuda PAS mendedahkan pengakuan Abu, yang didakwanya bersedia tampil membongkar perkara itu, menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

Suhaizan sebelumnya berkata pengakuan Abu itu juga dibuat di depan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu pertemuan rombongan PAS, yang diketuai naib presidennya Salahuddin Ayub, pada 28 Ogos lalu.

Menulis di blognya Bila Kentong Berbunyi, pemimpin Pemuda itu berkata, Abu terpaksa berbuat demikian atas arahan pegawainya, yang berdiri di belakang dan memerhati kertas undi dipangkah.

Dihubungi pagi ini, Abu berkata walaupun pernah mengundi untuk orang lain, beliau langsung tidak pernah mengundi untuk dirinya sendiri.

"Sepanjang berpuluh-puluh tahun menjadi askar, saya tidak pernah memangkah bagi pihak diri sendiri, tetapi tolong memangkah bagi pihak orang lain," katanya, dengan mendakwa seramai empat sehingga lima kakitangan pentadbiran kem turut terlibat dalam proses itu.

Diugut dibuang ke laut

Tambahnya, pemalsuan undi pos itu melibatkan sekurang-kurangnya 400 anggota tentera.

Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada pemalsuan undi pos masih berlaku di kem-kem tentera walaupun masih mencurigai amalan itu.

Abu juga berkata, akibat mendedahkan perkara itu secara terbuka kepada umum, beliau pernah "diugut hendak dibuang ke laut" melalui mesej SMS daripada pihak yang tidak dikenalinya.

"Banyak SMS macam itu saya terima," katanya.

Ditanya apa yang membuatkannya berani tampil kali ini, Abu berseloroh berkata: "Takkan sekarang mereka (kerajaan) hendak potong pencen saya."

Dalam setiap pilihan raya, perjalanan pengundian pos sentiasa mendapat bantahan pembangkang kerana dicurigai wujudnya penyelewengan yang akan memenangkan calon BN.

Dalam pilihan raya kecil di kerusi ini, jumlah pemilih pos sangat besar - 4,620 daripada 13,664 orang yang layak membuang undi.

dipetik dr Malaysiakini

Lepas satu, satu bala menimpa..

0 komen mengomen
" Seramai 306 murid di beberapa buah sekolah rendah di negara ini dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah tahun ini, kata
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Malaysia (AADK) Datuk Abdul Bakir Zin.

Beliau berkata murid-murid berkenaan dikesan positif dadah hasil ujian air kencing secara proaktif yang dijalankan Unit Pencegahan AADK. "

Baca lanjut disini


Baru semalam aku dapat berita pasal sekolah lama aku. Harini ni timbul pulak berita 306 murid sekolah rendah positif dadah. Ya Allah, lindungilah anak2 dan masyarakat kami daripada bala' ini.

Dimana nasib negara pada masa hadapan? Takkan semua nak jadi mat rempit, penagih dadah, pencuri dan sebagainya?

Apa peranan kita? Adakah kita telah benar2 menjalankan tanggunjawab kita sebagai khalifah Allah dibumi?

"Jika kalian mahu melihat jatuh bangun sesuatu bangsa/negara pada masa akan datang, lihat pemuda belia mereka pada zaman ini"

Aku terlambat kepala lembu, tp sup tulang lembu aku dah makan..

0 komen mengomen

Manusia Yang Kuat Ialah Mereka Yang Dapat Menahan Marah



"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya" (HR Bukhari, 4/1093 - Fath al-Bari)









Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Rabb merekalah kembali mereka lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.
(6 : 108)




Aku mungkin terlambat posting, sebab jam aku ada org matikan, jadi lewat sikit lah. Hehe.. namun isu ni belum lagi habis.. Aku sekadar ingin menjelaskan dan membawa korang untuk berfikir dan merenung sebentar tindakan orang2 yg melampau batas ini. Kerana terlalu Taksub kepada perkauman dan jahil dalam beragama, maka inilah natijahnya.

Sebab Nabi S.A.W ada bersabda : "Man da'aa ila asobiyyah, falaisa minni, wa man maata ala asobiyyah, falaisa minna" "Sesiapa yang mengajak kepada asobiyyah (kesukuan) bukan dari kalanganku(Nabi s.a.w), dan sesiapa yang mati di atas dasar assobiyyah, bukan dari kalangan kami. (Org2 yg beriman)" Renungkanlah.

Bab ni aku sokong Khairy..

1 komen mengomen
Assalamualaikum semua, salam ramadhan kareem..

Lepas solat jumaat tadi aku bukak la Malaysiakini (huhu.. bukan nak bukak al-quran, Ish3.. ape nak jadik nih, abaikan, jangan tiru macam aku)

Tajuk dia Pemuda (Umno la) cadang perintah tahan ISA tidak dibuat menteri.

Haa.. Baru la nampak sket kecerdikan dan caknanya si Khairy Jamaluddin nih. Bukan nak kata aku sokong Umno. Tapi dalam bab ni je aku setuju. Bab lain tak yer..




Antara cadangan KJ ni ialah :


Ni sekadar gambar hiasan jer. Nak tunjuk kat korang Khairy. Mane la tau tak kenal lg.. hehe.

1. Perintah penahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dibuat oleh menteri dalam negeri seperti sekarang.

2. Sebaliknya, ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perintah tahanan tersebut hendaklah dikaji oleh mahkamah atau satu badan berkecuali.

3. "Ini juga supaya menteri dalam negeri dilihat tidak membuat satu keputusan penahanan di bawah ISA berdasarkan kepentingan politik," katanya.

4. Khairy berpendapat sesiapa yang ditahan mengikut ISA boleh mendapat keadilan melalui satu mekanisme kehakiman yang dicadangkan itu.

5. "Kita juga akan mencadangkan supaya tempoh tahanan oleh polis selama 60 hari dipendekkan," katanya.

Hishammuddin dilaporkan berkata kerajaan masih menerima cadangan daripada pelbagai pihak dan sedia memberi pertimbangan dari sudut kepentingan rakyat dan keselamatan negara dan hal sivil individu.

Justify FullSedarlah wahai UMNO dan BN, kami ni bukan membangkang atau membantah sesuatu perkara dengan membabi buta. dan bukan semua cadangan kami bangkang. walaupun buta. Yang baik perlu disokong yang tidak baik harus ditegur dan dibantah.

Lawan tetap lawan! hehe.. Bukan lawan gaduh2, lawan kezaliman..

Penjelasan ISU ARAK di Selangor

0 komen mengomen

Isu Arak di Selangor. Bagi aku Isu ini isu umat Islam, dan ia melebihi kepentingan Parti Politik. Sepatutnya tidak timbul dikalangan umat Islam khusunya di Malaysia, tidak kira PAS, UMNO, PKR, DAP, MIC, MCA, Melayu, Cina, India, Ibai Dll asalkan beragama Islam menjadi tanggungjawab kita mempertahankan maruah dan Kesucian Agama ISLAM. Aku setuju dengan kenyataan Seorang Tokoh Politik terkenal tanah air, dimana beliau mengatakan bahawa Islam sekarang sedang dicabar dan dipermainkan oleh orang-orang munafiq dan kafir. Berkaitan Isu arak, Sabda Nabi S.A.W " Jika sedikit ia HARAM, Maka Banyaknya lagilah Haram" Begitulah perumpamaan arak. Jika setitik pun tercampur dalam sebaldi minuman kita, maka sebaldi itu adalah Haram.


Nabi Pernah Bersabda: "Al-Halalu Bayyin, Wal Haramu Bayyin, Wabainahuma Mutasyabihat" Yang bermaksud "Yang Halal itu jelas, dan yang haram itu juga jelas, dan diantara keduanya itu meragukan"

Jadi, setiap apa yang dihalalkan oleh Allah adalah baik untuk manusia, dan yang haram itu tentulah mendatangkan Maksiat. Babi haram dimakan, kerana ia memudharatkan, dan kita lihat pada hari ini Bala dari Allah menimpa umat manusia dengan penularan wabak Selsema Babi, Arak itu haram kerana ia memudharatkan. Bahkan diakui sendiri oleh saintis barat.


KENYATAAN MEDIA

BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SELANGOR

“KONTROVERSI ISU ARAK DI NEGERI SELANGOR”

PENDAHULUAN

Meminum arak ataupun minuman beralkohol yang memabukkan merupakan salah satu dosa besar dalam agama Islam. Ia haram diminum samada dalam kuantiti yang banyak ataupun sedikit, samada si peminum tadi mabuk ataupun tidak akibatnya.

Allah swt berfirman di dalam al Quran, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. “

(al Maidah: 90)

Nabi Muhammad S.A.W pernah melaknat mereka yang terbabit dengan arak ini iaitu sebanyak 10 golongan melalui sabdanya:

“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:

(1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya. "

(Hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)



ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995

Oleh itu kerajaan bertanggungjawab memastikan yang rakyat jelata khasnya yang beragama Islam tidak terlibat dalam aktiviti yang membabitkan arak ini tambahan pula di Negeri Selangor, umat Islam di negeri ini adalah tertakluk dan terikat pada Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang berkuatkuasa sejak 22 November 1996 yang telah mengkategorikan meminum dan menjual arak sebagai suatu kesalahan jenayah syariah.

Melalui Enakmen ini di bawah kategori kesalahan minuman yang memabukkan dinyatakan di bawah Seksyen 18 (1) dan (2) iaitu:

(1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.



INISIATIF MEMBEBASKAN UMAT ISLAM DARI ARAK DI SELANGOR

Diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) contohnya di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berdasarkan sentimen dan tuntutan masyarakat, usaha telah dilakukan untuk memperkenalkan peraturan bagi mengawal penjualan arak ini iaitu di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam. Inisiatif ini turut diambil oleh ahli-ahli majlis di PBT-PBT yang lain di Selangor.

Walaubagaimanapun harus diberi perhatian bahawa segala usaha di atas TIDAK sama-sekali melibat atau membabitkan hak masyarakat bukan Islam di Negeri Selangor. PAS Selangor tidak pernah menuntut agar arak ini diharamkan dijual atau diminum dikalangan masyarakat bukan Islam.

Inisiatif yang diambil adalah untuk membebaskan umat Islam Selangor dari pengaruh dan budaya arak yang haram hukumnya disisi Islam dan bukan untuk menganggu-gugat hak masyarakat yang bukan Islam.

Oleh itu PAS Selangor kesal apabila inisiatif dari tindakan untuk mengawal pengurusan penjualan dan peminuman arak ini dikalangan masyarakat Islam telah dicampuri oleh pihak-pihak yang tertentu. Campurtangan membabitkan insiden di Shah Alam pada 30 Julai 2009 lalu dengan mempertikaikan keputusan pihak PBT dan para pegawai MBSA yang melaksanakan tugas ternyata telah mengingkari saluran-saluran pentadbiran yang sepatutnya.

Malah PAS Selangor mendapat laporan bahawa campurtangan itu (dan beberapa tindakan serupa sebelum ini) telah menganggu dan menjejaskan moral ahli-ahli majlis PBT dan para pegawai serta kakitangan kerajaan amnya.



TUNTUTAN-TUNTUTAN DAN TINDAKAN PAS SELANGOR


PERTAMA: Dengan perkembangan ini PAS Selangor mendesak agar kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim agar serius dan menyegerakan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, untuk digunapakai seluruh negeri Selangor, supaya kontroversi seumpama ini tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam di sini.


KEDUA: PAS Selangor turut menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.


KETIGA: PAS Selangor mengeluarkan arahan kepada seluruh kekuatan parti di negeri ini untuk mengambil langkah-langkah yang wajar dan bersesuaian dengan kedudukan dan jawatan masing-masing agar usaha untuk membebaskan umat Islam dari arak ini dilakukan secara serius dan berterusan, menurut adab, peraturan dan undang-undang yang sedia ada, demi keselamatan dan kesejahteraan seluruh masyarakat dan umat Islam di negeri ini.


KEEMPAT: PAS Selangor akan segera mengemukakan draf peraturan kecil mengenai penggunaan arak dikalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasa diperingkat PBT-PBT.


KESIMPULAN

Kesimpulannya, PAS Selangor mengesan bahawa keseluruhan rentetan kes-kes ini sesungguhnya berpunca dari kegagalan dan kelemahan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Selangor yang telah diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini lebih 50 tahun lalu.

Pimpinan UMNO Selangor semasa berkuasa dahulu terbukti tidak sama-sekali serius dan jujur dalam menyelesaikan masalah orang-orang Islam termasuklah berhubung penjualan dan peminuman arak ini. Oleh itu PAS kini melalui mandat yang diberikan rakyat kepadanya, bertanggungjawab untuk memperjuangkan isu ini demi kepentingan masyarakat Islam dan seluruh rakyat amnya.

Kes TBH. Misteri Darah Di Tingkat 15.. Darah Siapa?

0 komen mengomen


Inkues Teoh: Darah di ruang tangga?
Andrew Ong
Ogos 7, 09
6:17pm
Lawatan Koroner Azmil Muntapha Abas dan pegawai inkues ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam telah menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai kematian Teoh Beng Hock.

Ini kerana kesan, yang mungkin darah, ditemui di ruang tangga dari tingkat 14 - pintu masuk utama ke pejabat SPRM - ke tingkat 15 pejabat tersebut.

Lebih banyak kesan terdapat dalam sebuah bilik di tingkat 15. Yang memeranjatkan ialah koroner dimaklumkan bahawa polis tidak mengambil sampel dari kesan tersebut.

Peguam Lim Lip Eng yang mewakili keluarga Teoh berkata, pada mulanya koroner dijadualkan melawatkan keseluruhan tingkat 14, tetapi para peguam meminta supaya dilihat sekali tingkat 15.

Darah Siapa Ditingkat 15 dan dirunag tangga??

"Kami sedang menaiki anak tangga ke tingkat 15 melalui pintu belakang. Bila kami sampai ke tingkat 15, kami dapat ada kesan sepanjang dua kaki atas lantai anak tangga tersebut.

"Kami bertanya kepada pengarah SPRM (Selangor) mengenainya, tetapi beliau tidak tahu. Pegawai penyiasat polis berkata beliau akan memeriksa kesan tersebut," kata Lim.

Apabila tiba di tingkat 15, mereka tidak dibenarkan melihat setiap bilik di situ.

Lim berkata, mereka ternampak lebih banyak kesan pada satu dinding bilik apabila mereka melihat menerusi kaca pintu.

"Ia nampak seperti darah. Saya tidak dapat katakan secara pasti. Sekali lagi, kami bertanya kepada pengarah dan pegawai penyiasat dan mereka kata mereka tidak tahu mengenainya dan tidak memasukkannya sebagai sebahagian daripada siasatan," kata Lim yang juga ahli parlimen Segambut.

Penting! Panduan dan Peta Laluan bagi peserta Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos

0 komen mengomen
"Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur (Sila Klik Gambar Untuk Melihat Peta Laluan) bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

http://dppwp.files.wordpress.com/2009/06/stiker-isa.png?w=468&h=166

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

Perkara yang perlu anda bawa/sediakan

1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.

3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah-Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA

4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.

6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.

7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.

8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.

9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.

10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.

12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.

13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

Perkara yang tidak dibenarkan

1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.

4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.

5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.

6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA

7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.

8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.

9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.

10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov *****tail dan mercun.

11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.

12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.

13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan

1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.

2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.

3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.

4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.

5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.

6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.

7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.

8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.

9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.

10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.

11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.

12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.

13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).

14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.

Semasa perhimpunan dan perarakan

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.

2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.

3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.

4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.

5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.

8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.

9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.

10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.

11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.

12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.

13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.

14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.

15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.

16. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.17. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

Selepas perhimpunan

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.

2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.

3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.

4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.

5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.

6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com.

Apa anda perlu buat jika kumpulan Pro-ISA buat Provokasi

1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.

2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

3. Jangan hampiri mereka.

4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.

6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan

1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.

3. Duduk jika pimpinan arahkan.

4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.

5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.

6. Ambil gambar mereka jika sempat.

7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

Apa yang anda perlu buat jika ditahan

1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.

2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).

4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.

5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.

8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.

9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.

10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.

11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

Apa yang anda buat selepas dibebaskan

1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.

2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.

3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.

4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.

5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.

6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.

7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.

8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.

10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.

11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

Perhatian!

1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.

2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.

3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.

4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berdoa semoga Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak Kerajaan dan memberikan laluan untuk Agong mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan negara kita.

Ingat, Himpunan Bersih dan PPSMI berjaya menyedarkan Kerajaan kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk memansuhkan ISA.

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

Berikut adalah Peta laluan yang dipersetujui oleh GMI:

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers