
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t.
Madrasah Al-Imam As-Syafie sudah bermula semula selepas ditangguhkan sempena Imtihan Fasa pertama yang lalu. Madrasah Al-Imam As-Syafie yang diadakan setiap hari bertempat di Dewan Asrama Darul Ehsan akan bermula seawal 8.00 - 9.00 pagi. Kini sedang mengadakan daurah Khas Bersama Fadhilatul Sheikh Rahimuddin An-Nawawi Al-Banteni.
Sheikh akan menghuraikan Kitab Tafsir Jailani karangan Sheikh Fadil At-Tilani Al-Jailani cucunda Sheikh Abdul Qader Al-Jailani. Bermula jam 8.00 sehingga 10.00 pagi bertempat di Dewan Seri Iman, Asrama Darul Iman. Kitab Tafsir Jailani sebanyak 6 jilid ada dijual disini dengan harga LE210.00.
Ayuh sama-sama kita memeriahkan taman daripada taman-taman syurga.
Bismillah, walhamdulillah..
Assalamualaikum w.b.t.
Pada
15-18 Februari 2010 ini,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) akan mengadakan
Hari Keluarga dan Mahabbah Anak Terengganu (HIKMAT). Semua anak Terengganu di Mesir dijemput dan dipersilakan untuk menghadiri serta memeriahkannya. Pelbagai aktiviti menarik seperti Riadah, Electronic Soccer, Futsal, dan banyak lagi..

Jumpa anda disana.
Salamullahialaikum semua,
1. Sekadar nak maklumkan harini hari terakhir exam fasa 1. Mohon doanya agar dipermudahkan untuk menjawab soalan.
2. Kepada USt Syuk yang dikasihi. Selamat kembali ke Tanah Air, semoga cepat juga kembali ke Mesir ni.
3. Kaherah International BookFest dah masuk hari yang ke-4. Belum sempat pergi lagi. Huhu.. Nak beli kitab.

4. Terjumpa Ust Farid Ravi @ Pensyarah KUIS yang manginap kat Villa Terengganu. Dia datang sini semata-mata nak pergi BookFair ni.
5. Penat dan sakit bahu, tolong angkat kitab Ust Fahmi dr rumah lama ke Rumah Tok Imam. Huhu...