Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Pantun Kuih Raya

2 komen mengomen

Bismillahirahmannirahim..

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kuih gelang
Dua tiga kuih boleh ku cari
Mana nak sama pulut panggang sorang

Goreng cempedak di luar pagar
Ambik batang buruk tolong jolokkan
Saya budak baulu belajar
Kalau salah tolong sampritkan

Kek pandan jauh ke tengah
Apam balik bercabang tiga
Hancur maruku di kandung tanah
Masalodeh yang baik dikenang juga

Sorong apam tarik apam
Buah Melaka dalam perahu
Suruh makan apam saya makan apam
Suruh makan apam balik saya tak tahu

Lepat Pak Malau lepat pisang
Lepat hamba lepat ubi...
Pau tuan pau kelapa
Pau hamba pau serikaya

Lemang tinggi-tinggi
Sampai cucur badak
Belum tumbuh gigi
Dah makan tepung gomak

Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Malam ini kita makan bubur jagung
Malam esok kita makan tapai

Nasik manis buah Melaka
Sayang popia hamba lurutkan
Buang tepung gomak buang serimuka
Kerana cokodok hamba turutkan

Kalau ada donat di ladang
Boleh saya menumpang makan
Kalau ada lemang yang panjang
Boleh kita menumpang makan lagi

Kuih talam di bawa belayar
Masak setalam di atas peti
Hutang lempuk boleh di bayar
Hutang dodol di bawa mati

Md Sharil bin M Saleh
email from Akob Pro

Grab from Bujang Susah

Kalau macamni Aku suka jadi cikgu..

3 komen mengomen

Why teachers are so stressed?

Assalamualaikum..
Selamat pagi semua..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot


Murid-murid sekalian, ini contoh jawapan yang cikgu nak bagi kat kamu semua. Kepada sesiapa yang stress boleh tengok.

Hahaha..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot Kureng sungguh budak nih.. Nak kena gamaknya..

Lurus bendul budak nih.. Nasib baik lulus..

Expand? Betul la kan...? hehehe
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Selesaikan.. Mudah je..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Bagi contoh lain.. Haha.. Wat jer la macam yg asal tu..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot hihihi..

Kat mana letaknya X??? KAt atas kertas tu la..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot huhuh


Macammana nak cari jawapan mudah?? Potong-potong jer.. hehe

Aku bertanya : "Apasal plak cikgu nak stress??" Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot


Cikgu menjawab : "cikgu betul2 mmg stress pun. Apa punya anak murid da.. Penat2 aku ngajo itu jawapan korang. Hampes sungguh. Nampak sangat xfokus lam kelas.. hehe.."

Aku berkata : "Kalau macam nilah, seronok gak jadi cikgu. Hahaha.."Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Senang aku nak chek.

Tapi boleh menyesatkan anak2 murid aku la. Ish3..Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Aku nih tak bleh jadi cikgu nampak gayanya.

Tapi kalau aku mohon UPSI kan, rasa2 ada peluang nak jadi cikgu nampak gayanya. Sebab cikgu laki tak ramai. Hehehe..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot Satu niat yang jahat. Hahaha..
Astaghfirullahalazim..

Tempat Rahsia Kena Pecah..

1 komen mengomen
Salam semua..
Bismillah..
Tajuk tu gimik jer.. hehe..
Tempat ni xdelah rahsia mana pun. Tp ramai org "tak tahu" dan "tak dapat" nak pegi walau duduk sebelah atau berdekatan. Itulah yang dikatakan rahsia. Post sebelum nih tentang tempat kerja. Kali tempat solat pulak..

So, inilah tempatnya. Tadaa...


Ni la jalan nak ke Surau Assyakirin. Kiri kanan jalan ni penuh dengan pokok nenas. Qariah surau yang tanam. Woi!! Beskal aku tu nak bawak pg mana ha?? hehe..


Senang2 hati je drebar tinggal ana kat tepi jalan, dia x larat nak kayuh naek bukit.. hampes..


Pintu pagor surau Assyakirin..





Tempat parkir kereta yang luas, boleh memuatkan kapal layar.. Lori tangki dan kapal selam.


Termpat wudhuk yang baru..


Kolah tempat ambil wudhuk, baru berusia sebulan. hehe.. ops.. kapal selam xleh ar landing kat sini. abis air tu nanti.. haha

Ini lah Bangunan atau Dewan Solat Utama Surau Assyakirin. Ha, tu la motor Hj Rani, pengerusi Surau nih.. Yang kat tepi tu, beskal muda ana.. haha


Waktu Zohor biasa la, tak ramai sangat orang datang solat. mungkin masing2 kerja. Tapi malam, paling kurang 3saf. alhamdulillah. Meriah.


Nampak tak pintu & grill warna hitam tu? haa.. bilik rahsia tu la kena pecah, abis hilang satu set komputer Dell. Mewah surau ni. Berhawa dingin lagi. Panas2 leh landing kat sini. Lupa nak snap pic peti sejuk surau. haha.. eh, ada ape? xcaye plak. Meh la datang tengok.


Ini Hj Azlan, org yg jarang miss ada kat surau.

Ini pulak Ustaz Nasaruddin, beliaulah yang sellau menjadi imam Zohor dan Asar. Hari Isnin malam plak beliau mengajar Kita Fiqah Mazhab Imam Syafie.

Jadual kuliah maghrib Surau Assyakirin.
Hari Ahad tiada ustaz mengajar (bergantung kepada jadual semasa yg sentiasa berubah2)
Hari Isnin Kitab Fiqah Mazhab Syafie oleh Ust Nasaruddin
Hari Selasa Kitab (lupa plak..) oleh ust Hasbullah
Hari Rabu Kitab Bahrul Mazi oleh Ust Imam Masjid Nilai (lupa plak nama)
Hari Khamis Bacaan Yassin dan Tafsir Surah Yasin oleh Dr. Ust Zulkifli
Hari Jumaat Kelas Tarannum dan Berzanji oleh Ust Rozi
Hari Sabtu Kitab Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah oleh Ust Azhar Tuarno (Imam masjid Negara) Ustaz Azhar mengajar 2kali sebulan. Berselang seli dengan Kitab (tak ingat) Oleh Ust Shuhadak.

Biasanya ada makan2 selepas Isyak. Tapi bergantung kepada penaja la. Kalau ada sesiapa nak menginfakkan sedikit harta mereka untuk membuat jamuan atau moreh boleh la berurusan dengan Pengerusi Surau Assyakirin Hj Abd Rani selepas waktu solat.

Ooops.. Kejap2. Jangan ingat surau ni koman or low class. ade website lag tau. ha.. klik sini
Surau Assyakirin

So, orang Bandar Seri Putra, ape tunggu lagi? Jom la solat berjemaah. Mengimarahkan surau yang indah. Baitullah filardh. (Rumah Allah di Bumi)
Terutama penduduk Pangsapuri Sri Melati dan Putra Teres kerana kalian yang paling hampir. Solat Berjmaah Lebih Afdal Daripada Solat Bersendirian Dengan 27kali darjat.
Renung-renungkan dan selamat beramal.

Adakah CInta Bertasbih?

0 komen mengomen
Sekadar Mahu Berkongsi Trailer Ketika Cinta Bertasbih


Filem ini diadaptasi daripada Novel Bestseller Ketika Cinta Bertasbih Karya Besar Ustaz Habiburrahman Elshirazy atau Kang Abik. Dimana beliau sendiri terlibat secara langsung dalam pembikinan filem ini stelah melihat sambutan yang luar biasa diberikan kepada Filem Ayat-ayat cinta. Filem KCB ini lebih islamik berbanding Filem AAC dimana Kang Abik sendiri menjadi pelakonnya.

Kisah yang berkisar tentang seorang Mahasiswa Al-Az
har bernama Azzam, seorang anak miskin belajar di kota Cairo. Demi untuk membesarkan adik2nya di Indonesia dia sanggup menjadi penjual bakso dan tempe disana. Oleh kerana terlalu sibuk membuat bakso, dia terpaksa menghabiskan masa yang lama di Kaherah. Dia sanggup tidak pulang dan melupakan seketika peperiksaannya demi untuk membesarkan adik2nya. Digelar Insyinyur atau Ingineer, entah kenapa? mungkin kerana kepakarannya membuat Bakso yang sedap.

Adiknya Husna semakin membesar dan terkenal sebagai seorang penulis @ karyawan sehingga dapat menyara keluarganya tanpa bergantung kpd Azzam di Kaherah. Berita baik ini sangat mengembirakan Azzam, kerana akhirnya dia dapat fokus kembali kepada pelajarannya tanpa perlu risau nasib keluarga di Indonesia.

Satu peristiwa berlaku keatas mahasiswi Al-Azhar, Anna dan Erna di Kota Kaherah, begnya diragut pencuri. Dalam usaha mendapatkan kembali begnya, Husna terlupa kitab2 yang dibelinya tertinggal di dalam bas. Malang bertimpa-timpa. Kejadian ini disaksikan oleh Azzam. Lalu azzam cuba mnebantunya mendapatkan kembali kitab2 tersebut. Alhamdulillah. Kitab2 tersebut dapat ditemukan kembali. Disinilah titik perkenalan Azzam dengan Husna. Namun sikap Azzam yang tawadhuk, dia hanya memperkenalkan dirinya Abdullah kepada Husna..

Husna mula jatuh hati kepada Abdullah. Namun hanya nama yang diketahui, nak tahu kisah seterusnya beli dan Dapatkan novel2 Habiburrahman Seperti Ayat2 Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Dalam Mihrab Cinta dan banyak lagi. Boleh Lawati Myhumairaku. atau hubungi no 0126370581 untuk pembelian secara atas talian.



Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers