Diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam kitab Sahihnya, yang bersumber dari Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W ber sabda:-
"Tidak akan terjadi kiamat, hingga munculnya banyak kekacauan. Lalu para sahabat bertanya: Apa yang dimaksudkan dengan 'harj' (kekacauan) itu, wahai Rasulullah? Nabi S.A.W menjawab: Pembunuhan demi pembunuhan."
Memang terbukti menjadi kenyataan apa yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W. Tiada hari yang kita lalui tanpa berita tentang korban pembunuhan. Apa yang dah jadi dengan pembunuhan di Narathiwat? Semoga roh mereka dicucuri rahmat.. Mati dalam keadaan tengah bersembahyang.. Bertapa untungnya mereka..
Namun, dimanakah sikap kita sebagai seorang Muslim terhadap saudara kita di Narathiwat? adakah sekadar pemerhati sahaja? Aku mengutuk keras tindakan tersebut. Mana mungkin kerja ini dilakukan oleh orang Islam atau pejuang2 pembebasan ISlam kerana pejuang ISlam yang sebenar mereka tahu adab2 dalam peperangan. Tidak boleh membunuh sesiapa yang berada dalam rumah ibadat. Perempuan, kanak2, Orang Tua, Haiwan Ternakan dan Tanaman.
Aku yakin dan pasti kerja2 ini dilakukan oleh kafir laknatullah yang mahu melihat Islam hancur. Namun mereka silap. Dalam surah Assaf ke 8 Allah berfirman : Mereka hendak memadam cahaya Allah dengan mulut2 mereka. dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir benci.
Alfatihah untuk para Syuhada.. Takbir! Allahuakbar!
Kejadian Stadium Sultan Zainal Abidin yang runtuh 3 jun lalu senyap tanpa sebarang berita atau kenyataan akhbar daripada pengerusi Gerak dan Raja Kotak.
Dimanakah GERAK? Raja Kotak DLL lagi? Mengapa tidak di buat laporan dan kenyataan akhbar kepada SPRM? Media dan sebgaianya?
Mungkin wujud penyelewengan dalam pembinaan tersebut kerana pembinaan stadium ini menelan belanja RM270 juta dan tidak munasabah boleh roboh selepas setahun ia dirasmikan. Dalam berita baru2 ni menteri Kerja raya ada mengeluarkan kenyataan bahawa struktur tanah yang tidak selamat. Kalau macamtulah keadaannya. Mengapa hanya bumbung sahaja yang roboh? Bahagian bawah tidak mengalami sebarang keretakan dan kerosakan?
Selang beberapa hari selepas itu, timbul pula Kolam renang retak menyebabkan air kolam melimpah kebahagian bawah. Aku rasa la, kalau tak kerana Stadium runtuh, kompem berita pasal kolam ni ramai yang tak tahu. Mungkin disebabkan peniaga disekitar kolam renang tersebut terlalu bimbang kejadian yang sama akan berlaku. Maka, keluarlah kenyataan media.
Riuh rendahlah pejabat menteri besar dan Jabatan Kerja Raya. Selepas itu, timbul pula keretakan pada jejambat/susur naik ek stadium tertutup. Mungkin selepas ini ape lagi ek? Tu, bangunan yang pejabat Mb duduk. Bertahun2 tidak apa2. Masih utuh dan kukuh tanpa sebarang kerosakan.
Memang tidak dapat disangkal, Kalau Allah kata "Kun Fayakun" bala itu boleh datang bila2. Namun, secara logiknya, bagaimana bangunan yang baru dibina boleh mengalami kerosakan yang begitu teruk?
Siapa yang hendak dipersalahkan?
Mengapa perkara ini begitu lama untuk dipastikan punca sebenar ia berlaku? Dan sudah tentulah kerana Kerajaan Terengganu diperintah oleh Barisan Nasioanal. Aku gerenti, kalau negeri Terengganu diperintah oleh Pakatan Rakyat, Pagi runtuh, Tengahari dah Heboh dan riuh rendahlah isu Rasuah, Penyelewengan dan sebagainya. Berjuta-juta laporan kepada Polis dan SPRM dibuat oleh mereka2 yang kononnya pejuang membanteras Rasuah dan penyelewengan seperti Gerak dan Pemuda amno.
Jadi, dimana Nazri si pengerusi Gerak? Dimanakah Raja Kotak? Dimana Pemuda Amno? Kalau sebab Kereta Toyota Harrier dan Beberapa Ekor Lembu yang hanay beberapa juta mereka boleh riuhkan. Mengapa peojek yang menelan ratusan juta ringgit ini tidak dibuat satu laporan pn? Hah.. Jawab la nazre oi..
Irwan Muhamad Zain | Foto Wan Zahari Wan Salleh Thu | Jun 11, 09 | 2:47:07 pm MYT
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi mengumumkan perlantikan Dato' Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung yang baru menggantikan Dato' Kamaruddin Jaffar.
Pengumuman dibuat pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS sejurus selesai Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang bermula jam 10 pagi tadi.
Pada sidang itu, Ustaz Hadi mengumumkan Ustaz Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat dan mengekalkan Dr. Mohd Hatta Ramli sebagai Bendahari.
Tinbalan Pengarah 1 Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman pula dilantik menggantikan tempat Mustafa sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.
Bekas-bekas Naib Presiden, Dato Husam Musa dan Mohamad Sabu yang tewas dalam pertandingan kerusi Timbalan Presiden dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa tambahan.
Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Wan Ubaidah Wan Omar ialah dua muka baru yang dilantik.
Dr Mariah Mahmod dan Anuar Tahir turut dilantik semula. - tmj/tajdid
Bismillah.. Alhamdulillah.. Salam semua.. Alhamdulillah. Ana masih lagi hidup hari ni..
Tadi lepas solat zohor berjamaah di Surau Assyakirin, ana terus balik ke rumah untuk makan tengahari..
Yang paling best, anak-anak sedara ana dari terengganu sampai.. Kebetulan Along dgn Kak Su ana ana training di KL. So, mak ana la ambik dua orang budak kecik ni balik rumah.
Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillahirabilalamin.... Yaasin.. ape2 surah pun mesti yasin jgk dia baca..
Tak larat nak mengangkatnyer.. haha.. Tak padan kecik..
Abis la barang dalam beg ni.. AWAS!! JIKA ANDA TERJUMPA BUDAK KECIK INI, SEMBUNYIKANLAH BEG ANDA SEGERA DARIPADA DIRAGUT DAN Di SPOT CHECK.
Ha.. kat bawah ni plak. Ipin.. haha.. name dia Mohd Uwais Al-Qarni
Hye.. i comel kan? hehe..
Malu la..
Ha.. ni la keje akak dier.. suka kaco adik.. Si uwais ni, sebelum ana kuar td bru je tido, sebelum tu pergh.. melalak test vokal dia.. last2 tido jgk..
So, ana ada kat Pissta Computer lg nih. Xsabar rasa nak blek.. haha..
Oppss.. Ada satu lg news.. Dari terengganu jugak. Ana terima satu parcel. ha.. ni la parcelnya.. hehe.. tenkiu kpd si penghatar.. ana suka sangat apa yang kamu bg tuh..
Haha.. hepi sangat.. apa kat dalam tu ek?
Korang rasa2 ape ek dalam tu? sape betul dapat hadiah. ana bg..
Salam semua.. Bismillah.. Tajuk tu gimik jer.. hehe.. Tempat ni xdelah rahsia mana pun. Tp ramai org "tak tahu" dan "tak dapat" nak pegi walau duduk sebelah atau berdekatan. Itulah yang dikatakan rahsia. Post sebelum nih tentang tempat kerja. Kali tempat solat pulak..
So, inilah tempatnya. Tadaa...
Ni la jalan nak ke Surau Assyakirin. Kiri kanan jalan ni penuh dengan pokok nenas. Qariah surau yang tanam. Woi!! Beskal aku tu nak bawak pg mana ha?? hehe..
Senang2 hati je drebar tinggal ana kat tepi jalan, dia x larat nak kayuh naek bukit.. hampes..
Pintu pagor surau Assyakirin..
Tempat parkir kereta yang luas, boleh memuatkan kapal layar.. Lori tangki dan kapal selam.
Termpat wudhuk yang baru..
Kolah tempat ambil wudhuk, baru berusia sebulan. hehe.. ops.. kapal selam xleh ar landing kat sini. abis air tu nanti.. haha
Ini lah Bangunan atau Dewan Solat Utama Surau Assyakirin. Ha, tu la motor Hj Rani, pengerusi Surau nih.. Yang kat tepi tu, beskal muda ana.. haha
Waktu Zohor biasa la, tak ramai sangat orang datang solat. mungkin masing2 kerja. Tapi malam, paling kurang 3saf. alhamdulillah. Meriah.
Nampak tak pintu & grill warna hitam tu? haa.. bilik rahsia tu la kena pecah, abis hilang satu set komputer Dell. Mewah surau ni. Berhawa dingin lagi. Panas2 leh landing kat sini. Lupa nak snap pic peti sejuk surau. haha.. eh, ada ape? xcaye plak. Meh la datang tengok.
Ini Hj Azlan, org yg jarang miss ada kat surau.
Ini pulak Ustaz Nasaruddin, beliaulah yang sellau menjadi imam Zohor dan Asar. Hari Isnin malam plak beliau mengajar Kita Fiqah Mazhab Imam Syafie.
Jadual kuliah maghrib Surau Assyakirin. Hari Ahad tiada ustaz mengajar (bergantung kepada jadual semasa yg sentiasa berubah2) Hari Isnin Kitab Fiqah Mazhab Syafie oleh Ust Nasaruddin Hari Selasa Kitab (lupa plak..) oleh ust Hasbullah Hari Rabu Kitab Bahrul Mazi oleh Ust Imam Masjid Nilai (lupa plak nama) Hari Khamis Bacaan Yassin dan Tafsir Surah Yasin oleh Dr. Ust Zulkifli Hari Jumaat Kelas Tarannum dan Berzanji oleh Ust Rozi Hari Sabtu Kitab Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah oleh Ust Azhar Tuarno (Imam masjid Negara) Ustaz Azhar mengajar 2kali sebulan. Berselang seli dengan Kitab (tak ingat) Oleh Ust Shuhadak.
Biasanya ada makan2 selepas Isyak. Tapi bergantung kepada penaja la. Kalau ada sesiapa nak menginfakkan sedikit harta mereka untuk membuat jamuan atau moreh boleh la berurusan dengan Pengerusi Surau Assyakirin Hj Abd Rani selepas waktu solat.
Ooops.. Kejap2. Jangan ingat surau ni koman or low class. ade website lag tau. ha.. klik sini Surau Assyakirin
So, orang Bandar Seri Putra, ape tunggu lagi? Jom la solat berjemaah. Mengimarahkan surau yang indah. Baitullah filardh. (Rumah Allah di Bumi)
Terutama penduduk Pangsapuri Sri Melati dan Putra Teres kerana kalian yang paling hampir. Solat Berjmaah Lebih Afdal Daripada Solat Bersendirian Dengan 27kali darjat. Renung-renungkan dan selamat beramal.
Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah.
Perantau di Bumi Allah.
Johor - Terengganu - Selangor - Mesir
Buat pengunjung yang dirahmati Allah, tulisan di dalam blog ini adalah catatan peribadi saya dan ianya sekadar perkongsian bersama. Pandangan atau lontaran idea saya tidak mewakili mana-mana badan atu pertubuhan secara rasmi. Moga-moga memperoleh sedikit manfaat bersama.
Penulis
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir
1995-1996 Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Taman Sayong Pinang, Kulai, Johor. 1997-2000 SK Bandar Tenggara 2, Kulai, Johor. (SKBT 2) 2001 SK Bandar Tenggara 1, Kulai, Johor. (SKBT 1) 2002 SK Durian Burong, Kuala Terengganu (SKDB) 2002 SK Kubang Ikan, Kuala Terengganu (SKKI) 2003 Maahad Tahfiz Darul Bayan, Pinang Merah, Paka, Terengganu 2003-2004 Kolej Sains & Teknologi Al-Quran YT Besut (KOSTAQ) 2004-2005 SM Sains Agama YT Dungun (SEMSA) 2005-2006 SM Imtiaz Dungun (IMTIAZ) 2006-2008 SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Burok, Kuala Terengganu (SMA(A)SZA) 2009/10 Ijazah Sarjana Muda Kuliah Syariah Wal Qonun, Syu'bah Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Penuntut Anjung Al-Atrak, Masjid Al-Azhar Penuntut Masjid Asyraf, Jabal Muqottom. Penuntut Dar Al-Hasani