Merindui Ramadhan.

2 komen mengomen
Bersama Naim, Abang Muaz Ramadhan lepas. Selepas solat terawih.

Majlis bersama Habib Muhammad Abdul Rahman As-Saqqaf-Pengacara Fattabiouni

0 komen mengomen
Pada 26 September 2012. Bertempat di Masjid Al-Azhar kami bertemu, pertemuan singkat dan penuh mahabbah tersebut cukup untuk menghilangkan rasa rindu serta menambah rasa cinta kami kepada Rasulullah SAW.

Replika cincin Rasulullah.

Kami menyambut ketibaan Habib Muhammad Abdul Rahman As-Saqqaf

Habib asyik mendengar qasidah burdah yang dialunkan.

Habib berlatar belakangkan mihrab Al-Azhar 



Habib dibawah Zullah Fatimiyah.


Moga Allah himpunkan kami bersama Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Merenung jauh masalah umat dan kerinduan kepada Rasulullah.

Santun Ust Fahmi, Ust Kamal.

Koleksi Gambar Senja di Kota Seribu Menara

0 komen mengomen
Aku antara orang yang obses dengan pemandangan atau dalam dunia fotografi dengan istilah panorama. Terutama pemandangan yang ada awan samaada sunrise atau sunset. Dan aku paling minat ambil gambar yang berbentuk journalis, terutama gambar-gambar masyaikh Al-Azhar dan Ulama'. Terasa puas bila dapat ambil gambar-gambar mereka disamping dapat juga menumpang barakah dan berada di dalam majlis ilmu.

Bila petang mula dipenuhi awan, tanda-tanda musim sejuk bakal menjelma untuk menyengat tulang-tulang, dan membuatkan manusia yang hidup disekitarnya mengigil kesejukan. Pesta menggulungkan diri bakal bermula. Ahlan winter. :) Gambar ni diambil disebuah lorong untuk ke Rumah Kelantan Baru, Kaherah Mesir.


Pemandangan burung berterbangan di waktu senja.



Golden Hours - 10th District, Cairo Egypt.


Hayyu Asyir.


Another view from hayyu asyir.

Manhaj Al-Azhar As-Syarif - Syeikh Usamah

0 komen mengomen


Syaikhuna al-Allamah mengatakan berdasarkan pemerhatian dan penelitian beliau sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran di al-Azhar al-Syariff, beliau dapat simpulkan bahawa ciri-ciri utama bagi pembinaan jati diri seorang Azhari adalah terbina daripada 8 ciri serta manhaj utama:

1. Bersambung Sanad ( silsilah ) pengambilan ilmu sama ada secara riwayah, dirayah serta tazkiyah. Ini akan diperolehi bilamana seseorang tersebut bertalaqqi ilmu serta bersahabat dengan para ulama di Bumi al-Azhar ini. Ini perlulah dilakukan dalam tempoh masa yang lama bagi memperolehi keahlian serta kefahaman yang jelas tentang ilmu sebenar di dalam Islam. Ini jelas menunjukkan bahawa ilmu itu diperolehi dengan cara bertalaqqi dengan para ulama bukan sekadar membaca tanpa guru.

2. Mengambil perhatian di dalam menguasai ilmu-ilmu asas bagi mempelajari serta memahami al-Quran dan al-Sunnah seperti ilmu Nahwu, Sarf, Balaghah, al-Ishtiqaq, Usul Fiqh, Ulum al-Hadis, Ulum al-Quran dan lain-lain.




3. Mengetahui secara menyeluruh serta jelas tentang Maqasid al-Syariah ( Prinsip-Prinsip di dalam Syariat). Pengetahuan secara mendalam terhadap Maqasid Syariah menyebabkan seseorang tersebut akan dapat membezakan perkara usul dan cabang di dalam agama. Maka ini akan menyebabkan seorang Azhari tersebut tidak akan cepat menghukum sewenang-wenangnya serta akan berlembut dengan golongan yang Jahil serta memberikan tunjuk ajar sebaiknya kepada mereka.

4. Meletakkan ayat al-Quran pada tempat yang sepatutnya. Ini jelas menunjukkan bahawa manhaj al-Azhar berbeza dengan manhaj sesetengah pihak yang terkadang meletakkan ayat yang diturunkan kepada orang-orang kafir kepada golongan Muslimin. Bilamana perkara sebegini berlaku maka secara tidak langsung akan wujud perpecahan serta buruk sangka kepada muslim yang lain.

5. Membesarkan kedudukan Umat Baginda sallallahu alaihi wasallam. Bilamana seorang Azhari tersebut mengetahui akan kedudukan serta kemuliaan Umat Baginda sallallahu alaihi wasallam, maka secara tidak langsung akan hilanglah perasaan ingin menuduh fasiq kepada umat Islam yang lain, menghukum kafir, ahli Bid’ah serta lain-lain hanya kerana melakukan perkara yang bagi fikiran mereka (yang tidak bermanhaj seperti Azhari) adalah merupakan Syirik Terbesar seperti Bertawassul dan lain-lain. Sedangkan hakikat sebenarnya adalah bertentangan dengan apa yang mereka fikirkan.

6. Meletakkan bahawa perkara paling utama adalah menyampaikan hidayah Islam kepada seluruh alam.

7. Mempunyai ciri-ciri lengkap di dalam pembentukan ilmu iaitu dengan :

a) berpandukan al-Quran, al-Sunnah, Ijma’ dan al-Qiyas,

b) mempunyai manhaj ilmu yang muktamad serta mempunyai kaedah yang jelas bagi memahami sesuatu nas tersebut,

c) mempunyai kemampuan serta anugerah daripada Allah taala bagi mendalami ilmu tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa manhaj al-Azhar berbeza dengan manhaj yang lain.

Jika tidak punya kaedah yang jelas di dalam pembentukan ilmu maka akan lahirlah kelompok yang hanya mengetahui istilah dalil tetapi tidak mengetahui apakah cara untuk mengeluarkannya , mengumpul serta meneliti dalil satu persatu berdasarkan keahlian seseorang tersebut di dalam bidang ilmu tersebut.

8. Sentiasa mengambil faedah daripada Turath Ummah (Tinggalan umat Islam terdahulu seperti kitab-kitab karya mereka serta apa sahaja yang memberikan faedah dan manfaat), menyedari akan kedudukan serta keagungan tinggalan umat Islam silam serta mengetahui cara bagaimana mengambil segala faedah daripadanya .



Inilah manhaj yang dipegang dan sepatutnya difahami secara lumat oleh penuntut ilmu di al-Azhar al-Syarif. Jika perkara sebegini tidak lagi difahami dengan baik, maka janganlah mengaku pandai serta menuduh orang lain berlagak sombong sedangkan hakikat sebenarnya merekalah yang berlagak sombong tersebut.

Semoga semua dapat mengambil manfaat .

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Ilmu Masjid al-Azhar al-Syariff & Masjid al-Asyraff,
Rumah Kedah Transit Hayyu 7,
Kaherah, Mesir

p/s : Saya cuma menterjemahkan isi penting di dalam risalah tersebut sahaja, bukan keseluruhannya. Terjemahan secara keseluruhannya akan dimasukkan di dalam risalah Syaikhuna nanti bilamana cetakan pelbagai bahasa dikeluarkan.

Seorang demi seorang..

0 komen mengomen
Masuk yang sorang ni, entah yang ke berapa. Berpuluh-puluh dah rasanya kalau campur semua sekali. Bersyukur sangat-sangat seorang demi seorang sahabat kini berjaya mendirikan mahligai istana yang diredhai Allah.



Banyak la kelebihan dan kata-kata yang Allah nukilkan di dalam Al-Quran tentang perkahwinan dan fitrah makhluk yang hidup berpasangan.

Allah berkata didalam Al-Quran, ertinya :

“Wahai manusia !
Bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu, yang telah menjadikan kamu dari satu diri, dan daripadanya dijadikanNya serta dari keduanya Dia memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang kamu telah bertanya tentang namaNya yang peliharalah keluargamu. Sesungguhnya Allah Pengawas atas kamu.”
Di antara hadis Rasulullah SAW yang menerangkan mengenai perkahwinan adalah sebagaimana berikut – ertinya :
“Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu: Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”

Dijelaskan dalan hadis di atas bahawa Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW. Antara faedah yang ketara di sini ialah seseorang itu dapat menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya. Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.

Jadi tak perlu la rasanya nak hurai panjang bab ni, sebab kalau bab perkahwinan, nikah semua orang mantap. Kecuali segelintir yang mungkin ada pengalaman-pengalaman pahit, suka duka dalam hidup untuk mencari pasangan dan lain-lain. Maka, mereka mungkin belum boleh menerima dan ada yang menolak bila berbicara soal nikah.



Apapun, aku doakan buat sahabat semua yang telah dan akan mendirikan rumah tangga masing-masing dengan doa yang diajar oleh Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam. 

"Barakallahu lakuma wabaraka alaikuma wajamma'a bainakuma fiil khair"

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers