Seorang demi seorang..

Masuk yang sorang ni, entah yang ke berapa. Berpuluh-puluh dah rasanya kalau campur semua sekali. Bersyukur sangat-sangat seorang demi seorang sahabat kini berjaya mendirikan mahligai istana yang diredhai Allah.



Banyak la kelebihan dan kata-kata yang Allah nukilkan di dalam Al-Quran tentang perkahwinan dan fitrah makhluk yang hidup berpasangan.

Allah berkata didalam Al-Quran, ertinya :

“Wahai manusia !
Bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu, yang telah menjadikan kamu dari satu diri, dan daripadanya dijadikanNya serta dari keduanya Dia memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang kamu telah bertanya tentang namaNya yang peliharalah keluargamu. Sesungguhnya Allah Pengawas atas kamu.”
Di antara hadis Rasulullah SAW yang menerangkan mengenai perkahwinan adalah sebagaimana berikut – ertinya :
“Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu: Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”

Dijelaskan dalan hadis di atas bahawa Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW. Antara faedah yang ketara di sini ialah seseorang itu dapat menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya. Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.

Jadi tak perlu la rasanya nak hurai panjang bab ni, sebab kalau bab perkahwinan, nikah semua orang mantap. Kecuali segelintir yang mungkin ada pengalaman-pengalaman pahit, suka duka dalam hidup untuk mencari pasangan dan lain-lain. Maka, mereka mungkin belum boleh menerima dan ada yang menolak bila berbicara soal nikah.



Apapun, aku doakan buat sahabat semua yang telah dan akan mendirikan rumah tangga masing-masing dengan doa yang diajar oleh Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam. 

"Barakallahu lakuma wabaraka alaikuma wajamma'a bainakuma fiil khair"

0 komen mengomen :: Seorang demi seorang..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers