Kisah tangga, atap, tiang, dan dinding.

0 komen mengomen

Petang itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi. Dia terus berleter. Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orabg pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. 


Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus bersuara. "hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa me
nahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.



Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara. Mana kamu tahu. Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.





Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding menjawab. Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna. 


Jadi setiap kita buatlah kerja masing masing. Jangan dengki pada orang lain. Sebab kita hanya tengol dari luaran sahaja. Sedangkan realitinya tidak seindah yang kita lihat. Jadilah diri sendiri, jangan cuba jadi orang lain.



Anak Johor di Mesir Dihalau Daripada Asrama

0 komen mengomen
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (( انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا)) فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ ((تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ)) رواه البخاري

Rasulullah S.A.W pernah berkata : "Tolonglah saudaramu yang zalim dan dizalimi ".Para sahabat kehairanan,lalu bertanya: "Memang kita perlu membantu saudara kita yang dizalimi,tetapi bagaimana pula kita membantu orang yang melakukan kezaliman?"

Maka jawab Rasulullah S.A.W: "Engkau mencegahnya daripada melakukan kezaliman,itulah caranya membantu saudaramu yang zalim.".(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).Baginda telah menggunakan perkataan yang sama tetapi memberi satu penafsiran yang berbeza.

Inilah salah satu metod dakwah Rasulullah S.A.W yang sangat menarik dalam menganjak paradigma berfikir masyarakat ketika itu.Mungkin kita boleh mengaplikasikannya sekarang dengan memberi tafsiran islamik kepada ungkapan yang diwarisi daripada generasi terdahulu.

Anak Johor di Mesir dihalau daripada Asrama Rumah Negeri

Tanggal 30 September, penghuni Asrama Pelajar Johor telah digemparkan dengan notis pemberitahuan daripada pihak pengurusan Rumah Johor di mana sebahagian pelajar yang tinggal di Asrama Pelajar Johor Rabaah diarahkan untuk mengosongkan bilik masing-masing.

Notis tersebut mengejutkan para penghuni kerana mereka diarahkan untuk berpindah dalam jangka masa yang amat singkat. Notis ditampal oleh pihak pengurusan Rumah Johor pada petang 30 September disusuli arahan keluar dari asrama pada 1 Oktober tanpa menyediakan kediaman sementara kepada pelajar-pelajar.

Rentetan masalah yang berlaku, Yang DiPertua BKPJM, saudara Muhammad Yazid Bin Hanzir telah menghubungi Pengurus Rumah Johor, Haji Maulan bin Asmoni demi mendapatkan penjelasan dan meminta beliau melanjutkan tempoh bagi para penghuni yang berkenaan. Walaubagaimanapun usaha tersebut tidak mendapat kerjasama yang baik daripada pihak berwajib.

Sebelah kiri Rumah yang dijaga oleh Pegawai HEP Johor di Mesir En. Husni Tamrin dan sebelah kanan Warden Asrama En. Maulan Asmoni.

Salah laku pegawai


1. Umum mengetahui Rumah Johor Thamin telah dibeli pada tahun 1981 hasil kutipan derma ahli Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir, sumbangan orang ramai, dan Kerajaan Negeri Johor. Rumah Johor Thamin telah selamat dirasmikan pada November 1982 oleh Tuanku Sultan Johor ketika itu Al-Marhum Sultan Iskandar. 

2. Manakala Rumah Johor Rabaah dibeli hasil sumbangan rakyat negeri Johor melalui sistem Saham Waqaf yang telah diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) sebagai satu inisiatif khas bagi mendapatkan dana membeli bangunan tersebut. Dengan kata lain Rumah Johor Rabaah adalah harta waqaf sumbangan rakyat negeri Johor. Rumah Johor Rabaah telah dirasmikan oleh Tuanku Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar pada April 2010.

*Rujuk >> http://www.e-wakafjohor.gov.my/index.php?option=project&detailproject=bangunanmesir

3. Malangnya beberapa tindakan Pejabat HEP Johor Mesir dan Pengurus Rumah Johor Mesir iaitu Hj Husni Tamrin Md Syariff dan Hj Mohd Maulan Asmoni menyekat anak-anak Johor daripada memanfaatkan kedua-dua rumah Johor tersebut bagi kegiatan dan aktiviti pelajar.

4. Tarikh 3 Julai 2012 - BKPJM bagaikan dihalau dari rumah sendiri apabila secara tiba-tiba diarahkan oleh Pengurus Rumah Johor Hj Mohd Maulan Asmoni mengosongkan pejabat rasminya di rumah Johor Thamin melalui satu surat rasmi dengan alasan ingin membesarkan ruang pentadbiran HEP Johor Mesir dengan penambahan pegawai. Bagaimanapun maklumat dari pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) perkara tersebut tidak pernah dibincangkan dengan pihak MAIJ. 

5. 28 Ogos 2012 - Pintu dewan utama rumah Johor Rabaah telah DIKUNCI oleh pihak Pejabat HEP Johor tanpa sebarang notis atau makluman kepada penghuni rumah Johor Rabaah. Pintu dewan utama tersebut masih dikunci hingga ke hari ini.

6. Pegawai HEP Johor sekali lagi telah menafikan hak anak-anak Johor untuk menggunakan dewan utama rumah Johor Rabaah (Rumah Waqaf) tersebut yang biasanya digunakan sebagai surau untuk solat berjemaah, mengadakan program-program kerohanian, kelas-kelas pengajian, berjual beli di koperasi, menggunakan bilik pusat sumber, dan sebagainya.

7. Anak-anak Johor telah dikongkong dan dinafikan hak di rumah mereka sendiri. Asrama Pelajar Johor kini telah menjadi Asrama Pegawai Johor!


Isu pukul pelajar Johor (20 Sept 2012)

1. Seorang pelajar Johor Mohd Naqib Bakhudin telah dipukul oleh Mohd Fadzle Sabar a.k.a Towil, orang suruhan pegawai Johor atas sebab tidak berpuas hati dengan comment-comment Naqib di facebook berkenaan Towil yang mengaku memegang kunci dewan rumah Johor Rabaah.

Towil

2. Pada waktu tersebut Naqib sedang demam dan tidur berseorangan di rumah Johor Rabaah sementara Towil datang bersama beberapa orang pelajar Melaka dan memukul beliau.

3. Insiden ini sangat memalukan dan mencalarkan imej anak-anak Johor di Mesir khususnya para Azhari. Towil nampaknya cuba menghidupkan budaya samseng 'ala sekolah menengah' dikalangan anak-anak Johor di Mesir.


Bagaimana nak bantu mereka ini?

1. Doakan agar Allah membuka pintu hati mereka dan memberi mereka hidayah.
2. Sama-sama menghantar laporan salah laku pegawai kepada Kerajaan Negeri Johor dan Menteri Besar.
3. Memohon agar Menteri Besar atau pihak berwajib segera menghantar mereka pulang, kerana kehadiran mereka bukan memudahkan urusan tetapi menyusah dan menyulitkan keadaan.




Jumaat untuk keluarga

1 komen mengomen
1. Hari jumaat sinonim dengan penghulu segala hari. Diantara hari-hari yang mulia bagi umat Islam. Hari umat Islam berkumpul di Masjid-masjid untuk mendengar khutbah dan solat Jumaat.

Masjid Nabawi, dimana terletaknya jasad yang paling mulia iaitu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

2. Hari dimana umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan selawat keatas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Allahumma solli ala Muhammad. Kata Allah di dalam Al-Quran "Sesungguhnya Allah dan para malaikat senantiasa bersalawat keatas nabi, maka selawat dan salamlah kamu keatasnya."

3. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berkata "Barangsiapa yang berselawat keatasku dengan satu selawat, nescaya Allah akan balas berselawat keatasnya dengan sepuluh kali selawat (rahmat dan keampunan)."

Qasidah atau selawat yang disusun memuji Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

4. Bagi mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Mesir, adalah hari cuti dan hari untuk ber-usrah (keluarga) dan bermuzakarah (perbincangan). Dimana ia menjadi satu kewajipan, untuk mencontohi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam seperti yang dilakukan di Rumah Arqam bin Abi Al-Arqam suatu ketika dahulu.

5. Pentingnya usrah kerana ia adalah wasilah untuk mengikat kembali tali ukhuwah, menanam fikrah(pemikiran) Islam, bermuhasabah dan menambah ilmu dan thaqafah.

6. Namun, disana ramai juga yang silap. Usrah cukup sekadar bulatan, buka majlis dan membaca Al-Quran. Ia sebenarnya lebih luas daripada itu dan pelbagai cara boleh dilakukan. Jangan sempitkan ia dengan pengamalan terdahulu.

7. Yang ada sekarang ini tidak salah, tetapi perlu dipelbagaikan sesuai dengan keadaan semasa.

8. Apa yang penting tujuan dan matlamat usrah atau keluarga tersebut tercapai. Iaitu menambah iman, meribat ukhuwwah, menjernih fikrah dan menambah thaqafah. Bagaimana caranya? Anda tentukan sendiri.

9. Apa yang pasti, hari jumaat adalah hari untuk bersama keluarga. Baik keluarga hakiki atau usrah amali. :)



10. Keluarga asas kehidupan, sumber kekuatan. Begitu jugalah usrah, tempat kita menyemai dan menyuburkan kasih dan iman. 

11. Usrah, tunjang tarebiyah, tanpa tarbiyah pasti rebah,

Kemalangan bersama Kamen Raider

2 komen mengomen
1. Kemalangan.

2. Ini mungkin kali yang ketiga, tapi yang pasti ini kali kedua aku jatuh dalam perjalanan nak ke kelas pembacaan hadith bersama Syeikh Dr. Yusri Rushdi Al-Hasani setiap hari selepas subuh di Masjid Al-Asyraf, Jabal Muqottom..

Ni la Kamen Rider aku.. Baru je sebulan lebih aku beli. 2nd hand. Harga LE2000. Kalau baru mau LE4300. Hadiah pemberian ibu dengan ayah untuk aku gunakan sempena belajar di Mesir. 

3. Orang kata aku bawak laju, tapi pagi tu biasa je. Sebab tayar kempis, dan cuaca sejuk. Dengan seluar nipis bersarung jubah aku meredah hening pagi. Sebelum bertolak, terlintas jugak dalam hati, kalau aku jatuh ni, comfirm rabak, sebab jubah dan seluar jubah tu nipis je.

4. Melalui lorong sunyi waktu pagi, dikejar anjing perkara biasa. Pernah sekali aku hampir diterkam anjing polis (rupa dia macam anjing polis biasa guna tu). Cuak memang tak terkata la, pecut je. Kalau anjing lain tu aku boleh buat selamba sebab dah tau memang anjing tu suka mengacah.

5. Alkisah, hampir satu kilometer sebelum sampai ke Masjid Al-Asyraf, nampak sebuah motor dibonceng oleh Ust Ahmad Salikin dan dibelakangnya Ust Fahmi. Dua orang yang aku kagum sejak datang ke Mesir. Semangat mereka menuntut ilmu cukup tinggi.

6. Tiba-tiba, air yang aku sangka berlari-lari anak diatas jalan rupanya minyak. Strrttt... Kuda aku jatuh terbabas, hampir 20 meter. Cepat-cepat aku lepaskan gengaman dan biarkan diri terserat dijalanan. Rasa macam superman pun ada. 


7. Alhamdulillah, taklah teruk mana. Cuma clutch patah, dan rangka motor je bengkok sikit. Eksidennya bulan lepas, hari ni baru rasa nak post. :) Sekarang dah sihat dah, tinggal calar balar kesan luka je.

8. Biasalah mat rempit sejati, jatuh bangun, eksiden perkara biasa. hehe.. Patuh tumbuh hilang berganti, patah clutch pergi kedai baiki.

9. Alhamdulillah, sejak ada motor ni duit memang jimat banyak dan jimat masa. Cuma nyawa mungkin kurang sikit. Risiko besar bawak motor kat Mesir ni. Jalan tak ikut undang-undang. Apapun, kita serahkan pada Allah. Ajal maut Allah dah tentukan. Kita doa moga mati dalam husnul khatimah.

10. Mati masa menuntut ilmu, juga dikira mati syahid fi sabilillah. 

Dengan Basikal Aku Menjelajah.

0 komen mengomen

Baca tajuk pun cam dah best. Tapi lagi best bila baca dan tengok gambar-gambar dan video yang dia post sepanjang dia mengembara. Memang awesome!! Subhanallah. 

Kisah saudara Zahariz, seorang anak Malaysia yang menjelajah keseluruh dunia menaiki basikal. Panjang jugak kisah dia, korang boleh baca sendiri la dekat link atas tu. Teringin pulak nak jadi macam tu, kalau ada rezeki nak jugak menjelajah keseluruh dunia.

Sebab tu Allah suruh kita mengembara dan berjalan melihat ciptaan Allah SWT. Memang tiada tolok bandingnya, selain melihat kesan-kesan sejarah orang yang terdahulu samaada mereka ni taat ataupun ingkar kepada Allah SWT. Disana pasti ada pengajaran dan hikmah yang boleh kita ambil.

Bagaimana Allah menciptakan gunung-ganang tanpa ada pasak yang mengukuhkannya, langit yang tanpa tiang mahupun tempat bergantung. Cuaca yang silih berganti, disana menunjukkan kehebatan dan kekuasaan Allah SWT yang menciptakan alam dengan begitu teliti. Mustahil, sesuatu yang cantik, halus dan terperinci tiada yang menciptakan. 

Kalau takde bajet, dengan Google Aku Menjelajah. Hehe..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers