عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (( انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا)) فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ ((تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ)) رواه البخاري
Rasulullah S.A.W pernah berkata : "Tolonglah saudaramu yang zalim dan dizalimi ".Para sahabat kehairanan,lalu bertanya: "Memang kita perlu membantu saudara kita yang dizalimi,tetapi bagaimana pula kita membantu orang yang melakukan kezaliman?"
Maka jawab Rasulullah S.A.W: "Engkau mencegahnya daripada melakukan kezaliman,itulah caranya membantu saudaramu yang zalim.".(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).Baginda telah menggunakan perkataan yang sama tetapi memberi satu penafsiran yang berbeza.
Inilah salah satu metod dakwah Rasulullah S.A.W yang sangat menarik dalam menganjak paradigma berfikir masyarakat ketika itu.Mungkin kita boleh mengaplikasikannya sekarang dengan memberi tafsiran islamik kepada ungkapan yang diwarisi daripada generasi terdahulu.
Anak Johor di Mesir dihalau daripada Asrama Rumah Negeri
Tanggal 30 September, penghuni Asrama Pelajar Johor telah digemparkan dengan notis pemberitahuan daripada pihak pengurusan Rumah Johor di mana sebahagian pelajar yang tinggal di Asrama Pelajar Johor Rabaah diarahkan untuk mengosongkan bilik masing-masing.
Notis tersebut mengejutkan para penghuni kerana mereka diarahkan untuk berpindah dalam jangka masa yang amat singkat. Notis ditampal oleh pihak pengurusan Rumah Johor pada petang 30 September disusuli arahan keluar dari asrama pada 1 Oktober tanpa menyediakan kediaman sementara kepada pelajar-pelajar.
Rentetan masalah yang berlaku, Yang DiPertua BKPJM, saudara Muhammad Yazid Bin Hanzir telah menghubungi Pengurus Rumah Johor, Haji Maulan bin Asmoni demi mendapatkan penjelasan dan meminta beliau melanjutkan tempoh bagi para penghuni yang berkenaan. Walaubagaimanapun usaha tersebut tidak mendapat kerjasama yang baik daripada pihak berwajib.
Sebelah kiri Rumah yang dijaga oleh Pegawai HEP Johor di Mesir En. Husni Tamrin dan sebelah kanan Warden Asrama En. Maulan Asmoni.
Salah laku pegawai
1. Umum mengetahui Rumah Johor Thamin telah dibeli pada tahun 1981 hasil kutipan derma ahli Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir, sumbangan orang ramai, dan Kerajaan Negeri Johor. Rumah Johor Thamin telah selamat dirasmikan pada November 1982 oleh Tuanku Sultan Johor ketika itu Al-Marhum Sultan Iskandar.
2. Manakala Rumah Johor Rabaah dibeli hasil sumbangan rakyat negeri Johor melalui sistem Saham Waqaf yang telah diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) sebagai satu inisiatif khas bagi mendapatkan dana membeli bangunan tersebut. Dengan kata lain Rumah Johor Rabaah adalah harta waqaf sumbangan rakyat negeri Johor. Rumah Johor Rabaah telah dirasmikan oleh Tuanku Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar pada April 2010.
*Rujuk >> http://www.e-wakafjohor.gov.my/index.php?option=project&detailproject=bangunanmesir
3. Malangnya beberapa tindakan Pejabat HEP Johor Mesir dan Pengurus Rumah Johor Mesir iaitu Hj Husni Tamrin Md Syariff dan Hj Mohd Maulan Asmoni menyekat anak-anak Johor daripada memanfaatkan kedua-dua rumah Johor tersebut bagi kegiatan dan aktiviti pelajar.
4. Tarikh 3 Julai 2012 - BKPJM bagaikan dihalau dari rumah sendiri apabila secara tiba-tiba diarahkan oleh Pengurus Rumah Johor Hj Mohd Maulan Asmoni mengosongkan pejabat rasminya di rumah Johor Thamin melalui satu surat rasmi dengan alasan ingin membesarkan ruang pentadbiran HEP Johor Mesir dengan penambahan pegawai. Bagaimanapun maklumat dari pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) perkara tersebut tidak pernah dibincangkan dengan pihak MAIJ.
5. 28 Ogos 2012 - Pintu dewan utama rumah Johor Rabaah telah DIKUNCI oleh pihak Pejabat HEP Johor tanpa sebarang notis atau makluman kepada penghuni rumah Johor Rabaah. Pintu dewan utama tersebut masih dikunci hingga ke hari ini.
6. Pegawai HEP Johor sekali lagi telah menafikan hak anak-anak Johor untuk menggunakan dewan utama rumah Johor Rabaah (Rumah Waqaf) tersebut yang biasanya digunakan sebagai surau untuk solat berjemaah, mengadakan program-program kerohanian, kelas-kelas pengajian, berjual beli di koperasi, menggunakan bilik pusat sumber, dan sebagainya.
7. Anak-anak Johor telah dikongkong dan dinafikan hak di rumah mereka sendiri. Asrama Pelajar Johor kini telah menjadi Asrama Pegawai Johor!
Isu pukul pelajar Johor (20 Sept 2012)
1. Seorang pelajar Johor Mohd Naqib Bakhudin telah dipukul oleh Mohd Fadzle Sabar a.k.a Towil, orang suruhan pegawai Johor atas sebab tidak berpuas hati dengan comment-comment Naqib di facebook berkenaan Towil yang mengaku memegang kunci dewan rumah Johor Rabaah.
Towil
2. Pada waktu tersebut Naqib sedang demam dan tidur berseorangan di rumah Johor Rabaah sementara Towil datang bersama beberapa orang pelajar Melaka dan memukul beliau.
3. Insiden ini sangat memalukan dan mencalarkan imej anak-anak Johor di Mesir khususnya para Azhari. Towil nampaknya cuba menghidupkan budaya samseng 'ala sekolah menengah' dikalangan anak-anak Johor di Mesir.
Bagaimana nak bantu mereka ini?
1. Doakan agar Allah membuka pintu hati mereka dan memberi mereka hidayah.
2. Sama-sama menghantar laporan salah laku pegawai kepada Kerajaan Negeri Johor dan Menteri Besar.
3. Memohon agar Menteri Besar atau pihak berwajib segera menghantar mereka pulang, kerana kehadiran mereka bukan memudahkan urusan tetapi menyusah dan menyulitkan keadaan.
0 komen mengomen :: Anak Johor di Mesir Dihalau Daripada Asrama
Post a Comment