Adakah CInta Bertasbih?

0 komen mengomen
Sekadar Mahu Berkongsi Trailer Ketika Cinta Bertasbih


Filem ini diadaptasi daripada Novel Bestseller Ketika Cinta Bertasbih Karya Besar Ustaz Habiburrahman Elshirazy atau Kang Abik. Dimana beliau sendiri terlibat secara langsung dalam pembikinan filem ini stelah melihat sambutan yang luar biasa diberikan kepada Filem Ayat-ayat cinta. Filem KCB ini lebih islamik berbanding Filem AAC dimana Kang Abik sendiri menjadi pelakonnya.

Kisah yang berkisar tentang seorang Mahasiswa Al-Az
har bernama Azzam, seorang anak miskin belajar di kota Cairo. Demi untuk membesarkan adik2nya di Indonesia dia sanggup menjadi penjual bakso dan tempe disana. Oleh kerana terlalu sibuk membuat bakso, dia terpaksa menghabiskan masa yang lama di Kaherah. Dia sanggup tidak pulang dan melupakan seketika peperiksaannya demi untuk membesarkan adik2nya. Digelar Insyinyur atau Ingineer, entah kenapa? mungkin kerana kepakarannya membuat Bakso yang sedap.

Adiknya Husna semakin membesar dan terkenal sebagai seorang penulis @ karyawan sehingga dapat menyara keluarganya tanpa bergantung kpd Azzam di Kaherah. Berita baik ini sangat mengembirakan Azzam, kerana akhirnya dia dapat fokus kembali kepada pelajarannya tanpa perlu risau nasib keluarga di Indonesia.

Satu peristiwa berlaku keatas mahasiswi Al-Azhar, Anna dan Erna di Kota Kaherah, begnya diragut pencuri. Dalam usaha mendapatkan kembali begnya, Husna terlupa kitab2 yang dibelinya tertinggal di dalam bas. Malang bertimpa-timpa. Kejadian ini disaksikan oleh Azzam. Lalu azzam cuba mnebantunya mendapatkan kembali kitab2 tersebut. Alhamdulillah. Kitab2 tersebut dapat ditemukan kembali. Disinilah titik perkenalan Azzam dengan Husna. Namun sikap Azzam yang tawadhuk, dia hanya memperkenalkan dirinya Abdullah kepada Husna..

Husna mula jatuh hati kepada Abdullah. Namun hanya nama yang diketahui, nak tahu kisah seterusnya beli dan Dapatkan novel2 Habiburrahman Seperti Ayat2 Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Dalam Mihrab Cinta dan banyak lagi. Boleh Lawati Myhumairaku. atau hubungi no 0126370581 untuk pembelian secara atas talian.



Siapa sahabat kita?

4 komen mengomen

Siapakah yang dikatakan sahabat? Adakah perlu dia kaya dan segak? Apakah perlu dia pandai mengambil hati? Mestikah dia tidak mementingkan diri sendiri? Atau.. Sahabat ialah orang yang sekepala dengan sahabatnya? Satu hala tuju dan matlamat yang selari?

Mestikah dia mengetahui kegemaran sahabatnya? Atau.. Adakah orang yang dapat gembira suka dan duka bersama? Membantu bila sahabatnya kesusahan? Atau.. Seorang sahabat ialah orang yang menjaga sahabatnya dari kemurkaan Allah? Dia menegur apabila sahabatnya lupa.. Pastinya dia orang yang menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya..

Kenapa mesti kita bersahabat???

1. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup bersendirian, kerana manusia dengan sifat kurniaan Allah itu saling perlu memerukan. Ibaratnya tidak ada diciptakan juga daripada golongan Adam sahaja tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa. Kerana sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman..

2. Sahabat adalah cermin diri kita. Jka kita bersahabat dengan orang jahat,maka kita pasti dicerminkan sedemikian. Jika bersahabat dengan orang yang soleh, maka kita juga pasti dicerminkan sedemikian. Oleh yang demikian, pilihlah siapa sahabatmu..

3. Islam menganjurkan umatnya supaya memilih sahabat yang baik. Pilih sahabat yang baik seumpama jika kita berkawan dengan pelebur besi, maka kita pasti mendapat percikan api. Tapi jika berkawan dengan penjual haruman, maka kita pasti berbau harumannya.. Dan pohonlah kepada Allah supaya Allah mengurniakan kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat keredhaanNYA...




Aku "gembira" gila

1 komen mengomen



Bismillah..

Semalam, 5hb bermakna Muktamar secara rasmi sudah bermula, berpagi-pagian aku bangun mengenakan pakaian Kawandidik yang baru-baru ini dilancarkan bagi kawan Putra Mahkota, dalam Dun Bangi. Hajat ingin perga kesana tidak kesampaian apabila pagi itu aku singgah sebentar di Pissta Computer untuk memaklumkan beberapa perkara yang masih belum selesai kepada Boss..

Namun, sudah ditakdirkan seorang client datang untuk menghantar assignment (write-up from handwriting to computer) sebanyak 16muka surat. Dengan tulisan yang sukar difahami serta dalam Bahasa Inggeris amat memberi tekanan kepadaku.

Dia seorang pensyarah, namun tidak dapatku pastikan dia bekerja di universiti mana.

Dengan broken english yang aku ada, aku cuba melayani kerenah client tersebut. Hanya beberpa minit selepas boss keluar untuk tugasan luar ( outstation ke Jerantut selama 3hari). dan sebelum pg dia ada pesan aku boleh cuti pada hari jumaat untuk ke Shah Alam, menyertai muktamar tersebut. Namun, apakan daya. aku takde transport. So, aku bercadang nak pegi selepas jumaat.

Allah lebih mengetahui perjalanan hidupku. Oleh kerana assignment tersebut hendak dihantar pada hari isnin. aku terpaksa menyiapkannya segera agar aku boleh bercuti. rancangan ingin ke muktamar bersama beberapa orang sahabat KUIS terpaksa aku batalkan.

Aku, bermati-matian menyiapkannya segera agar aku dapat mengambil cuti. tepat jam 1.20 tadi aku berjaya menyiapkannya. namun lecturer tersebut masih ada beberapa perkara yang perlu disiapkannya, memandangkan dia mahu assignment tersebut sekurang2nya 15mukasurat. setelah ditaip, hanya dapat 10 muka surat. menyebabkan aku masih terikat. duit pun dia belum bayar lagi.

Mujur la semalam, Maklong ada buat BBQ dekat rumah beliau. dapatlah jugak aku mengisi perut yang tidak menjamah makan tengahari sekaligus jamak makan malam. Dapat jugak aku melupakan seketika kerja tersebut. Gembira dapat bermain dengan anak2 sedaraku yang comel lagi aktif, walaupun pada malam hari. so, aku ambil keputusan nak tutup kedai lebih awal. sebelum maghrib aku dah tarik pintu besi kedai. abis citer. pastu aku mesej lecterur tersebut dan maklumkan kedai tak bukak malam ni. takyah datang.. (huhu)

Lepas maghrib, aku, ibu dan kakak sama2 pergi ke rumah maklong di Dengkil.
Setelah habis majlis BBQ tersebut, aku dah keletihan kerana seharian menyiapkan assignment tersebut. lupa pula aku nak snap picture handwriting dia. kalau korang tengok pun gerenti tension sebab payah nak baca.

So, aku dah bertekad, lepasni hari cuti tak nak bekerja. kalau ada write-up lagi. aku tak sanggup nak terima walaupun bayaran utk satu muka RM3.00
Aku jgk nak mtk komisyen atas setiap muka surat tersebut RM1.50 drpada bos. kalau tak aku tak nak terima dh write-up.

Aku terlelap hingga jam 5pagi. aku mohon kepada Allah moga dipermudahkan segala urusanku. Ya, Allah sudah permudahkan urusan dengan dapat menyiapkan assignment tersebut. Namun, masih juga ada perkara yang belum selesai. Ya Allah, aku mohon padamu berikanlah aku kesabaran dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini. Ya Allah, aku lemah Ya Allah..

Aku letih dan penat,

Aku nak berehat..

Bila agaknya aku dapat pergi ke muktamar?

Tempat kerjaku.. Pissta Computer.

11 komen mengomen

Salam, harini ana nak tulis pasal tempat kerja ana la, ramai kawan2 yang tanya. "amin.. buat apa sekarang?" "Kerja la.." letih nak menjawab.. so, bagi yang dah tau takpe la. Just nak bagitau jer.. ana sertakan sekali gambar Klinik komputer ana nih..

Ni la sign.. malas nak komen.. pandai baca kan..? hehe

Pintu masuk la.. apo lae..

antara komputer@desktop & aksesori yang dijual disini..

Ni ruang menunggu.. mesin faks tu tengah tunggu tuan dia datang ambik.. baru sampai semalam..

komputer, printer dan scanner yang dijual disini. Nak tempat yang len pun boleh. no hal lah..
hamper??? Nak? mai la sini..

view dari dalam kedai..

cashier..

antara buku2 pasal computer & network system..

ni la tempat ana selalu duduk sambil berangan..

opss.. dilarang masuk yer.. kecuali dapat kebenaran drpd boss..

ni komputer yang digunakan untuk kelas komputer..

ni pun satu lagi.. so, mana cikgunya?? ana la.. haha..

Ni abg Shahrul.. dia praktikal kat sini sampai bulan 7 nanti.. koya men tenet..

antara PC yang perlu di repair..

ha... ni la meja ana.. tiap2 hari duk kat sini.. men tenet.. dll..

So, kat sini ada
0. Format computer & laptop
1. Topup/prepaid (celcom, maxis, digi)
2. Service komputer & laptop.
3. Menjual & membeli komputer, laptop, printer, scanner dll yang berkaitan dgn komputer.
4. Pendrive, Network Card, Power Supply, Mouse, Keyboard, Install software, Antivirus, Driver, Speaker, Microfone, Headphone, Printer cable, Internet & Telephone cable.
5. Kemudahan faximilie, internet dll
6. Buku-buku berkaitan IT
7. Al-quran.

"MASIHKAH KAU INGAT" Kes Masjid Bujal?

14 komen mengomen
Bismillah, walhamdulillah, wassolatuwassalamu ala rosilillah, amma ba'd.

MASIHKAH KAU INGAT kes perobohan Masjid Bujal di Kemaman dulu semasa pemerintahan Datuk Seri IdrIs Jusoh? Dengan slogan yang cukup sedap didengar..
"Tiada halangan hanyalah peluang" "Tidak pernah dilihat sebelum ini"


Dulu mereka roboh Rumah Allah di Bujal Kemaman. Maka orang beriman berdoa & mengadu pada Allah. Sekarang Allah roboh stadium mereka.. Lihatlah pada hari ini siapa berkuasa? "MASIHKAH KAU INGAT?"

Mereka datang dengan BULLDOZER, Anjing-anjing merah & biru (jantan dan betina) siap dengan kelengkapan senjata. Gas pemedih mata, rifal M16 dan segala bala tentera mereka hanya untuk merobohkan sebuah masjid yang kerdil. Yang hanya dibina dengan batu bata pasir. beratapkan asbestos, berlantaikan mozek. Berombak sombong berbukit takbur meranap Mihrab Imam, tempat sujud makmum. MASIHKAH KAU INGAT?

Hari ini, tiada satu jentera pun yang dapat mneyelamatkanstadium yang dimegah-megahkan. Tidak perlu BULLDOZER, tak perlu anjing-anjing merah dan biru yang ramai. Cukup dengan tiupan angin, gegaran bumi yang kecil. Stadium yang kau megah-megahkan tersembam menyembah bumi. Cair bagaikan ais.. MASIHKAH KAU TIDAK SEDAR?

ALLAH MAHA BERKUASA ATAS SEGALA SESUATU!

ALLAHUAKBAR!



Berkumpul untuk merobohkan masjid


Masjid Bujal, sebelum dirobohkan..

Dalam proses perobohan..

Hanya tunggu dan lihat.. TIADA HALANGAN HANYALAH PELUANG


Berlalu pergi setelah habis "kenduri"


Stadium yang dimegah-megahkan..

Hanya boleh dilihat.. tiada keuntungan yang dapat..

Cair, bagaikan kek airkrim...

Kereta menjadi mangsa..

Hanya dapat senyum, tunggu dan lihat..


Inikah stadium yang menelan jutaan ringgit itu?


Mengapa lembut sangat binaan tu? Besi kutip tepi jalan ke? Tp kenapa mahal sangat sampai berjuta2?


Kenduri arwah...

"Tidak pernah dilihat sebelum ini".. stadium cair..

TIDAK PERNAH DILIHAT SEBELUM INI macam plastesin.. (kartun bob the builder)

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers