Bismillah..
Tajuk tu gimik jer.. hehe..
Tempat ni xdelah rahsia mana pun. Tp ramai org "tak tahu" dan "tak dapat" nak pegi walau duduk sebelah atau berdekatan. Itulah yang dikatakan rahsia. Post sebelum nih tentang tempat kerja. Kali tempat solat pulak..
So, inilah tempatnya. Tadaa...
Ni la jalan nak ke Surau Assyakirin. Kiri kanan jalan ni penuh dengan pokok nenas. Qariah surau yang tanam. Woi!! Beskal aku tu nak bawak pg mana ha?? hehe..
Kolah tempat ambil wudhuk, baru berusia sebulan. hehe.. ops.. kapal selam xleh ar landing kat sini. abis air tu nanti.. haha
Ini lah Bangunan atau Dewan Solat Utama Surau Assyakirin. Ha, tu la motor Hj Rani, pengerusi Surau nih.. Yang kat tepi tu, beskal muda ana.. haha
Waktu Zohor biasa la, tak ramai sangat orang datang solat. mungkin masing2 kerja. Tapi malam, paling kurang 3saf. alhamdulillah. Meriah.
Nampak tak pintu & grill warna hitam tu? haa.. bilik rahsia tu la kena pecah, abis hilang satu set komputer Dell. Mewah surau ni. Berhawa dingin lagi. Panas2 leh landing kat sini. Lupa nak snap pic peti sejuk surau. haha.. eh, ada ape? xcaye plak. Meh la datang tengok.
Ini pulak Ustaz Nasaruddin, beliaulah yang sellau menjadi imam Zohor dan Asar. Hari Isnin malam plak beliau mengajar Kita Fiqah Mazhab Imam Syafie.
Jadual kuliah maghrib Surau Assyakirin.
Hari Ahad tiada ustaz mengajar (bergantung kepada jadual semasa yg sentiasa berubah2)
Hari Isnin Kitab Fiqah Mazhab Syafie oleh Ust Nasaruddin
Hari Selasa Kitab (lupa plak..) oleh ust Hasbullah
Hari Rabu Kitab Bahrul Mazi oleh Ust Imam Masjid Nilai (lupa plak nama)
Hari Khamis Bacaan Yassin dan Tafsir Surah Yasin oleh Dr. Ust Zulkifli
Hari Jumaat Kelas Tarannum dan Berzanji oleh Ust Rozi
Hari Sabtu Kitab Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah oleh Ust Azhar Tuarno (Imam masjid Negara) Ustaz Azhar mengajar 2kali sebulan. Berselang seli dengan Kitab (tak ingat) Oleh Ust Shuhadak.
Biasanya ada makan2 selepas Isyak. Tapi bergantung kepada penaja la. Kalau ada sesiapa nak menginfakkan sedikit harta mereka untuk membuat jamuan atau moreh boleh la berurusan dengan Pengerusi Surau Assyakirin Hj Abd Rani selepas waktu solat.

Ooops.. Kejap2. Jangan ingat surau ni koman or low class. ade website lag tau. ha.. klik sini
Surau Assyakirin
So, orang Bandar Seri Putra, ape tunggu lagi? Jom la solat berjemaah. Mengimarahkan surau yang indah. Baitullah filardh. (Rumah Allah di Bumi)
Terutama penduduk Pangsapuri Sri Melati dan Putra Teres kerana kalian yang paling hampir. Solat Berjmaah Lebih Afdal Daripada Solat Bersendirian Dengan 27kali darjat.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Salam..menarik2,bagus2,promosi surau...yang pntg,ana dh pergi ke surau ni mase ziarah rumah nta hr tu..igt x lg???huhu..nyaman..
amar90
June 10, 2009 at 11:12 AM