PRO-ISA VS MANSUH ISA
Salam perjuangan memansuhkan ISA,
Korang pelik tak, bilamana Gerakan Mansuhkan ISA merancang berbulan-bulan lamanya untuk mengadakan himpunan mansuhkan ISA, tiba2 Keluar pulak berita hari ni bahawa Pro-ISA juga ingin turun berdemonstrasi pada 1 Ogos ini. Aku melihat bahawa ianya satu perancangan untuk mematahkan/menyekat daripada berlakunya perhimpunan tersebut. Polis akan mengeluarkan kenyataan bahawa akan berlaku pertembungan/pergaduhan besar antara Pro-ISA dan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos ini. Jadi kita(polis) tidak akan mengeluarkan permit kepada kedua-dua belah pihak untuk mengelakkan sebarang kekecohan berlaku.. Jangkaan awal aku.
Kerana memang terbukti bahawa apabila ia melibatkan penglibatan PAS dan Pakatan Rakyat, mereka mampu membawa gelombang rakyat yang besar untuk berhimpun. Korang tengok jer la Himpunan BERSIH dulu. Ratusan ribu rakyat berkumpul untuk menghantar memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Himpunan Mansuhkan PPSMI juga menunjukkan mereka mampu mengerahkan ribuan rakyat untuk berhimpun. Ini yang amat ditakuti kerajaan. Korang bayangkan Himpunan 100ribu Pemuda Pakatan Rakyat yang diadakan di Stadium MPPJ bulan lepas hanya diberi short notis, iaitu pada waktu pagi dan perhimpunannya diakan pada waktu malam hari yang sama mampu mengajak rakyat dan pemuda pakatan rakyat memenuhi stadium walaupun tidak sampai kepada jangkaan yang disasarkan. Dalam satu hari!!
Maka aku menyeru para pembaca sekalian, ayuh kita sahut cabaran untuk berhimpun di Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2009 ini untuk menunjukkan ketidak setujuan kita keatas akta zalim ini. Ayuh!! Turun 1 Ogos ini. Jumpa disana.
0 komen mengomen :: Pro-ISA vs Mansuh-ISA : Propaganda BN
Post a Comment