Hadis Ibnu Abbas r.a. : Rasulullah Sallallahualaihiwasalam bersabda : Aku telah diperlihatkan oleh beberapa golongan manusia. Maka aku telah melihat seorang Nabi bersama satu kumpulan manusia iaitu tidak lebih dari sepuluh orang. Seorang Nabi bersama seorang lelaki dan dua orang lelaki dan seorang Nabi tanpa seorang pun bersamanya. Tiba-tiba diperlihatkan kepada aku satu kumpulan yang ramai. Aku menyangka mereka adalah daripada umatku. Tetapi dikatakan kepadaku mereka adalah Nabi Musa a.s. dan kaumnya. Lihatlah ke ufuk timur lalu aku pun melihatnya, ternyata terdapat satu kumpulan yang ramai. Dikatakan lagi kepadaku : Lihatlah kepada ufuk yang lain. Ternyata di sana juga terhadap satu kumpulan yang ramai : Ini adalah umatmu dan bersama mereka 70 ribu orang yang akan memasuki Syurga tanpa dihisab dan diazab. Kemudian Rasulullah s.a.w. bangkit lalu masuk ke dalam rumahnya.
Orang ramai telah berbincang mengenai mereka yang akan dimasukkan ke dalam Syurga tanpa dihisab dan diazab.Kemudian setengah daripada mereka berkata : Mungkin mereka adalah orang-orang yang selalu bersama Rasulullah s.a.w. Ada pula yang mengatakan : Mungkin mereka adalah orang-orang yang dilahirkan dalam Islam dan tidak pernah melakukan perbuatan Syirik kepada Allah. Mereka mengemukakan pendapat masing2. Ketika itu Rasulullah s.a.w. keluar menemui mereka lalu Baginda bertanya dengan bersabda : Apa yang kamu bincangkan? Mereka pun menerangkan keadaan tersebut. Maka Rasulullah s.a.w. terus bersabda. Mereka adalah orang-orang yang tidak menggunakan jampi mentera, tidak meminta dibuat jampi mentera, tidak meramalkan perkara-perkara buruk dan hanya kepada Allah mereka bertawakkal. Ukasyah bin Mihsan berdiri lalu berkata : Berdoalah kepada Allah semoga aku termasuk dari kalangan mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda : Kamu termasuk dari kalangan mereka. Kemudian berdiri seorang lelaki yang lain lalu berkata : Berdoalah kepada Allah semoga aku termasuk dari kalangan mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda: Ukasyah telah mendahului kamu supaya digolongkan dari kalangan mereka yang memasuki Syurga tanpa dihisab.

salam..huhu bagus tazkirah tu..postlah selalu..dah bleh tlong ganti tazkirah maghrib malam jumaat 30 ogos ni..kat surau padang nanas bleh dop min??nak dengar ulamak dari kl skali ni..hehe
Ahmad Ulwan b Hassim
July 23, 2009 at 9:48 AM30 ogos? Alamak sheikh. ana on da way ke KL masa tu. Nak g Demo.. Asif la.. Sekarang ni bizi sket. Dulu boleh la. Skang jadual ana padat.. hehe..
aminmenulis
July 23, 2009 at 9:58 AMeh bukan kita bertolak ke kl samme 30 ari bulan nnti??huhu..eh clap2 klu 30 ogos tu baru ari khamis kan?sempat lagi tu..hehe..klu cbuk pon sempat lagi kuliah maghrib jer..huhu..biase la jadual cbuk..kan pejuang islam...kewajipan lebih banyak drpd waktu yang ader..huhu
Ahmad Ulwan b Hassim
July 23, 2009 at 10:07 AMhaah.. lupe.. eh, ana balik kajang dulu rasanyer.. Maklumlah, lame doh xblik rumah ni.. huhu. enta tak kesian ke kat ana.. enta xpe rumoh dekat jer kat sini. Ana ni dah la musafir kelana. Hidup seorang diri. Orang dagang la katakan.. Transport pun xde. InsyaAllah, ada kekosongan ana maklumkan semula ye.
aminmenulis
July 23, 2009 at 10:11 AMhuhu..bgus2..blh bg tazkirah ni..msti bnyk ilmu dlm dada..jmput bg tazkirah maghrib d kg losong..xde transport??..awat x habaq..
amar90
July 23, 2009 at 11:58 AM