Dumyat, 22 Februari 2010- Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu telah berjaya mengadakan Ekpidisi Meredah Pantai Dumyat dibawah anjuran Biro Kebudayaan, Kesenian & Sukan KPT. Ekpidisi menjelajah pantai Dumyat pada kali ini telah berjaya mengumpul hampir 30 penyertaan.
Para peserta ekpidisi kali ini disajikan dengan pelbagai aktiviti yang menarik oleh pihak penganjur yang di ketuai oleh Ust Ahmad Mustaffahmi b. Imas. Ahli rombongan bergerak menuju ke pantai Dumyat pada jam 9.00 pagi dari Kompleks Penuntut Terengganu KPT, Hayyu Asyier dan selamat tiba disana tepat jam 1.00 petang. Perjalanan anggota ekpidisi pada kali ini di mulai dengan solat Zohor di pantai Dumyat. Seusai solat, para peserta ekpidisi yang telah dibahagikan kepada dua kumpulan turun meredah pantai Dumyat untuk bermandi manda sambil mengumpul kerang yang berada disana.
Aktiviti ahli rombongan ekpidisi diteruskan lagi dengan perlawanan bola pantai antara dua kumpulan yang telah dibahagikan oleh pihak penganjur program. Setelah penat bertarung di padang para peserta menikmati juadah petang tepat jam 4.00 petang. Selepas itu, ahli rombongan bergerak menuju rumah penginapan yang disewa di Rak’su Bar.
Sebelah malam pula, peserta rombongan disajikan dengan aktiviti BBQ ditepi pantai Raksu Bar sambil menikmati permandangan dengan cuaca yang dingin. Walaupun pada awalnya menghadapi kesulitan untuk menghidupkan api, namun kesulitan itu dirungkai dengan kerjasama oleh semua peserta rombongan.
Keesokkan harinya para peserta meronda bandar Dumyat lama sambil menikmati permandangan disana. Ahli rombongan ekpidisi pulang menuju Qaherah tepat jam 12.15 tengah hari dan selamat sampai tepat jam 5.30 petang. Walaupun para peserta mengalami sedikit keletihan namun perasaan gembira jelas terukir di wajah masing-masing.
salam
min...ejaan ekspedisi lah bukan ekspidisi...hehe
Ahmad Ulwan b Hassim
February 23, 2010 at 11:34 AMsalam
min...ejaan ekspedisi lah bukan ekspidisi...hehe
Ahmad Ulwan b Hassim
February 23, 2010 at 11:34 AM