Hmm.. Lihat kisah di bawah, betapa gembiranya saudara Ibrahim dapat bertemu Sheikh/Ulama' kesayangan beliau. Namun hari ini kita lihat, masyarakat (lebih difokuskan kepada Ummat Islam) lebih teruja dan mengimpikan untuk berjumpa selebriti serta artis pujaan mereka berbanding untuk bertemu para Ulama' dan Auliya' alihimussolatuwassalam.
Sama-samalah kita renung kembali hadith Nabi s.a.w. "Sesungguhnya ulama' adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak meninggalkan walaupun satu dinar, tetapi mewariskan kita dengan ilmu."
Maka sudahkah kita memiliki dan berebut-rebut untuk memiliki khazanah warisan tinggalan para Nabi dan rasul ini dengan menjadi murid dan menjadi khadam ilmu kepada mereka? Sekadar renungan bersama.
Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita. Ianya adalah kisah seorang lelaki dari Bahrain yang bernama Ibrahim Nasser. Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh mengerakkan kepala dan jari-jari. Pernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.
Ini gambar Syeikh Nabeel di Lapangan Terbang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Ibrahim. berkata-kata pada mulanya. Saat-saat bila Syeikh Nabeel masuk ke dalam bilik Ibrahim Ibrahim bersama-sama ayah, bapa saudaranya dan Syeikh Nabeel Semasa perbualan mereka , Syeikh Nabeel telah bertanyakan satu soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan tangisan lantas menghamburkan air mata. Ibrahim tidak dapat menahan air mata yang mengalir apabila mengenangkan pengalaman yang menyedihkan Syeikh Nabil mengusapkan air mata Ibrahim Tahukah anda apakah soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan kesedihan sehingga menangis sepuas-puasnya ? Syeikh Nabeel telah bertanya kepada beliau, sekiranya Allah memberikan dia nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan, apakah yang akan dilakukan olehnya ? Mendengar Soalan ini, Ibrahim telah menangis sepuas-puasnya sehingga ayahnya, bapa saudaranya dan kesemua orang di dalam bilik itu termasuk juga jurugambar telah menangis . Dia telah menjawab, demi Allah jika saya boleh berjalan maka saya akan menunaikan sholat saya di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah. Wahai saudara-saudara sekelian Allah telah memberikan kita semua nikmat kesihatan dan kita semua boleh berjalan dengan tidak ada masalah. Adakah kita menunaikan sholat kita di masjid ataupun kita hanya membuang masa berjam-jam di depan TV dan komputer ? |
Ya Allah..
entry yang cukup terkesan.
Syukron.
tinta permata
March 14, 2010 at 7:00 AM