KAHERAH, 20 Ogos - Persiapan untuk menyambut ketibaan pelajar baru ke bumi Mesir telah bermula sejak Julai yang lalu. Pelbagai persiapan telah dilakukan oleh seluruh jentera Urus Setia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) samada di peringkat Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) mahupun di peringkat PMRAM.
Dianggarkan kehadiran pelajar-pelajar baru yang akan membanjiri bumi Mesir tahun ini bagi melanjutkan pengajian di peringkat Pengajian Islam dan Perubatan hampir 1000 orang.
Mereka semua akan datang dan diuruskan oleh Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan negeri.
"PMRAM sebagai persatuan induk dibumi Mesir yang menaungi 12 buah Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) terus optimis memberikan kebajikan kepada semua sebagai objektif utama PMRAM selaras dengan tema USMB PMRAM pada tahun ini "Kebajikan Diutamakan Ukhwah Disatukan" yang menjadi asas dan tujuan utama USMB." ujar Pengarah USMB PMRAM 2010, Saudara Mohd Faizzudin Ghazali yang juga merupakan Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM 2010.
Tambah beliau, "USMB PMRAM juga menyalurkan perkhidmatan buat mahasiswa/wi baru dari sudut pendidikan, maklumat informasi bermula mereka sampai di Lapangan Terbang Kaherah sehinggalah mereka masuk ke kuliah masing-masing".
Urus Setia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) merupakan urus setia atau unit yang menyelia segala tugas yang berkaitan kebajikan dan perkhidmatan ke atas mahasiswa/wi baru yang tiba di bumi Mesir. Ia juga merupakan satu gerak kerja yang dibentuk secara tahunan bagi melancarkan gerak kerja di semua peringkat.
Dipetik dari Laman Rasmi PMRAM
aminmenulis: Ahlan Wasahlan buat Mahasiswa/wi baru, selamat berjuang di bumi barakah, bumi para Anbiya'. Kami Mahasiswa/wi lama, menghulurkan tangan menyambut ketibaan kalian dengan penuh ukhuwwah dan persaudaraan. InsyaAllah, kita disini satu keluarga, baik pelajar pengajian Islam mahupun perubatan, ingat! Kita agen perubah masyarakat, kita harapan Islam, walau siapa pun kita. Kita Adalah Mahasiswa Islam.
0 komen mengomen :: Ahlan Wasahlan Mahasiswa/wi Baru Al-Azhar & Perubatan
Post a Comment