Ianya semua adalah ketentuan Allah. Fenomena alam juga adalah ketentuan Allah. Angin ribut yang dating secara tiba-tiba ini disebut Squall atau White Squall atau Sumatras dan terbentuk sepanjang pantai selat Melaka,berlaku antara bulan April ke November.
Semua ini ada ketentuan Allah. Mereka yang bijak ialah mereka yang banyak memperingati mati dan membuat persiapan selepas mati.
Pilihan di tangan kita, hendak syurga atau neraka. Hendak syurga kenalah buat amalan ahli syurga. Tak boleh hendak syurga tapi buat amalan ahli neraka.
Malaikat Maut atau Angel of Death menziarahi setiap seorang daripada kita setiap 20 minit , 27 jam sehari , 7 hari seminggu.
Andainya ini terjadi maka adakah ini menunjukkan berlaku keadaan dimana pelanggaran kepada amaran Allah supaya menjauhi zina sudah menjadi amalan biasa di Melaka juga di negara 1Malaysia ? Dan adakah cadangan kerajaan Melaka mewujudkan talian remaja hamil 06 - 2333333 , adalah satu lagi langkah bagi menjayakan kewujudan Sekolah Remaja Hamil ini , adalah suatu cabaran terhadap larangan perintah Allah ? Menurut kerajaan Melaka , mengambil iktibar daripada gejala pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi, kerajaan negeri mewujudkan talian khas bebas tol 06-2333333 bagi membantu remaja yang menghadapi masalah mengandungkan bayi luar nikah.Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan negeri, Datuk Norpipah Abdol berkata, talian tersebut diwujudkan bagi membantu golongan tersebut mendapatkan khidmat nasihat mengenai masalah yang dihadapi. Adakah tindakan dan langkah kerajaan Melaka ini sudah menimbulkan kemurkaan Allah , maka tanpa mengira mangsanya adalah mereka yang menyokong atau menentang cadangan itu , samada mereka yang terlibat itu terdiri daripada orang – orang beriman , fasik atau munafik , dengan takdirNya musibah dan peringatan kecil ini diturunkan ? Kita mengucapkan takziah kepada semua mangsa ribut ini. Bersabarlah dengan dugaan Allah ini. Ianya adalah satu peringatan bagi orang – orang yang mempunyai akal dan iman. Semoga ia turut menginsafkan Ketua Menteri , Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dikatakan melawat keluarga mangsa yang meninggal malam tadi
"Cadangannya untuk mewujudkan Sekolah Remaja Hamil di Melaka , mungkin ada justifikasi tersendiri. Adakah disebabkan oleh wujudnya bilangan dan kuantiti yang mencukupi , sehingga sebuah sekolah yang dikhususkan untuk remaja yang hamil perlu didirikan dan ditempatkan di suatu lokasi yang khas untuk mereka ini. Adakah ini menandakan memang keadaan ini cukup serius di negeri Melaka ?
0 komen mengomen :: Ribut Di Jasin Peringatan Untuk Ali Rustam?
Post a Comment