Sosilawati Lawiya dibunuh dengan kejam, dipikul sehingga mati, kemudian mayatnya dibakar. Baca berita penuh disini. dan lagi.
Selagi Perundangan Islam tidak didaulatkan, pasti negara akan hancur musnah. Dan kejadian ini pasti akan terus-terusan berlaku. Aku jamin lah. Bukan doakan keburukan negara, tetapi itu memang akibat bila undang-undang dan ketetapan pencipta Alam tidak diikuti. Hanya ada satu lagi peluang. Kembali kepada Islam.
Tindakan Bodoh Terry Jones
Sumber : Web PMRAM
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir mengutuk tindakan seorang Paderi, Terry Jones di sebuah gereja kecil di Ganesville Florida Amerika Syarikat, kerana ingin menganjurkan Hari Membakar Al-Quran Sedunia.
Walaupun hasrat tersebut telah dibatalkan hari ini setelah mendapat tekanan dan tentangan di seluruh dunia, PMRAM terus komited bahawasanya hasrat tersebut telah melanggari etika keagamaan di seluruh dunia.
Tindakan biadab itu cuba dilakukan sempena memperingati peristiwa serangan Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 11 September 2001 lalu. Paderi itu yang berada di The Dove World Outreach Center meyalahkan agama Islam kerana menjadi punca kepada peristiwa 11 September.
Acara yang mereka panggil sebagai “International Burn a Quran Day” itu bakal menyalakan lagi semangat anti-Islam atau Islamphobia di kalangan masyarakat dunia.
Dr Yusuf Qardhawi, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia di dalam rangakaian Al-Jazeera menyebut “Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk mempertahankan kesucian Al-Quran dan penghormatannya. Sewajarnya kita tidak boleh mendiamkan diri dari penghinaaan ini.”
0 komen mengomen :: Isu Semasa : Pembunuhan Sosilawati, Hari Bakar Al-Quran
Post a Comment