Sempena hari terakhir IHTIRAM, satu majlis khatam Al-Quran telah diadakan didataran rumah negeri hayyu asyir. Turut bersama meluangkan masa Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia Kaherah, Encik Saiful Anuar bin Muhammad.
Budak tecik nama Uwais kalo tak silap. Bukan main susah nak tangkap gambor die, mesti nak nanges kalau nak snap. ni pun curi-curi. hehehe..
Suasana Majlis Khatam Al-Quran. Akhwat yang baru tiba dari Hayyu 7.
Setelah selesai Majlis Khatam Al-Quran. Kami sama-sama berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib secara berjamaah.
Dataran Hayyu Asyir penuh sesak dengan mahasiswa/wi Malaysia untuk bersolat terawih dan Isya' secara berjamaah dan begini jugalah suasana ketika qiyamulail perdana.
Selaku hamba, kita seharusnya tunduk menyembah Allah s.w.t. yang menciptakan kita bukannya sesama manusia.
Doa rabitah dan qunut nazilah mengiringi solat terawih tanda kesatuan umat Islam.
Serikandi Islam, Akhwat turut tidak ketinggalan sama-sama mengaminkan doa.
Muhadarah bersama Syeikh Dr. Rifaat Fauzi Hafizohullah.
Turut hadir bersama Syeikh Rohimuddin An-Nawawi Al-Banteni.
Sahabat kita daripada Jordan, Ust Hasyim & Ust Afiq tidak ketinggalan untuk membayar zakat.
Wajah seorang Presiden dan Timbalannya. Ust Shahrizan dan Ust Zuhaili.
Akhir kata, terima kasih kepada seluruh Adhoc pelaksana Ihtiram 2010, seluruh kepimpinan PMRAM Pusat dan Cawangan, seluruh mahasiswa/wi yang hadir bagi menjayakan program serta yang paling utama untuk merakamkan peristiwa ini. Tuan empunya kamera yang sudi meminjamkannya kepada hamba. Saudara Dr. Anas (Canon EOS 550D) kerana saya belum memiliki kamera secanggih ini. InsyaAllah, kalau ada rezeki satu hari nanti saya juga akan mempunyai DSLR sendiri. Mana la tahu, ada kawan yang baca blog ni nak hadiahkan. hehehe..
0 komen mengomen :: Ribuan Banjiri Dataran Hayyu Asyir Sempena Ihtiram (Gambar)
Post a Comment