Mesir Yang Baru

Alhamdulillah, 17hb Mac 2011. Jam 4.30 pagi saya selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Terminal 3. Bersama-sama rombongan anak-anak pelajar Selangor Mesir melalui Ops Ehsan, Kerajaan Negeri Selangor dalam proses penghantaran semula anak-anak Selangor yang balik ke Malaysia semasa berlakunya revolusi Mesir sebulan yang lepas. Sebaik keluar daripada pesawat, kami disambut dan diterjah angin sejuk timur tengah yang mencecah 13 darjah celcius membuatkan badan tiba-tiba rasa mengigil.

Selepas hampir dua jam, barulah semua urusan untuk mengambil bagasi masing-masing selesai. Memandangkan subuh jam 5 pagi dan tiada surau yang berdekatan, saya mengambil pendekatan untuk menghamparkan selimut yang diambil dalam pesawat tadi sebagai sejadah untuk solat subuh bersama beberapa orang teman di satu sudut, dihujung terminal tersebut. Alhamdulillah, kami dapat solat awal kerana ramai yang tidak tahu waktu subuh sudah masuk dan semakin luput. Selepas kami solat, barulah ramai sahabat-sahabat serta warga negara lain turut serta menunaikan solat dikaki lima tersebut.

Wah.. Keadaan Mesir tidaklah banyak berubah seperti sebelumnya. Maklumlah, baru tinggal sebulan lebih. Mana sempat nak berubah secara drastik. Namun apa yang saya perasan adalah sudah berkurang bunyian hon dan Mesir kini semakin bersih. Takjub dan hairan, negara yang biasanya kotor ini mampu bersih ke tahap ini. Satu pencapaian yang membanggakan. Kini dah 11hari saya menetap di bumi anbiya'. Bermakna sudah 2 kali jumaat disini. Setiap kali khutbah, pasti tajuk yang berlainan dan yang pasti, mereka kini bebas untuk berkhutbah apa jua tajuk dan isu yang ingin disampaikan.

Jika sebelum ini, masjid yang saya hadir untuk solat jumaat, pada hari tersebut dijangka berlakunya demonstrasi secara besar-besaran. Maka khatib menyatakan agar haram/tidak harus keluar ke jalanan menyertai demonstrasi tersebut kerana bakal mengganggu ketenteraman awam dan memusnahkan harta benda. Tapi, hari ni masjid yang sama mengutuk dan mengeji kerajaan yang terdahulu kerana berlaku zalim dan kerajaan yang dilaknak oleh Allah dan rakyatnya.. Alhamdulillah, selepas kejatuhan Husni Mubarak. mereka semakin terbuka dan bebas untuk berkata dan melakukan pelbagai aktiviti dengan rasa aman dan selamat. Tidak seperti sebelumnya.

Maktabah atau kedai-kedai buku kini sudah berani untuk memaparkan kitab-kitab haraki, politik dan sebagainya yang dahulu amat-amat dilarang dan penjualannya dibuat secara sembunyi. Satu perubahan yang baik, kerana buku-buku inilah yang mengajar dan membentuk masyarakat kearah kehidupan yang lebih baik dan bagaimana sebuah pemerintahan yang adil dan sejahtera. Mereka bukan mengajar untuk menentang kerajaan tetapi kerajaan yang salah kerana tidak mengamalkan sistem pentadbiran yang sebenar dan berlandaskan keadilan Islam. Dan terbukti Husni merupakan orang terkaya dunia mengalahkan Bill Gates yang menguasai Syarikat Telekomunikasi dan Komputer Microsoft.

Sepanjang perjalanan untuk pulang ke rumah. Pokok-pokok, tiang elektrik, tembok dan kereta kini dihiasi dengan bendera Mesir menandakan mereka sangat-sangat mencintai negara mereka kini. Amat berbeza dengan duhulu. Begitu juga kalau kita lihat di Malaysia, sebab apa rakyat tidak mahu mengibarkan bendera Malaysia walaupun pelbagai kempen dibuat untuk menyemarakkannya? Sehingga arahan terpaksa dikeluarkan kepada premis-premis kerajaan dan sebagainya agar mengibarkan Jalur Gemilang. Sebabnya, rakyat tidak berpuas hati dan berasa tiada guna menyintai negara andai selama 50tahun mereka merdeka, kos sara hidup meningkat, pendapatan isi rumah teramat kecil, jenayah semakin menggila, politikus yang rakus dan jijik, rasuah yang berleluasa, kenaikan harga minyak tanpa ada perancangan untuk menurunkannya, dan pelbagai lagi ketidakpuasan hati rakyat. Bagaimana rakyat mahu cintakan negara jika merempat dinegara sendiri?

Inilah yang Syed Hussin Al-Attas ukirkan dalam bukunya Pemikiran Intelktual, sebagai golongan pandir. Pemerintah/pemimpin yang pandir. Tidak kira fahaman atau ideologi politik, jika bertindak tidak menggunakan pertimbangan yang sepatutnya, mereka ini golongan pandir. Sebagai contoh seorang doktor tidak dikira pandir kerana tidak dapat menyelamatkan nyawa seorang pesakit, kerana ia diluar kemampuan doktor tersebut. Tetapi seorang doktor dikira pandir kerana melakukan kesalahan yang sama kepada pesakit walaupun telah bpuluhan tahun menjadi seorang doktor.


0 komen mengomen :: Mesir Yang Baru

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers