Tomeynye by JanganCuriFotografi

Haha.. Adek tomel ni saya jumpa masa tengah duk uruskan proses evakuasi pelajar-pelajar Malaysia ke Jeddah. So, sambil-sambil tunggu urusan sahabat-sahabat selesai kat airport Kaherah, sempat la snap adek tomel ni. Tak ingat nama ape adek ni. Tengok je la. Saje nak update blog.


Ai tawan2.. ^^,


Merenung masa depan..


Hanya mampu melihat apa yang dilakukan oleh manusia disekitarnya. Tapi awas, kanak-kanak cepat belajar dan meniru apa yang didengar dan dilihatnya. Maka, tunjukkanlah contoh teladan yang baik.

Ok la, sambil-sambil tengok gambar ni. Saje la nak kongsikan sikit ilmu yang dapat masa ikut program Pembangunan Mahasiswa iaitu SPIES Siswa. Program ni dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah Exco Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor. Dr. Halimah Ali. Dalam program tu terlalu banyak input-input menarik yang akan peserta dapat. Walaupun siri yang saya sertai nih hanya setengah hari, dari jam 8pagi-7petang. Tetapi inpak dan input yang diperolehi amat-amat terkesan. Sebab apa? Sebab ia menyentuh dan memberikan kita kesedaran tentang tanggungjawab kita sebagai seorang hamba Allah. Pendekatan yang digunakan cukup halus dan sampai kepada matlamatnya.

Amat berbeza dengan program yang pernah saya ikuti sebelum ini seperti program Biro Tata Negara untuk pelajar-pelajar yang ingin menyambung pengajian ke luar negara. Saya bukan buyers atau berat sebelah, tetapi memang itulah hakikat dan pengalaman yang saya dapat. BTN selama 3hari 2malam pun tidak dapat menandingi program SPIES selama satu hari yang saya sertai ni. Allah.. Bila sesuatu pengisian program itu benar-benar ingin mengubah dan membawa manusia lebih dekat dengan Allah. Pastinya Allah akan menurunkan rahmat dan pertolongannya dan peserta lebih mudah menerima apa yang ingin disampaikan.


Adek ni pun sakit kepala, bukan sebab kena marah. Pening tengok orang zaman sekarang. Pakaian dan tak macam orang. Huhu.. Adek ni pun tau tutup aurat. ^^,

Ok, berbalik kepada apa yang nak dikongsikan, otak kita ini mempunyai neurons yang sentiasa aktif dan berkembang, dan ada pula yang mati. Jadi, kajian yang dibuat apabila discan otak, kanak-kanak yang dimarahi, ditengking atau terkejut. Neurons-neurons yang ada dan baru hendak berkembang dan tercantum tiba-tiba hilang dan tidak dapat dikesan. Ini bermakna, kesan ibu bapa memarahi anak-anak mereka cukup memberi kesan kepada perkembangan otak anak-anak. Sebab itu kalau kita tengok budak kecil, bila dimarahi, terkejut, disergah dan sebagainya mereka tiba-tiba kaku dan ada yang memberi respon menangis dan sebagainya. Itu adalah antara tanda-tanda otak mereka tidak dapat berfikir dan membuat keputusan secara rasional.

Malah kajian juga mendapati, bukan sahaja kanak-kanak tetapi hampir kesemua lapisan umur. Jadi, buat orang dewasa, cara paling baik untuk mengaktifkan neurons dalam otak adalah dengan membuat latihan matematik, seperti kiraan atau sifir ingkas seperti 2+2, 3x4, dan sebagainya dengan pantas. Dalam kajian tersebut juga, otak/neuorons kita paling aktif apabila kita membaca dengan nada yang kuat. Sebab itulah, mereka yang sudah berumur tetapi sentiasa melazimi bacaan Al-Quran mereka lebih kuat daya ingatan dan lambat mendapat penyakit nyanyuk. Allah, indahnya Islam. Bukan sahaja dapat mengaktifkan otak tetapi setiap huruf yang dibaca mendapat 10kali ganjaran daripada Allah s.w.t.

Renung2kan dan selamat beramal.

2 komen mengomen :: Tomeynye by JanganCuriFotografi

  1. adik tu memang tomey hehehe..... dah tu tutup aurah plak memang terbaik bak kata boboiboy terbaik!!!

    Bab kursus BTN tu memang tak leh nk kata pa dah,memang tempat brain wash.. dlm tu semua depa hebat... tak maw kalah.. sebb kawan ANA br balik dr BTN... memang dia kata bazir duit ja...

  2. Yupp... Terbaik la adek tu. Moga kekal sampai besar nanti ye. ameen~

    BTN tu bukannya nak brainwash. Brainpoison. Huhu.. Nak kata tanam semangat patriotik xde sangat pun, yg byk semangat bangsa je. Huhu..

    Kalau spies tu, tak cakap pun bab org melayu, itu dan ini, cukup dia sentuh hati n kembali kpd Allah je, bukan takat sayang bangsa, negara sekali. Kita nak bukan org yg tau semangat patriotik tp, seorg yg berakhlak mulia dan beguna kpd masyarakat dan negara. Tak mustahil lah, index jenayah selangor adalah yg terendah dlm Malaysia skrang ni.

    Program BTN tu dh bagus, pengisian dia je yg kena kaji balik. Sayang betul duit kalau biar camtu jer..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers