1. Palestin sehingga kini terus berdarah.
2. Terkedu seketika apabila mendengar perkongsian pengalaman oleh Cikgu Azmi Abd Hamid, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) semasa program Ihya' Ramadhan (IRHAM 11) di Dataran H10, Kaherah Mesir baru-baru ini.
3. Terkedu apabila beliau mengungkapkan kata-kata daripada salah seorang menteri di Palestin. Sesungguhnya rakyat Palestin terharu dengan keprihatinan rakyat Malaysia yang sudi menghulurkan bantuan dan berada bersama mereka di Palestin. Tetapi pada waktu dan ketika ini, kamu pulanglah dahulu ke negara masing-masing. Kerana kami tidak perlukan tenaga kamu, malah boleh jadi menyukarkan gerak kerja kami kerana terpaksa menjaga kamu.
4. Apa yang kami perlukan ketika ini adalah, rakyat Malaysia menjadikan Gaza ini sebahagian daripada peta besar negara Malaysia. Apabila kamu berbuka puasa, dan ingin membeli makanan yang enak untuk keluarga kamu, ingatlah penderitaan kami disini, apabila kamu ingin membeli pakaian yang cantik-cantik untuk berhari raya, ingatlah anak-anak kami disini. Cukuplah dengan sumbangan dan doa dan sentiasa mengambil berat serta memperlihatkan kalian bersama-sama kami. Itu sudah memadai.
5. Mereka perlukan sokongan dan semangat, bukan tenaga.
6. Alhamdulillah, bukti keprihatinan ahli PMRAM dan Mahasiswa/wi Islam di Mesir, berkenaan kesengsaraan rakyat Palestin, adalah hasil kutipan yang telah dilancarkan baru-baru ini berjaya mengumpulkan sebanyak LE 2420, USD 7 dan RM 60.00 untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin. (Boleh baca berita lanjut DISINI)
7. Tetapi bagi diri ini, aku letakkan satu kewajipan untuk menjejakkan kaki ke bumi Palestin sebagai satu ketetapan dan perancangan seumur hidup. Moga Allah kabulkan untuk aku ke sana. Disamping membantu rakyat Palestin, ingin sekali dahi ini menyentuh dan bersujud dikiblat pertama umat Islam. Masjidil Aqsa.
8. InsyaAllah, jika ada mana-mana misi bantuan daripada Malaysia yang sudi menawarkan ruang untuk saya sertai misi bantuan ke Gaza, Palestin. InsyaAllah, saya akan sertainya.

moga impian nak sampai sana tercapai.. xjaoh dah kan? tringin jugak nk ke sana..
sukma atiqah
August 24, 2011 at 8:32 AMSukma: InsyaAllah, amin. Baru ni ada dengar2 tawaran utk ke sana. Tapi lepastu senyap je. HUhu.. Dah dekat sangat. Dlm sehari/dua hari lebih je kot perjalanan daripada rumah untuk ke sempadan gaza tu.
aminmenulis
August 24, 2011 at 9:15 AMpalestin..~
singgah urdun dulu :)
Nazirah Nazir
August 24, 2011 at 11:26 AMameen..smoga t'capai impian itu..seronoknya klu dpt jd sukarelawan ke sana..tp pmpuan ni byk hlgn lah..
Si Puteri Ali
August 24, 2011 at 12:43 PMNazirah: InsyaAllah, lepas balik palestin singgah urdun. excited nampak, xsampai lg urdun dah jemput.
Puteri Ali: ameen.. Yup, seronok kan dapat tolong orang, n lebih2 lagi umat Islam Palestin yg telah lama diseksa. huhu..
aminmenulis
August 24, 2011 at 1:12 PMYa Allah berikan kan kekuatan bagi mereka yang sentiasa ingin berjuang atas jalan agamaMu..
zul hassan
August 25, 2011 at 5:37 AMFz27: InsyaAllah, ameen. Terima kasih atas doanya. Moga kita semua berjaya membebaskan Palestin.
aminmenulis
August 25, 2011 at 11:42 AMYa Allah, kuatkanlah saudara kami di bumi Palestine dan berikanlah kejayaan buat mereka yang tidak putus2 berjuang kerana-Mu..Amin
~ Tahun lepas sahabat saya sempat menjejakkan kaki di Palestine namun seketika kerana genjatan senjata... Hati ini juga memiliki hasrat yang sama..
Brilliant Marjan
August 26, 2011 at 3:56 AM