Semalam Saya Jumpa Lailatul Qadar

1. Hari ini sudah hari ke 23 masuk hari yang ke-24 Ramadhan. Masih belum ada yang menyatakan "Eh, semalam lailatul qadar" sebab malam tu sunyi, pagi keesokkannya pula panas tidaklah terlalu terik dan sebagainya.

2. Semudah itukah kita mencari lailatul qadar? Melihat tanda-tanda, baru melaksanakan ibadah dengan bersungguh-sungguh. Adakah kita yakin esok kita akan bertemu lagi dengan hari-hari terakhir di bulan Ramadhan.



3. Orang melayu Islam kebanyakkannya bermentaliti sebegitu, malas untuk beribadah/melaksanakan sesuatu kerja jika tiada imbuhan yang setimpal.

4. Apa yang Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasalam sarankan kepada kita sebenarnya adalah untuk mempertingkatkan lagi amalan kita diakhir Ramadhan, kerana mungkin sahaja pada permulaannya kita tidak bersungguh dalam melaksanakan ibadah. Mungkin juga ini adalah Ramadhan terakhir buat kita, maka rebutlah detik-detik terakhir untuk kita lakukan ibadah dibulan yang Allah lipat gandakan setiap amalan.

Betul, Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan, tapi kenapa kita bertuhankan malam lailatul qadar bukan pemberi dan pencipta malam lailatul qadar? Habis tu, lepas habis ramadhan, tak perlu lagi la untuk perbanyakkan ibadah.?

5. Di Malaysia, kehangatan hari raya sudah mula kecoh, iklan di tv, lagu yang dipasang di gedung beli belah dan lain-lain tepat semuanya seperti sudah berhari raya. Tetapi disini, suasana itu masih belum muncul, kerana disini masyarakat arab lebih meraikan kedatangan Ramadhan berbanding aidilfitri. Bagi mereka hari raya adalah pada satu syawal sahaja. Tidak lebih daripada itu.

6. Orang Arab, Mereka lebih sayangkan Ramadhan berbanding aidilfitri. Tapi bagi kita umat melayu. Belum pun berpuasa sudah sibuk berbincang mengenai hari raya. Raya adalah sebulan. Selagi mana belum habis sebulan aidilfitri, selagi itulah raya tetap raya.

7. Aku teringat lagi semasa di Malaysia, ada kenalan yang bekerja sebagai tukang jahit. Sebelum Ramadhan, tempahan untuk baju raya sudahpun penuh. Pernah sekali dalam perjalanan untuk ke Masjid bersolat terawih, aku lalu sebuah rumah. Mungkin dihadapan rumah tersebut, kedai jahitannya. Sedang sibuk menjahit baju, tidak menghiraukan azan dan orang kampung yang sibuk untuk ke masjid menunaikan solat terawih secara berjemaah. Alahai, sayangnya. Ramadhan hanya datang sekali, pahala yang dapat pula, dilipat gandakan berkali-kali. Rezeki boleh dicari dilain hari.

8. Itulah kita. Berhari raya tidak salah, tapi biarlah pada waktunya.

6 komen mengomen :: Semalam Saya Jumpa Lailatul Qadar

  1. salam ramadhan :)

  2. Wasalam Ramadhan. ^^,

  3. nice post ustaz...

  4. Farhan: Syukran. ^^,

  5. di malaysia..seminggu sebelum puasa lagi,rayu raya dah kat tv..biasalah

  6. Yuni: Itulah bahaya media, bila sudah setiap hari siarkan suasana seperti itu, menjadikan kita terbiasa dan rasa lali. Walhal, ramadhan yg sepatutnya dan lebih utama untuk diutamakan. bukan raya.

    Jadi, budak2 sekarang ni dia fikir, sebab pe kena puasa, sebab nak raya. Huhu..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers