1. Kata orang Inggeris "You are what you read, you are what you eat" memang kena dengan jiwa aku ketika ini. Dan ia terbukti apabila blog aku ini lama suram dan kusam serta tidak mencabahkan idea. Hanya beberapa artikel 'copy and paste'. Tiada huraian dan komentar yang keluar dari jiwa. Sekadar luahan kosong aku untuk memenuhkan masa. Semuanya kerana tumpulnya idea untuk menulis disebabkan aku kurang membaca. Sehingga ke hari ini boleh dikira hanya beberapa buah buku yang telah habis dibaca.
2. Teringat arwah Tok Penghulu dikampung aku dahulu, suka mendengar bila beliau berbicara. Dan beliau galakkan untuk kita baca apa sahaja bahan bacaan. Selagi mana ia tidak melalaikan dan melanggar syariat. Aku pelik jugak pertama kali datang ke rumah beliau. Berbukit komik ujang, apo dan lain-lain genre komik. Aku tanya, siapa yang baca ni tok? Beliau jawab. "Anak saya". Beliau dapat meneka apa yang aku nak persoalkan. Cantas beliau "Tak apa baca komik, sebenarnya, kalau kita baca komik ni dia dapat aktifkan neuron dalam otak kita. Daripada kita berenang dengan baca benda-benda yang berat, lepastu lemas, lepastu mati tak baca langsung, lebih baik la kita baca walaupun nampak macam komik je."
3. Aku akui, memang kalau kita rajin membaca, tak kira apa jugak bahan bacaan. Otak kita akan sentiasa aktif dan segar. Komik antara bahan yang paling sesuai untuk menyegarkan otak. Ia bukan sekadar lukisan, tetapi lukisan itu kita imaginasikan bagaimana ia bergerak serta otak kita mengolah dialog yang ditulis dengan gaya bahasa kita sendiri dan itonasi. Hebatnya komik, begitu juga hebatnya novel. Tapi kurangnya novel terutama yang bergenre cinta, aku tak berapa nak minat sebab ia membuatkan kita khayal dalam dunia cinta yang entah kadang-kadang berqiblatkan nafsu semata. Jarang ada yang mendidik seperti Hlovate, Fatimah Syarha dan beberapa orang novalis islamik.
4. Ketumpulan aku menulis juga disebabkan dengan kemudahan facebook yang cepat dan mudah mendapat respon daripada pembaca. Tak ramai yang bukak belog jika dinisbahkan dengan pengguna facebook. Dan respon yang kita terima dapat untuk kita tau siapa, bila, dan kita tau jika ia dishare dan dikongsi. Hanya klik beberapa butang sahaja, dalam beberapa saat ia sudah tersebar, dilike dan dishare oleh puluhan, ratusan malah boleh mencecah ribuan. Fuh.. Bahaya facebook. Tapi kelemahannya ia tidak mendidik untuk kita menulis secara mendalam apa yang kita rasa. Tidak mencabar seperti menulis blog yang memerlukan daya fikir dan gaya bahasa yang tinggi.
5. Aku suka membaca buah fikiran dan gaya tulisan tokoh hebat dan terkenal tanah air seperti Tun M, Ust Nasruddin Hassan Tantawi, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Ust Tuan Ibrahim Tuan Man, Anwar Ibrahim, Saiful Islam, Ust Zaharuddin Abd Rahman dan Dr Asri Zainul Abidin serta beberapa orang lagi penulis seperti Sasterawan Negara Pak Samad. Aku sikit hairan la, kebanyakkan mereka yang kerajaan ni malas untuk menulis, menyebabkan mereka sebenarnya jauh daripada hati rakyat kebanyakkan. Kerana mereka lebih banyak berkata-kata daripada berkerja dan menyampaikan dalam bentuk tulisan yang membina dan mencapahkan idea.
6. Tak ketinggalan seorang blogger dan aktivis yang baru mendapat gelaran doktor dalam bidang sains politik di UK, Dr. Muhaimin Sulam. Aku sering singgah blognya, walaupun ringkas, bersahaja tapi penuh dalam maksudnya. InsyaAllah, aku akan cuba berkongsi dan berusaha untuk lebih giat membaca. Err.. salah satu sebab lagi aku kurang membaca, sebab fokus sudah beralih kepada dunia fotografer. So, kerja aku dah tak menulis, tapi mengambil gambar. Tapi sebenarnya gambar yang aku hasilkan itu lebih panjang berjela cerita didalamnnya.
A picture speaks thousand words ... comeyy gambar2 pakcik DSLR
Anonymous
January 22, 2012 at 1:45 AMpengalaman juga boleh ditulis... ~ untuk panduan buat adik-adik.. ^..^
Humaira'
January 22, 2012 at 2:59 AM"You are what you read, you are what you eat"
suke quote ni..headshot kt dri sndri jugak.. :)
wardatulhumayra
January 22, 2012 at 7:33 AMCIk Mizah: Yupp.. betul2...
Humaira": InsyaAllah, akan usaha. Nak hidupkan balik penulisan ni.
Natasha: (n_n).. you are what you eat tu, tambah sendiri.. hehe..
aminmenulis
January 22, 2012 at 2:44 PMhijaudamai
January 28, 2012 at 11:09 PMSetuju:)kadang rasa segan memikirkan apa yang ditulis tidak mencambah idea atau kurang2 point untuk orang lain,saya jg setuju fb yg capaiannya cepat dan boleh buat jadi ralit dengannya hingga terabai ruang untuk menulis:
hijaudamai
January 28, 2012 at 11:16 PMNurul An-Nur: Tetap kena menulis jugak.. Jom usaha. :)
aminmenulis
January 31, 2012 at 9:10 AM