Musim sejuk di luar negara adalah waktu yang paling best untuk berjalan-jalan serta mengembara. Sebab cuaca yang dingin dan kering memudahkan kita untuk bergerak dengan selesa walaupun perit dalam beberapa keadaan macam nak berwudhuk, mandi, qada' hajat dan perkara yang berkaitan dengan air. Huhuhu.. Tapi yang pasti, tak mandi 2 hari itu biasa, sebab cuaca yang terlampau sejuk dan kering, badan tak berpeluh dan tak berbau.. Hehehe.. Kalau kat Malaysia, jangan kata 2 hari, sehari kalau boleh 5 kali nak mandi. Sebab Malaysia berada pada iklim khatulistiwa. Panas dan lembap sepanjang tahun. Tapi kat Mesir negara 4 musim. Walaupun tiada salji. Suhu boleh mencecah 5-7 darjah celcius. Mesir ada Musim sejuk, panas, luruh dan musim bunga. Maka, bulan Rabiul Awwal adalah bulan dimana, musim bunga baru bermula, dalam fasa untuk memasuki musim panas setelah musim sejuk.
Stesen Keretapi Damanhour.
Gambar aku atas landasan kereta api, ketika berada di Damanhour. Salah satu negeri di Mesir yang anak-anak Malaysia belajar di sana. Tapi kat sini, hanya ada pelajar lelaki atau lebih mesra dipanggil ikhwah atau ustaz. Sebab semua belajar pengajian Islam disini (Damanhour)
Perjalanan menaiki kereta api, atau dalam bahasa arab dipanggil Qitar (قطر), dalam bahasa ammiyah huruf Qof ditukar kepada Alif, menjadikan sebutannya Itar. Memakan masa hampir 2 jam daripada terminal utama di Ramsis, Kaherah. Dengan bayaran LE20 untuk gerabak ekonomi, lebih selesa dan luas. Kalau nak bajet lebih murah ada yang LE15 dan lebih murah daripada tu. Tapi, kalau naik yang murah alamatnya, bunyi bising, gerabak sempit dan kurang selesa.
Kereta api yang aku naik baru-baru ni.
Kalau tak silap kat Mesir ni ada 3 jenis. Satu yang ala-ala 1st class, bayar pun mahal. Harga tiket antara LE20 hingga LE35 ke atas. 2nd class LE15 kebawah dan gerabak paling murah dipanggil kereta api ayam. Hehe.. Itu gelaran orang lama di Mesir sebab kereta tu boleh bawak masuk kambing, ayam, sayur, dan macam-macam. Kerusi pun besi, keras, macam dalam LRT/Monorail tapi versi buruk la. Takpe, nanti aku kongsikan gambar kereta api tu, sebab nanti ada trip lagi ke Alex untuk menjadi tenaga pengisi bengkel grafik bersama Krew Komik Al-Fityan PMRAM.
Apa yang istimewanya Damanhour ni? Istimewanya, tiada pelajar perempuan atau akhowat Malizi kat sini. Semuanya ikhwah, tapi yang paling heran, walaupun takde akhowat, markaz Dewan Perwakilan Mahasiswa Damanhour antara markaz yang paling cantik dan bersih. Siap ada kolam ikan dan hiasan markaznya mengalahkan DPMahasiswi Iskandariah.(Alex) hehe..
Maaf, gambar tiada, sebab baru ni tak singgah di markaz pun. Tapi sebelum-sebelum ni pergi, memang lawa markaznya.
Paling best di Damanhour ada ladang gandum, tapi musim sejuk kali ni bukan musim gandum masak. Maka, tiadalah gambar untuk dikongsi. Orang di Damnhour ni kebanyakkannya orang kampung, ramah dan hormat kepada tetamu. Sebab kat sini jarang ada orang asing, maka bila jumpa, mereka akan speaking, bagi salam, dan ahlan wasahlan la kat kita. Memang ramah tamah.
Ini adalah Masjid Sayyid Ibrahim Ad-Disuqi, di Disuq, Kafr Syeikh. Lebih kurang dalam 30 kilometer daripada Damanhour.
Di Masjid ini terletaknya Maqam Wali Allah, Syeikh Sayyid Ibrahim, sehingga nama kampung ni diberi nama Disuq, Kafr Syeikh. Kafr bermaksud kampung kecil, dan Syeikh merujuk kepada Syeikh Sayyid Ibrahim. Disuqi pada nama Syeikh sebenarnya adalah nama tempat atau daerah kerana Syeikh dialhirkan disini. Nasab Syeikh Sayyid Ibrahim sampai kepada Al-Imam Sayyidina Hussain Radhiallahu Anhu. Cucunda kepada Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam. Nasab keturunannya juga bertemu dengan seorang lagi wali Allah, Syeikh Sayyid Ahmad Al-Badawi yang terletak di Muhafazah (negeri) Tanta.
Tahun ini antara tahun paling sejuk di Mesir, paling kerap hujan. Sebab Mesir negara padang pasir, dan jarang hujan, tiada sistem perparitan.
Maka, setiap kali hujan, inilah hasilnya. Air bertakung sana sini. Huhuhu.. Habis kotor seluar dan kasut kalau berjalan. Paling tak suka keadaan ni adalah ammu (pakcik) yang bawak tremco (van) sewa yang menjadi pengangkutan utama rakyat Mesir. Sebab van mereka kebanyakkan putih, kalau hujan, debu pasir akan melekat dekat kereta, jadi, kena basuh banyak kali.
Sungai Nil, dikatakan airnya mengalir dari dalam syurga turun kedunia.
Dalam kesibukan bermesyuarat dan melaksanakan tugas yang diberi, sempat juga untuk menaiki bot merentasi sungai nil. Sengaja mencari ketenangan, bersama beberapa orang teman, kami menyewa bot khas. Yang dalam gambar tu, warna putih. Sebab taknak campur dengan arab lain, sebab kalau campur dengan arab, diorang suka pasang lagu kuat-kuat dan menari gelek. Adus... pening kepala tengok. Dah la, lagu tak sedap. Kuat pulak tu pasang. Bingit telinga. Mula-mula nak sewa sampan kecik, tapi takut tak larat nak dayung, akhirnya lepas bincang dengan tokey boat, dia bagi bot kat atas ni. Dalam masa yang sama, ada sorang makcik dengan anak dia nak ikut sekali.
Kitorang mula-mula bengang jugak, sebab dah cakap nak sewa khas, tapi akhienya kami malu sendiri, sebab makcik tu yang tolong bayarkan. Hehe.. Terima kasih mama sebab belanja. Kan dah kata orang kampung kat sini baik-baik. Memang seronok jalan-jalan lepas imtihan di Mesir. Cukup tenang kalau dapat keluar daripada Kota Kaherah yang bingit dengan pekikkan hon dan kesesakkan jalan raya yang teruk. Solusinya, pergilah kengeri-negeri lain untuk menenangkan fikiran. Boleh juga mengadakan mesyuarat atau aktiviti disini, sambil kerja sambil berjalan.
Kitorang mula-mula bengang jugak, sebab dah cakap nak sewa khas, tapi akhienya kami malu sendiri, sebab makcik tu yang tolong bayarkan. Hehe.. Terima kasih mama sebab belanja. Kan dah kata orang kampung kat sini baik-baik. Memang seronok jalan-jalan lepas imtihan di Mesir. Cukup tenang kalau dapat keluar daripada Kota Kaherah yang bingit dengan pekikkan hon dan kesesakkan jalan raya yang teruk. Solusinya, pergilah kengeri-negeri lain untuk menenangkan fikiran. Boleh juga mengadakan mesyuarat atau aktiviti disini, sambil kerja sambil berjalan.
Cukuplah sikit perkongsian kembara, lama dah tak menulis. Mungkin dapat semangat lepas Kursus Penulisan Azhari bersama PTS Group semalam. Hehe.. InsyaAllah, lepasni ada trip lagi ke tempat-tempat lain. Sebelum kuliah bermula, dan status baru sebagai pimpinan pelajar. InsyaAllah, akan dikongsi bersama beserta gambar. Salam Rabiul Awwal.
wah! sonoknye..bilalah dpt pegi..kena cari ustz sana jgk nih bru dpt pegi ^^,
Si Puteri Ali
January 31, 2012 at 10:29 AMSi Puteri Ali: Tak perlu cari ustaz pun boleh, sambung belajar, amik kursus bahasa 3 bulan kat sini. Tapi sayang, dah nak habis musim sejuk. Hehe..
aminmenulis
January 31, 2012 at 10:34 AMassalamualaikum~ patut la hari tu 25hb januari nampak ustaz, n pengarah unit Hisbah PMRAM dan lain-lain turun dari train di damanhur....ada jaulah rupanya.... jauh perjalanan luas permandangan, semakin hebat pentaksiran!
fana
January 31, 2012 at 11:13 AMDr. Farhana: Waalaikumsalam, err... nampak? Camner leh nampak? Nak pergi mana masa tu?
Yang lain-lain tu kebetulan jumpa, tapi kitorang lain-lain destinasi. Hehe.. Ana ada projek lain.
aminmenulis
January 31, 2012 at 11:21 AMbestnye jalan2...hmm :)
Anonymous
March 10, 2012 at 8:35 AMSeronoknya baca :) Tapi gambar xkeluar. Lima tahun di sana tak pernah sampai Damanhur.
Jemput ziarah blog saya https://haninramli.blogspot.com/p/ke.html?m=1
Anonymous
September 22, 2020 at 2:21 AM