Assalamualaikum warahamtullahi wabarakatuh,
Sempena hari kelahiran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, malu rasanya jika tidak menulis sedikit ucapan dan selawat keatas junjungan besar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Tanda kecintaan kita kepada kekasih Allah yang membawa rahmat kesekelian Alam.
Sekadar ingin berkongsi sedikit kisah berkenaan habibuna Salallallahu Alaihi Wasallam, ketika mana baginda dibelah dadanya dan dibasuh hatinya dengan air zam-zam. Lalu malaikat berkata ada suatu tempat yang jika kita tidak membuang pasti syaitan akan turut mendapat rahmatnya. Lalu dibuang dan dibersihkan anggota itu. Lihat betapa luas dan hebatnya kekasih Allah ini, sehinggakan hampir sahaja syaitan mendapat syafaat daripadanya jika malaikat tidak membuang kotoran tersebut.
Sebuah lagi kisah yang diceritakan kepada saya, bahawa ketika mana nabi Allah Adam alaihisalam diciptakan, lalu Allah mengajarkannya beberapa kalimah. Jika kita rujuk kisah di dalam Al-Quran, perbualan diantara Allah dan Malaikat, yang mana, malaikat bertanya, mengapa Allah hendak menjadikan khalifah dimuka bumi, sedangkan mereka akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah. Lalu Allah menjawab "Sesungguhnya aku tahu apa yang kamu tidak ketahui."
Lalu Nabi Adam alaihisalam memberitahu kepada malaikat kalimat-kalimat yang diajar oleh Allah subhanahu wataala. Ketika kejadian ini berlaku, Nabi Adam Alaihi Salam melihat ada satu kalimat di Arashy Allah. Tahukah kalian apakah kalimah itu, itulah kalimah nama Muhammad/Ahmad Sallallahu Alaihi Wasallam. Betapa hebat dan cintanya Allah kepada junjungan besar nabi kita Sallallahu Alaihi Wasallam. Sungguh kita umat yang bertuah andai kita mengikut segala titah perintah Al-Quran, Hadith dan Sunnah yang dibawanya.
Maka, marilah sama-sama kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Allahumma solli ala Muhammad.
AllohhummaSolli'Alaa Sayyidina Muhammad... :)
Anonymous
March 10, 2012 at 8:33 AM