Showing posts with label Kisah cerpen. Show all posts
Showing posts with label Kisah cerpen. Show all posts

Orang memang suka menghukum..

1 komen mengomen
Kisah ini disebuah kelas, dalam sebuah sekolah yang terletak dalam sebuah Bandar, dalam sebuah negeri, negeri tu dalam sebuah Negara, Negara tu pulak dalam sebuah benua, Benua tu pulak dalam sebuah planet, lepastu mestilah planet tu dalam sebuah galaksi, galaksi tu dalam sebuah alam. Wallahua’lam.

Anak Murid : Ustaz, Dengar kata Ust dulu pergi belajar kat Mesir betul ke?

Ustaz : Haah, betul la. Saya baru je balik sini bulan lepas. Bukan apa, Sekurang-kurangnya ada jugak orang kita yang belajar kat sana mendalami ilmu agama.

AM : Buat apa la belajar jauh-jauh sampai ke Mesir tu Ust? Dekat sini dah takde tempat nak belajar lagi ke? Saya dengar ramai yang belajar kat sana tak lulus. Sampai 10 tahun tak habis-habis. Kalau saya lah kan, dekat-dekat sudah. Belanja pun kurang.

Ust : Eh, kamu ni Mat, pernah ke kamu belajar kat sana? Sampai nak hukum-hukum orang tak lulus ni? Kamu tu pun takat belajar tingkatan 3 je.

Kamu tahu bahasa arab? Kamu tahu baca kitab arab? Kamu tahu suasana kat sana macamana?

Am : Yela Ust, tapi kan. Ramai orang cakap, pelajar kat sana ramai yang tak lulus. Belajar jauh2, tapi nanti tak lulus. Apa orang kata nanti Ust?

Ust : Alah, belajar dekat-dekat sini pun, kalau malas, tak lulus jugak. Tak gitu? Orang sekarang memang suka menghukum, bukan nak meneliti dulu.

Belajar kat sini pun ramai je yang tak lulus. Cuma orang yang tak tahu dan tak ambik tahu.

Sebab orang menghukum, mana-mana lepasan Mesir / Az-Azhar wajib pandai hukum2 agama.

Walhal bukan semua orang mampu untuk menguasai sesuatu ilmu.

“Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, maka akan diberi kefahaman oleh Allah dalam urursan agama.”

Setiap orang diberi kelebihan masing-masing. Ada yang mahir dalam bidang ni kurang dalam bidang ni. Ramai orang boleh bawak kereta, tapi tak ramai yang mampu bawak/pandu kereta formula One. Hakikatnya kereta jugak.

Am : Betul juga cakap Ust tu.

Ust : Itulah kamu, sepatutnya fikir dulu sebelum cakap. Saya ni dulu pun belajar kat sana. Kamu pandai-pandai je nak hukum.

Mesir itu suasananya lain dari yang lain. Tak sama dengan tempat kita ni. Nak ke kuliah je, hampir sejam perjalanan pergi balik setiap hari. Bahasa pulak bahasa arab, bahasa arab pasar.

Kamu, kalau saya cakap bahasa arab biasa dah tak faham, inikan lagi bahasa arab pasar. Memang susah.

Am : Haah kan. Tapi Ust, kenapa sampai 10 tahun tak habis2 belajar? Kalau dekat2 sini 4 tahun dah habis. Macam abang saya.

Ust : Itu sebabnya, kamu kena tahu kenapa mereka tak lulus-lulus sampai 10tahun.

Kat sana itu berbeza dengan kita. Sistemnya berbeza. Cuaca, bahasa, gaya hidup semuanya berbeza.

Para pensyarahnya baca kitab arab, tapi mengajar dalam bahasa pasar. Contoh, kamu orang Selangor, belajar bahasa Melayu tapi diajar dalam loghat Kedah. Mudah ke nak faham? Kan payah tu.

Macamtu jugak diorang.

Contoh belajar Feqah dah la, belajar hampir semua bab dalam kitab, dalam setiap bab banyak pulak khilaf dan percanggahan pendapat di antara Imam-Imam dan Ulama’, banyak huraian dan pengertian bagi satu-satu bab. Tapi bila periksa hanya keluar dua soalan dan dua tajuk.

Markahnya 100. Satu soalan 50 markah. Boleh ke awak jawab?

Bab Taharah, awak daripada Tingkatan satu dulu dah belajar, sampai sekarang pun banyak yang tak faham2 lagi, nak hafal? Kirim salam jelah.

Baru Ilmu Feqah, Ilmu-ilmu lain lagi? Hadith, Al-Quran, Tafsir, Nahu, Balaghah.
Kat sini senang la,separuh jawapan dalam ABC, jawapan dah ada, separuh lagi secara bertulis. Soalan pulak dah boleh jangka setiap tahun akan keluar yang mana, ada banyak pilihan.

Memang sepatutnya mereka yang belajar di Al-Azhar mahir dalam bab2 hukum hakam.. Itulah mentaliti yg bagus, memberikan tekanan kepada sesiapa yang belajar di Azhar untuk mahir dalam segenap bidang Ilmu. Kerana tekanan itu kadangkala penting untuk kita melonjak lebih tinggi. Semakin ditekan semakin tinggi anjakan yang akan berlaku.

Namun jangan kerana mereka tidak lulus 5,6 tahun. Kamu menghukum mereka dengan pelbagai tanggapan. Perlu selidik dahulu baru menghukum.


AM : Haah la Ust, belajar Bahasa Melayu pun ada jgk kawan2 saya yang tak lulus. Inikan pulak bahasa asing. Hehe..

Ust : Saya rasa bertuah sebab antara orang yang Allah pilih untuk belajar di bumi anbiya’ Mesir ni.

AM : Sebab apa ust?

Ust : Sebab, Ilmu kat Mesir ni takkan sama dengan tempat lain. Kena betul-betul mujahadah/bersungguh-sungguh baru dapat ilmu tu. Bukan mudah nak sabar dengan kerenah arab mesir ni.

Nak-nak bila musim sejuk. Ya Allah, dengan sejuknya sampai solatep tingkap sebab taknak bagi angin masuk.

Pagi2 kalau nak pergi talaqqi lepas subuh, senyuknya sampai berair spek mata. Kabus tebal, hanya 2,3 meter je nampak. Kalau tak betul2 lawan nafsu. Mmg takkan pergi.
Ada kawan Ust tu, jatuh motor sampai berdarah. Sanggup teruskan perjalanan ke kelas.

Walaupun orang kata, Mesir ni pembelajaran dia tak sistematik. Tapi itulah pengajaran yang paling mahal. Kena banyak sabar, mujahadah, terlalu banyak ujian. Tak macam tempat lain. Mudah2 je nak dapat ilmu.

AM : Fuyyo.. Kitorang kat sini, kelas tambahan pun dah malas nak pergi. Huhu..

Ust : Lebihnya Mesir ni, terlalu banyak kelas pengajian secara talaqqi. Setiap hari memang takkan putus-putus kelas pengajian. Daripada pagi sampailah malam akan ada kelas. Sampai tak terkejar yang mana satu.

Cuma, nasihat senior-senior. Tak perlu pergi semua. Cukup 1,2 kelas dan syeikh yang kita mudah faham. Kita istiqamah. Cukup la. Yang penting berkualiti dan sentiasa mulazamah/hadir kelas tersebut. InsyaAllah, ada keberkatan.

Syeikh2 yang mengajar pun bukan orang biasa. Semuanya nasab sampai kepada Nabi dan para Sahabat alaihimussolatuwassalam.

Am : Oo.. Baru kami tau macamtu rupanya. Dah, Ust berapa taun ek belajar kat sana?

Ust : Saya kejap jer, 5 tahun.

Am : 5 Tahun Ust kata sekejap? Lama tu..

Ust : Awak sekarang Tingkatan 4 bermakna dah 18 tahun awak hidup. Awak rasa kejap ke lama awak hidup?

Am : Kejap je.

Suka bukan bererti Cinta

1 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, Allahumma solli ala muhammad,

Ahmad, Syed dan Nazrul. Pelajar lepasan Universiti Teknologi Petronas. Tinggal serumah di Di Kuala Lumpur, mereka berkawan baik sejak kecil dan selalu bersama. Ahmad seorang yang rajin, bersifat penyayang, manakala Syed seorang yang tegas namun kuat mendalami ilmu agama, pernah 3bulan sewaktu cuti pertengahan semester dihabiskan untuk belajar di sebuah pondok di Kelantan. Nazrul pula seorang yang meminati bidang IT. dan tidak pernah lekang dengan komputer riba kesayangannya. Mereka membuka sebuah syarikat membaiki dan menjual Komputer di Bangsar. Yang beroperasi Isnin hingga Jumaat. Manakala hujung minggu mereka kerap menghabiskan masa bersama, sesekali pulang ke kampung halaman.


Suatu pagi sedang Ahmad menyediakan sarapan, Syed menyapanya,

"Buat ape tu mad?" Syed buat2 tanya walaupun sudah tahu apa yang Ahmad sedang buat.

"Tak nampak ke aku tengah mandi kolam nih" Haha.. tergelak Ahmad. Syed sedikit tertekan.

"Ala, aku tanya je. Ko ni.. ISh3.., ada pape nak tolong?" Syed cuba membantu.

"Ada, tolong senyap. Hehe... Ko tolong watkan air untuk kita minum, tengok la apa yang ada kat dalam peti tu."

"Ok boss.." Lantas Syed memasak air dgn kattle yg baru dibeli beberapa hari lepas.

"Mad, ko taknak cuba ke resepi tunang ko tu?"

Terkujat Ahmad mendengar pertanyaan tersebut dari Syed, darahnya sedikit menyirap. Mujur ada Nazrul di ruangan makan mencelah menenangkan keadaan.

"Eh, kitorang memang nak cuba pun masakan tu, ala Ustzh tu dah berumur, dah kami anggap macam kakak. Merepek je ko ni Syed. aku pun suka baca tulisan dia"

Ahmad sekadar diam sahaja, ini bukan kali pertama Syed menyakatnya sebegitu. Sudah banyak kali. Namun dia hanya berdiam diri. Tidak mahu melukai dan berkelahi dengan sahabatnya baiknya itu. Dia sedar siapa dirinya dikalangan sahabat2, dan jauh bezanya jika hendak dibandingkan dengan Syed yg sudah menjadi tunangan orang, baik orangnya, alim dan soleh. Namun bukan itu alasan membolehkan dirinya memperkecilkan orang lain sebegitu. Dia juga punyai maruah dan perasaan.

Sarapan sudah siap dihidangkan, mereka bertiga makan bersama sambil menghirup kopi radix yang baru dibuat tadi. Segar rasanya dipagi hari menghirup radix panas.

"Erm... pada pendapat ko la Naz, suka dengan cinta tu sama tak?" Ahmad cuba memulakan perbualan.

"Hmm.. bagi aku suka, suka la. Tak semestinya cinta. Macam ko suka makan aiskrim, adakah ko cinta aiskrim tu sampai nak kawen dengan aiskrim.? Macamtulah pendapat aku. Cinta ni bersifat sentimental, melibatkan hati dan perasaan, boleh jadi ia bersifat abstract dan sukar difahami dan setiap orang berbeza dalam menafsirkan makna cinta. Ada orang cinta seseorang sebab hobi mereka sama, ada orang sebab macam2 la. Macam aku cinta dan suka berkawan dengan Umar, sebab dia alim, baik dan sebagainya sebab Islam menggalakkan seseorang untuk mengasihi saudaranya melebihi dirinya sendiri." Nazrul menjelaskan panjang lebar.

"Dah, kalau macamtu Syed, suka tak bermakna cinta la kan.? Macam ko suka baca karya Fatimah Syarha, boleh ke dia dianggap tunang ko sebab ko kumpul semua karya hasil tangan dia?" Ahmad sekadar menghidupkan suasana.

"Hmm.. tak boleh la macamtu. Aku bukan suka sebab peribadi dia, jumpa pun tak pernah. Tapi aku suka baca tulisan dan gaya pemikiran dia. Tu je. Aku kan dah bertunang. Hish.. ko ni, saje je nak kenakan aku" Syed sedikit berang.

"Ha.. tau takpe. Dah yang ko cakap Ustzh tu tunang aku apsal? Huhu.. aku pun tak pernah jumpa dia jugak. Aku suka baca tulisan dia je, tak bererti aku cinta dia. kan Nazrul kan?"

"Ooo.. ni pasal tadi ke? Ko ni, benda camtu pun nak gaduh. Rilek ar.. gurau sikit pun takleh." Syed cuba menenangkan keadaan.

"Bukan takleh, ko tu lebih2. Huhu.. aku saje je nak tengok reaksi ko kalau kena camtu. Tau pun terasa." Ahmad lega dapat meluahkan perasaannya dengan cara yang halus.

"Dah2.. Jangan nak bergaduh depan rezeki nih. Aku abiskan karang roti bakar ni. hehe.. So, jadi tak plan kita nak pergi Low Yat arini cari barang sikit?" tanya Nazrul.

"aku ok jer.. Ko syed?" Ahmad cuba mendapatkan kepastian.

"Aku ada kerja sikit la, aku ingat nak pergi Midvalley, cari buku sikit."

"Takpelah macamtu, aku dengan mad pergi Low Yat naik Monorail je. Ko guna la kereta tu, kat Mid senang sikit nak parking." Nazrul memberikan cadangan.

"Ok." semua setuju.

"Erm.. Syed, tolong carikan aku buku terbaru SaifulIslam. Tajuknya Rindu Bau Pohon Tin. Nah duitnya." Ahmad menghulurkan note RM50 sebanyak dua keping. Bakinya jangan lupa, bagi aku balik.''

"OK."

Dalam perjalanan menaiki monorail sempat Ahmad membacakan nukilan yang diambil dari laman sesawang menggunakan komputer riba Nazrul.

Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia
menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia
akan menghampirimu di saat kau tak menduga.
Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula
ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila
kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

Cinta bukannya mencari seseorang
yg "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang
yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau
tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal
perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan
kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat
main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam
mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya
pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah
membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau
tidak berniat langsung "UNTUK
MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Sakit… patah hati… bertahan selama kau
menginginkannya dan akan menghiris luka
sedalam kau membiarkannya. Persoalannya,
bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu,
tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran
dan hikmahnya.
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh,
jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar
selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil.
Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk
boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan
menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit
jika itu yg benar2 dialami.
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan
dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila
seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi,
cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai,
langsung tdk mengetahui perasaanmu
terhadapnya.

"Naz, Aku terbaca satu artikel tentang beza cinta, sayang, suka dan minat. Namun ada beberapa perkara yang aku kurang setuju, terutama kita boleh menyakiti orang yang kita sayang, suka, dan minat. Cuba ko baca ni" sambil memusingkan laptop ke arah Nazrul.

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

"Eh, Naz, kita dah sampai ni, sambung nanti la plak. Karang terlajak plak kita." Ujar Ahmad.


Nazrul segera menyimpan laptop kedalam beg sandangnya. Meneruskan perjalanan untuk membeli barang dan alatan untuk stok kedai mereka.

Perbualan mereka terhenti, apabila tren yang dinaiki sampai ke destinasi,Iaitu stesen Imbi. Sekadar renungan.

Cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta mengorbankan si anak yang sangat dikasihinya,
Cinta Nabi Ismail menundukkan jiwa seorang bapa untuk redha pada ketentuan dariNya,
Bagaimana pula dengan cinta kita?
Mampukah kita mengorbankan segala harta dan masa
Apatah lagi jika yang menjadi taruhan adalah nyawa
Sungguh, kita umat akhir zaman yang lalai dengan dunia
Sehingga lupa kepada cinta kepada Pencipta
Masa dibazirkan dengan berhibur dan duduk bersahaja
Harta menjadi aset untuk berlumba siapa yang lagi kaya
Bila ditanya bila nak bertaubat,jawabnya bersahaja
Tunggu nanti bila meningkat tua
Sia-sia lah separuh usia amanah dari Yang Esa.

Apa pandangan kalian tentang cinta, suka, dan sebagainya. baik mengikut syarak mahupun pandangan rasional kalian? Kita berbincang secara Ilmiah, mengapa perlu malu? Bukankah ia fitrah manusia? Jadi mana tahu, penerangan kalian memberi hidayah kepada mereka erti sebenar cinta, suka, minat dan sebagainya?

Allahumjaalna sababan limanihtada..

Semarakkan Islam dengan Ilmu bukan hanya semangat..

Andai Sempurnanya Iman semudah itu.. Bah 2.

1 komen mengomen
Ibu semakin pelik dengan perangai anak kesayangannya itu. Mengapa dan untuk apakah kanak2 diusia 10tahun, yang telah diakandungnya dalam perut (mestilah dalam perut, takkan kat kepala lutut kan? hehe..) bertanyakan soalan sebegitu?

Adakah dah buang tebiat anak aku yang sorang ni? Mengapa dia berperangai pelik semenjak dua tiga empat dan lima dan enam menjak ini? Hairan.. atau ajal sedang menghapiri. Sebab kata orang kalau perangai seseorang tu pelik, alamatnya ada sesuatu akan berlaku..

Ibu semakin dihantui perasaan resah dan gelisah. Teringat sewaktu amin menyerahkan nat tayar kepadanya 3hari lepas.

"Ni nat tayar bas mana amin ambik ni? Nak buat apa? Cuba bagitau kat ibu.." Namun jewapannya sekadar senyuman manja dari amin. Hmm..

Sempat amin membalas "Ibu, jangan lupa tau tolong bersihkan sampai berkilat, nanti dah siap ibu bagi dekat amin tau, amin nak simpan" sambil membuat aksi mencuci baju yang sedikit lucu. Tergelak dalam hati. Entah daripada mana dia meniru aksi tersebut.

Namun dalam hati ibu "Ish.. pelik betul amin ni. Lebih baik buang aje nat kotor ni. Nak buat apa bagi dia main benda yang pelik2"

"Ibu.. Mana nat yang amin kasi semalam? Ibu dah basuh dan bersihkan belum..? Terkejut ibu dari lamunan. Wajah ibu berubah jadi sedikit cemas, kerana yang yang dimaksudkan telahpun dibuang.

"Err.. ada. lusa ibu bagi la ye sayang.." Balas ibu tenang.

"Ok.." jawab amin pantas.

"amin nak makan daging kambing ke? Nanti ibu belikan ye.." Ibu cuba menduga keinginan anak lelaki kesayangannya itu.

"Eh, bukan nak makan, amin nak cari iman yang sebahagian lagi."

Ibu tambah kaget. Nat tayar bas, kamben, Iman yang sebahagian lagi? Aduh.. Apa nak jadi dengan anak aku nih? dah merepek macam kerepak plak dia..

"Ibu... raya nanti kita jangan balik kampung Tok Ayah dengan Tok Mak je tau, kita balik kampung Opak dengan Aki sekali, dan amin nak ziarah semua saudara mara kita. Ibu bawak amin jumpa mereka semua tau." Belum sempat persoalannya terjawab, timbul pula soalan baru. Tiba2 amin nak ziarah semua saudara mara. Makin rungsing dan risau perasaan ibu.

Amin terus berlari kedalam bilik. Ibu faham benar kemana dia mahu pergi ketika ini. Azan asar kedengaran. Itulah rutin hariannya sejak 2tahun lalu, akan pergi ke surau walau ketiadaan ayah dirumah. sudah terbiasa solat berjamaah disurau.

Alhamdulillah, syukur ya Allah kerana mengurniakan aku seorang anak yang baik. Semoga suatu hari nanti dia akan jadi permata dan pejuang agama-Mu. Hati kecil ibu berdoa.

Usai waktu pejabat. Kepulangan ayah disambut dengan pertanyaan dan aduan daripada Ibu.

"Abang, tengok2kanlah sikit amin tu, pelik sangat saya tengok dia sejak kebelakangan ni. Risau saya dibuatnya. Mula-mula nat tayar bas, lepastu bertanya pasal harga seekor kamben, nak ziarah semua saudara mara, sekarang pulak nak cari iman yang sebahagian lagi..."

"Hmm.. betul jugak cakap awak tu. Elok kita jumpa dengan guru kelasnya, Ustzh Nur (bukan terpengaruh cerita nur kasih ye.. Huhu) bertanya keadaan dia disekolah. Lepastu kita panggil Tok Imam datang rumah, tolong bacakan sikit doa penerang hati. Moga2 tiada perkara yang tak kita ingini."

Keesokkannya harinya Ibu pergi la berjumpa dengan Ustzh Nur Kasih (Tiada kaitan dengan cerita Nur Kasih ye. Aku tak tengok, ULANGan Aku tak TenGok pun kisah Si Adam, Aidil, Nur Amina, Alya dengan Katrina tu ok. walaupun akhirnya mereka berbaik semula. hehe..)

"Ustzh, kebelakangan ni, amin ada buat perangai pelik tak? Macamana pembelajaran dia?"

"amin ok je, budaknya baik, comel, rajin, cerdik, pintar, pandai, bagus, excellent, mumtaz, very good, nallarekkek, soleh, cerdas, cemerlang, gemilang, terbilang, satu Malaysia. Eh, selalu dapat nombor satu dalam peperiksaan. Dia macam biasa je, takde benda pelik pun yang saya nampak, kenapa puan?"

(amboi2, bodek terlebih la plak Ustzh ni, aku sekeh karang. Jack bukan main tinggi.. Nak duit raya cakap la.. Tau la dah nak raya haji ni.. Huhu..)

"Baguslah kalau macamtu, bukan apa Ustzh. Sejak kebelakangan ni saya tengok dia ni asik cakap nak cari Iman yang sebahagian lagi la, tanya pasal kambeng la, bawak balik nat tayar bas pakcik kedai aiskrim tu punya yang jual nasi lemak tepi sawah padi dekat kubur dekat simpang empat belah kiri simpang tiga tu ha.. Pelik betul saya dibuatnya, kadang senyum sorang2. Kentut la tu biasanya.."

"Hmm.. InsyaAllah, takde papelah puan. Biasalah tu, budak2. Imiginasi dia lebih sekit. Dalam usia sebegini kanak2 biasanya akan meniru atau cuba mencuba apa yang dilihat dan didengar."

"Mungkin jugak. Terima kasih la cikgu. Nanti datang la jemput kerumah, saya tau cikgu nak duit raya. Eh.. tak2, saya gurau je cikgu. Ada masa lapang, lepak2lah kat rumah saya, jangan sengan2. Kalau boleh bawak la buah tangan ke, nasi ayam ke, boleh saya jamu cikgu makan. Oklah cikgu, Saya mohon permisi dulu ya. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." balas Ustzh Nur pendek.

Keesokkannya Tok Imam dan Ustzh Nur datang kerumah untuk berbincang tentang masalah amin. Dalam rancak muqaddimah perbualan mereka. Tiba2 amin menjerit.

"Kakak mana boleh kawen, sebab kakak takde duit." ujar amin kepada kakaknya yang cun bak bunga kembar siam. (adeke? haha... sukati aku la)

Ibu, Ayah, Tok Imam dan Ustzh Nur terkejut mendengar jeritan amin dari ruang tamu.

Ayah segera mendapatkan amin, meninggalkan kakaknya sendirian diruang bacaan.

"Kenapa amin cakap macamtu dekat kakak?"

"Yela, kakak mana boleh kawen sebab kakak takde duit. Sebab kalau nak kawen kena buat kenduri. Tok Imam cakap masa kuliah haritu Nabi pernah bersabda Kendurilah walau seekor kambing. Jadi, kakak takde duit. Macamana nak buat kenduri?"

Tok Imam yang sedang lapar (bukan nama kampung Tok Imam Lapar kat Kuala Berang, Terengganu tu yer, huhu.. ni Tok Imam lain) terkejut kucing mendengar namanya disebut. Lants, secepat kilat mendapatkan amin.

Ibu terlebih dahulu mengajukan soalan. "Oh, jadi amin tanya pasal harga kambing sebab nak kawinlah ye? Sebab tu beriya-iya suruh ibu bawak pergi rumah saudara mara. sebab amin nak jemput mereka semua, macamtu?"

Amin mengangguk comel, seperti lagak orang dewasa fahamnya.

"Selama ni kan Ibu ajar amin mengikuti Sunnah Nabi Sallallahualaihi wasalam sepanjang masa? Dari bangun tidur sampai nak tidur balik. Bulan lepas, Tok Imam ada sebut kat surau. Tok Imam cakap Nabi pernah bersabda : Nikah itu sunnahku. Barangsiapa yang membenci sunnahku, maka bukanlah dia dari golonganku."
(Sohih Muslim Hadis 1401)

Kali ini ibu benar2 terkejut. Tok Imam terkujat. Ayah terkujit dan Ustzh Nur pun turut tumpang sekaki dua. Kami saling berpandangan, kemudian kembali mahu menghuraikan permasalahan sebenar amin.

Tok Imam menepuk dahi amin. Eh, bahu.. silap tulis plak. "Oh, amin dengar kuliah maghrib tok ya. Pandai amin. (amin kembang kempis hidungnya.. )

Ibu tersenyum dengan pujian itu. Pujian untuk amin, bermakna pujian untuk ayah dan ibunya. Tetapi lantas ibu teringatkan tentang kata-kata amin tentang Iman yang sebahagian lagi.

"Cuba amin beritahu Ibu. Sebab apa amin cakap amin nak lengkapkan iman yang sebahagian lagi? ibu risau tau. takut2 amin belajar daripada mana2 Ust."

Amin tersenyum bangga, tiba2 angin sepoi2 bahasa meniup sebagai latar backgroundnya. menampakkan kecomelan dan kebanggaannya. "Oh, kan ibu selalu kata, kebersihan itu sebahagian daripada Iman, jadi mana yang sebahagian lagi?" Jadi amin berazam nak cari Iman yang sebahagian lagi. Biar iman amin sempurna."

Ibu dan ayah serta Ustzh Nur menoleh kearah Tok Imam. Kali ni mereka benar2 terkesima dan bingung dengan jawapan dan sekaligus persoalan daripada amin.

Amin menggaru-garu punggungnya yang gatal, eh.. silap lagi. Kepalanya yang tidak gatal (tersasul pulak) sambil menjawab "Tok Imam kata, Nabi pernah bersabda : Sesiapa yang dikurniakan Allah isteri yang solehah, maka Allah telah menjaga sebahagian agamanya. Maka awasilah sebahagian yang lainnya!."
(Mustadrak A'la Sohihain, Hadis 2729) sebab itu amin nak kawen.

Tok Imam menepuk bahu amin sambil menggosok kepala anak kecil itu. Amin jangan semudah itu memahami hadis. Hadis tidak boleh difahami begitu sahaja. Walaupun amin bijak, tetapi amin masih perlu banyak belajar. Kan lebih baik amin bertanya tok sahaja? Mungkin amin perlu tahu malu itu juga sebahagian daripada iman.
(Fathul Bari Hadis 24) Ada hadis lain yang mengatakan bahawa Iman itu ada beberapa bahagian. Setinggi-tinggi iman adalah "La ilaha illallah dan serendah-rendahnya adalaah mengalihkan benda yang ada dijalan yang boleh menyakiti seperti duri, paku dan batu" (Fathul Bari hadis 9)

"Jadi, amin silaplah ya?"

"Amin tak silap, tapi amin kena banyak belajar lagi"

Ibu memandang ayah lega. Kemudian berkata "Anak-anak zaman sekarang cepat betul membesar"

Tiba-tiba amin menjerit lagi. "Ibu! Mana nat yang Ibu sudah bersihkan tu?"

Terkejut Ibu "Amin nak buat apa pulak dengan nat tu.?

"Kan Rasulullah suruh beri mas kahwin bila berkahwin, walaupun mas kahwin itu cuma sebentuk cincin besi!
(Sohih Muslim hadis 1427/Sohih Bukhari hadis 5167) amin nak la nat tu."

Kami berpandangan semula.. Masing2 terkesima lagi..


Andai Sempurna Iman semudah Itu.. Bah 1.

0 komen mengomen
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua. Moga sentiasa ceria dan diberkati Allah.

Doakanlah keberadaan hamba disini dalam keadaan sihat wal afiat, dan terus istiqamah dalam menuntut redha Allah.

Semalam, usai solat Jumaat di Masjid Muhammadi, Hayyu Asyir, yang hanya terletak 8456.769sentimerter lebih kurang, terlebih sikit 2milimiter. berintipatikan khutbah Qurban dan Ibadah Haji.

Aku pun menapak la balik ke rumah yang aku duduk ni. Sambil2 menghidu debu2 pasir tepian jalan yang mewangi. (wangi la sangat.. hujan pun tak, longkang lagilah takde, aleh2 ada air atas jalan. air ape? air loji.. kua3...) Hahampeh..

Setelah berpenat lelah mendaki tangga yang tersangat rendah. Aku pun masuk la bilik aku yang aku duduk sampai aku terduduk kat tempat duduk yang aku duduk sekarang ni. Aku pun tak tau aku duduk kat atas tempat duduk yang mana sekarang ni. Sebab aku selalu bertukar tempat duduk. Kui3..

Lepeh kemas2 bilik tu. Duduk la lepak atas katil yang bertilamkan tilam 3lapis macam kek lapis. Wuhuu.. Memang syok giler kalau tido. Namun perhatian, aku tido atas lantai atau beralaskan 1setengah tilam jer ye, tp aku selalu merempat kat bilik orang jer. Haha..

Terbcalah satu buku yang kecil lagi comel. Tajuk dia 10yang ku gelar Cinta.

Dalam banyak2 cerita tu aku tersentuh (hati aku tersentuh ke jari aku yang sentuh? ahh..) tak kira la.. Satu kisah seorang budak bernama amin ke aiman ataupun Iman? Haih...

Amin la sedap sikit, sebab nama aku. Haha...

Amin diasuh dan dididik oleh ibunya dengan penuh kasih sayang (Wuu.. teringat ibu kat rumah..) Seorang yang berbudi bahasa dan menghormati orang tua. Amin usianya baru 10taon.

Setiap hari Ibu akan memastikan amin menjaga kebersihan dirinya. Kata Ibu "Kebersihan itu sebahagian daripada Iman"

Amin pun ingat sampai bila2. Dan selalu memastikan biliknya, dirinya dan segala barang2nya dalam keadaan bersih. (anak sapo la ni.. macam aku jer.. keh3.. tapi kalau kat rumah malas jgk aku ni. Betul tak ibu? hihi...)

Setiap hari amin akan ikut ayah dia solat berjamaah disurau dan tidak seperti budak2 lain yang biasanya akan bermain dgn kawan sebaya. Amin khusyuk mendengar ceramah atau kuliah yang disampaikan oleh Tok Imam dan Ust2 disitu.

Masa kat sekolah pun amin seorang pelajar yang rajin. Bijak dan baik. Selalu mendapat nombor satu setengah, sebab dia budak baik, dia kongsi setengah lagi dengan kawan dia... huhu..

Satu hari amin pulang membawa seketul nat kecil, yang bersalut dengan minyak dan kotoran. Sampai kat rumah amin bagi besi tu kat Ibu dia.

"Amin, kenapa main kotor ni? Ibu kan dah pesan jaga kebersihan, kenapa tangan amin penuh dengan minyak hitam ni?" Si Ibu hairan.

Amin hanya tersenyum manja lalu sambil menghulurkan sesuatu kepada ibunya.
"Ibu, tolong bersihkan nat ni ye, amin nak simpan"

Lalu terus masuk kebiliknya tanpa menghiraukan ibunya yang terpinga2. Pelik melihat perangai anak kesayangannya tu.

Lalu si Ibu mengadu kepada si Ayah. Mengapa amin bersikap sedemikian? Adakah dia berkawan dengan rakan2 yang nakal semasa di surau?

Ayah menjawab "Budak2, biasalah, imiginasi dia tinggi sikit" tanpa ada rasa bersalah atau syak sesuatu yang lain pada anaknya itu.

Keesokkannya, sedang ibu melipat kain, amin datang dari arah belakang dan mengurut bahu ibunya. Sambil memeluk manja.

"Ibu, tau tak harga seekor kambing? Ibu pernah beli tak daging kambing? mahal tak?"

Ibu bertambah hairan.. Kenapa tiba2 soalan itu yang ditanya oleh anak berusia 10tahun..

Bersambung..

Kisah Gunting dan Bunga..

3 komen mengomen

Bismillahirrahmanirrahim..

Allahumma solli ala muhammad..

Imtihan Qobul datang menerpa lagi. Menerkam dan mencakar hati-hati yang baru mulai mekar subur di bumi anbiya' ini.

Walaupun pada mulanya hati ini sedikit merajuk dan seakan-akan layu bila angin menyapa. Namun akhirnya ia akur, angin yang bertiup kencang bukan mahu memusnahkan. Tangan yang memetik bukan mahu menjahanamkan. Tetapi sebagai tanda diri ini begitu disayangi, dihargai dan disukai oleh mereka-mereka yang cintakan keindahan dan kedamaian.



Ibarat manusia yang cintakan bunga, mereka akan mencari dan memetik bunga-bunga yang mereka sukai lalu mereka hiaskan dan suburkan dengan air dan baja.

Pada mulanya, bunga merasa sakit bila dirinya dipetik dan dicantas. Namun akhirnya ia sedar, disebabkan kecantikan dan haruman yang ada padanya maka ia terpaksa dilukai pada awalnya. namun itulah matlamat ia diciptakan, untuk menghiasi alam yang indah ini. Ia sedar hidupnya tidak lama meskipun tidak dipetik dan dituai. ia Redha.


Apalah erti hidup andai tidak berguna kepada sesiapa.? Begitu juga aku, bunga yang baru kembang mekar dijalan ilmu. Ilmu tidak mungkin mekar andai tidak dibajai dengan ujian, tidak matang andai tidak diamalkan.

Atas sifat kasih dan sayang empunya taman, dicantasnya bunga tersebut dengan gunting yang bernama Imtihan Qobul. Lalu ia datang menyapa,



"Wahai bunga, aku ingin mencantas mu."

Lalu aku bertanya kepada Imtihan Qobul. "Mengapa engkau dan tuan engkau mahu mengambil dan mencantas diriku?"

"Sudah pasti tuanku mahu engkau menjadi penghias dan penyeri dikamarnya"

"Siapa tuanmu?"

"Oh, tidak kau mengenali? Dialah Para Masyaikh Al-Azhari.. Dia mahu kau teruskan hidup di kamarnya, agar kau mendapat manfaat dan ilmu daripadnya. Lalu untuk itu aku perlu mencantasmu. Dia juga ingin melihat adakah kamu mampu bertahan seketika untuk disunting oleh aku. Andai kamu layu sebelum aku mencantasmu sudah tentu engkau tidak layak untuk bersama tuanku."

Oh, baruku sedar. Untuk bersama tuanku yang berilmu, aku harus menyakiti diri terlebih dahulu. Ia bukan melemahkan, malah menguatkan aku untuk terus hidup, bertahan dan bertahan untuk berbakti dan berjasa kepada tuanku.



Namun adakah aku mampu untuk bertahan? Dalam taman ini, beribu-ribu bunga yang baru kembang dan mekar. Mengapa aku yang terpilih? Sudah pasti aku antara yang terbaik daripada yang terbaik.

Namun hanya ada dua natijah yang perlu aku telan dan hadam. Andai aku gugur disaat aku dicantas. Tersungkur ditanah la jawabnya. Andai aku bisa lepas dan bebas dari kesakitan ini, bersama tunakulah jawabnya. Namun gunting tadi mengingatkan.



"Andai kamu pengsan disaat aku mencantasmu, tuanku tidaklah zalim untuk terus membuang dan membiarkan engkau bersendirian di atas tanah yang tandus lagi gersang ini. Dia akan menempatkan kamu dalam sebuah bekas, yang didalamnya terdapat ubat-ubatan seperti vitamin dan air untuk engkau meneruskan hidup. Andai didalam bekas itu engkau bisa tumbuh dan segar, tidak mustahil engkau akan menjadi peneman tuanku suatu saat nanti."



Bunga yang tadinya hampir layu dan malu akhirnya segar kembali. Aku harus tabah dan kuat. Kerana aku diciptakan hanya ada dua pilihan, hidup berbakti, atau mati tidak bererti. Lalu dia memilih untuk hidup berbakti, biarlah dia disakiti, asalkan hidupnya penuh erti.



Begitu jugalah Imtihan Qobul yang bakal aku lalui yang entahkan bila, dan bagaimana soalannya.

Semalam semasa trial, ramai yang aku lihat seakan-akan mengalah sepertimana juga aku pada awal2 perkhabarannya dulu.

Ada yang memberi pendapat dan cadangan kita perlu mengugut dan mendesak pihak pentadbiran al-azhar dengan berkata andai perkara sebgini dilakukan terhadap pelajar Malaysia. Maka ia, akan memberi kesan pada masa akan datang , iaitu pelajar dari Malaysia yang akan ke al-Azhar semakin berkurang.

Namun aku perlu sedar bahawa setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah tidak membebankan seseorang dengan sesuatu yang dia tidak mampu. Begitu juga aku, begitu juga kita. Begitu juga untuk semua makhluknya.

Mentaliti kita cepat mengalah. aku termotivasi daripada kata Ust Hairul Nizam. "Saya sejak kecil memiliki satu sifat yang jarang ada pada orang lain. Itu saya tidak boleh melihat seseorang lebih hebat daripada saya. atau mudah faham hasad dengki dalam perkara ilmu."

Dan natijah daripada sifat itu, beliau sekarang sedang membuat Master dalam bidang Usul Fiqh di Universiti Al-Azhar. Yang mana rata-rata manusia tahu bahawa tempat yang paling payah untuk mendapatkan kelulusan master didunia adalah di al-Azhar. Dan dia sahut cabaran tersebut. MasyaAllah. Insan hebat seperti beliau.

Namun masalahnya aku termotivasi dengan kesabaran beliau sahaja, bukan pada semangat dan usaha gigih beliau. Aku masih memerlukan sokongan dan dorongan untuk mara kehadapan. Mengapa aku sebegitu? Namun itulah yang kita tidak nafikan, setiap manusia pasti ada kelemahan dan masalah yang sering berkonfrontasi didalam diri.

Kita kenali ia usaha untuk melawannya sebagai MUJAHAD.

Bebalik kepada soal Imtihan Qobul. Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa itu Imtihan Qobul?
Mengapa ia diadakan? Mengapa yang yang takut untuk menghadapinya terutama pelajar Malaysia.

Persoalannya, diamanakah status Sijil Tinggi Agama Malaysia disisi Universiti Al-Azhar?

Kerana syarat kelayakan pelajar Malaysia untuk memasuki Universiti tertua didunia ini adalah dengan mengenggam segulung sijil bernama STAM. Namun itulah hakikat yang perlu ditelan dan dikunyah oleh mulut2 pelajar tahun satu pengajian Islam samada mengambil pengkhususan dalam bidang Usuluddin mahupun Syariah.

Kedudukan mereka tidak pasti. Walaupun nama dah muqayyad atau disahkan boleh memasuki kuliah seperti pelajar2 tahun satu sebelum ini. Namun mereka terpaksa juga menghadapi Imtihan Qobul. Dimana, natijah atau kesan daripada keputusan itu akan membawa kepada dua. Andai lulus Imtihan Qobul ini, bolehlah memasuki kuliah seperti biasa, andai tidak lulus maka terpaksa memasuki maahad lughah selama setahun.

Maka disana berlaku pembaziran atau mengambil masa yang lama semata-mata kerana tidak lulus ujian tersebut. Dan perlu mengambil ujian atau Imtihan Qobul sekali lagi pada tahun hadapan yang juga belum pasti.

Sedangkan duit telah dihabiskan ribuan ringgit untuk sampai ke Mesir.

Inilah yang menghantui pemikiran dan jiwa pelajar-pelajar tahun satu daripada Malaysia.

JUBAH BUAT IBU..

3 komen mengomen

"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?", marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun.

"Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?", leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu.


"Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu.

Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang.

" Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

"Sakit bu...sakit.. ..maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi....Bu, jangan pukul bu...sakit bu..." Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi.


"Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu.

"Bu...ampunkan Along bu...bukan Along yang mulakan...bukan Along....bu, sakit bu..!!", rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu.

Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari.

Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya.


Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya.

Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini Along merebahkan badannya.

Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM.

Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu.. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu.


Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka..

" Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan.


Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya.

"Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?"

" Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!", si ibu bersuara lembut.

Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. 'anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya..' bisik hati kecil Along.

"Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?", soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan.

"Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?". Along terkejut mendengar soalan Atih Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya.

"Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!", terang si ibu..

"Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..", soal Atih lagi.

Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya.

"Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas." , arah ibu.

Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. 'Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni....' Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya.


"La...kau ke, apa kau buat kat sini?", tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz.

"Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?", soalnya pula..

"Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!", jelas Along jujur.



"waa...bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu.

"Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!", Along meminta kepastian.

"Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!", balas Fariz meyakinkannya.

"Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum.

"Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit. " Kata Fariz .

Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju.. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi.

"Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?", soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu.

Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu.

"Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!", pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya.


"Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?", soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan.

"Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!", leter ibu lagi.

Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.

"Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu." Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM.

Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja.

"Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh.

Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.


Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah.

Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma.


"Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!", soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu..

"Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan.

"Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?" Along tersedak mendengar soalan itu.

Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air.

"Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga.

Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.

"Azam, kau ada cita-cita tak...ataupun impian ker...?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi..

" Ada " jawab Along pendek

"Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku....atau. ..." Along menggeleng-gelengkan kepala.

"semua tak...Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.

" Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya.. ..saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan...saya.. ..saya nak jadi anak yang soleh!".

Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi.


"Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni", ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel.

Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak

"Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe." Kata Along lagi

"Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?", soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya.

"Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.

" Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut.


" Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?", soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu Along hanya tersengeh menampakkan giginya.

"Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?"

"Tak pe lah, perkara dah berlalu....lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang.

"Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi.

"Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah."

"Zam..kau ni....."

"Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu." Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.

"Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!", pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu.

"No problem...tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" , soal Fariz ingin tahu.

"Aku kerja kat bengkel Abang Joe... Jadi pembantu dia", terang Along.

"Abang Joe mana ni?"

"Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!", jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk .

"Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?"

"Hari ni la..." balas Along. "Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?" "Bukan, minggu depan..."

"Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?", soal Fariz lagi.

"Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi." Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.


Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu.

Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang-orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya.

Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu.

"Ha..hadiah. ...untuk. ....ibu.. ........" ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman.

Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. 'Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu... dan terimalah hadiah ini.....UNTUKMU IBU!' Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.


"Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan .. dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila.." cerita Fariz dengan nada sebak.

Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik.

"Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?" Soalnya dengan sedu sedan.

"Sebab.....dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang...walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula...." Terang Fariz lagi.

Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

p/s : sayangilah ibu anda sementara beliau masih ada..kasihi anak anda...


sumber : UmmiAnni

Semalam berlalu penuh dgn dosa dan noda..

4 komen mengomen
Usai tadarus di Masjid Al-Azhar, Hamzah termenung seketika..

Bermuhasabah tentang hari-hari semalam yang penuh dengan noda dan dosa.

"Ya allah, adakah amalanku diterima selama ini?" Hamzah bermonolog sendirian.
"aku melakukan ketaatan kepada-Mu, namun dlm masa yg sama aku juga melakukan maksiat kepada-Mu, malah aku fikir, maksiatku lebih banyak berbanding ibadatku kepada-Mu. Astaghfirullahalzaim. Hamba jenis apa aku ini agaknya disisi-Mu Ya Allah?"


Perkarangan Masjid Al-Azhar mula lengang dari kelibat manusia. Hanya mereka yang benar-benar ingin memanfaatkan dan menghidupkan malam Ramadhan masih beri'tikaf didalam dewan solat dan sekitar masjid Al-Azhar.

Hampir setiap malam akan diadakan tadarus al-quran yang akan dipimpin oleh pensyarah2, dan malam ini dipimpin oleh Ust Umar. Hanya beberapa orang yang menyertai haloqah ini termasuklah Hamzah. Sekitar 10 orang. Namun ia sudah memadai untuk menghabis satu juz setiap malam, dengan setiap orang membaca sehelai.

Hamzah teringat kata-kata seorang Ust yang menyampaikan tazkirah usai 4 rakaat solat terawih sebentar tadi.

"Ramadhan awwaluhu rahmah, wa awsotuhu maghfirah, wa akhiruhu itqun minnar"

Ada sesetengah pendapat mengatakn ia hadith dhoif, namun bukanlah salah. kerana ia mampu menjadi pendorong untuk seseorang meningkatkan ibadahnya dibulan yang penuh barakah ini.

Dalam hadith lain Nabi s.a.w pernah bersabda "Man sooma ramadhanan imanan wahtisaban ghufirolahu ma taqaddama min zabik" yang bermaksud "Barang siapa yang berpuasa di bulan ramadhan dengan penuh keimanan, akan diampunkan oleh Allah dosa-dosanya yang telah lalu"

MasyaAllah, Maha Pemurah Allah yang telah mengurniakan manusia khususnya ummat Islam bulan yang penuh barokah, penuh dengan keampunan dan rahmah.

"Sesungguhnya apabila ramadhan tiba, akan dibuka segala pintu syurga dan akan ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan akan dibelenggu"

Disini menunjukkan bahawa Allah membuka seluas-luasnya pintu taubat dan keampunan, serta dibelenggu syaitan-syaitan laknatullah, kerana apa? Tidak lain, semata-mata untuk manusia beramal ibadah tanpa sebarang gangguan dan godaan syaitan. Pada waktu ini barulah kita nampak, adakah kita termasuk daripada golongan yang telah ditarbiyah oleh syaitan atau orang-orang yang sentiasa bermujahadah untuk menundukkan nafsu mereka. Sedar atau tidak memang itulah hakikat, hatta kita merasa sendiri kurang untuk melakukan maksiat pada bulan ini. Terasa perbezaan dengan 11bulan yang kita lalui, seakan-akan ada sesuatu yg mempengaruhi kita untuk melakukan maksiat.

Namun dibulan ini, lihatlah betapa ramai umat manusia yang berbondong-bondong ke masjid dan surau untuk menunaikan solat terawih. Jika kita fikirkan, mengapa hanya di bulan ramadhan mereka boleh hadir ke masjid, malah solat yg dilakukan lebih banyak daripada solat isya' yakni 4rakaat dibulan2 yg lain? Tidakkah kita pelik?

Hamzah cuba merungkai persoalan ini. "Heran aku diorang nih, time bulan pose boleh plak dtg masjid solat, tapi, time lain, haram batang hidung pun tak nampak. Padahal same je malam2 ni dgn mlm2 lain, pelik2?. Kalau macam ni tiap2 malam kan bagus. Malam lain lg ringkas, solat Isyak 4 rakaat jer. Tp tak datang plak. Ni dahla Solat Isyak 4rakaat+Terawih 8+Witir 3. Kalau campur 4+8+3, adeh.!! tak reti nak kira lah plak. kena amik kalkulator nih. Aku ni dahla keturunan tak pandai matematik. Lembap skit. tapi yg aku tahu lg banyak dari solat malam2 biasa. Hehe.. Ha.. baru dapat 15rakaat. Fuh.. banyak tuh. huhu.."


"Dahla fikir pasal orang, baik fikir pasal aku ni." Huhu.. macam dah banyak jer amalan fikir pasal orang. macam sheikh kata haritu la. Sebab apa kita perlu berkhalwat/mengasingkan diri daripada orang ramai.? Bukan sebab takut kita terkena virus2 orang, tetapi takut kerana virus kita ni terkena pada orang lain.

"Tengok orang sebelah kiri, hekeleh, kerek siot mamat sebelah ni. macam bagus jer."
"Tengok orang kanan, eee.. selekehnya. Tak khsusyuk solat aku. Pakaila cantik sikit nak solat. Kan nak mengadap Allah."
"Eh, apa orang depan nih, semayang pun nak gerak2. Takde adab langsung."
"Alah, tok imam ni, panjang la pulak baca. Alamak, assingment aku tak siap lg, exam lg"


Itulah hati kita ni. Sentiasa bersangka buruk terhadap orang, sentiasa berfikir tentang dunia dan yang seangkatan dengannya. Tidak pernah/jarang sekali nak fikirkan tentang akhirat. Aku la tu. Astagfirullahlazim.

Ulamak kalau tak silap aku ada membahagikan tingkat2 puasa.
1. Puasa orang awam (Orang yg berpuasa hanya menahan diri dari lapar dan dahaga)
2. Puasa orang Khusus (Org yg berpuasa dan menjaga anggota mereka drpd melakukan perkara2 yg ditegah oleh syarak)
3. Puasa Khususul khusus (yakni puasa para nabi dan wali2 Allah, mereka betul2 menjaga anggota dan hati mereka drpd perbuatan mungkar. dan langsung tidak terdetik untuk berfikir tentang dunia)

"Sheikh, ana tengok enta ni makin lagho la. bukan ana nak kata ana baik sangat. Tapi sebagai sahabat ana dengar macam2 pasal enta. Enta ubah la sikit perangai. Ana tak nak la sebut apa yg enta dh buat. Enta lebih tahu apa yg enta dh buat. Jadi harap berubah la ye" Nasihat Akmal kepadaku waktu persekolahan dulu.

Waktu tu, aku rasa seperti dikongkong dan sentiasa diperhatikan. Alah, diorang ni. Menyibuk je hal orang. Macam la diri tu baik sangat. Getus hatiku. Orang lain ramai lg yg lebih teruk daripada aku. pegi la nasihat. Aku tau la apa yg aku buat.

Kini baru ku sedar, semua nasihat tu tanda mereka sayang dan prihatin terhadapku. Syukran Akmal, kalau aku tahu la dulu yg segala nasihat tu kerana kau nak jaga aku. tentu aku ikut. tapi yelah, masa tu aku tak matang lagi. Sekarang baru aku sedar bahawa setiap nasihat dan teguran daripada sahabat bukan untuk menjatuhkan tetapi sebagai satu anjakan dan bimbingan untuk aku mengislah diri.

"Hamzah, jom turun solat. Orang dah azan tu. Kita solat kat surau la. Bukan jauh pun." ajak Faruq.
"Ala, aku solat kat surau bilik kita ni jer. Bukan tak sah pn kan?. Penat ar. Ko pegi la dulu. Nanti aku turun."Balasku geram.
Faruq sekadar menggeleng dan terus beredar.


Hampir setiap hari aku solat di "surau" bilik. al-maklumlah. ada geng yang seangkatan. Jadi, takdelah janggal pun. Kadang2 aku jadi imam, ada time solat nafsi2 jer. Lagi khusyuk la orang kata. Itulah alasan2 yg sering diberi bila orang ajak ke surau.

Padahal bukan tak tau, "Solatul jamaah khairun min solatil fazzi bisabah wa isyrina darajot" "Solat jemaah itu lebih afdal drpada solat sendiri dengan 27darjat" Tapi yela, bila hati telah Allah hijab, tiada siapa mampu memaksa.

Hatta nabi pun tidak dapat mengislamkan datuknya. Allah ada berfirman "Innaka la tahdi man ahbabta, walakinnaAllaha yahdi mai yasya' "Sesungguhnya kamu(Muhammad) tidak dapat memberi hidayah kepada orang yg kamu cintai, tetapi Allah lah yg memberi hidayah kpd sesiapa yg Dia kehendaki"

Begitu jugak aku yang tak suka orang yg merokok. Puas dah perli dan nasihat tak menjadi jugak. Sampai tahap aku pernah ambil kotak rokok diorang, curi la dalam 2,3 batang. Pastu buang. Hehe.. kira ada la usaha untuk menghabiskan rokok mereka daripada dihisap. Walaupun aku bukan la baik sangat. Tapi aku tak merokok. Diorang ni mmg pandai bab2 hukum.

"Eh, rokok tu kan majlis fatwa dah kata haram, memudharatkan diri. Nak hisap jugak ke?"
"Memang la ada pendapat kata haram, ada pendapat lain kata makruh jer."
So, diorang pakai yg makruh tu la. huhu.. Itulah manusia. Selagi ada dalil, selagi itulah nak pertahankan apa yg mereka nak lakukan walaupun jelas benda tu tak elok.


Macam tu jugak lah aku ni. Time kena kat orang best sangat kata itu haram itu halal.
Tapi bila time kita, eh ini boleh. Bukan haram pun. Takpe.. dan sebagainya..

Ya Allah, jahilnya aku. seolah2 mempermainkan hukum Allah. Astagfirullahalazim.

Pastu, dah insaf sikit baru la pegi surau. Ajak la geng2 pg surau. Eh, jom ar pg surau. Kan lebih baik solat jemaah kat surau.

"Alah, malas ar aku nak pg. Nanti mesti kena tazkirah. Pedih telinga ni dengar." Luah sorang geng aku ni kepanasan.

"Ala, kita g solat je. PAstu blah ar.." Cuba memujuk.

"Dah2, ko pg dulu. Karang masbuk plak. Aku follow la nanti"

Pandai plak dia bab masbuk2 nih. Tp surau tak pg. huhu..

Tp mmg itulah hakikat sesetengah drpd kita ni. Nak berdakwah, tapi nak terus menghukum. Kurang berhikmah hinggakan mad'u lari dari kita.

NAbi pun nak sebarkan Islam, ambik masa 3tahun berdakwah secara rahsia. Dah mantap aqidah para sahabat. Barulah dakwah secara terang-terangan. Kita ni tak, nak sekali cakap terus berubah. Mana boleh macamtu. Huhu..

"Assalamualaikum zah."

Terkejut Hamzah dari lamunan. Rupanya Hafiz, budak pengajian Islam datang menjengah. Menengok aku termenung daripada td.

"Apehal ko ni, termenung daripada td aku tengok. Ko ingat sape ni? Awek ek? hehe.." Hafiz mengacah.

"Eh, mana de. Tak main dah awek2 ni. Aku sekarang dah insaf beb. Tak main la awek2. Nak kawin terus. Hehe.." Balasku spontan.

"Fuh, hebat. Dah ada calon ke? hehe.. Dah, ko fikir apekebendanya? Nak kata dah ada anak. Anak kucing jer ko ada. Nak kata dah kahwin, masih single available lagi. huhu"


"Aku teringat masa aku sekolah dulu la. huhu.. Macam2 aku buat. Lompat pagar, ponteng kelas, solat kat bilik, langgar disiplin, ponteng usrah, main awek. Macam2 la.. teruknya la aku dulu. Rasa kalau masa tu boleh reverse balik, nak aja aku reverse. Tak nak buat benda sia-sia nih. Sedih rasa. Penah sorang bdk perempuan@ ustazah kelas kita la, tegur aku. Eh, enta ni kan. Nama jer baik. Tapi perangai macam *(^&$. Huhu.. Takde thiqah langsung. Pelajar agama apa macam ni."

Bisa teguran yg diberikan. Seperti terkena tembakan meriam ke dada. Nak aje aku tengking. Tp, sabar je la. Walaupun mmg aku terasa hati dengan dia. Aku mengaku memang aku buat semua tu. Tapi tu la, mana ada orang nak jadi jahat dalam hidup ni kan? Semua orang dan semua agama ajar penganut masing2 untuk jadi baik. Tapi masa tu aku jahil lagi. Mana la tau yg semua ni akan jadi satu liabiliti kat aku. Sekarang baru aku sedar.


Tak lama lagi, nak kawen. Kalaulah muslimat tau perangai aku dulu. Komfirm diorang takkan terima aku jd suami diorang. Huhu.. " Luahan hati Hamzah membuatkan Hafiz sedikit terharu.

"Takpelah, redha je. yang lepas tu lepas lah. Nak buat macamana. Kalau kita sesal pun tak guna. Bukan boleh patah balik. Yang penting kita sekarang ni. Gunakan masa depan kita untuk menjadi yg lebih baik.

Ingat tak kisah seorang pemuda ni yg telah bunuh 99 orang. Bila jumpa pendeta/rahib tanya adakah dosa dia akan diampunkan. Pastu rahib ni cakap tak. lalu dia pun bunuh rahib ni. Genaplah 100 orang. Tapi bila jumpa seorang ulama'. Ulama' kata "sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penerima Taubat" dengan syarat kau mestilah berhijrah dari tempat asalmu.


Dalam perjalanan dia mati. Lalu malaikat rahmah dan malaikat maut/izrail dtg untuk tuntut pemuda tersebut. Malaikat rahmat kata dia milik aku kerana dia telah bertaubat. Malaikat maut kata dia milik aku sbb dia dh lakukan banyak maksiat dan kejahatan. Lalu dtg seorang malaikat mencadangkan agar diukur jarak antara tempat asal lelaki ni dengan tempat dia nak berhijrah. Maka tempat yg dituju untuk berhijrah lebih hampir walaupun sejengkal. Maka dia dimasukkan kedalam syurga Allah.

Kau tengok luasnya rahmah dan pengampunan Allah.

Sayyidina Umar pun sebelum Islam dia pernah bunuh anak perempuan dia. Tapi lepas Islam antara sahabat yg telah dijamin syurga oleh Nabi s.a.w. Kalau ko nak kawin tak dengan umar? Mestilah nak kawin kan. Jangan hanay kesalahan silam, kita nak hukumkan dia macamtu selama-lamanya." Panjang lebar Hafiz cuba menenangkan Hamzah.


"Ye, tu aku tau, tapi masalahnya orang dah cop aku ni macam2. Bukan senang diorang nak terima aku." sayu Hamzah bersuara. Hampir2 mengeluarkan air mata.

"Mana lebih penting, pandangan Allah ke pandangan manusia??" Balas Hafiz.

"Tentulah pandangan Allah, tapi orang2 ni nak buat macamana? AKu tau la aku tak sebaik ko, sebaik kawan2 kita yg dah layak digelar ust tu. Ramai akhowat minat kat diorang. Aku ni sape la nak terima?" Luah Hamzah.

"Dah, bab tu tak payah fikir. InsyaAllah. Ada la tu kalau dah jodoh. Hehe.. Biarkan jelah diorang nak cop kau cap ayam ke, kambing ke. Yang penting ko dah berubah sekarang. Itu yg lebih baik. Mulut manusia ni mmg macamtu. itu tak kena, ini tak kena. Kalau nak ikut je cakap orang maan boleh. Yang penting kita sedar kesilapan kita, dan kita berusaha untuk perbaiki diri. Isteri yg baik kan untuk suami yg baik. Ko dah insaf ni, insyaAllah dapat isteri solehah nanti. hehe.." Gurau Hafiz.


"yela3..kau menang" hamzah kembali ceria.

"Okeyh, jom aku belanja ko makan kuey tiaw kungfu, nak?"

"Kuey tiaw kungfu? Ape tu..? pelik2 la ko ni. Eee.. kungfu? Kan apek cina tu. Kuey tiaw silat takde ke? Bakso ke.. Pizza hut ke. Ada gak kelas skit. haha"

"Eh, ni sape nak belanja sape nih? Aku ke ko? Banyak songeh plak budak ni!" Hafiz geram.

"Yela2, ko yg blanja. Aku ikut je. Hehe..Tenkiu2"

Dalam hati Hamzah, benar juga apa yg Hafiz kata. Manusia ni mmg sukar diduga. Namun ramai yg menghukum berdasarkan sejarah silam seseorang. "Ya Allah, aku ini hamba-Mu, Engkau lebih mengetahui siapa aku. Maka golongkanlah aku dikalangan orang-orang yg beriman. Allahumma ikhtim alaina bihusnil khatimah, walatakhtim alaina, bi suu'il khatimah" Sebab tu kita berdoa agar Allah matikan kita dalam keadaan yg baik bukan permulaan yg baik. Kalau Allah ukur kita berdasarkan sejarah silam kita, berapa ramai orang yang rugi dan akan dihumban ke dalam azab api neraka. Nauzubillahiminzalik.

Ujian di awal ramadhan..

9 komen mengomen
Saiful sedang bermesyuarat...

"Assalamualaikum, ni no Saiful ke?"

Tiba-tiba sekeping mesej singgah di telefon bimbitku. Aku berasa tergganggu kerana sedang bermesyuarat.

"No sape pulak ni??" aku kehairanan. Sudah lama aku tidak menerima mesej daripada org yang tidak di kenali.

aku biarkan seketika kerana perlu menumpukan mesyuarat yang sedang berlansung. memandang aku seorang setiausaha. Perhatian yang lebih perlu di berikan untuk mencatat setiap perkara yang dibincangkan. Sudah menjadi rutin, setiap kali selepas solat jumaat. Jam 3 petang. Akan diadakn mesyuarat persatuanku.

Aku keluar seketika untuk mengambil kertas laporan yang tertinggal dekat meja komputer. Sempat juga aku membalas mesej yang tidak diketahui asal usulnya.

"Waalaikumsalam, ye no ana la ni. Kenapa? Sape ni?"

Dihantar mesej tersebut kepada empunya nombor. Lantas mempercepatkan langkah menuju ke bilik mesyuarat semula.

Handsetku bergetar lagi, sekeping mesej masuk.

Sempat juga aku curi-curi melihat mesej yang baru memenuhi inboxku.

"Takde apa-apa. Ana nak tanya kabo je. Result mcm mana? Ok? Study kat mana sekarang?"

Aku semakin hairan.. Sedikit bengang kerana jawapan yang aku mahu tidak berjawab. "Siapa punya no la ni ek..?"" Ish3..

Lantaklah.. Taknak bagitau sudah. Aku pun malas nak layan. Getus hati kecilku kegeraman.

Handsetku bergetar lagi. Membuatkan aku geram. Namun kemarahan itu reda apabila mesej yang diterima bukanlah daripada individu yang sama. Daripada seorang Sheikh yang tinggal di Mesir. sekadar ingin mengucapkan salam Ramadhan dan memberitahu keberaddanya di Malaysia pada 24 Ogos ini di Putrajaya dan akan kembali ke kairo pada 26 Ogos dan berada di Malaysia sekarang demi untuk melaksanakan misi dakwahnya menyebarkan agama Allah. Beliau memang seorang yang giat mengajarkan ilmu diserata dunia. Semalam sempat aku berchatting dengannya.

Syeikh : salam
Saifullah : wasalam sheikh
Syeikh : ahlan
Saifullah : sheikh nak balik bila?
Syeikh : balik ke mana?
Syeikh : ana skrg nak ke jakarta
Saifullah : ooo..
Saifullah : sekarang sheikh dimana?
Syeikh : di singapor
Saifullah : oo..
Saifullah : bila kembali semula ke malaysia?
Syeikh : 24 hb ogos ni ana ada di mlysia
Syeikh : tapi hanya 26 sahaja sebab nak terus ke kairo
Saifullah : oo..
Saifullah : insyaAllah sempat ana belikan utk sheikh keropok nnt
Syeikh : jangan susah2
Saifullah : tak susah sheikh
Syeikh : sukron jika ketemu itu dah bagus, jangn bawa apa2pun
Saifullah : ana kan sekarang ada di terengganu
Saifullah : insyaAllah akan balik ke rumah di bangi hujung minggu ini
Saifullah : jadi boleh bawa utk sheikh sedikit
Syeikh : kher,(Khair) jangan susah2 bawa apa2 yah
Saifullah : baik sheikh
Saifullah : sheikh
Saifullah : bagaimana hukum doa H1N1 yang bertawasul dgn saidina ali dan fatimah?
Syeikh : tawasul kepada siapapun boleh
Saifullah : jadi dibolehkanlah?
Saifullah : sbb ada orang kata ia syirik
Saifullah : dgn alasan bertawasul hanya dgn nabi sahaja
Syeikh : gpp (ngak papa = Tak apa)
Syeikh : kalu memang syirik, ya dg nabi pun syirik lah
Saifullah : oo..

Perbincangan terputus kerana waktu maghrib sudah memasuki waktu.

Mesej terus bertalu masuk tanpa meminta izin. Ku buka sekali lagi peti inbox ku..

"Maaflah kalau sms ana mengganggu"

Sayu bunyinya, namun tidak aku pedulikan. Fokusku kepada mesyuarat dan aku memang tidak suka bermesej dgn insan yang tidak ku kenali.

Mesyuarat terus berjalan seperti yang direncanakan.

"Booomm!!.. " Terkejut semua yang hadir. bunyi bedil tanda esok sudah memasuki 1 Ramadhan 1430 Hijrah. "GedeBooomm!!" Sekali lagi bunyi kedengaran. "Hah.. dah Raya dah!!" Bunyi suara2 nakal dalam bilik mesyuarat. Bunyi itu berlangsung selama beberapa saat. Mungkin sebagai isyarat esok puasa dan mungkin juga percubaan untuk memastikan hari-hari yang mendatang tiada masalah.


tepat jam 5.55 minit mesyuarat selesai. Alhamdulillah. Majlis di tangguh dengan tasbih kaffarah dan surah al-asr. Kami berhenti dan solat asar berjamaah di surau.

Selesai solat aku di makluman oleh Mohd yang kami perlu ke Maras untuk menjadi imam solat terawih disana. "Hah? Apsal pulak kta yang kena? Bukan ahmad ke?" Balasku spontan.

"Dia tak tau jalan nak pergi ke sana" Balas mohd.

"Alah, bukan susah pun. Alasan jer tu" Ujarku sedikit geram.

"Takpelah, kita bersiap-siap dulu. Lepasni kita pergi makan. Lepastu terus ke sana" tenang mohd menjawab.

"Ok, takpe. Enta jadi imam kan? Hehe" sengaja aku menguji.

"Ala, imam senang jer. Takpe, ana imam enta bagi tazkirah yer?" Balas mohd mengenakan aku.

"Eh, apsal pulak? Biasanya orang yang jadi imam la kena bagi tazkirah"

"Eh, takde masalah la kalau orang lain bagi tazkirah, bukan haram pun"

"Yela2.. tapi enta study dah buku tazkirah ramadhan. Jadi kira lagi baik enta la yg bagi, hehe"

kami terus mempersiapkan diri masing2.

Jam 6.30 kami bertolak ke surau yang dimaksudkan. Jauh juga perjalanan.

Dalam perjalanan tu. Mesej tadi kembali menghantuiku.

"Maaf kalau ana ganggu anta. Ana sebenarnya junior anta. Maaf banyak-banyak sebab selama ni ana ada simpan perasaan sayang terhadap anta." Berderau darahku. namun aku terus membaca sisa-sisa mesej tersebut. Rupa-rupanya seorang akhowat.

"Ana dah puas halang rasa hati tapi lumrah manusia yang tak dapat halang rasa sayang. Doakan ana supaya ana dapat lupakan perasaan ini. Capailah cita-cita anta di bumi anbiya' sana. Assalamualaikum" Noktah.

Lantas aku beri kepada Mohd untuk turut sama berkongsi mesej yang aku terima. Sudah menjadi lumrah. Aku akan memaklumkan kepada sahabat2 tentang perkara-perkara sebegini. Kerana aku bimbang akan timbul fitnah jika aku berseorangan menghadapi situasi ini.

"Jangan layan sangat mesej-mesej macam ni, mungkin dia, mungkin sahabat2 kita sekadar nak menguji menguji enta" kata mohd selamba.

"Ana mmg tak layan pun mesej2 macam ni. Ntah tiba2 dia hantar kat ana mesej tu. Geram jugak rasa. Sape la yang hantar ek?" aku kelu seketika. Namun prinsipku teguh. Aku takkan layan mesej2 sebegini. Pengalaman mematangkan aku. Aku sedar aku kini siapa. Aku sedar, mesej2 sebegitulah yang akan menghancurkanku kelak. Kalau benar dia ikhlas. Mengapa tidak diguna saluran yang betul. Aku biarkan sahaja mesej tu tidak berbalas.

AKhirnya kami tiba di sebuah masjid, untuk menunaikan solat maghrib. Walaupun perut sudah menari-nari meminta makanan.

Usai solat, kami mencari restoran mana yang akan menjadi sasaran. Lalu kami sepakat untuk makan roti naan di restoran Barbush. Baru minggu lepas kami makan disitu. Juga kerana perlu memberi kuliah maghrib di surau kg. maras.

Kami tidak lalu makan, kerana masing2 gugup dan berdebar untuk menjadi imam pada malam pertama ramadhan kali ni. Roti naan yang sememangnya sedap, lembut menjadi kurang enak. Kelakar juga rasanya. Padahal bukan ini kali pertama kami menjadi imam. Entah kenapa kali ini pula kami menjadi gementar.

Waktu isya' semakin hampir. akhirnya roti yang kami tempah itu tidak habis kami makan. BUkan kerana kufur nikmat. Tekak kami tidak dapat menerima. Walaupun hakikat perut masih lapar.

Sampai di surau, jemaah sudah menanti. Penuh ruang solat. Kami jadi kaget. Namun memberanikan diri juga. satu yang pelik mengapa ramai jeaah berkumpul diluar. Akhirnya barulah kami sedar, kami yang terlewat dan mereka sedang menantikan kehadiran kami.

Cikgu Man, seorang ajk masjid yang bertanggungjawab membawa kami ke mari kelihatan lega melihat aku tiba. Lantas aku terus meluru ke tempat imam. Namun baru hendak melangkah ke sejadah imam. Seorang ust sudah naik ke tempat imam. Mungkin kerana kami terlalu lewat. 10minit.

Usai solat isya'. Aku meluru mendapatkan Mohd. "Mad, ana tak bersedialah. Walaupun ana ingat. Enta naiklah ye. InsyaAllah ana sebagai munabbih"

Solat terawih pun berlangsung diimami Mohd. dengan suara yang merdu dan penuh dengan lagu-lagu burdah. Kami hanyut dalam solat. Walaupun ada ketika berlaku kesalahan dalam bacaan mohd. Aku sekadar mendengar, kerana hukumnya sah jika surah2 yang dibaca salah. Takut juga sekiranya aku menegur boleh mengganggu imam. Sebab mad ada nyatakan bahawa dia tak ingat sangat.

Alhamdulillah. Berjaya juga solat terawih disempurnakan. Sempat juga tazkirah diberikan berkaitan fadhilat bulan ramadhan.

Dalam perjalanan pulang kami memutuskan untuk terus pulang. Walaupun diajak Cikgu Man untuk makan dikedai.

Handphoneku kembali dihujani mesej individu yang tak dikenali tadi. Aku geram. Namun bersabar dengan sikap kurang matang sebegini.

"Salam, anta marah ana ke? Maaflah, tapi ana nak beberapa nasihat or pesanan daripada anta untuk ana ubah diri ana."

Pening juga aku memikirkannya. Aku hilang kata-kata. Walaupun perkara sebegini kerap kali menghantui mudi mudi zaman sekarang, dan tidak kurang nasihat yang aku berikan.Entah kenapa, bila terkena padaku, aku tiada jawapan untuk menoktahkannya? Kubiarkan sahaja mesej tersebut. Biarkanlah, orang begini kalau dilayan makin menjadi-jadi.

Mesej yang sama dihantar sekali lagi. Aku buat dono jer.

Malam itu aku nekad untuk menamatkan riwayat mesej tersebut. Lantas aku membalas

"Sedarlah, kita ada tanggungjawab yang lebih besar. Dan ada nasihat yang lebih baik dan agung daripada ana. Iaitu nasihat daripada allah dan rasul. Perbanyakkanlah membaca Al-quran. Lebih2 lagi dalam bulan ramadhan ni. INsyaAllah perasaan itu akan hilang. Ana bukan yang terbaik. Lupakanlah. Tumpukan pada pelajaran. Ana sarankan bacalah buku "Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul" karya Fatimah Syarha. Sesungguhnya cinta yang paling agung adalah cinta kepada Allah, RAsulullah, Ibu Ayah dan Suami. Janganlah mengejar cinta murahan manusia ini. Hanya merugikan. Ingatlah nikmat Allah yang telah mengurniakan kita dengan pelbagai nikmat yang tidak terhingga. Dan nikmat yang sedang kita nikmati, iaitu bulan ramadahan. Ingatlah, itulah bukti cinta dan kasih sayang Allah kepada kita. Mengapa kita melupakan cinta-Nya?. Sedarlah!!"

Namun, apa yang kuharapkan tidak menjadi. Mesejku berbalas.

"Tq, ana harap anta akan terus bagi nasihat pada ana yang selalu lalai dan alpa. ana tak silap pilih orang untuk beri ana nasihat. Terima kasih banyak-banyak. Ana hargai nasihat anta"

Aku semakin geram. Rupanya masih tidak sedar dan tidak faham maksud mesejku.

"Tolonglah, hentikan hantar mesej kat ana. Ana bukan yang terbaik. Ingatlah Allah. Enti sedar tak ni?? Cukuplah setakat ni. Ana sudah berpunya... Sesungguhnya kita telah melakukan maksiat kepada Allah. Noktah"

Lega hatiku. Ya allah, jauhkanlah aku dari fitnah wanita dan fitnah dunia.

Selang beberapa minit inboxku dikejutkan lagi

"Ok, hanya 1 yang ana pohon dari anta. Doakan kejayaan ana di dunia dan akhirat. Maaf atas segalanya. Moga bahagia di bulan mulia ini. Assalamualaikum"

Alhamdulillah, lega rasanya. Akhirnya aku terlepas dari fitnah ini. Terima kasih ya Allah.

Kau peliharakanlah aku dari fitnah ini. amin ya Rabbal alamain. Akhirnya aku lena dalam alunan zikir. Saifullah tertidur Hingga terlupa untuk membeli makan sahur hari pertama ramadhan kali ini bersama MOhd. Namun itu bukanlah halangan baginya. Lebih nikmat apabila dia terhindar dari melakukan maksiat kepada Allah.

Di lubuk hati kecil Saifullah berdoa dan berazam "Sejarah lama tak mungkin ku ulang kembali. Moga2 ini yang terakhir. aku nekad, bulat untuk tinggal semua ini kerana Allah taala. Moga2 ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang telah berlalu dengan penuh sia-sia Selamat tinggal semua. Akan aku mulakan hidup baru di tempat baru. InsyaAllah, 1 Ramadhan 1430H ini menjadi saksi penghijrahanku. amin ya Rabbal alamin"

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers