Ramai manusia hari ni cuba untuk melanggar peraturan Allah s.w.t. Memang lelaki dan wanita diciptakan berbeza dan saling memerlukan. Namun ia mestilah dengan cara yang digariskan oleh syariat. Biasa kita akan dengar bila adanya usaha untuk mengasingkan lelaki dan perempuan dalam sesuatu program, perkara tersebut dikatakan JUMUD, kuno, kampungan, kolot, tidak open minded dan sebagainya. Hujah logik untuk menolak kata-kata mereka yang mengatakan jumud dll ini cukup mudah, IQ mereka hanya diletakkan para paras atau level tandas atau lebih glamernya JAMBAN. Itu sebenarnya sudah memadai untuk mereka. Tak perlu kita penat-penat nak berhujah dan membuang masa melayan kehendak nafsu mereka. Cukup suruh mereka ni berfikir, kenapa agaknya tandas lelaki dan wanita diasingkan?
Aku tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Ust Saiful Bahri di blognya. Cuba korang jenguk dalam tandas lelaki dan wanita. Kebiasaannya mangkuk tandasnya sama. Habis kenapa diasingkan tandas mengikut jantina? Bahkan ia terpakai diseluruh dunia. Kenapa dalam Islam para muslimah dituntut memakai jilbab dan tidak kepada lelaki. Apakah kepala, tengkok, telinga, rambut lelaki dengan wanita berbeza? Bagi seorang muslim mereka mendahulukan syara’ daripada logik akal dan apabila akal meneliti ketentuan syara’ itu barulah mereka memahami kenapa.
Aku tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Ust Saiful Bahri di blognya. Cuba korang jenguk dalam tandas lelaki dan wanita. Kebiasaannya mangkuk tandasnya sama. Habis kenapa diasingkan tandas mengikut jantina? Bahkan ia terpakai diseluruh dunia. Kenapa dalam Islam para muslimah dituntut memakai jilbab dan tidak kepada lelaki. Apakah kepala, tengkok, telinga, rambut lelaki dengan wanita berbeza? Bagi seorang muslim mereka mendahulukan syara’ daripada logik akal dan apabila akal meneliti ketentuan syara’ itu barulah mereka memahami kenapa.
Daya keinginan syahwat timbul buat lelaki terhadap wanita berbeza berbanding wanita terhadap lelaki. Islam mengutamakan kawalan dan penjagaan sebelum timbulnya penyakit berbanding proses pengubatan. Faktor akhlak, moral dan pecegahan merupakan matlamat yang dicari. Sebab itu Islam menuntut pengasingan tempat tidur anak-anak kita sejak bermula 10 tahun. Memisahkan tempat solat antara lelaki dan perempuan. Ia bukannya diskriminasi tetapi menjuruskan keselesaan, keselamatan, ketenangan bukan hanya untuk wanita tetapi juga buat lelaki dalam mendidik dan melahirkan manusia yang beriman dan berakhlak.
Kepada setengah orang yang meletakkan nafsu dan akal semata, mereka akan mengkritik meskipun ianya selari dengan fitrah mereka. Bagi yang membenci proses menegak dan melaksanakan syariat atau etika Islam, mereka juga segera mengkritik meskipun ianya untuk kebaikan mereka sendiri dan ianya bermanfaat
Ketika Kerajaan Kelantan pimpinan PAS memperkenalkan kaunter Pusat Beli-belah yang berbeza antara lelaki dan wanita… pelbagai komentar dan kritikan khususnya pimpinan Umno BN. Sebab itu segala tindakan dan perubahan yang diperkenalkan oleh Umno-BN jauh ketinggalan. Mereka mencari jalan untuk memomokkan Pas maupun Islam bahawa wanita dikesampingkan atau didiskriminasikan dan dengan pelbagai tuduhan. Mereka terpengaruh dengan Barat yang menghadapi pelbagai diskriminasi hak wanita yang menyebabkan timbulnya perjuangan untuk membela hak gender feminine. Hakikatnya ia tidak berlaku dalam system Islam. Bahkan kehadiran Islam itu sendiri mengangkat tinggi martabat seorang muslimah. Ketika kerajaan Pas Terengganu (1999) memperkenalkan cuti 90 hari pelbagai kritikan dilemparkan khususnya dari pimpinan wanita Umno sendiri tetapi kini ia diterima-pakai oleh kerajaan pusat kini.
Pihak KTMB baru sahaja mewujudkan pengasingan gerabak antara lelaki dan wanita. Presiden KTMB Aminuddin Adnan berkata tinjauan yang dijalankan oleh KTMB menunjukkan 60 peratus penumpang KTM Komuter terdiri daripada kaum wanita dan selebihnya lelaki.Katanya jika keretapi komuter mempunyai tiga gerabak, satu gerabak akan diperuntukkan untuk mereka yang berkeluarga serta warga emas dalam usaha KTMB mewujudkan keselesaan penumpang serta meningkatkan mutu perkhidmatannya.Aminuddin berkata, langkah pengasingan gerabak ini telahpun dilaksanakan di Jepun dan beberapa negara di Eropah.
Kelmarin pengasingan bas Rapid Bandar Kuala Lumpur bermula. Ini suatu langkah yang baik. Rapid Bas Wanita yang diperkenalkan Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) selepas kerap menerima aduan daripada pengguna, terutama wanita yang terpaksa berhimpit dan terdedah kepada gangguan seksual,kecurian,gejala akhlak dan sebagainya.
Persoalannya timbul… bila lagi nak mengasingkan percampuran lelaki dan wanita dalam program PLKN yang sentiasa dipersoalkan. Begitu juga pengasingan dipusat-pusat pendidikan yang sesuai. Mungkin kalau Tanya nafsu kita.. pelbagai jawapan untuk merasionalkan akan diutarakan. Yelahhh… keinginan nak bercampur-baur antara lelaki dan perempuan ini sentiasa terselit keinginan nafsu dan syaitan. Apatah lagi golongan liberal, moderate maupun penentang agenda Islam akan sentiasa memperlekehkannya. Kekadang dengan logik dan lawak bodoh aje.
Apapun tahniah buat Ma’had Muhammadi Kelantan yang sentiasa cemerlang dalam setiap tahun keputusan peperiksaan peringkat nasional maupun kualiti akhlak pelajar meskipun mereka belajar secara terpisah antara Ma’had Muhammadi Perempuan dan Ma’had Muhammadi Lelaki. Semoga 10 tahun akan datang pemimpin Umno-BN mengiktirafnya. Maaflah mereka sebab mereka lambat sikit berfikir....
Bagaimana kalau dlm sistem pembelajaran??
Misalnya yg belajar agama....
Tentunya percampuran antara lelaki dan perempuan mendatangkan mudarat yg besar....???
Anonymous
December 4, 2010 at 7:18 AMNak dwnload templates tp xleh...it says..
ur tplate could not be parsed as it is not-well formed.
please mke sure all xml are closed properly.
xml error message.content is not allowed in prolog...
how am i going 2 do???
Anonymous
December 4, 2010 at 7:44 AMYup.. mmg mndtangkan mudharat, kalau tengok ulama' zaman dahulu, sebab apa mereka alim dan faqih dlm agama? Sbb tumpuan mereka 100% kepada ilmu, kalau kita sekarang, bila dh bercampur, nak bercinta la, nak itu nak ini, malu, dll. Kalau tak bercinta pun, pendam dlm hati membuatkan fokus kita lari, walhal sepatutnya kita belajar. Sebab mmg fitrah manusia, bila lelaki dan perempuan duduk bersama mmg akan wujud rasa mcmtu, walaupun ada segelintir yg mengatakan dia tidak terkesan dgn semua tu, tp yg lebih ramai adlah sebaliknya.
Walaupun ada kebaikannya, tp lbh byk kpd mudharat.
aminmenulis
December 4, 2010 at 1:40 PMNak download template ni ke? cari kat www.btemplates.com senang kot. Cari nama Grunge Superstar. Download. Pastu buka folder yg ada file xml, n then upload la file tu kat blogger.
aminmenulis
December 4, 2010 at 2:01 PMAda sesetengah sekolah di jepun mengasingkn kelas antara lelaki dn perempuan.Knp di Malaysia x buat?ada pihak kata lelaki dan prmpuan,kalo belajar msti digandingkan agar idea dpt diasah.Saya tgok jepun yg buat p'asingan kelas tu pun lebih maju dr ngr kita di sudut semua aspek t'utamanya masa dan teknologi..mgkinkah malaysia x cukup guru??xde kaw luas nk buat kelas bnyk?
:::KHALIFATULLAH:::
December 4, 2010 at 3:19 PMYup.. setuju sangat la tu. Kalau kita tengok hakikat sebenatnya, bila mengasingkan kelas lelaki dan perempuan, suasana pembelajaran sebenarnya lebih efektif, kerana bila bersama dengan jantina yang sama, sikap malu bertanya atau pelbagai gerak kerja yg dilakukan lebih ceria dan masing-masing lebih bebas utk melakukan sebarang aktiviti. Dan hakikatnya, ana sendiri pernah merasai perbezaan ini.
Dan ana pernah rasai sendiri pengalaman ni, bilamana satu ketika tu, kami mtk utk asingkan kelas, tp xdpt, maka kami sengaja berpakat utk menjawab ala kadar masa peperiksaan, kerana mereka2 yg rendah akan diasingkan kelas. Natijahnya, kami berjaya membuat satu kelas lelaki sahaja. dan terbuti, cikgu semua suka dgn kelas kami, suasana lebih ceria, dan cikgu sendiri mengakui senang ketika mengajar dan kami sendiri tidak malu bertanya dan menjawab.
Malaysia bukan tak cukup guru atau tanah, tapi tak cukup akal utk berfikir ikut agama.
aminmenulis
December 5, 2010 at 1:48 AM