Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Diari: Aku dan Blog, Apekah?

7 komen mengomen
Salam, Allahumma solli Ala Muhammad.

Pergh.. Lama giler tak update, takde semangat dan idea la nak update. Sori la kepada semua yang rajin lawat blog ni. Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 22 Ramadhan. Terasa nak update jugak blog ni, baru datang semangat nak update, lepas ajar adik-adik bina blog tadi. Fuh, asalnya sejam setengah je waktu yang diberi. Sekali jadi empat jam setengah. Mau tak kering tekak ni, nak aje minum air. Nasib baik puasa. Sabar.. Sharing is caring kan..

Sabda Nabi Solallahu Alaihi Wasalam, "Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada manusia lain." Alhamdulillah, bukan setakat berkongsi ilmu yang sikit ni macamana nak reka dan design blog. Tapi sampai masuk kepada bab adobe photoshop. Nasib baik tak masuk bab fotografi. Mau pengsan aku dibuatnya.

Alhamdulillah, Allah masih hidupkan lagi aku hari ini, moga esok juga begitu. Sebab banyak lagi amalan tak dibuat untuk menghadapi hari kebangkitan semula nanti. Aminn.. Terasa Ramadhan kali ini di Mesir lebih mencabar daripada Ramadhan yang lepas. Terlalu padat dengan aktiviti dan program. Tak kurang juga ujian hawa nafsu yang menakutkan hingga buat aku rasa sia-sia Ramadhan kali ini. Astaghfirullahal azim, moga Allah terima taubat aku.



Ini kali pertama aku bentang dan menjadi pengajar tentang bengkel cara membuat blog. Walaupun nampak macam senang, tapi nak terang satu persatu tu, mau tercabut gigi gigi dibuatnya. Huhu.. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Terima kasih kepada adik-adik junior yang sudi hadir dan mendengar syarahan yang berterabur tadi.

Bulan Ramadhan kali ini memang cukup padat. Semalam sempat join kejap je program anjuran PERUBATAN Mesir. KUNTUM, Kembara Ukhuwwah dan Thaqafah "Aina Anta Fi Sautil Falastin" bertempat di ARMA. Alhamdulillah, pengisian yang diberikan mantap dan membuka minda kita untuk lebih peka terhadap isu umat Islam di Palestin. Bagaimana sejarah dan konflik yang berlaku hampir ratusan tahun, tetapi sehingga kita tiada kesudahan. Dimanakah kesatuan umat Islam sebenarnya?

Pada sebelah petang pulak terpaksa berehat dan tidak dapat serta dalam LDK, kerana ada tugasan disebelah malam. Menjadi photografer bagi program Ramah Mesra bersama Dr. Syeikh Muszaphar Shukor, yang dikenali ramai sebagai angkasawan negara. Walaupun hakikatnya ramai yang tidak bersetuju dengan gelaran yang diberikan tersebut. Sebab bukan senang nak jadi angkasawan. Mustahil dalam masa setahun lebih latihan sudah membolehkan beliau menjadi angkasawan. Ramai sahabat yang memberikan respon, beliau hanyalah sekadar pelancong atau penumpang kapal angkasa. Korang setuju atau tidak, sila kaji dengan sendiri apa takrif seorang angkasawan yang sebenarnya.




Ok la, dah letih ni. Nak solat n rehat sekejap. Petang nanti ada program ramah mesra dan ifthor jama'ie pulak. Memang non-stop action la. Apapun, moga apa yang aku buat ni dikira oleh Allah sebagai amal kebajikan. Yela, nak pergi Palestin perang, tak mampu lagi. Cukuplah laksanakan gerak kerja Islam walaupun hanya sebagai penyapu sampah. Masing-masing ada tugasan masing-masing.

Teringat kisah pengasas Ikhwan Muslimin di Mesir, As-Syahid Imam Hassan Al-Banna ketika mana beliau dijemput untuk menyampaikan ceramah disuatu kawasan, yang mana, tiada seorang pun kenalan yang mengenali beliau. Ketika beliau sampai, kebetulan, beliau melihat orang ramai sedang menyiapkan pentas, manakala wakil penganjur yang menjemput beliau tiada. Lantas beliau menolong mereka sekali, disebabkan orang setempat di mengenali beliau. Maka, tiada yang berasa pelik dan terus melakukan tugas masing-masing. Setelah siap semua kerja yang perlu dilakukan. Wakil pengajur yang menjemput beliau sampai, ternyata terkejut melihat Imam Hassan Al-Banna baru selesai membantu menyiapkan pentas. Lantas beliau bertanya, kenapa sang imam sanggup melakukan kerja-kerja berat sedemikian, kerana beliau adalah tetamu dan sebentar lagi akan menyampai ucapakan. Lalu, jawab si Imam, "Aku tidak tahu amal manakah yang Allah terima, boleh jadi dengan aku mengangkat kerusi ini, inilah pahala yang dikira oleh Allah"

Allah, kagum dengan sikap pemimpin Islam seperti ini. Bukan macam sekarang, semua mahu dilayan seperti raja. Moga-moga Allah kurniakan aku sifat tawadhuk dan merendah diri seperti beliau. Selamat berpuasa dan berbuka semua. Selamat juga bertemu dengan malam lailatul qadar.

Kepada peserta-peserta yang baca posting ni. Sila komen ye. Ingin juga melihat hasil penat lelah mengajar tadi membuahkan hasil. Semoga amal ibadah kita diterima Allah, dan segala ilmu yang kita adalah digunakan sebaiknya kearah kebaikan dan membawa keuntungan kepada Islam.

Selamat Tinggal, Tawaquf BLoG.. Semoga BerjumPa Lagi.

1 komen mengomen
Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim, selawat dan salam buat nabi junjungan tercinta. Allahumma solli ala muhammad.

Buat Ibunda dan Keluarga Tercinta yang ternanti2 untuk membaca posting terkini anakanda tersayang. Ampun dan maaf dipinta kerana tidak dapat mengemaskini blog seperti biasa. Kerana ketiadaan internet di KOmpleks Asrama Darul Iman yang sudah dipotong dan tidak mahu disambung oleh Pegawai. (Kemana duit tu pergi Wallahua'lam.) InsyaAllah, ada masa dan ketika blog ini mungkin dikemaskini.

Takziah juga buat Ustaz Syukri Harun yang baru kehilangan Ibunda tercinta Jumaat lepas dan Ust Harun Jusoh yang kehilangan Isteri tercinta. Ust Syukri merupakan mudir KOSTAQ a.k.a murabbi saya sejak dari tingkatan satu sampai tingkatan 3. Manakala USt Harun Jusoh yang merupakan ayah kepada USt Syukri seorang aktivitis / orang lama dalam PAs Terengganu saya kenal ketika kami berkerjasama dalam menjayakan Retreat Pimpinan PAS Negeri Terengganu pertengahan tahun ini. (semoga Allah panjangkan Umur Ibunda tercinta Hjh Norizah bte Haron, Ayahanda Hj Salleh bin Farmin dan seluruh ahli keluarga dan saudara mara di seluruh dunia.)

Dalam usaha menyahut cabaran daripada USt Hairul Nizam kepada seluruh Mahasiswa/wi Malaysia di Al-Azhar Satu Hari 10 Jam Study. Blog ini perlu ditawaquf atau mungkin ditamatkan. Faktor ketiadaan internet juga menyebabkan saya malas untuk menghapdate. Fatrah atau musim peperiksaan sudah mula memunculkan wajah, maka pembelajaran dan pengulangkajian perlu dilakukan dengan lebih serius dan fokus.

Jutaan Terima KAsih kepada Ust FAhim, Ust Akasyah, PokCik dan USt ISmail yang telah menyambut kedatangan kami ke Dumyat baru2 ini. Layanan baik dan mesra kalian sangat mengharukan kami. Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian disana. DAn Allah jua yang mampu membalas segala kebaikan kalian. BAru kami tahu susah senang tinggal di muhafazah. Penuh cabaran dan dugaan yang mendatang dalam usaha menuntut ilmu. Terasa jauh berbeza dengan kami di Kaherah. Walaupun suasana tidak setenangan dan sesegar bumi Dumyat kami tidaklah diuji sebegitu. Jika hendak dibandingkan dengan kerenah pegawai yang tidak profesional ini, yang entah kadang2 membuatkan diri hampir 'gila' rasa mahu sahaja campakkan dia dalam sungai nil, rendam biar kena renjatan elektrik belut. Namun ia sekadar khayalan yang mungkin tidak menjadi kenyataan. Semoga PEgawai tersebut sedar dan bertindak profesional seperti pegawai negeri2 lain. Pening lagi melayan kerenah arab.


JUtaan kemaafan dipinta andai diri ini ada mengguris hati kalian yang membaca. Aku insan biasa, bukan malaikat, bukan juga ahli ibadah bukan juga ulama'. Namun setiap manusia mahukan kebaikan dan yang terbaik buat dirinya.


Sekian sahaja dari saya. Moga kita dipertemukan lagi andai panjang umur dan ada Jodoh, Atau mungkin sahaja ini posting terakhir. KEpada yang sudi membaca dan melewati blog ini. Jutaan terima kasih diucapkan kerana blog ini bukanlah dicipta untuk tujuan ilmiah sekadar ruang untuk hamba meluahkan rasa dan mencoretkan apa yang terlintas di fikiran dan sebagai satu wasilah buat keluarga tercinta disana mengetahui hal dan situasi anakanda disini. Jauh dari bumi Malaysia.

Sekian dari hamba yang mencari keampunan dan keredhaan Tuhan-Nya. Doakan yang terbaik buat kami disini. Wasalam.

Warkah ini ditulis oleh :
Muhammad Al-Amin bin Hj Salleh,
Pelajar Tahun 1, Syariah Islamiah,
UNiversiti Al-Azhar,
Bilik Exco, dekat Koperasi,
Kompleks Asrama Darul Iman,
Hayyu Asyier, Kaherah, Mesir.
Pada 7 Dec 09, jam 11 pagi.

p/s : Terima KAsih buat Ust Abdullah HAris yang sudi meminjamkan laptop dan juga Broadbandnye. Hehe.. InsyaAllah, boleh pinjam lagi lepasni. Kepada USt Manan yang tengah menunggu sampai tertidur, mintak maaf ana pohon. Haha..

Tolonglah Tegur Aku Yang Hina...

2 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, Allahummasolli ala muhammad.


Pagi ini mungkin aku akan keluar dari Hiruk pikuk kesibukan Kota Kaherah selama beberapa hari. Mencari sedikit ketenangan dan pengalaman di bumi anbiya' ini. Bagi mengenali lagi siapa aku. Mungkin dalam setiap langkah dan perjalan itu, akan aku temui hikmah dan tazkiyah buat jiwa yang gersang, penuh dengan noda dan dosa.

Jadi, Posting kali aku ingat nak memuhasabah diri. Selama beberapa hari mungkin aku outstation daripada menghadap laptop. Sukati koranglah nak buat apa dekat blog aku nih. Huhu.. Macam wasiat la plak.

Kerana sahabat atau orang sekeliling lebih peka dalam memerhatikan setiap tingkah laku kita, malah melihat sesuatu yang kita anggap ia baik sebenarnya buruk pada pandangan mereka, dan begitulah sebaliknya.


Jadi aku buat posting kali khas untuk semua pembaca, tidak kira usia, latarbelakang, dan sebagainya yang terutama kepada sahabat yang mengenali diri ini. Apa yang aku mahukan teguran dan nasihat yang membina daripada kalian agar aku bisa sedar dan memperbaiki diri daripada kesilapan dan dosa yang aku lakukan samaada sedar atau tidak. Atau ada yang mahu meluahkan perasaan, hamburkanlah ia semahu kamu agar aku mengerti apa yang tersihat dihati.

Kalian adalah cermin peribadi aku, kalian lebih mengetahui hakikat sebenar siapa aku. Walaupun aku tahu akulah makhluk dan insan yang paling banyak melakukan dosa dan maksiat. Namun aku tidak sedar ada sesetengah perkara yang aku mengguris, melukai hati kalian tanpa aku sedari hatta yang aku sedar namun buat2 tidak sedar.

Namun pastikan ada adab dan akhlak dalam menegur. Jangan menggunakan kata2 yang kesat dan berunsur tidak baik dan sebagainya. Berfikir secara rasional dan matang. Aku percaya kalian adalah mereka2 yang cerdik pandai dan berfikiran matang.

Jangan bimbang, posting kali ini aku akan tapis baru approvekan mana2 yang patut drpd setiap komen kalian. Setiap komen adalah rahsia. Hanya aku, Allah dan kamu yang mengetahui.

Kata2 Sayyidina Umar "Haasibu anfusakum qobla antuhasibu" Hisablah diri kamu, sebelum kamu dihisab dihadapan Allah di hari akhirat kelak."



Dengan ini aku dahului ucapan Jazakallahu Khairan Jazak, Jutaan Terima Kasih, Thank You So Much, Toche, Arigato Gozaimasu, Syukran kepada semua yang sudi menegur diri yang hina lagi miskin ini. Jutaan kemaafan andai selama muamalah kita ada yang tidak kena samaada Sepanjang aku memegang jawatan tidak kira dimana dan dalam apa jua keadaan, di sekolah, tadika, tepi jalan dan sebagainya. Aku sedar aku banyak berbuat salah kepada kalian.

Dan teristimewa jutaan kemaafan dan terima kasih buat ayahanda dan bonda tercinta serta keluarga. Semoga sentiasa sihat dan berada dalam naungan, rahmat dan kasih sayang Allah selalu. amin..


5.oo a.m
Muhammad Al-Amin bin Hj Salleh,
Kompleks Asrama Darul Iman,
Hayyu Asyier, Kaherah, Mesir.
(aminislamic@yahoo.com)

Bila Terasa Rindu..

0 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Khas buat Ibu dan Ayah tercinta Hj Salleh b. Farmin dan Hjh Norizah bte Haron, semoga berada dalam lindungan dan rahmat Allah, semoga sihat dan ceria selalu, dipermudahkan Allah dalam setiap urusan, dimurahkan rezeki dan diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat dan tergolong dikalangan orang2 yang dijanjikan Allah dengan Syurga Firdausi. Amin ya rabbal alamin, sempena Aidiladha 1430Hijrah,




Ayah dan Ibu,
Bila ku rindu, ku sebut namamu,
Dalam senyum dan tawamu,
aku tahu kalian menanggung beban beribu.

Ayah dan Ibu,
Bila ku rindu, ku tatap wajahmu,
Ingin ku peluk sekujur tubuh yang telah membesarkanku,
Walaupun aku tahu, dosaku padamu banyaknya hanya Allah yang tahu,

Ayah dan Ibu,
Bila ku rindu,
Aku berdoa pada-Nya agar dirimu,
Sihat selalu.

Ayah dan Ibu,
Demi menuntut Ilmu,
Aku terpaksa berpisah dengan kalian,
untuk sementara waktu.

Ayah dan Ibu,
Ku rindukan masakanmu,
Ku rindukan saat manis kita dahulu,
andai saja kuhenti saat dan waktu itu,

Ayah dan Ibu,
Dalam tangis tidak berlagu,
Rinduku pada mu mengalir laju,
Selaju kapal di angkasa biru,


Ayah dan Ibu,
Doakan anakmu disini sihat selalu,
agar bisa menuntut ilmu,
Dalam setiap batasan waktu,

Ayah dan Ibu,
Lidahku kelu,
tiap kali kita bertemu,
namun hakikat, aku terlalu cinta padamu,

Ayah dan Ibu,
Jujur aku katakan padamu,
aku rindu,
cinta dan kasih bergabung menjadi satu,

Ayah dan Ibu,
Walaupun aku jarang menghubungimu,
bukan bererti aku melupaimu,
namun ku pendam perasaan itu, biar ia setinggi gunung kinabalu,

Ayah dan Ibu,
Bila tiba saat itu,
aku hamburkan segala rasa di qalbu,
Biar engkau tahu, diri ini merinduimu,

Ayah dan Ibu,
Ku tulis madah ini untukmu,
dalam derai tangis tidak berlagu,
agar kau tahu, siapa kalian dihatiku.

Ayah dan Ibu,
Maafkan aku,
kerana selama ini telah banyak menyusahkanmu,
Dalam memenuhi kehendakku,

Ayah dan Ibu,
Sekian dahulu dari anakmu,
Yang jauh di pandangan matamu,
namun aku tahu terlalu dekat dihatimu,
dalam setiap sujud dan syukur tahajjudmu.

Semoga Allah memberkatimu, dan memanjangkan umur mu, agar kita dapat bertemu pada satu saat dan waktu yang telah Allah tetapkan itu. Amin ya Rabbal alamin.

Selamat Berpuasa 9 Dzulhijjah dan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1430 Hijrah, Semoga amal Ibadah Kita Diterima Allah. amin ya rabbal alamin.

Cerita terhangit..

0 komen mengomen
Suq Sayyarah seakan mengerti dia sedang diperhatikan oleh seseorang, malu2, mukanya kemerah-merahan.

Hampir setiap hari insan kerdil itu akan memerhatikannya, kadangkala dia menyapanya setiap kali mahu ke kuliah..

"Ana mintak sangat, sentiasa kita betulkan niat masing-masing bila sampai dekat mator kaherah nanti dan ana rasa ini kesempatan terbaik buat ana untuk mintak maaf andai ada salah silap sepanjang perjalanan kita ni, mungkin tak sempat dah lepasni ana nak pesan, jadi ana harap antum semua maafkan ana" teringat pesan Musyrifah kami dalam perjalanan ke bumi anbiya' ini suatu ketika dulu, Ustzh Syazwani semasa keberadaan kami di airport Bahrain.

Tengahari itu, Amin termenung seketika, memikirkan kembali kenapa dan tujuan apakah kebaradaannya di bumi kinanah ini..

Hampir seminggu lebih dia tidak ke kuliah..

Selepas 4hari berada didalam majlis bersama para ulama' di Majlis Pembacaan Kutub Sittah, Imtihan Qobul datang menyapa, menyebabkan kuliah terhenti seketika buat pelajar2 Malaysia.

Bila sepi seketika Imtihan Qobul, kerana pelajar Malaysia dikecualikan, musibah sakit pula datang menerpa dirinya yang terlalu banyak bergelumang dengan dosa dan noda..

Namun dalam hatinya tersimpan satu perasaan sedih mengapa dia seakan lupa dan leka, terbabas seketika dari landasan sebenarnya.. "Menuntut ilmu demi mencari Redha Allah di bumi anbiya' ini."

Lantas tangannya meraba kedalam beg sandang yang baru beberapa hari dibeli sebelum pembacaan kutub sittah. Buku nota PMRAM yang dibeli dengan harga 7Junaih, dikoyakkan sehelai lalu menulis...

"Nota buat diri yang hina lagi faqir,

amin..!!

tibe2 xde idea da nak tulis.. ada kelas USt Nazrul.. lalala~

p/s :Pagi tadi aku masak air, lepeh tu tertido.. Ya Allah, hangus cerek air tu.. Mujur ada orang perasan.. Huhu..

Sedar dari lamunan..

0 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim..

Entah kenapa semalam aku hanyut dalam khayalan.. Mungkin termakan racun panahan syaitan.. Nauzubillahiminzalik..



Langsung tidak dapat berfikir dengan waras, mungkin sebab terlalu penat, dan macam2 dalam fikiran..

Dan mungkin juga sedikit tertekan..
Perasaan rindu, keliru, resah gelisah, gembira, sedih, cinta, marah, maaf bergabung menjadi satu..

Namun ianya hilang setiap kali aku berhadapan dengan para Masyaikh al-Azhar.. dan Hatiku tenang bila menjejakkan kaki ke Masjid Al-Azhar.. Terasa bagaikan dada ini diresapi hawa dingin debu-debu karpet dan tiang-tiang masjid yang sudah berusia ratusan tahun ini..

___________________________________________________________________

Pada mula aku menjejak kaki di bumi Anbiya' ini, hari kedua sudah bertalaqqi dengan al-Allamah Syeikh Yusri Hafizohullah di Masjid Asyraf, Jabal Muqottom.



Kitab talaqqi pertama yang ku kenal sejak menjejakkan kaki disini, Tuhfatul Ahwazi..

Sekadar mendengar, namun belum dapat menangkap sepenuhnya apa yang diperkatakan oleh Syeikh. Namun tersemat dalam jiwa bahawa aku mesti terus istiqamah dalam menuntut ilmu disini.

Hari berikutnya, masih kesana.. Menunggang motosikal bersama Ust Syukri, bersama bayu pagi membuatkan jiwa ini sangat tenang. SubhanaAllah, begitu indah dan dingin suasana pagi bumi kinanah ini.. Terasa bagai diri di awang-awangan..

Entah kenapa disini, mulutku yang selalu berat untuk berzikir, begitu lunak mengalunkan kalimah kalimatan toyyibatan, khafifatan fil lisan, thakilan fil mizan.. SubhanaAllah, alhamdulillah, Allahuakbar..

Di kelas Syeikh ini jugalah mempertemukan aku dengan insan2 yang Allah kurniakan kehebatan dan kefahaman yang mantap dalam agama. Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari "Man yuridillahu khairan, yufakkihu fiddin" "Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, diberi kefahaman tentang agama"

Antara mereka2 yang terkenal dan sering aku temui, Ust Nazrul Nasir, Ust Hairul Nizam, Ust Fahmi, Ust Juzaili, Ust Mukhlis dan ramai lagi. Samaada aku temui dalam majlis Masyaikh ataupun kelas2 tafaqquh mereka.

____________________________________________________________________

Seorang demi seorang MAsyaikh aku kenali dan aku bertentangan mata dengan mereka. Al-allamah Syeikh Yusri Hafizohullah,


Syeikh Usamah Syed Al-Azhari,


Syeikh Jamal Farouq,

Syeikh Muhammad Ibrahim Bais Al-Kittani,

Syeikh Rifa'i Fauzi, Syeikh Habib Umar Zain., Syiekh Rohimuddin Annawawi Al-Banteni. Dan ramai lagi Masyaikh yang belum ke temui dan nama2 yang telah bermain-main di gegedang telinga Sheikh Yusuf Kanada, Syeikh Syed Syaltut, Syeikhuna Ali Jum'ah, dan ramai lagi yang masih ingat2 lupa nama mereka..

InsyaAllah, akan ku kejar semahu dan semampu aku wahai Masyaikh.. Redhakanlah Ilmu yang kalian curahkan. Moga2 ia memberi manfaat kepada aku dan orang2 yang berada disekitarku..
Moga2 aku Bukan dari kalangan mereka-mereka yang Nabi sabdakan "Manizdada ilma, lam yazdad huda, bu'dan minallah" Barangsiapa yang bertambah Ilmu tetapi tidak bertambah Hidayah, sebenarnya mereka jauh daripada Allah. Realiti sekarang memang kita lihat, betapa ramai orang yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan, gemilang dalam kerjaya, terbilang dalam hidup. Namun langsung tidak menunjukkan mereka hampir kepada Allah.

____________________________________________________________________

Aku sedar keceluparan mulutku yang langsung tidak bersyukur dan mengingati bahawa aku seorang hamba abdi, kuli kepada Tuhan sekalian Alam, Allahuakbar! Ummat yang paling bertuah kepada penghulu para Nabi, Nabi Muhammad s.a.w. Insan yang paling beruntung dikurniakan Allah dengan dua nikmat yang besar, Nikmat Iman dan Islam.. Manusia yang sepatutnya berbahgia masih mempunyai Ibu dan Ayah yang penyayang, keluarga yang bahagia..
Seorang Muslim yang Allah telah muliakan dengan firmanNya "Nahnu qaumun a'azzanallahulahu bul islam" "Kita ini adalah umat yang dimuliakan Allah dengan Islam"

Bersyukurlah,
Aku adalah orang yang Allah telah pilih untuk duduk di atas landasan perjuangan, penerus mata rantai para nabi dalam usaha berdakwah dan menegakkan Syiar Islam. Aku juga orang yang Allah telah pilih dan tetapkan untuk berada dibumi Anbiya' ini dalam usaha mengutip sebanyak mungkin ilmu-ilmu dari para Ulama'.
Mengapa aku sering lupa dan alpa?
Amin!! Lihat orang lain, yang Allah tidak memberikan nikmat seperti Allah kurniakan kepada kau..
Tak sedih ke kau tengok diorang? Rambut bermacam warna, pakaian entah ape-ape, gaya hidup toksah la kata.. Sembahyang entah kemana, yang lain pasti terbabas punya..

Jika nak dibandingkan dengan kau? apa peranan kau terhadap mereka? Jangan asyik merungut, melihat kekurangan diri, tetapi lihat apa kelebihan yang telah Allah berikan..

Dengar dan hayatilah Kata-kata Sayyidina Umar "Hasibu anfusakum qobla an tuhasibu" "Hisablah, hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung dihadapan Allah kelak"..

Mengapa aku begitu bodoh, langsung tidak berfikir sebelum menuturkan kata-kata? Astaghfirullahalazim.. Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah..

____________________________________________________________________

Teringat pesanan Sheikh Muhammad Ibrahim Al-Kittani sebentar tadi dalam Majlis Muhadarahnya selepas tamat pembacaan Hadith Sohih Bukhari, Hadith yang ke 1466. Hendak melazimi majlis-majlis Ilmu yang didalamnya terdapat pewaris para Nabi iaitu Ulama'. Sabda Nabi s.a.w. "Ilmu itu tidak diangkat dengan menghilangkannya, tetapi dengan mematikan Ulama'' Maka, rebutlah peluang yang ada untuk mengutip sebanyak mungkin ilmu-ilmu tersebut sebelum diangkat oleh Allah dengan cara mematikan Ulama'.

Sabda Nabi s.a.w. lagi "Sesungguhnya Ulama, adalah pewaris Nabi2, dan Nabi2 tidak meninggalkan hatta sekeping dinar mahupun satu dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu"

Inginku petik kata-kata Imam Hassan Al-Banna. "Jangan kita cuba melawan arus kemodenan, kerana pasti kita akan kalah, tetapi ikutlah arus tersebut lalu ubahlah ia seperti yang kita mahukan"

Terima Kasih atas nasihat dan taujihat daripada Ukhti Athirah dan Ukhti Farihah Ahmad
atas psoting yang lalu.. Jazkumullahu khairan jazak..

*Sekadar luahan perasaan, muhasabah diri yang sering alpa dan leka dengan dunia..

al-Faqir ila Afwi Rabbi,
Muhammad Al-Amin Salleh
Darul Iman Student Hostel,
Toob el-Ramly,
Hayyu Asyir, Cairo,
Egypt.

aku siapa....

5 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum, Salam sayang serta rindu buat Ibu, Ayah serta keluarga di Malaysia. (Along, Kak Su, Humaira, Uwais, Kak Ngah, Uda, Kimah, Aishah dan Wan) semoga semua dalam keadaan ceria dan sihat...

Tadi semasa sedang berlangsung Program pembacaan Hadith Kutub Sittah, Kitab Sahih Bukhari yang sedang dibacakan oleh Al-Allamah Syeikh Usamah Syed Al-Azhari, Ulama' Muda Al-Azhar di Rumah Johor. Tiba2 bertalu-talu penggilan masuk. nombor tersebut cukup ku kenal, nombor yang sudah terakam dalam minda dan sentiasa mengingatinya sejak ia mula2 dilihat hampir 8tahun lalu.

Berdebar rasa hati bila panggilan tidak putus-putus. Dalam hati kecil moga tiada kejadian yang tak diingini kepada pemilik nombor tersebut. Orang yang paling aku sayangi di atas muka bumi, yang mengenalkan aku apa erti kehidupan.

Panggilan tersebut, Rupanya daripada Ayah. Maaf lah ye ayah, amin xdpt nak angkat sebab program sedang berjalan. Tapi kami sempat berbalas mesej. InsyaAllah, dalam masa terdekat amin akan call ayah balik..

Antara adab dalam menuntut ilmu, mesti fokus dan menghormati guru selaras dengan tujuan aku merantau jauh ke bumi anbiya' ni. Aku bergegas keluar dewan untuk menyahut panggilan ayah, tapi tak sempat. Nak call balik mahal, kebetulan aku berada diluar kompleks kediaman, tiada kemudahan internet.

Jam menunjukkan pukul 2petang waktu Kaherah, 8malam waktu Malaysia. Perbezaan 6jam membuatkan perhubungan perlu dirancang terlebih awal bagi memastikan masa kedua2 tempat sesuai..

Dalam perjalanan balik, fikiran dihujani pelbagai persoalan sambil mata ligat memerhati sambil aqal mentafsir hiruk pikuk kota Kaherah yang bisa membuatkan seseorang stress, hati tidak lekang berzikir dan beristighfar dan kalimah yang sentiasa tak lekang bila hidup disini "SABAR"..

Persoalan yg sering mendera aqal dan qalbu, mengapa aku menulis blog ni ya? Apa faedahnya? Blog yang kosong, tak memberikan keinsafan, kebaikan kepada pembaca2nya, aku semakin dihantui pengikut2 yang semakin bertambah dari hari ke hari, kadang terfikir untuk mematikan terus laman maya ini. Mengapa aku mencuri masa aku dan masa orang lain untuk membaca perkara yang tidak berfaedah? Kan lebih elok aku gunakan masa itu kpd yang berhak.. Zalimnya aku, meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya..

Sejak permusafiran aku ke bumi anbiya' ini, aku sering bermain2 dengan banyak persoalan..
Mengapa aku dihidupkan di alam dunia ini? Apa yang telah aku lakukan untuk kehidupan akhirat yang bakal menjemput bila-bila masa? Sudahkah aku menjalankan amanah yang sepatutnya aku lakukan? Siapa aku sebenarnya? Adakah aku betul2 kenal dengan diriku yg sebenar? aku siapa ya?...



Entah mengapa kadang2 jawapan ini begitu sukar untuk dijawab.. aku kelu..... ntah mengapa aku menaip tanpa berfikir terlebih dahulu? ...........
...........
.....................

adakah perlu aku tamatkan riawayat blog ni?
Astagfirullahalazim..



Mungkin aku perlukan masa, untuk mengenal siapa aku yang sebenarnya.. Biarkan ku rehat seketika..

Kadang2 kita akan terasa seperti tidak boleh berfikir apa2..
Lidah kelu untuk berkata-kata,
Aqal gagal untuk berfungsi seperti sepatutnya,
Hati jadi mati..
Nafsu jadi bisu..

Mungkin aku perlu berdampingan lebih rapat dengan penciptaku..

Aku perlukan kekuatan..


Kekuatan untuk aku terus melangkah, aku tidak jatuh..

Kuliah pertamaku..

0 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Asrama Darul Iman seperti biasa, permulaan hari pastinya bertemu dan berkunjung ke rumah Allah. Dengan kudrat dan kekuatan yang Allah berikan, kaki melangkah lesu menuruni anak tangga dari tingkat 5 ke tingkat dua. Kedinginan angin pagi yang semakin mendekati musim sejuk mengelus lembut melewati jubah maghribi ini. Bertemankan rida' hitam yang dibeli semasa berkunjung ke Khan Khalili sedikit sebanyak memanaskan tubuhku yang kurus melidi.


Teringat kembali pengalaman semasa ke Attabah minggu lepas, tujuan untuk mencari beg sandang bagi mengisi dan menggendong kitab2 kuliah. Dari situ aku belajar akan gaya hidup masyarakat disini. Semua perkara perlu dilakukan dengan pantas, berlari2 mengejar bas. Berjalan kena melangkah lebih deras sudah menjadi adat disini. Siapa lambat pasti terkandas.
Aku, Kamal, Muzani, Jihad, Ulwan, Zahani, Hakim dan Aiman. Muka2 baru yang sedang belajar memahami selok belok hidup di Mesir. Andai ditinggalkan ditengah kota ini sendirian pasti haru jadinya.

Melewati tepian jalan berhadapan Universiti Al-Azhar, kami singgah sebentar di Maktabah Darul Salam, bagi mencari kitab Sohih Bukhari, namun stok telah tiada. Perjalanan diteruskan ke Attabah. al-Husain sekadar dilalui namun tiada barang dibeli.

Kami melangkah lebih pantas, musyrif kami Ust Faris dan Ust Syukri mengejar detik2 emas mereka disini, langsung tidak mempedulikan kami yang terkedek2 dibelakang. Mujur juga aku jenis yang berjalan pantas. Langkahku tidak kalah dengan langkah mereka.

Setelah perjalanan yang melelahkan kami lalui, lorong2 kotor dan sempit, jalan2 yang sibuk dengan kenderaan kami redahi, akhirnya tiba juga kami di Attabah. Sebuah tempat yang menjual barang2 aksesori seperti beg dan pakaian dan bermacam2 jenis barangan lagi seperti langsir, saratoga, perkakasan memasak, kasut dan sebagainya dengan harga yang murah.

"Bikam ya ammu?" tanyaku pada seorang penjual beg sambil menunjukkan beg sandang yang tergantung dihadapan kedainya.
"Isyrinn" balasnya basa basi. LE20 Genih(Junaih) matawang mesir sudah dikira murah. Namun bagi seorang pelajar pastinya mahukan harga yang lebih murah.
"aiwah, mumkin hamsataayar ya ammu?" (LE15 boleh pakcik?)
"Lak!2" (Takboleh2) sambil menunjukkan sekeping kotak yang tergantung dihadapan pintu kedainya yang tertulis "La yumkin al fisol" (Tidak boleh minta kurang) huhu.. Sedikit geram..
Kami terus meinggalkan kedai tersebut untuk melihat dikedai2 lain andai ada beg2 yang lebih menarik dan dijual pada harga yang murah.

Sepanjang perjalananku melewati lorong yang sempit dan dipenuhi barang2 dagangan arab. Ramai yang menyapa, "Malizi, taal" (wahai malaysian, kemari) "Ya sodiki" (Wahai sahabatku) "Ya Ustaz"(korang dah tau, hehe) "Ya tolibul azhar"(Wahai pelajar al-azhar) dan bermacam2 cara dan bahasa untuk menarik kami membeli barangan mereka.

Namun jawapan yang diberikan hanya "Maalish"( Maaf) atau "Khalli"(Takpe). Akhirnya kami bersetuju untuk membeli beg sandang dikedai ammu tadi. Dengan harga LE20. Dalam keriuhan membeli itu, tiada satu pun yang berkenan dihati aku untuk membelinya. kerana kualiti beg2 mesir jika dibandingkan dengan beg yang dijual di Malaysia jauh bezanya.

Selesai membeli beg masing2, kami menuju ke kedai menjual jubah. Terletak di atas Mahattah Sayyidina Aisyah(Stesen Bas Sayyidina Aishah) tak silap aku. Rambang mata jugak nak pilih. Kalau boleh nak beli semua. huhu.. sebab semua cantik2 dan aku memang jenis yang suka mengenakan jubah. Akhirnya aku memilih jubah musim sejuk, warna coklat muda berjalur. Sesuai untuk musim sejuk nanti. dengan harga LE90. Mujur duit yang dibawa sedikit, kalau tak mungkin habis untuk membeli 2,3 helai jubah lain.

Sempat juga berkenalan dengan salah seorang peniaga kedai tersebut. "Mahmoud" fasih berbahasa arab fushah. Cukup menggembirakan hati kami. Layanan mesra pelanggan membuatkan kami lama disitu. Setelah puas memborong, kami berjalan pulang. Hari yang memenatkan. Disini, setiap tempat pasti ada kedai asir(Kedai jus buah2han). Sudah menjadi kemestian untuk singgah sebentar bagi melegakan tekak yang kehausan dimamah terik mentari dan debu2 kota kaherah. Menghirup segelas asir asob(air tebu) cukup menyegarkan. Urat2 yang tadinya terasa kendur segar kembali. Arghh.. Alhamdulillah. Pekat dan asli. Tamar Hind(Jus Asam jawa) juga menjadi kegemaran masyarakat disini.

Alhamdulillah, Allah masih memberi hidayah dan rahmatnya untuk aku meneruskan hidup dibumi anbiya' ini. Entahkan bila agaknya ia tiba-tiba akan terhenti? Mungkihkah disini? Andai disini aku berharap pemergianku dalam khusnul khatimah.

Pagi ini aku ketiduran, tiada daya untuk bertalaqqi dengan Syeikh Yusri. Subuh tadi diimami oleh Ust Ahmad Muzani hafizahullah. usai saja bacaan doa, aku merebahkan diri di satu sudut di surau Darul Iman.

Tersedar dari kekhusyukan pagi, jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Hajat untuk menghabiskan sisa puasa 6 yang berbaki 2hari lagi. Jadi tidak perlu memikirkan sarapan pagi ni.
Kaki melangkah lagi mendaki tangga menuju ke tingkat lima. Melewati bilik2 senior, akhirnya aku tiba di bilik 501. Bilikku betul2 berada dibawah "sutuh" bumbung bangunan.

Biasanya aku akan ke sutuh untuk melihat keriuhan Hayyu Asyir dikala petang. Kerana masa inilah ramai remaja dan muda mudi bermain bola di Suq Sayyarah(Pasar kereta) dan di gelanggang di tengah2 Rumah Terengganu, Selangor, Pahang, Kedah dan Sarawak. Sambil tergelak sendirian melihat gelagat pemandu2 mesir yang sesuka hati memandu dijalanan.

Jam 9.30 Ulwan tergesa2 masuk kedalam bilik.

"Eh, min tak nak g kuliah ke? orang semua dah tunggu kat bawah.."
"Ha.. takde orang bagitau pun nak pergi pukul berapa?"

huhu.. terkejut sebab kuliah bermula jam 2petang. Tapi biasanya pelajar2 disini pergi di awal dan berehat2 di Masjid Al-Azhar . Kerana masa banyak diambil untuk menunggu dan menaiki bas. Berjalan kaki sejauh 1kilometer sudah menjadi kebiasaan. Bas2 yang melewati kami bagaikan tin Sardin. Penuh dengan manusia, sampai terpaksa berpaut ditangga bas.

Aku, Ust Abdullah Amir, Ust Tarmizi(Senior) dan Ust Mu'iz dan Ust al-Qori(Senior) sengaja mengambil bas untuk ke Mahattah, berbanding naik di Suq Sayyarah kerana disana bas untuk ke azhar sudah sardin. Jika di mahattah, bas masih kosong dan kami tidak perlu berkejar dan berdiri selama sejam sebelum sampai ke Al-Azhar.

Sampai di Al-Ahzar kami menunggu sahabat2 lain yang masih dalam perjalan. Ada yang menaiki bas untuk ke Hayyu Sabi'(7) sebelum menaiki tremco untuk sampai ke Azhar. Ada yang menaiki terus bas bernombor 80 jika tidak mahu bertukar2 bas seperti yang kami naiki tadi.

Selepas solat zohor di Masjid Al-Azhar, melewati "ruwah al-atrak" (Anjung al-atrak) kami bergegas menuju ke dewan Kuliah, bangunan Dirasat Syariah Wal-Qanun dan Kuliah Syariah Islamiah yang betul2 terletak dihadapan pintu pagar. Membuatkan kami tidak perlu berjalan jauh untuk sampai ke Dewan kuliah, berbanding Dirasat Usuluddin dan Lughah.

Berlegar2 seperti semut dicelahan dinasor. Kami tercari2 dimanakah dewan kuliah kami petang ini? Madah "Tarikh Tasyrik Al-Islami" Ramai juga yang tercari2 seperti kami kerana mereka juga pelajar tahun satu. MAsih belum 'masak' dengan selok belok bangunan disini. Setelah turun naik beberapa kali, dan bertanyakan manusia2 yang kami jumpai. Akhirnya kami berjaya menemukan dewan kuliah kami di tingkat 3.

Sebelum sampai tadi terkejut juga aku bila melewati salah satu dewan kuliah yang terdapat disitu. Penuh dengan pelajar arab. Kelas bising bagaikan pasar ikan. "MasyaAllah. Ini ke kelas aku? Bisik dalam hati. Teruknya... " Namun itulah yang perlu aku hadapi. Sesuai dengan gelaran Ardul Kinanah (bumi sumpahan) dan bermacam2 gelaran lain. Apa yang aku bisikkan pada hati. Sabar, sabar dan sabar.

Namun alhamdulilah, bukan kelas itu yang kami perlu duduki. Dewan yang kami masuki hampir penuh, mujur juga aku ambil keputusan untuk ke kuliah dari MAsjid td 10minit lebih awal. Kalau tak, mungkin kami terpaksa berdiri. Setelah menunggu hampir sejam, Dr pensyarah tidak juga kelihatan.

Sempat juga aku bertaaruf dengan kenalan baru yang duduk disebelahku. Fasih berbahasa arab. Seorang indonesia. Namanya Ahmad Syauqi. Seronok juga bersembang dengan beliau. Sudah datasng ke Mesir sejak Disember lalu. Dan telah menghadiri Kelas Khas, pada hemat aku kelas itu mungkin dianjurkan sendiri oleh Pelajar2 Indonesia. Patutlah dapat bertutur dengan baik dalam bahasa arab. Berbelit juga aku nak bertutur. Antara kenalan baru lain, nama Basri, asal dari Pattani. Sudah 4tahun di Mesir, namun masih di tahun pertama pengajian.

Katanya, semua urusan untuk kesini diuruskan sendiri. Tidak ada langsung institusi yang membantu memudah cara berbeza dengan Malaysia. Ada institusi atau badan yang menguruskan. Hanya sediakan duit dan dokumen2 yang diperlukan.

MasyaAllah, macam2 cabaran semata2 untuk menuntut ilmu disini. Ada seorang warga Britain, juga sekuliah. KAtanya tidak tahan dengan suasana kelas yang bising dengan perangai2 arab, juga kelewatan pensyarah. Terus dia keluar setelah hampir sejam menunggu. Kami juga kahirnya ambil keputusan untuk ke Maktabah, membeli kitab2 madah untuk kuliah.

Kuliah pertama kami adalah sabar. Sabar dengan kerenah pelajar2 arab. Sabar dengan kerenah pentadbirand an sebagainya. Ramai juga sahabat yang merungut terlalu lama menunggu bas, terlalu itu dan ini. Apa yang aku mampu katakan. SABAR..

Mungkinkah hari esok sama seperti hari ini? Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Kuatkan aku. Campakkan dan suburkanlah sifat sabar dalam hatiku. Moga2 musafir ilmuku ini mendapat redha-MU... Berilah aku kefahaman dalam agama-Mu.. aminn..

Biarkan aku lena Dalam Cinta..

4 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillahirabbil alamin, wassolatuwassalamu ala asyfrafil anbiya' wal mursalin, wa ala alihi wasohbihi ajmain,

Allahum aghnina bil ilmi, wa zyyinna bil hilmi, wa akrimna bittaqwa, wajammilna bil afiah..

Allahumma solli ala muhammad wa ali baitihi..

Allahummah faqqihna fiddin wa allimna ta'wil..

Amma ba'da..

Wahai jiwa2 yang tenang..

Wahai jiwa2 yang mencintai rabb-Nya..

Biarkan aku lena dalam cinta kepada penciptaku..

Berilah aku waktu dan ketika untuk aku bersamanya walau seketika..

Aku takut akan kehilangan cintanya..

aku tak tahu, berapa detik aku dapat bersama-Nya..

Solatku, matiku, hidupku, hanya untuk tuhan sekalian alam..

Jangan kalian cuba2 untuk merampasnya..

Aku mohon dengan penuh belas kasihan..

Biarkanlah waktu dan detik berlalu dalam hidupku hanya untuk Ilmu..

Rinduku pada Ulama'2..

Cintaku hanya kepada Allah...

Cukuplah bagiku.. Hanya mu Allah,

Tiada dihatiku melainkan Allah..

Cahaya Muhammad, pesuruh Allah..

Tiada tuhan, melainkan Allah...

entah mengapa, aku seakan ingin terbang lebih tinggi, dan menjunam lebih dalam..

entah mengapa aku menulis ini..

Aku rindu pada-Mu Allah..

Aku rindu pada Ilmu..

Berilah aku kefahaman tentang agama-Mu..

Jangan jadikan aku orang2 yang lalai dengan Dunia..

Allah, Allah, Allah, Allah..

Ampunilah dosa2ku...

Monolog kepada diri...

0 komen mengomen
Ehem2.. Dah nak raya upenye ye..

Aku pun tak tau la mengapa semenjak 2sajak ni.. Semacam hilang idea, mungkin Allah dah hijab aku ni drpd dpt hidayah dan ilham untuk terus menulis.. Nampaknya kena tukar tagline aku, amin tiada apa..

Teringat plak lagu arwah Ust Asri Rabbani, kali terakhir aku jumpa dia, dia mengalunkan lagu Mana Milik Kita? sewaktu KonvoFestival di USIM N9.

Memang tepat lirik tersebut.. "Mana milik kita? Tidak ada milik kita.. Semua yang ada Allah yang punya.."

Cukup menggetarkan jiwa bila benar2 menghayati bait2 nasyid tersebut.. apa yg kita ada? Kereta? Tu Allah bg pinjam jer.. Mata, telinga, tangan, kaki dan sebagainya, kita punya ker?

Dulu aku selalu jugak sebut dan dengar orang sebut. Nak bila orang tegur kesalahan kita. "Eh, engko sibuk apsal? Ni hal aku, hidup aku, tangan aku, duit aku!" dan macam2 lagilah.

Langsung tidak sedar kita telah sombong dan bongkak mengatakan itu semua kita punya. Padahal kita ni kosong, bodoh, miskin, papa kedana.. Kalau bukan kerana Allah bagi nikmat, bagi pinjam semua yang ada disekeliling kita, pasti kita merana.. Yang miskin harta tu pun masih jugak Allah beri nikmat, boleh menghirup udara, oksigen. Boleh melihat dan sebagainya. Cuma kurang dalam bab harta..

Allahuakbar!! Ar-rahmannya Allah..

Sentuh bab tegur menegur.. Mereka yang ditegur atau yang menegur kadangkala lupa diri. Mereka rasa mereka je yang betul. Bercakap atas hawa nafsu.. Langsung tiada dalil dan hujah yang ampuh untuk menundukkan hati masing2. Tidak mahu mengakui kelemahan dan kesalahan yang dilakukan, juga tidak mahu mengakui kita juga sering melakukan kesilapan.

Sering disebut dalam usrah. Kepada yang menegur jangan rasa bangga, rasa kita lebih baik dari orang lain. Mungkin dalam bab yang ditegur kita tidak lakukan. Tapi dalam bab lain cuba fikirkan? Adakah kita sempurna? Maksum dan sebagainya..

Kepada yang ditegur, jangan kecil hati andai terkena pada diri. Sedarlah dan ucapkan syukur kepada Allah kerana Allah masih sayangkan mereka dengan memperingati mereka melalui perantaraan manusia. Dan sesungguhnya itu lebih baik daripada Allah menimpakan bala ke atas kita, menegur kita dengan kematian, wabak penyakit dan sebagainya.. Alhamdulillah.. Redha dengan apa yang ditegur.. Aku pun selalu ditegur, selalu dicaci atas kesalahanku.. Aku sedar aku siapa, namun sifat manusia/insan.. Sering lupa..

Sebab itu Allah memperingatkan manusia "Fazakkir, fa inna zikra tanfaul mukminin" yang bermaksud "Peringatilah, sesungguhnya memperingati itu memberi manfaat kepada orang yang beriman"

Kepada yang ditegur, jangan cepat naik angin.. Sesungguhnya teguran itu untuk kebaikan kita.. Bukan untuk menjatuhkan kita. "Sesungguhnya Allah menimpakan bala' keatas satu kaum itu sekaligus, bukan ke atas pelakunya sahaja" sebagai inzar atau peringatan daripada Allah bahawa Allah bukan hanya menjatuhkan hukuman keatas orang yang melakukan kemungkaran, tetapi seluruh ummat yang ada disekitarnya kerana yang baik tidak menegur yang melakukan keburukan.

Sebab itu Allah berfirman lagi didalam al-Quran " Kuntum khaira ummatin ukhrijat linnas, takmuruna bil ma'ruf, wa tanhauna anil mungkar" Kalian adalah ummat yang terbaik dikeluarkan dikalangan manusia, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran" Namun persoalannya, ummat yang disebut Allah didalam al-quran itu adakah kita? Sudahkah kita melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran?

Ini ada sesetengah daripada kita hanya mengambil sebahagian ayat tersebut dalam ucapan-ucapan mereka "Kuntum khaira ummatin ukhrijat linnas.." lalu disandarkan kepada mereka. "Kita adalah umat yang terbaik dikalangan manusia" Setakat itu sahaja mereka mentafsirkan atau mengambil ayat itu. Namun hakikatnya ummat yang terbaik itu adalah ummat yang menyuruhkan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Benar iman seseorang itu tidak diukur dengan cara berpakaian, penampilan dan sebagainya. Ada orang kata "Biar luar jahat, tapi hati baik"

Biar hitam diluar, tapi putih didalam" Pernahkah mereka terfikir kisah Luqman al-hakim yang dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran?

Nabi s.a.w. pernah bersabda "Fi jasad mudgrah, iza solahat, solahat jasadu kulluh, iza fasadat, fasadat jasadu kullu, ia wahiya qalbu" Pada jasad/badan manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota tubuhnya, jika jahat, maka jahatlah seluruhnya, dan ketahuilah bahawa ia adalah hati"

Nah, jelas bukan hadith ini? Luaran itu mencerminkan dalaman kita yang sebenarnya.

Teringat pulak aku seorang kawan ni, dalam enak kami bertaaruf atau berkenal2lan..

Sempat dia melontarkan kata-kata bahawa dia seorang yang tidak suka memakai kopiah, atau kesimpulannya dia tidak mahu berimej islami. Dengan alasan bahawa, mudah untuknya bergaul dengan berbagai lapisan masyarakat.

Dalam al-Quran Allah ada berfirman "Sesungguhnya kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam" Jadi, mengapa malu untuk berimek dengan imej islam? Mengapa malu untuk berkata saya seorang islam? Mengapa malu untuk berkopiah padahal ia adalah sunat.

Kita kata kita cinta kepada Nabi. Mahu syafaat nabi.. Namun perkara yang mudah sebegitu kita tidak lakukan. Walaupun lihat memakai kopiah itu, hanya meletakkan kain atau kopiah di atas kepala benda kecil, namun adakah kita yakin dengan tidak memakai kopiah itu amalan kita sudah mencukupi untuk membawa kita kepada syurga?

"sesiapa yang melakukan sebesar zarah pun kebaikan, akan dibalas oleh oleh dengan kebaikan, begitu juga dengan kejahatan" Maka, jangan memandang enteng perkara-perkara yang kecil walaupun sebesar zarrah.. Kerana ia penentu adakah kita menjadi ahli syurga atau neraka..

Nilai sekeping gambar..

0 komen mengomen

Assalamualaikum..

Ia, memang ia hanya sekeping gambar..

Namun didalamnya tersirat berbagai maksud yang tidak bisa diungkapkan..

Dalam keramaian gambar tersebut, penuh dengan suka dan duka, hilai tawa..

Nilai ukhuwwah yang tidak bisa terpancar dari sekeping gambar..

Tidak juga mudah untuk diungkapkan dengan kata-kata..

Hanya kami yang merasa..

Hanya kami yang tahu erti sebenar ukhuwwah itu..

Kalian hanya mampu melihat dan mentafsir dengan mata aqal kalian..

Tafsirlah dengan apa jua yang kalian suka..

Namun tidak sama dengan apa yang kami rasa..

Dalam keramaian tersebut, setiap orang merasakan kemanisan yang berlainan..

Umpama sepohon pokok, buahnya hampir sama..

Namun rasanya pasti berbeza...

Handsetku tetrtinggal di jakarta..

1 komen mengomen
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Semoga semua berpuasa.

Alhamdulillah, subuh tadi aku selamat tiba di Kajang, Jakarta. Setelah lama diperantauan. Huhu..

Namun terima kasih aku ucapkan kepada driver bas kerana mengejutkan aku dengan kejutan elektrik, setelah tido melintang didalam bas tidak sedarkan diri walaupun sudah berkali2 dinasihatin agar tidak tidur semasa memandu di tempat memandu.. Hehe..

Namun semalam setelah berbuka puasa bersama2 Bukhari UIA PJ dan Syed di rumah Ust Mizan.. Kami sama2 bersolat terawih sambil diganggu oleh dua makhluk halus bernama Bashir dan Irfan.. Hua3.. Masing2 buat perangai masing2, rukuk sujud dengan cara mereka sendiri. Sujud mereka meniarap, namun yg pasti dahi mereka mencecah sejadah.. Rukuk mereka seolah2 mereka sujud.. Haha..

Budak2, biasa lah.. Lepastu main lari2.. Pastu solat balik.. Sabor je la. Mujur aku tak ketawa dlm semayang.. Huhu..

Setelah usai solat terawih, kami duduk moreh2 sambil menoreh.. Walaupun hari sudah gelap..

Aku yg dari tadi duk ushar jam.. Mengira bilakah bas sikalku akan melepas.. Sebab tiket dh beli, kul 10mlm.. Mereka bertiga masih rilek2 dan sengaja bersembang lama-lama agar aku lewat menaiki bas.. Hehe..

Setelh berusrah sambil minum2 kul 9.30 kami bertolak ke Stesen bas, oleh kerana aku yg memandu seperti pemandu F1, kami sampai tepat pada waktunya..

Tiba2 handfon Syed mengegarkan kereta seperti gempa bumi.. Maka barulah aku tahu bahawa handsetku tertinggal di rumah ust mizan... Hua3.. Nasib2..


Oh.. handfoneku..

Sedih terkenangkan handsetku tinggal keseorangan di plak menghecaskan dirinya.. Namun alhamdulillah, zahani bg pinjam publicpon dia. Dapat jugak aku mengecall ayah menyatakan kepulanganku usahlah disambut dengan linangan air mata. Cukuplah sekadar karpet kuning dan pulut kuning.. Hehe..

Dengan membawa beban dua orang yg bernama aiman dan zahani yg tidak mahu membawa barang mereka menaiki kapaltebang di kemudian hari, terpaksalah aku memikulnya seorang diri. Wahaha.. Nasib baik ada cukai.. Hihi..

Namun aku masih menanti apakah handpon ku akan dapat kembali dlm keadaan selamat.. Sedikit sebanyak menjejaskan kehidupan seharianku kerana tidak dapat menghubungi individu tertentu.
1.Jubah dan Cincin Sheikh yg belum ku ambil..
2. Rumah yang belum ku siapkan mengecat..
3. Temu janji yang perlu ku tempuhi esok(isnin)
4. Perancangan untuk menziarah rakan2 bersama Muzani dan Abu Jihad mungkin tidak dapat ditunaikan.
5. Belum membayar dan mengambil biskut conflakes di stesen KTM kajang..

Semalam, dalam perjalanan ke Kajang, terserempak aku dengan makhluk bernama Muaz yang seolah2 nyamuk aedes, kerana memakai baju berbelang2 putih hitam, bak seorang banduan..

Oleh kerana handset tidak dapat dihubungi, sampai di chendor baru aku sedar yang kami satu bas.. huhu.. Budak ni junior aku.. Dia duduk kat bawah bas, aku duk kat ateh, mmg le tak nampak.. Akhirnya, lepas makan dan minum setelah membuang air, kami duduk di kerusi hadapan bersama memandangkan kerusi disitu kosong setelah bertanyakan drebar..

Muadz turun kat Putra, setelah aku tersedar dia berdengkur begitu kuat.. Hehe.. gurau jer..

InsyaAllah kami berjumpa malam ni untuk menghantar juniorku merangkap kawan beliau bernama Kamal Abdullah yang ingin melepas ke Jordan. InsyaAllah ketemu disana.

Dalam perjalan sempat juga kami berfikir dan memikir bilakah malam lailatulqadar.. Nampak malam itu tenang dan aman.. Getus hatiku, perghh.. ruginya takdapat nak beribadah andai malam ini malam lailatulqadar.. Kerana masaku banyak habis mentidurkan diri dalam bas mcm budak tecik sambil menghisap botol susu.. hehe..

Namun apa aku mampu buat seperti hadith yg diriwatkan oleh Sayyidatina Aishah andai berjumpa malam lailatulqadar, berdoalah "Allahumma innaka afuwun kareem tuhibbul afwa fa'fu anna"

Kepada sahabat2 yg menghubungi aku, haraf maaf kerana handfonku tertinggal.. Kerana lepas solat semalam kami minum2 diluar rumah, lupa akan handset yg dicas didalam rumah oleh kerana mahu mengejar bas yang tidak setia menunggu.. huhu..

Amin excident?

16 komen mengomen
Berita Hairan. Kuala Terengganu, 19 Ramadhan 1430 Hijrah. Seorang individu bernama amin dilaporkan accident. Lalu seorang perempuan yang menjunpai telefon amin bertindak menghubungi nama-nama yang ada di dalam telefon insan bernama amin tersebut. Dan perempuan tersebut adalah ibu amin.

Maka kecoh lah dikalangan sahabat-sahabat aku, (bukan amin sebenar) ada yang menelefon dan ada yang sudah pergi ke hospital untuk menjenguk kerana perasaan kasih sayang mereka terhadap aku cukup menebal, seperti kereta kebal. Lalu.. sesampainya mereka disana, mereka dikejutkan dengan kejutan elektrik apabila wajah aku bertukar menjadi orang lain.. Akhirnya mereka sedar bahawa bukan aku yang excident tetapi amin yang excident.

Siapakah dia amin yang di maksudkan? Huhu.. Jeng, jeng, jeng, rupanya amin yanto. Seorang bekas rakan sekelasku yang namanya juga sama dengan aku, ejaannya juga sama, namun terdapat perbezaan, iaitu bin yang berlainan dan aku lebih hensem. Haha.. Gurau jer..

Aku pun mengucapkan takziah innalillahi wainna ilaihi rajiun kepada amin yanto. Semoga cepat sembuh, sihat wal afiat. ada masa aku pegi la melawat yer..

Sekian dilaporkan dari bilik soalan peperiksaan upsr untuk berita hairan.


Alhamdulillah, aku masih hidup..Tengah menikmati sesuap limau... Xpuasa rupanya aku. Haha..

Dimana perasaan kasih sayang manusia?

0 komen mengomen
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua ummat islam, dan tidak lupa kpd yang bukan islam. Moga2 dalam keadaan sihat sejahtera, bahagia hendaknya..

Aku sering tertanya2, dimanakah sifat perikemanusiaan seorang manusia? Sampai sanggup membuang anak yang dilahirkan? Sanggup membunuh anak sendiri? Sanggup membuat shabat, rakan dan masyarakat sekeliling hanya untuk mendapatkan sesuap nasi, kepuasan nafsu dan sebagainya?

Dimana silapnya? Sedangkan Allah juga menyatakan dengan jelas tujuan manusia dicipta, iaitu sebagai khalifah di bumi. Hakikat ini dapat dilihat dalam firman-Nya yang bermaksud : "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." (Surah al-Baqarah, ayat 30)

Tidak lain tidak bukan manusia lupa tujuan dan matlamat ia diciptakan. irman-Nya, bermaksud:
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu (Allah)." (Surah az-Zarriyat, ayat 56).

Inilah natijah apabila manusia bertindak, melakukan sesuatu mengikut hawa nafsu. Sombong dan bongkak dengan merasakan dialah yang paling hebat di muka bumi. Itulah sifat manusia.

Maka, sama2lah kita renung kembali.. Dimana dan kenapa manusia diciptakan. Aku sekadar muhasabah diri.

Apabila Allah tarik nikmat dia..

2 komen mengomen
Booom!! Bergegar satu bandaraya Warisan Pesisir Air, Bandaraya Kuala Terengganu.. Menandakan waktu masghrib/berbuka telah memunculkan dirinya.. Bermakna semua ummat islam yg berpuasa sudah boleh berbuka. Cukup unik, hanya disini aku dapat merasai pengalamn bedilan/bunyi bunga api berdentum untuk menandakan waktu berbuka atau bersahur.

Kalau zaman dahulu, bedil/meriam sebenar digunakan untuk memberitahu waktu berbuka dan bersahur. Namun, meriam tu dah takde. Mungkin dah uzur dan memerlukan kos yg tinggi berbanding dengan bunga api. Namun dah cukup membingitkan telinga dan jasad.


Aku sekadar menelan beberapa biji kurma. Harini bersendirian lagi berbuka. Hehe.. Biasa la tu. Orang bujang.. Hihi..

Semalam berbuka dengan Abg Amiruddin, baru balik dari Jordan. Hajat nak blanje dia makan kambing. Aleh2 kambing yg kejar kitorang.. Haha.. Terpaksa la makan dekat restoran Pertom.. Haha.. Korang tau tak pertom tu ape? Persatuan Tomyam Malaysia. Tak silap aku la.. Huhu.. Tapi tomyan dia, tomyam bawang. Banyak bawang drpada menda len..

Kempunan nak makan kambing bakar. Takpe la kan abg amir. Lalu kami mengoder Tomyam n kailan ikan masin jer untuk dijadikan lauk. Sedak syok sembang2 nampak la ada pokok kaktus kat sebelah. Masing2 dah tengok lain macam jer. Aku pun cakap la, eh korang ni lapar sangat ker? Takkan kaktus tu pun nak wat ulam jugak? hehe.. Sabaar2.


Usai solat maghrib, dan solat terawih di Masjid Zainal Abdin. Aku mencari2 restoran yang sesuai untuk memakankan diri. Akhirnya, restoran kuala ibai menjadi pilihan hati.

Aku menghirup kuah mee hong kong yang dipesan 5minit td.. Terasa kepanasan yang meggelegak.. Terkedu sebentar kerana lidah terasa pedih kerana kepanasan.

Jus campuran buah naga dengan honeydew. warna ungu membuatkan ianya nampak lebih mengiurkan, lalu dihirup sedikit demi sedikit, untuk menghilangkan rasa pedih lidah. Lega sedikit..

Dalam keseorangan melayan blues sambil menikmati hidangan dihadapan seorang diri. Teringat kembali firman Allah taala yang mafhumnya, "minuman didalam neraka itu berupa air nanah yang menggelegak panas, makanannya pula dari buah2 yang berduri"

Ya Allah, moga2 aku tidak termasuk dalam golongan ini. Rasa sedih bercampur takut mengenangkan bagaimana keadaan aku di alam akhirat nanti.? Sedih kerana amalan yang sedikit, dan dosa dan maksiat kepada Allah yang menggunung tinggi. Takut kerana pedihnya azab Allah di hari akhirat nanti.

Baru menghirup kuah mee yang baru masak itu sudah membuatkan kita merasa azab. bagaimana agaknya di akhirat kelak.. Bagaimana nasib aku? Aku mencuba sekali lagi menghirup kuah tersebut.. Aduh!! nak terluah keluar balik rasa mee yg dimakan... Ini baru didunia. Baru kuah, belum apinya lagi.. Namun aku tahan jua bg memberi inzar kepada diri, bagaimana azab diakhirat nnt.

Cuba bayangkan kita di akhirat nanti.. Apakah nasib kita disana?

Selesai jer makan, aku terus balik ke rumah aku yang sangat besar ni. Sunyi sepi.. Bertemankan tikus2 kecil, serta bunyi2an yang bermacam2. Sabo je la.

Terus aku menghidupkan komputer, setelah memberi salam kepada penghuni2 ghaib yang ada disini.

Lepas log in YM, ku lihat sekali lalu siapa yang menhidupkan malam dihadapan komputer. Hehe..

Lantas menekan sesorang yang bernama "tuutt" rahsia.. Demi menjaga keselamatan dan nama baik beliau...

Lepas bertanya khabar sedikit. Dia menimbul satu isu yg cukup sedih didengar. Sekolah lamaku kini tidak seperti dulu..

Rokok menjadi perkara kecil.. Bermakna ada sesuatu yang lebih parah daripada itu.. Bukan aku nak mengata orang yang merokok. Cuma dalam sekolah, ia merupakan satu masalah disiplin. Dan sudah dikira cukup berat. Kalau ia merupakan masalah kecil, bermakna ada lagi masalah disiplin yang lagi berat.

Mengapa ini berlaku? Bagaimana sekolah yang begitu diagung2kan, walhal ianya hanya retorik dan publisiti bg menaikkan nama golongan tertentu. Aku malu untuk mengaku bahawa aku pelajar sekolah itu.. walaupun berdegar2 di media, sebuah sekolah yang bakal melahirkan golongan yang profesional dan islamic. Namun hakikat tidak seperti yang digambarkan...


akhirnya, perbualan kami terhenti disitu.. Tidak dapat meneruskan lagi perbincangan kerana masa sudah kelewatan. apa yang termampu setakat ini hanya berdoa, agar Allah memelihara mereka.

Itulah najitah, apabila niat untuk sesuatu perkara itu terpesong maka Allah tarik kembali nikmat yang diberi. Nauzubillahiminzalik..

Sebenarnya, aku nak bgtau.. Mee yang aku makan tu tak habis, walaupun sedap. Tetapi apabila Allah tarik nikmat rasa sedap dan rasa lapar. Maka mee yang dimakan tidak habis.. Astaghfirullahalazim. Bagaimana agaknya nasib saudara2 kita di afrika, palestine dan negara2 islam lain.

Ujian.. Tabung Uji? Ujikaji?

3 komen mengomen
Assalamualaikum geng2 ku sekalian, ape kabo? Lame xjumpe.. Hee.. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot




Aku puasa tau arini, tak ponteng lagi setakat nih. Haha.. Alhamdulillah. Sekian.. (Haih.. nak cakap tu je ke? Hehe.. Cukup la tu ye dak? huhaheho.. ngeh3)

Sebenarnya nak cakap pasal ujian, huhuhu.. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot




Ujian ni banyak.. Ujian memandu, ujian akhir taun, ujian UPsr.. Korang nak yg mane satu? pilih2.. Hehe.. Ujian keluarga, ujian hidup, ujian kehidupan, ujian kemahiran hidup, ujian,ujian,ujian...? huahuahua.. bukan uji rashid. Sebab aku pun xkenal dia yg mana satu. huhu.. kenal pada nama je. Tabung uji, ujikaji, banyak betul nama uji.. ish3.. Dah3. Merepek macam kerepek plak aku nih. Hui3.. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot




Banyak kan ujian dalam hidup nih? Kalau nak cerita tu, fuh.. tak terkata, tanggal gigi-gigi ni baru habis citer.. Kui3..

Menurut kata my naqib, in our life, we la budda(bukan agama buda, bahase arab tuu..)keh3 to face test in our life. Dah2.. Go Straight dont belok2. Allah said in al-Quran ayat 2-3 surah al’-Ankabut;

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]


Jadi, memang engkorang tak boleh lari daripada Ujian Allah, kalau nak lari jugak, pergi la lari kat track, balapan.. huhu.. Mmg dapat penat jer. Tapi Allah dah janji bahwa setiap Ujian yang ditimpakan ke atas seseorang itu pasti dia dapat memikulnya walaupun berat pada pandangan mataDapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot kita.




لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]


Oklah, berbalik kepada certita aku td. Ujian, hmm.. ape ujian yang aku kena? Ni sekadar cerita jela, aku kehilangan idea sebenarnya.. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspothuhu..



Satu hari tu, aku hadir kat program ni.(rahsia....) hehe.. Naik kereta yg aku pinjam (selingan, kawan sebelah aku kata pening kepalaaaa.... Kaco betul.. dia kata sebab makan bulu kambing semalam. hahaha..) Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Ish3.. Ha.. Setelah program tu berjalan, baru aku teringat akan surat yang perlu aku berikan kepada sorang ustak nih. Haih, aku denga sopan santun keluar dari dewan bak gadis melayu.. hui3.. (Aku tak suka rancangan gadis melayu.. teruk betul.. Apsal tak buat Pencarian Muslimah Zaman Kini) huhu.. And then Aku pun keluar la. Sekali tengok kereta aku dah hilang..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot aku pun pg lari dalam bilik air menangis.. kah3..


Hah? Mana kereta aku nih? Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspotAlamak... Jeng..jeng..jeng..

Aku pun tawaf la bagunan tu, sikit jer ag nak cukup 7 kali.. Hah.. Letih giler ni, dah la panas terik. Tak jumpa jugak. Aku pun tanya la orang2 kat situ, sape tau kemana kereta aku lari..?

Adela sorang kawan ni cakap, kereta aku dah kena bawak lari.. (Kawan aku bawak.. ) huhu.. Aku pun terus membelasah dia kerana tak bagitau aku awal2. hehe.. Maka, aku pun cari la kenderaan lain, lalu ternampak seekor kuda. Tanpa malu segan, aku terus menunggang kuda tersebut. Lagak seperti seorang pendekar.Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot Haha..

Sampai kat Batu Burok, tiba2 kuda aku tersengguk2. Apsal plak kuda ni meragam. Aduh, ke tuan dia tak bagi makan? Dahla telinga pun terkulai2 kena tiup angin. Aduyai.. Nak kata kuda sakit,Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot sihat..


Tula, sape suruh tunggang laju2. Kan dah pengsan. Huhu.. Rupanya kuda LC aku naik ni xminum lagi. Huhu.. (Motor Lc ni Takde minyak la maknanya..) Huhu.. Pam minyak plak ada dalam sekilometer lebih. Huhu... Sabar jela. Kena tolak dalam panas terik. Ibarat seorang musafir ditengah padang pasir.Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot Huhu..

Sempat jugak aku berenti rehat di sebuah masjid. Bertanya khabar dan bersembang2 dengan bilal masjid tersebut. Huhu.. Akhirnya aku meneruskan perjalan mengisi minyak, setelah setengah jam menolak kuda besi tersebut. Alhamdulillah.. Akhirnya kudakuDapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot segar kembali.

Aku terus la menunggang, hanya untuk mengambil sehelai Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspotwarkah untuk diserahkan kepada pemiliknya. Huhu.

Kerana Rasulullah menganggap kita semua pemimpin seperti sabda baginda, “Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu semua bertanggungjawab terhadap orang di bawah jagaanmu” (HR Bukhari dan Muslim). Ini adalah kepemimpinan dan kepertanggungjawaban terhadap diri dan orang dibawah jagaan kita


Maka, terpaksa jugalah aku melaksanakannya.. Akhirnya aku tiba semula ke tempat aku curi kuda tu tadi.. Hehe.. Sabar dan redha jelah kan. Ujian.. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Tapi banyak lagi ujian dalam hidup yang pasti kita terpaksa jua lalui. Dan sedarlah itu merupakan tarbiyah daripada Allah secara kita tidak sedar. Jangan hanya merungut hidup aku malang, kenapa aku miskin? Kenapa Allah buat begini kat aku? Celaka punya &%45 dan sebgainya akibat daripada bala' ataupun ujian yang ditimpakan keatas mereka.. Dan sebagainya..

Mengapa manusia sering terlupa bahawa mereka ini hanya menumpang di bumi Allah? Mengapa dan mengapa? Sebabnya kita lupa siapa diri kita.. Kita adalah hamba. Hamba sifatnya taat segala perintah Tuannya. Namun adakah kita seperti itu? Lu pikiaq la sendiri.


Ingatlah bahawa, setiap apa yang berlaku di atas muka bumi ini pasti ada hikmahnya. Yakinlah.. Ini kata2 yang aku selalu pegang.Kerana aku tahu Allah lebih tahu apa yang terbaik buat aku. DIA tahu apa yang aku mampu dan aku tidak mampu. Allah tidak zalim.

Seperti juga seorang cikgu, setelah sekian lama dia meleter depen murid2nya. Tiba2, dia nak uji anak2 murid tanpa diberi warning terlebih dahulu. Adilkah? Ya, sudah tentu adil kerana tujuan utama dia menguji adalah mahu melihat adakah apa yang diajarkan selama ini betul2 difahami atau tidak?

Begitu juga seorang tauke kambing, dalam banyak2 kambing yang dia bela. tibalah suatu hari dia nak ambik seekor untuk disembelih (Sembelih haiwan ternakan untuk dimakan, wajib dalam Islam, kerana disana ada hikmah yang kita tidak ketahui.. Huhu..) Apa yang telah ditemui, hasil kajian saintis barat, dengan sembelihan, segala darah yang terdapat dalam badan haiwan tersebut akan keluar. Dan peningkatan/bacaan otak (aku tak tau apa diorang panggil) mendapati haiwan yang disembelih lebih tenang, dan dalam kadar segera terus mati berbanding dengan cara yang selain dari sembelih kerana lebih menyiksakan)

Eh, cite kambing kan? bukan nak cite pasal sembelih. Huhu.. So, dalam banyak2 kambing, tuan dia nak ambik sekor, buat barbeque.. Hehe.. dicecah sos lada hitam. Fuhh.. Syok woo.. Adakah zalim?? Korang fikir le.. ngeh3.. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot


So, ujian datang dalam berbagai bentuk. Korang lebih mengetahui. Dan pasti ada yang korang takleh lupa dan sebagainya. Tapi, sedar atau tak, itulah yang membuatkan korang lebih tabah, dan pengalaman itu membuatkan kita lebih matang dan tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. Dan bila ujian itu melanda sekali lagi, kita tahu apa yang perlu kita lakukan.

Dan sesungguhnya Sabar, redha (berlapang dada, terima dengan hati terbuka) , memaafkan itu adalah kunci segala ujian. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot




Ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa, ikut nafsu .... hancurlah hidup lu.. Hua3.. Reka je aku nih. Kerana mulut badan binasa, kerana pulut, sedap diamakan dengan kuah kari.. Kui3..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Dah3.. Jadi macam pertandingan mereka pantun la plak.. Haha.. Cukup la tu ek.. Sekadar biasa2 aje.

Yang baik itu datangnya dari Allah, yang lemah itu memang dari aku sendiri. Yelah, sapa mengaku benda yang ada kat tangan dia, dia reka, dia cipta? Meh report kat ambulance.. huhu..

Takde, korang carilah.. Pusing2, semua benda pasti akan kembali kepada bumi balik. Bumi sape cipta? bumi lagi kompleks daripada sebuah komputer. Takyah bumi, Nak cipta sekor lalat pun korang tak mampu. Apetah lagi tahi lalat.. Kui3.. aku yakin dan Pastilah Allah yang menciptakan alam ini serta segala isinya.

Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot


Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers