Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Kenapa Hati tak tenang? Tenanglah wahai hati..

2 komen mengomen
Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.
Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

http://i205.photobucket.com/albums/bb77/chimaira101384/heart.jpg

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...

http://musicalstewdaily.files.wordpress.com/2009/02/broken_heart_by_starry_eyedkid-1.jpg

Sumber
Justify Full

Tukar balik tajuk, Beradablah...

1 komen mengomen

Ust ni Tazkirah macam kanak-kanak la..

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillahirabbil alamin, wassolatuwassalamu ala asyrafil anbiya'i wal mursalin, wa ala alihi wasohbihi ajmain.

Amma ba'du,

Pertamanya, lapangkan fikiran anda dan setkan dalam minda bahawa orang yang berkata-kata ini bukanlah seorang ulama', ust mahupun motivator. Anggaplah aku orang biasa-biasa sahaja yang mahu berkongsi sedikit rasa dan bahasa. Ibarat setitik air di tengah lautan.

Dah lama tak mengupdate aktiviti harian kat sini, antara sebabnya merasakan diri ini tidak layak untuk berkata-kata, kerana setiap kata itu dirasakan seolah-olah membawa keburukan dan dosa. Maka lebih baik diam, kerana semakin banyak bercakap semakin banyak salahnya, makin bertambah dosa.

Aku bukanlah seorang yang suka bercakap, lebih kepada mendengar dan membaca. Walaupun hakikatnya aku sering masuk pertandingan debat dan bahas. Namun bukanlah bermakna aku seorang yang pandai bercakap.

Ramai orang kata aku ni kalau cakap tak jelas, kalau bahasa terengganunya 'bolok' atau tidak 'dok butir'. Kalau dalam keluarga, yang selalu tegur Ayah, dan suka mengejek Kak Ngah. Hehe.. Ayah selalu tegur, kalau nak cakap pelan-pelan/satu-satu. Baru orang mudah nak faham. Tapi, sampai sekarang aku rasa aku cakap sama je. mungkin ada la perubahan sikit. Sebab suara aku ni kalau slow memang kurang jelas, kena cakap kuat baru jelas. Nak wat camne kan? Itulah aku.. hehe..

Tapi ada lebihnya jugak, sebab kalau tersilap cakap orang tak dengar/faham. Haha.. Selalu je camtu.. Dalam proses islah la, aku suka stail Ust Ismail Kamus, kalau dia ceramah/mengajar dia akan sebut patah demi patah perkataan.

Tadi, lepas solat Isya' ada la sorang sahabat merangkap Ust aku ni cakap. Dia terasa hati sebab selama hampir setahun dia cakap/mengajar/tazkirah. Rupanya, ramai orang tak suka dengan cara penyampaian dia. katanya Ust tu tazkirah tak best dan sebagainya. Huhu.. Ramai? Tak taulah, berapa orang. Cuma, dia kata kenapa la diorang tak tegur secara face to face/direct? Kenapa nak mengata belakang? Takde ruang atau saluran dah ke untuk menegur?

Sekiranya betul (maklumat yang saya dapat, tentang isu ni, ada orang yang mengatakan sedemikian) seperti apa yang dikata maka bertaubatlah, kalau salah atau silap faham atau tidak wujud pun, maka anggaplah ini sebagai tazkirah drpda al-faqir untuk diri al-faqir penulis blog ini sendiri agar beradab dalam muamalah.

Kalau ada kurang/kelemahan, sama-samalah kita baiki. Kan itu lebih baik, sama2 senang hati, sama-sama dapat manfaat.. Tak gitu?


"Wahai orang yang beriman, bertolong-tolonglah dalam mengerjakan kebaikan dan ketaqwaan, dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam melakukan dosa dan keburukan"

Kalau aku pun, mungkin sedih jugak duduk tempat dia. Sebab apa, selama ni kenapa tak tegur? Dah nak hampir setahun baru dia tahu. tu pun mulut ke mulut. Seolah-olah sia2 je cakap selama ni. Bukan nak condem sapa-sapa. Sekadar teguran membina. Sama-sama kita Islah sahabat-sahabat ke arah kebaikan.

Hmm.. Aku sekadar cakap kat dia, sabar jelah, manusia memang macamtu. Takde manusia yang sempurna, dan tak semua orang akan puas hati dengan kita. Dan aku pun pernah merasa sedemikian. Dan mungkin sebab tu jugak, aku jadi kurang berminat untuk berucap dikhalayak ramai.

Rata-rata aku tengok orang Islam terutamanya, tidak beradab termasuklah aku. Samaada adab kita sesama Islam dan dengan bukan Islam. Dan dalam konteks ni, adab kita dalam menegur seseorang.

Sebagaimana kisah cucu kesayangan Rasulullah sallallahualaihiwasalam, Sayyidina Hassan dan Hussin dengan seorang tua yang salah ketika mengambil wudhu'. Walaupun mereka masih kecil, mereka tidak terus mengatakan , "Eh, Pakcik! salah amik wudhu' macam tu. Begini caranya." Tapi apa yang mereka buat adalah melakonkan semula cara wudhu' yang betul. Begitu indah rasanya Islam mengajar dalam menasihati seseorang yang melakukan kesilapan.

Kita lihat harini, orang non-Muslim lebih beradab atau berakhlak berbanding orang Islam sendiri. Sebab apa ek?

Padahal Islam mengajar "Addeenu nasihah" (agama itu nasihat). Dan dalam Islam sendiri diajar akhlak. Akhlak kita dengan Allah, akhlak sesama manusia dan akhlak dengan alam.

Aku nak cakap apa sebenarnya ek? Jadi sama-samalah kita renung sejenak Firman Allah s.w.t sebentar..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ يَسْخَرْ قَومٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلاَ نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ

يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلاَ تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلاَ تَنَابَزُوا بِالأَلْقَابِ بِئْسَ الاِسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الإِيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (الحجرات : 11 )

Surah al-Hujurat : 11

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik daripada mereka (yang mengolok-olokkan), dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada wanita (yang mengolok-olokkan). (al-Hujurat : ayat 11 )



p/s : Sebelum nak kondem org cermin dahulu diri kita. Bukan tak boleh kritik, tapi biarlah kritikan yang membina dan beradab. Sesuai dengan title kita sebagai Mahasiswa/wi Azhari/ah.

Ujian.. Tabung Uji? Ujikaji?

3 komen mengomen
Assalamualaikum geng2 ku sekalian, ape kabo? Lame xjumpe.. Hee.. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot




Aku puasa tau arini, tak ponteng lagi setakat nih. Haha.. Alhamdulillah. Sekian.. (Haih.. nak cakap tu je ke? Hehe.. Cukup la tu ye dak? huhaheho.. ngeh3)

Sebenarnya nak cakap pasal ujian, huhuhu.. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot




Ujian ni banyak.. Ujian memandu, ujian akhir taun, ujian UPsr.. Korang nak yg mane satu? pilih2.. Hehe.. Ujian keluarga, ujian hidup, ujian kehidupan, ujian kemahiran hidup, ujian,ujian,ujian...? huahuahua.. bukan uji rashid. Sebab aku pun xkenal dia yg mana satu. huhu.. kenal pada nama je. Tabung uji, ujikaji, banyak betul nama uji.. ish3.. Dah3. Merepek macam kerepek plak aku nih. Hui3.. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot




Banyak kan ujian dalam hidup nih? Kalau nak cerita tu, fuh.. tak terkata, tanggal gigi-gigi ni baru habis citer.. Kui3..

Menurut kata my naqib, in our life, we la budda(bukan agama buda, bahase arab tuu..)keh3 to face test in our life. Dah2.. Go Straight dont belok2. Allah said in al-Quran ayat 2-3 surah al’-Ankabut;

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]


Jadi, memang engkorang tak boleh lari daripada Ujian Allah, kalau nak lari jugak, pergi la lari kat track, balapan.. huhu.. Mmg dapat penat jer. Tapi Allah dah janji bahwa setiap Ujian yang ditimpakan ke atas seseorang itu pasti dia dapat memikulnya walaupun berat pada pandangan mataDapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot kita.




لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]


Oklah, berbalik kepada certita aku td. Ujian, hmm.. ape ujian yang aku kena? Ni sekadar cerita jela, aku kehilangan idea sebenarnya.. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspothuhu..



Satu hari tu, aku hadir kat program ni.(rahsia....) hehe.. Naik kereta yg aku pinjam (selingan, kawan sebelah aku kata pening kepalaaaa.... Kaco betul.. dia kata sebab makan bulu kambing semalam. hahaha..) Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Ish3.. Ha.. Setelah program tu berjalan, baru aku teringat akan surat yang perlu aku berikan kepada sorang ustak nih. Haih, aku denga sopan santun keluar dari dewan bak gadis melayu.. hui3.. (Aku tak suka rancangan gadis melayu.. teruk betul.. Apsal tak buat Pencarian Muslimah Zaman Kini) huhu.. And then Aku pun keluar la. Sekali tengok kereta aku dah hilang..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot aku pun pg lari dalam bilik air menangis.. kah3..


Hah? Mana kereta aku nih? Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspotAlamak... Jeng..jeng..jeng..

Aku pun tawaf la bagunan tu, sikit jer ag nak cukup 7 kali.. Hah.. Letih giler ni, dah la panas terik. Tak jumpa jugak. Aku pun tanya la orang2 kat situ, sape tau kemana kereta aku lari..?

Adela sorang kawan ni cakap, kereta aku dah kena bawak lari.. (Kawan aku bawak.. ) huhu.. Aku pun terus membelasah dia kerana tak bagitau aku awal2. hehe.. Maka, aku pun cari la kenderaan lain, lalu ternampak seekor kuda. Tanpa malu segan, aku terus menunggang kuda tersebut. Lagak seperti seorang pendekar.Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot Haha..

Sampai kat Batu Burok, tiba2 kuda aku tersengguk2. Apsal plak kuda ni meragam. Aduh, ke tuan dia tak bagi makan? Dahla telinga pun terkulai2 kena tiup angin. Aduyai.. Nak kata kuda sakit,Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot sihat..


Tula, sape suruh tunggang laju2. Kan dah pengsan. Huhu.. Rupanya kuda LC aku naik ni xminum lagi. Huhu.. (Motor Lc ni Takde minyak la maknanya..) Huhu.. Pam minyak plak ada dalam sekilometer lebih. Huhu... Sabar jela. Kena tolak dalam panas terik. Ibarat seorang musafir ditengah padang pasir.Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot Huhu..

Sempat jugak aku berenti rehat di sebuah masjid. Bertanya khabar dan bersembang2 dengan bilal masjid tersebut. Huhu.. Akhirnya aku meneruskan perjalan mengisi minyak, setelah setengah jam menolak kuda besi tersebut. Alhamdulillah.. Akhirnya kudakuDapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot segar kembali.

Aku terus la menunggang, hanya untuk mengambil sehelai Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspotwarkah untuk diserahkan kepada pemiliknya. Huhu.

Kerana Rasulullah menganggap kita semua pemimpin seperti sabda baginda, “Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu semua bertanggungjawab terhadap orang di bawah jagaanmu” (HR Bukhari dan Muslim). Ini adalah kepemimpinan dan kepertanggungjawaban terhadap diri dan orang dibawah jagaan kita


Maka, terpaksa jugalah aku melaksanakannya.. Akhirnya aku tiba semula ke tempat aku curi kuda tu tadi.. Hehe.. Sabar dan redha jelah kan. Ujian.. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Tapi banyak lagi ujian dalam hidup yang pasti kita terpaksa jua lalui. Dan sedarlah itu merupakan tarbiyah daripada Allah secara kita tidak sedar. Jangan hanya merungut hidup aku malang, kenapa aku miskin? Kenapa Allah buat begini kat aku? Celaka punya &%45 dan sebgainya akibat daripada bala' ataupun ujian yang ditimpakan keatas mereka.. Dan sebagainya..

Mengapa manusia sering terlupa bahawa mereka ini hanya menumpang di bumi Allah? Mengapa dan mengapa? Sebabnya kita lupa siapa diri kita.. Kita adalah hamba. Hamba sifatnya taat segala perintah Tuannya. Namun adakah kita seperti itu? Lu pikiaq la sendiri.


Ingatlah bahawa, setiap apa yang berlaku di atas muka bumi ini pasti ada hikmahnya. Yakinlah.. Ini kata2 yang aku selalu pegang.Kerana aku tahu Allah lebih tahu apa yang terbaik buat aku. DIA tahu apa yang aku mampu dan aku tidak mampu. Allah tidak zalim.

Seperti juga seorang cikgu, setelah sekian lama dia meleter depen murid2nya. Tiba2, dia nak uji anak2 murid tanpa diberi warning terlebih dahulu. Adilkah? Ya, sudah tentu adil kerana tujuan utama dia menguji adalah mahu melihat adakah apa yang diajarkan selama ini betul2 difahami atau tidak?

Begitu juga seorang tauke kambing, dalam banyak2 kambing yang dia bela. tibalah suatu hari dia nak ambik seekor untuk disembelih (Sembelih haiwan ternakan untuk dimakan, wajib dalam Islam, kerana disana ada hikmah yang kita tidak ketahui.. Huhu..) Apa yang telah ditemui, hasil kajian saintis barat, dengan sembelihan, segala darah yang terdapat dalam badan haiwan tersebut akan keluar. Dan peningkatan/bacaan otak (aku tak tau apa diorang panggil) mendapati haiwan yang disembelih lebih tenang, dan dalam kadar segera terus mati berbanding dengan cara yang selain dari sembelih kerana lebih menyiksakan)

Eh, cite kambing kan? bukan nak cite pasal sembelih. Huhu.. So, dalam banyak2 kambing, tuan dia nak ambik sekor, buat barbeque.. Hehe.. dicecah sos lada hitam. Fuhh.. Syok woo.. Adakah zalim?? Korang fikir le.. ngeh3.. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot


So, ujian datang dalam berbagai bentuk. Korang lebih mengetahui. Dan pasti ada yang korang takleh lupa dan sebagainya. Tapi, sedar atau tak, itulah yang membuatkan korang lebih tabah, dan pengalaman itu membuatkan kita lebih matang dan tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. Dan bila ujian itu melanda sekali lagi, kita tahu apa yang perlu kita lakukan.

Dan sesungguhnya Sabar, redha (berlapang dada, terima dengan hati terbuka) , memaafkan itu adalah kunci segala ujian. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot




Ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa, ikut nafsu .... hancurlah hidup lu.. Hua3.. Reka je aku nih. Kerana mulut badan binasa, kerana pulut, sedap diamakan dengan kuah kari.. Kui3..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Dah3.. Jadi macam pertandingan mereka pantun la plak.. Haha.. Cukup la tu ek.. Sekadar biasa2 aje.

Yang baik itu datangnya dari Allah, yang lemah itu memang dari aku sendiri. Yelah, sapa mengaku benda yang ada kat tangan dia, dia reka, dia cipta? Meh report kat ambulance.. huhu..

Takde, korang carilah.. Pusing2, semua benda pasti akan kembali kepada bumi balik. Bumi sape cipta? bumi lagi kompleks daripada sebuah komputer. Takyah bumi, Nak cipta sekor lalat pun korang tak mampu. Apetah lagi tahi lalat.. Kui3.. aku yakin dan Pastilah Allah yang menciptakan alam ini serta segala isinya.

Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot


Jejaka Kacak.. Tazkirah Ramadhan..

0 komen mengomen
A Beautiful Hadith
Hadis yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased..
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana


Rasu lullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:



'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'..
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Sejenak Bersama Kurma Sejuk.. Hehe..

2 komen mengomen
Assalamualaikum semua, Salam Ramadhan Kareem..

Puasa tak hari ni? Puasa sebenar2nya ke puasa tak makan dan minum je ni? Hehe..

Takpe2, orang tak tahu. Hanya Allah dan kita yang tahu bagaimana puasa kita harini. Kepada yg tak puasa tu, jangan la makan depan orang yer. Haha..

Bersyukurlah kerana ia juga satu nikmat. (Hehe..) Kerana penting jugak orang yg tak boleh puasa ni, sebab biasanya diperlukan sewaktu memasak untuk buke pose. Hihi.. yela, sebagai perasa makanan. Masin ke tidak, terlebih gula ke.. Kan3? Sape setuju angkat tangan? hehe..

Alhamdulilah, bersyukur kita kehadrat ilahi kerana masih di panjangkan umur dan masih berpuasa hari ini. Hari ke-12 dalam bulan Ramadhan.

Sama2lah kita berdoa " Allahumma bariklana fi ramadhan" Ya Allah berkatilah kami dalam bulan ramadhan. Moga2 ramdhan / ibadah kita diterima dan bukan sekadar lapar dan dahaga.

Sabda Nabi s.a.w. "Kam min sooimin laisalahu juu' wal atosh" maksudnya. "Berapa ramai dari kalangan orang yang berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga"

Yela, puasa sekadar ikutan, bukan kerana Allah taala. Puasa perut dan tekak jer. Tapi hati, lisan, telinga, mata dan anggota yang lain tidak dijaga.

Alamak, dah terlambat nak bersiap2 g solat terawih. hehe.. jumpa lagi nanti.

Eh, tak sentuh lagi pasal kurma kan? hehe..

Berbuka puasalah dengan memakan kurma kerana ia merupakan satu sunnah nabi s.a.w. Malah diakui oleh para saintis, bahawa kurama memberikan tenaga, kerana didalamnya terkandung gula dan serat. Haih.. Betul ke tak nih?

Korang sambung la sendiri ek. Kepada pakar2 biologi dan seangkatan dengannya. Tolong hurai sket ek.. Aku men hentam je nih. Sekadar nak sampaikan sedikit kata2. Buat pengisian blog. Tak rancang pun nak tulis benda ni. tapi sebab terasa ruang blog yg ada ini kosong tanpa ilmu. Nak jugaklah cakap.

Selamar berpuasa dan selamat berbuka. Seeru ala barakatillah.

Jangan lupa baca doa berbuka. "Allahumma laka sumna wabika amanna, wa ala rizkika aftorna, birohmatikaya arhamarrahimin." Aminn..

Kawannnnnnnnn3.. Jemput makan.!!! Hehe. (Teringat tarbiyah kat BTN aritu, setiap kali nak makan, baca doa ramai2.) Jawapan daripada kawan2. "Terima kasihhhhhh" Yeaa...

Sejenak bersama kurma sejuk. Yela, kalau nak panasa, korang bakar lah atas api. Takpun makan atas kuali. Hehe.. Dalam sauna pun panas jugak. Aku makan dalam peti sejuk. sebabtu kurma sejuk. haha.. Astaghfirullllahalazim. lagho2.

Ust Azhar? Korang kenal ke tak?

0 komen mengomen

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum semua, sempena bulan Ramadhan ni, sukacitalah aku untuk memperkenal dan mengajak kalian semua untuk sama2 mendengar kuliah-kuliah ilmiah untuk menambahkan kefaham kita terhadap Islam serta hukum2nya. Sepertimana Nabi Sallahualaihiwasalam bersabda : Jadilah orang yang berilmu, atau orang yang mengajarkan ilmu, atau orang yang mendengar, atau orang yang cintakan kepada ilmu, tetapi jangan menjadi orang yang kelima, yang tidak berilmu, tidak mengajarkan ilmu, tidak mendengar ilmu disampai serta tidak menyukai orang2 yang berilmu"



Ust Azhar Idrus ni antara Ust favoret aku la, best giler. Tak kering gusi korang dengar, Kira macam selebriti la kaalau kat Negeri Terengganu ni. hehe.. Sambil menadah ilmu, korang boleh la buat kerja lain. Tapi awas, Ust ini orang Terengganu. Nanana.. Ganu kite.. Hehe.. Tapi dah mengajo samapi ke Johor & Kelantan. Ust ni aku kenal masa sekolah menengah dulu, best tak best, sampai aku sanggup fly(Hehe???) bukan fly per, nak g dengar ust ni ngajo je. huhuhu.. Kalau nak dengar dan tonton kuliah2 lain. Kat atas blog aku ni ada tulis. Kuliah.Net. korang tekan jelah. Bukan susah pun.

Renung2kan dan selamat beramal. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Berlumba-lumbalah kita dalam beribadah demi menggapai redha Ilahi. INsyaAllah. Seeru ala barakatillah.

Puasa, puasa,puasa.. hehe..

4 komen mengomen





Bismillahirrahmanirrahim, Ramadhan Kareem.. Allahumma ballighna ramadhan!! Ya Allah pertemukanlah aku dengan Ramadhan… Moga-moga ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang sebelumnya. Amin3 ya rabbal alamin.



Assalamualaikum semua, Ramadhan 1430 Hijrah, bakal menemui kita 2hari lagi, moga-moga Allah pertemukan kita dengan bulan yang dipenuhi dengan keberkatan dan rahmat yang melimpah ruah, melebihi bulan-bulan yang lain. Yang mana didalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. (Korang dah tau dah pasal malam ni, tiap2 tahun mesti ada yang akan bercerita, berkuliah, tazkirah dan sebagainya).



Namun itulah hakikatnya yang perlu kita terima kerana ia tidak pernah berubah dari tahun ke tahun, dari zaman ke zaman sampai hari kiamat. Ia pasti akan berulang dan berlaku. Namun, persoalannya, adakah kita benar-benar beramal dan mencari redha dan rahmat Allah dibulan tersebut??Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot




Teringat masa aku kecik dulu, aku puasa sebab dapat upah, kalau setengah hari dapat 50sen, kalau penuh dapat seringgit. Haha.. Ish3.Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspotmaterialistic jugak aku ni dulu ek.. hehe.. tapi yela, sebagai satu insentif untuk aku berpuasa. Masa mula2 puasa, puasa setengahari jer, tepat jer pukul 12 atau pukul 1 petang, dengar je azan zohor, terus berbuka, orang buka puasa bila dengar azan maghrib, ni azan zohor. Haha.. Aku,aku.. yela, zaman budak2 dulu. Korang pun sama jugak agaknye. Hehe..Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot


Lepastu, stage ke-2 puasa penuh. Bersahur bukan main, makan punya la banyak, untuk simpanan siang hari nanti konon2nya. Tapi lepastu, baru 2,3 jam dah tak larat, Bertahan la jugak nak boleh sampai ke petang, sampai jalan pun dah tak larat. Ibu suruh buka puasa, tapi degil, tak nak jugak buka. Sampai terbaring-baring tunggu nak berbuka. Huhu..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot




Besar sikit, dah boleh puasa penuh, tapi masih diuji,
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

yela.. geramnyer masa bulan pose ni la banyak rancangan buat kek. bulan tak pose tak nak plak wat rancangan memasak bersama conflakes dan Macam-macam lg la.. huhu.. geram betul. Mmg menguji perutku yang lapar.. terliur tengok. Mula la berangan nak beli conflakes banyak2, nak buat biskut la konon2nya. Haha.. tapi lepas berbuka dah tak ingat da menda2 tu semua. Alhamdulillah, jimat duit aku “ (kata ayah dalam hati)<- firasat aku jer. Ayah jangan marah lak yer.. hehe.. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot





Pastu, pergi bazaar ramadhan. Huahuahua..Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot lagi hebat dugaan. Dengan bau ayam panggang, ayam percik, ayam goreng, kuey tiow hongkong/kuey tiow kungfu (ye,Ye.. jer, biar baru kenal pun keuy tiow tu masa sekolah menengah dulu, sampai sekarang suka makan.. haha..Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot) air sirap, ice blended, air kacira, yoes campur.. pergh.. menusuk kalbu. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspotRambang terus mata.

Ada sekali tu, lepas beli air tebu, tak ingat plak puasa, rasa cam pegi pasar malam jer. Ada ke abg jual air tu bagi yang dalam plastic yang 50sen, jadi memudahkan aku untuk minum.
Bukan salah aku la maknanya..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspothaha.. Maka, dengan selambaer aku menyedut air itu hingga hamper habis di depan orang ramai, akhirnya baru perasaan.


“EH, Puasa la.. adeh..Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspotnak wat camner nih?? Abis la pose aku??? Huhu (Tapi dalam hati kata : Best jugak dapat minum,Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspottak ingat sekali sekala takpe. Tuhan tak marah) hehehe.. Bahagia betul hari tu sebab dapat minum air tebu. Hahaha.. Balik rumah, buat2 tak larat, sbb nnt ibu,ayah,akak n abang2 kata mesti tak pose ni. Segar jer nampak.. hehe.. Pandai jugak aku berlakon.. Hahaha.Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot



Bab sahur plak, memang susah nak bangun, mesti ibu kejut 7,8 kali. Baru bangun. Kalau ibu kejut wat rilek jer, kalau ayah kejut sume terus bangun jer. Hehe.. yela, ayah garang sket masa aku kecik2 dulu. Tu pun, 2,3 kali jgk ayah kejut. Sampaikena cubit. Sekarang ayah dah tak macam dulu. Baik hati & Penyayang. Like father like son..; hehe.Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot Pastu, Sampai tertidur dalam pinggan pun ada. Ish3.. teruk beno nak bangun sahur aku nih. Aku, aku.. masa kecik dulu la. Sekarang tak bangun terus.Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot
Haha.. yela dah beso, dah biasa kat asrama dulu tak sahur kalau puasa sunat. Kalau puasa wajib lain plak ceritanya. Mesti chek dulu sahur lauk pe,? kalau lauk ayam gerenti dewan makan penuh dengan manusia2 yang jarang dilihat bersahur, kecuali aku. Haha.. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspotkadang2 jer ikut mood. Baiknya la budak nih.. hehe..



Dah2, berbalik kepada tujuan aku nak tulis entri ni..Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Inilah yang membezakan ramadhan kali ini dengan ramadhan-ramadhan yang telah kita tempuhi sebelum ini. Aku bukanlah seorang yang fakih mahupun seorang alim lagi warak dalam bab-bab sebegini. Namun itulah yang sering aku fikirkan dari tahun ke tahun. Adakah amalanku diterima? Adakah aku telah menemui malam yang lebih baik dari seribu bulan sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah didalam Al-Quran dalam surah Al-qadr :


1.Innaa anzalnahu fii lailatil qadr.

2.Wa maa adrooka maa lailatul qadr

3.Lailatul qadri khairummin alfi syahr.

4.tanazzalul malaa’ikatu warruuhu fiihaa bi iznirabbihim minkulli amr

5.saaalamun hiya hatta mathla’il fajr.

Maksudnya:

1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.

2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan

4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.

5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).

TAFSIRNYA

Lailatul Qadr juga dikenali dengan Lailatul Mubarakah sebagaimana yang disebut dalam firman Allah yang berbunyi, “Innaa anzalnahu fi lailatin mubaarakah.” yg maksudnya, “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya(al Qur’an) pada malam yang penuh keberkatan”. Dan malam tersebut sudah pastinya di bulan Ramadhan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al Qur’an.” Ibn Abbas berkata: Allah telah menurunkan al Qur’an dalam jumlah yang satu(sekaligus) daripada lauh mahfuz ke baitul ‘Izzah di Langit Dunia. Kemudian ia diturunkan secara beransur-ansur berdasarkan kejadian yang berlaku sepanjang kehidupan Nabi Muhammad sebagai Rasulullah selama tempoh 23 tahun.



Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers