Demo Lagi : A Samad Said

0 komen mengomen


Bagi memansuhkan serta-merta dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), seorang Sasterawan Negara mencadangkan satu lagi demonstrasi diadakan.

anti ppsmi rally 070209 tear-gasBercakap kepada Malaysiakini malam ini, Datuk A Samad Said menyatakan rasa "tidak begitu senangnya" dengan keputusan kerajaan semalam yang hanya memansuhkan dasar kontroversi pada 2012.

"Apa yang berlaku sekarang ini bukan memansuhkan (terus) PPSMI tetapi pemansuhan berlaku pada 2012, ini hanya pengumuman penangguhan PPSMI," katanya.

Beliau diminta menjelaskan lebih lanjut kenyataan awalnya di akhbar web PAS yang menyebut "demonstrasi jalanraya perlu diadakan sekali lagi tanda komitmen seluruh rakyat membantah PPSMI dan mendesak kerajaan segera memansuhkannya."

"Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam Dewan Rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal," Harakahdaily hari ini memetik A Samad sebagai berkata dalam satu wawancara.

gmp protest 310108 samad saidSatu demonstrasi besar diadakan 7 Mac lalu, diketuai antaranya oleh A Samad sendiri, bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memohon baginda campur tangan membatalkan dasar tersebut yang sentiasa dibantah sejak ia diperkenalkan.

A Samad (foto kiri), yang juga penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), dilaporkan berkata "tidak ada sebab bagi kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar tersebut hingga ke tahun 2012 sedangkan ketika mahu melaksanakannya ia boleh dilakukan dalam tempoh enam bulan."

Pengumuman Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata tokoh sastera itu lagi, bersifat "mengumpan rakyat untuk menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai dan juga pilihanraya umum ke-13."

"Apa yang diumumkan oleh Muhyiddin itu hanya menangguhkan pemansuhan PPSMI bukan memansuhkannya terus.

NONE"Jika benar mansuhkan, sepatutnya tahun depan semua pelajar Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat sudah mula belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu," A Samad dipetik berkata.

"Alasan mengatakan untuk mansuhkan perlu ambil masa tidak logik kerana ketika perdana menteri keempat dahulu (Tun Dr Mahathir Mohamad) mahu laksanakan hanya boleh ambil masa enam bulan, kenapa perdana menteri keenam (Datuk Seri Najib Razak) perlu ambil masa tiga tahun untuk mansuhkan?"

GMP pula menganggap pengumuman kerajaan semalam bermakna "mulai 2010 semua pelajar baru Tahun Satu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 akan memulakan sesi baru tahun (depan) dengan menggunakan bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda sepenuhnya."

"Untuk tujuan itu kementerian seharusnya telah bersedia untuk menyediakan buku teks dan bahan-bahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa ibunda," kata Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad.

"GMP penuh berharap agar perubahan ini berlaku bukan sahaja di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah sahaja malah meliputi semua peringkat pendidikan termasuk peringkat universiti."

anti ppsmi math and science education in english school childrenUntuk menangani kelemahan penguasaan Sains dan Matematik sewaktu PPSMI dilaksanakan, menurut satu kenyataannya hari ini, GMP menggesa Kementerian Pelajaran "mengadakan kelas pemulihan untuk membaiki pencapaian mereka" setaraf dengan mutu dua mata pelajaran tersebut sebelum 2003.

Dr Hassan juga mengumumkan satu majlis Sambutan Pemansuhan PPSMI yang akan diadakan di Stadium Baru Bandar Bangi pada 9 malam 19 Julai ini.

Sementara itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula dilaporkan berkata pengumuman ini bertujuan menjaga "kepentingan kroni" yang membekalkan peralatan pengajaran dan pembelajaran PPSMI.

"Patutnya ia dimansuhkan hingga tamatnya persekolahan akhir tahun ini. Maknanya tahun hadapan, dasar itu tidak perlu lagi dilaksanakan.

"Kenapa mereka tidak mansuh segera, jawapannya ialah kerana masih ada projek termasuk membekal buku, laptop dan peralatan sebagainya yang diberi kepada kroni dalam dasar PPSMI ini," katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.

Menyifatkan pengumuman itu "tidak boleh dipercayai", Mahfuz juga bimbang keputusan terbaru kerajaan itu tidak akan dilaksanakan "memandangkan dasar kerajaan sering bertukar".

Beliau dilaporkan berkata, jika BN berjaya kekalkan kemenangan kerajaan pusat pada pilihanraya umum akan datang, pemansuhan pastinya boleh berubah dengan pelbagai alasan.

"Ini sering berlaku kerana pemimpin yang ada hari ini jugalah yang mengampu dasar PPSMI ini semasa ia diumumkan Tun Dr Mahathir enam tahun lalu," Mahfuz dipetik berkata.

PPSMI: Dr Mahathir minta undian pembaca blog

0 komen mengomen

kemaskini 4.08pm Bagi menguji sikap terhadap dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan undian isu tersebut di blognya mulai hari ini. Che Det

"Saya tidak terperanjat mendengar kekecewaan dan malah kemarahan terhadap kerajaan berhubung keputusan (memansuhkan) pengajaran Matematik dan Sains," katanya petang ini.

"Nampaknya, kerajaan tidak mendengar suara rakyat."

NONEMenulis di blog peribadinya, mantan perdana menteri berkata "mungkin undian di blognya boleh mencelikkan mata kerajaan bagaimana pendapat orang ramai" berhubung keputusan semalam.

Dasar kontroversi PPSMI dimansuhkan sepenuhnya mulai 2012 seperti diumumkan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas jemaah menteri menyokong pembatalan dasar yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir pada 2003.

Susulan keputusan terbaru kerajaan, di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu, manakala sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Soalan yang ditanya di undian Che Det berbunyi "Apakah anda menyokong keputusan kerajaan untuk mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia?".

Pembaca yang menyokong pemansuhan PPSMI harus menjawab "ya", dan mereka yang ingin mengekalkan dasar tersebut "tidak".

Setakat jam 4.08 petang, 1,880 undi atau 72 peratus menolak pemansuhan PPSMI, manakala 520 undi menyokong pengumuman kerajaan semalam.

"Saya akan cuba memaklumkan kepada kerajaan tentang pendapat anda," kata Dr Mahathir lagi.

Semalam, beliau menafikan bersetuju dan menerima pemansuhan dasarnya itu, sekali gus bertentangan dengan kenyataan Muhyiddin sewaktu mengumumkan perkara berkenaan.

"Kerajaan sudah buat keputusan. Saya cuma diberi taklimat, saya cuba beri cadangan, minta kalau tak boleh dibuat semasa sekolah rendah, sekurang-kurangnya di sekolah menengah, tapi mereka tolak dan tak terima.

"Jadi itu bukan consultation (perundingan), tapi cuma taklimat," Dr Mahathir dipetik berkata.

Tokoh utama di belakang PPSMI itu juga dilaporkan berkata beliau "sedih kerana anak-anak akan jadi mangsa" dasar mengajar bahasa ibunda bagi Matematik dan Sains.

Sumber Malaysiakini

Komen aminmenulis. Jom same2 mengundi kat blog che det.. Terpulang kat korang setuju/tidak. Kalau aku memang tak setuju...
Renung2kan dan selamat beramal.

Nasharudin Jalani Pembedahan

0 komen mengomen

Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa pagi ini menjalani pembedahan kecil di Hospital Serdang, Selangor ekoran masalah pendarahan usus kecilnya. Beliau dimasukan pagi tadi dan baru sekejap tadi pembedahan selesai. Beliau dijangka keluar petang ini.

Gambar Nasharudin dihospital Serdang.

Sumber : MSO

Korang nak tak panjang umur dan murah rezeki?

0 komen mengomen

Ni aku nak kongsi email yg aku dapat semalam, moga2 menjadi iktibar dan inzar buat kita semua..
baca sampai habis..
Renung2kan dan selamat beramal.

Korang nak tak panjang umur dan murah rezeki?
Nak ?
Tentu korang nak bukan?
Baiklah, teruskan bacaaan, tapi sebelum itu...

Sebelum korang meneruskan pembacaan entry ini, perlu di tekan kan bahwa,
perkataan "korang" adalah termasuk juga diri 'aku' sendiri...harap maklum.



Salam......

SEBUAH CERITA SECARA 'MAYA'....

Aku berjumpa dengan para remaja dan bertanya?
Apa yang korang mahu?

Jawab mereka...
Kami mahukan HARTA kekayaan, dengan harta, dapatlah kami enjoy puas puas..,
barulah faham erti kebebasan..ha ha ha!

Kemudian aku berjumpa pula dengan golongan yang dah senja (orang tua@tua kutuk)
lalu bertanya?
Apa yang Pakcik mahu?

Jawab mereka yang tua-tua itu...
Kami mahukan keSIHATan tubuh badan, dengan tubuh yang sihat, bolehlah kami
menikmati erti hidup...

Ok, kemudian..aku jumpa pula golongan cerdik pandai dan bertanya?
Apa yang anda mahu?

Jawab mereka...
Kami mahukan UMUR panjang.., dengan umur yang panjang, kami boleh meneroka
pelbagai bidang ilmu sains dan falsafah yang akan membawa erti kepada tamaddun
manusia...

Hmmmmmm, tiga perkara ini begitu penting sekali nampaknya...
Korang pun nak tiga perkara ni bukan?
-Harta

-Sihat

-Umur

Itu yang selalu doa: panjang umur murah rezeki tu kan? Kan? Kan?
( akuPUN sama..oh)

Baiklah, sekarang cuba kita tanya pada Sahabat-sahabat r.a.:
Apa yang mereka mahu?

Kata saidina Umar r.a apabila melihat harta rampasan perang yang melimpah ruah
di zaman pemerintahannya. .. (lebih kurang maksud):

"Aku tidak mahu harta ini... jika ianya baik, kenapa harta ini tidak datang pada
zaman Nabi saw dan Abu bakar r.a?

Berkata pula saidina Abu bakar r.a ketika terlanggar tunggul (tidak
sengaja)sehingga kakinya berdarah...( lebih kurang maksud):

"Sudah beberapa hari aku susah hati kerana tiada musibah(sakit) yang menimpaku
seolah olah Allah murka kepadaku yang telah banyak berbuat dosa ..., tapi
Alhamdulillah hari ini, kaki ini telah luka berdarah terlanggar tunggul, semoga
Allah mengampunkan dosaku...

(oh...)

Kata saidina Khalid ra selaku 'pedang Allah'...ketika balik dari medan
perperangan. ..
(lebih kurang maksud)
"hati ini ingin sekali mati di jalanMU ya Allah, nampaknya aku telah kembali ke
rumah ku yang sempit dan telah meninggalkan syurga yang luas, aku cemburu kepada
mereka yang mati syahid di jalanMU ya Allah...

Nota: (wahai 'pedang Allah'.. Allah telah muliakan 'pedang Allah' dengan tidak
pernah jatuh akan 'pedang Allah' di jalan Allah..subhanAllah. .)

Maka korang semua, bagi para sahabat nabi, yang telah di jamin syurga ketika
hidup lagi.. mereka semua tidak berkeinginan dengan :
Harta yang banyak dan umur yang panjang....

Sekarang, aku nak tanya...
Apa yang korang mahu?
-Panjang umur dan murah rezeki?

Baik, sekarang mari kita tanya pada kekasih kekasih Allah tentang apa yang
mereka mahu...?

Nabi Muhammad s.a.w.
Allah mencadangkan agar gunung Uhud di tukar menjadi emas dan menjadi hak milik
baginda.
Jawab baginda SAW lebih kurang maksud...
Biarlah aku hidup miskin, bila aku lapar, aku ingat pada MU, bila aku kenyang
aku bersyukur padaMU...

Nabi Ayub a.s.
Ketika di nasihatkan oleh isteri tersayang supaya doa kepada Allah minta sembuh
segala penyakit (Nabi Ayub a.s di uji dengan bermacam macam penyakit.-rujuk
kitab.) Jawab Nabi Ayub a,s lebih kurang maksud...
Biarlah aku hidup menderita, sebelum ini terlalu banyak nikmat Allah yang telah
di kurniakan kepadaku..., aku malu untuk minta sembuh...

Nabi Daud a.s
Ketika berjumpa dengan malaikat maut yang datang ziarah, bukan nak cabut nyawa,
telah berkata akan Nabi Daud a.s kepada Izrael...
lebih kurang maksud...
"boleh tak tolong cabut nyawa aku? Aku ingin rasa penderitaan maut!"

Maka korang semua, bagi para kekasih Allah langsung tidak berkeinginan dengan :
Harta yang banyak dan umur yang panjang....

Sekarang, aku nak tanya...
Apa yang korang mahu?
-Panjang umur dan murah rezeki ler...
(Isk..isk... )

Sekarang kita tanya pulak pada setan:
Apa yang setan mahu?

Setan kata: aku mahu umur panjang sampai kiamat!
(dan Allah telah memakbulkan doa setan serta melaknatnya! !)

Apa yang firaun mahu?
"aku mahu panjang umur"

Apa yang Qarun laknatullah mahu?
"aku mahu murah rezeki"

Apa yang korang mahu?
"panjang umur dan murah rezeki"

(no komen...)

Kita tanya pulak lagi sekali kepada para sahabat r.a, apa yang mereka mahu?

Apa yang Abu bakar r.a mahu?
"aku ingin menjadi sehelai rumput yang hujung hayatnya di makan oleh lembu"
(di suarakan kerana takut dan taqwa kepada Allah)

Apa yang Aisyah r.a mahu?
"aku ingin sekali menjadi burung yang terbang bebas tanpa perlu risau hari
pengadilan di padang mahsyar kelak!!!

Apa yang Umar r.a mahu?
"aku ingin sekali jika ibuku tidak melahirkan aku langsung"
(juga di suarakan kerana begitu takut dan taqwa kepada Allah)

Nota: takutkan Allah akan menunjukkan jalan ke arah segala kebaikkan!!!

Baiklah, berhenti sekejap bertanya itu ini begitu begini...Sekarang mari kita
tanya org dalam neraka pulak..

Wahai ahli Neraka, apa yang korang mahu?
"aku ingin kembali ke dunia walaupun sesaat untuk berbuat kebaikkan... "

Pendek kata: Firaun, Qarun, Namrud, Haman dan semua ahli neraka mintak dengan
Allah kembali ke dunia untuk beramal ugama, diorang nak MASA!!!

Korang semua!!!
Banyak betul masa yang ada untuk baca email ni.., jadi aku nak tanya korang
semua!!!!

Apa yang korang MAHU?
Sila jawab sendiri sebelum jadi mayat, sementara masih ada masa...

Penutup:
Sabda nabi s.a.w lebih kurang maksud: Ummat akhir zaman akan di timpa penyakit
"wahan" yang menyebabkan Allah cabut kehebatan islam dalam hati...

Apa itu 'wahan'?

Jawab nabi saw: "Cinta dunia dan takut mati!"

Dan aku tambah sikit supaya korang (dan aku yang jahil ini), lebih memahami
tentang apa itu "wahan"
Wahan setelah di huraikan panjang lebar lalu di pecah kecilkan maka ianya
dapatlah di buat kesimpulan bahawa itu adalah keinginan untuk panjang umur dan
murah rezeki..!!!! oh

Tahukah korang bahawa makhluk yang mintak panjang umur dan murah rezeki adalah
setan! Dan Allah telah memanjangkan umurnya sampai kiamat dan bagi rezeki sampai
kiamat!!!!!

Firaun, Haman, Qarun, namrud dan lain lain Naktullah juga berkeinginan untuk
panjang umur dan murah rezeki, tapi Allah dah jadikan mereka mayat dan bakal
masuk neraka!!!!

Akhir sekali, selaku bukan doctor, maka aku akan bagi tanda tanda penyakit
'wahan', kerana korang dah banyak 'makan makan' santapan rohani (kononnya),
terimalah pencuci mulut dari aku dalam bentuk serbuk lada he he he, siapa yang
makan lada dialah yang rasa pedasnya!!!

Tanda tanda korang ada penyakit 'wahan'...
(fakta di ambil dari kepala otak aku sendiri.!!.) Mudah di tipu oleh skim cepat
kaya...
(Tipah) tertipu oleh penjual ubat umur panjang Simpan duit banyak banyak dalam
bank Teringin nak jadi jutawan segera!!!
Nak jadi penyanyi
biarkan tanah perkuburan mak bapak semak samun..(jenguk pun time raye je) tengok
Masjid kosong tak rasa apa apa.
Pergi pasar malam waktu azan sedangkan belum datang bulan...
Lupa kepada mayat..errr lupa mati.
Bercita cita nak tengok, spiderman part 4, superman return part 2, dan macam
macam part lagi!!!
Suka tengok drama TV yang bersambung.. .
Suka tengok hiburan atau sukan secara 'live'
Malas baca Al-Quran
Malas solat jemaah
Selalu forward email merapu
Suka hias depan rumah dengan landskap yang mahal mahal.
up date lagu terkini di carta TV/radio
Suka hias kereta
Up date Porno hehari
Takut hantu
Takut melihat kereta mayat
dan banyak lagi!!!!
Eh, apsal aku pulak yang rasa pedas ni?!!!! OH... isk..isk...( terasa jahilnya
aku...)

Sekian...
0 komen mengomen

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers