Kesiannyer la kan, bila tak yakin rezeki Allah yang tentukan..

2 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim, Allahummasolli ala muhammad,

Assalamualaikum w.b.t.

Hmm.. Kesian plak bila ada kawan-kawan citer, adala sorang sahabat ni kena nasihat. Kita ni masa belajar tak payah la tumpu kat benda lain, tumpukan belajar cukup la. Jangan la duk nak berjuang la, ape la.. Kang susah nak kerja bila abes belajar.. Hahaha.. Kesian pun ada, kelakar pun ada.. Ada jugak rupanya orang camni kat bumi nih..


Kesian la sebab dia tak yakin rezeki, kerja, itu semua Allah yang tentukan. Tak yakin dengan janji Allah?

"Sekiranya kamu tolong Allah dalam urusan agama-Nya, nescaya Dia akan menolong kamu"

Jangan la dengar semata-mata lagu dan lirik yang dinyanyikan Allahyarham Ust Asri Rabbani. Mana milik kita? Fahamilah maksud lagu ni dalam2, kalau boleh bukak speaker tu sampai habis level dia, tekap dekat telinga. Dengar betul2.. Ish! Geram aku..

Dengar jelah, kalau tenet lambat, baca lirik kat bawah ni diam2 sudah...



Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Bumi langit ciptaannya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaanNya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita,
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segala
Malulah kepada Allah
Kerna milik ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita disisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepadaNya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahkan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya..



Bila orang beragama/belajar agama cakap macamtu memang kesian betul.

Kelakar ke? Boleh tahan la jugak, sebab macam orang takde ilmu je walaupun hakikat duduk dekat dengan para masyaikh.. Hmm.. Lebih tepat Bumi para anbiya'.

Cuma nak tanya soalan sikit kat orang camni, kamu tu yang asyik duk diam, duk mengampu dan sebagainya dah terjamin ke kerja? Rezeki? Yakin ke sempat kerja lepas abis belajar nanti? Yakin ke esok kamu ada lagi? Yakin ke diri tu duduk kat Syurga atau neraka? Jawablah ye..

Kalau taknak berjuang menegakkan kaliimah Allah & Syiar Islam dan yang seangkatan dengannya, janganlah pengaruh orang lain untuk jadi seperti kamu.. Kita bukan pemula rantai perjuangan Rasulullah, maka andai tidak menjadi mata rantai penyambung, cukuplah jangan jadi pemutus rantai perjuangan Rasulullah ini. Noktah.

Kalau kita tidak berpenat lelah, bersusah payah, ditekan dan sebagainya untuk Islam siapa lagi? Baru tak dapat kerja dah menggelabah, Nabi s.a.w. lebih hebat daripada tu.. Sunnah para nabi memang akan ditimpa kesusahan.

Akhirat itu ibarat barang yang dijunjung, dunia pula barang yang dijinjit. Jika barang yang dijunjung itu hampir terjatuh, maka lepaskanlah yang dijinjit untuk menyelamatkannya.

Kejarlah Akhirat, Nescaya Dunia Datang Mengekori..

Jom pakat g ramai-ramai

1 komen mengomen
Bismillah, walhamdulillah..

Assalamualaikum w.b.t.

Pada 15-18 Februari 2010 ini, Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) akan mengadakan Hari Keluarga dan Mahabbah Anak Terengganu (HIKMAT). Semua anak Terengganu di Mesir dijemput dan dipersilakan untuk menghadiri serta memeriahkannya. Pelbagai aktiviti menarik seperti Riadah, Electronic Soccer, Futsal, dan banyak lagi..



Jumpa anda disana.

Selamat Berjuang di Tanah Air..

2 komen mengomen
Bismillah, walhamdulillah..

Marillah sama2 kita mentajdid iman kita dengan kalimah La ilaha Illallah.

Hidup memang tidak lekang dari ujian dan musibah. Setiap masa dan ketika pasti ada ujian yang menimpa. Tidak lain adalah kerana Allah mahu menguji setiap hamba2nya yang mengaku beriman. Allah timpakan itu semua samaada untuk menghapuskan dosa-dosa hambanya atau menambah iman mereka. Terpulang kepada orang yang beriman menilai dari sudut manakah dirinya. Maka, pendapat al-faqir sendiri Allah menimpakan sesuatu ujian dan musibah itu untuk menghapuskan dosa-dosa al-faqir yang terlampau banyak. MasyaAllah, Alhamdulillah.

Malam ni senior-senior @ abang2 ramai yang dah nak balik Malaysia. Huhu.. Rasa macam tak best jer bila diorang takde. Dahla yang nak balik ni semua hebat2 n peramah orangnya. Rasa begitu kehilangan, tak balik pun lagi dh rasa.. Memang instinct giler.. Ukhuwwah tu rapat.

Kepada Ust Fahmi, Tok Imam a.k.a Ust Nafizul, Ust Syukrillah, Ust Ridhuan Mohd Nor. Selamat pulang ke tanah air. Ikutkan hati nak jer hilangkan pasport/tiket. Tapi zalim sangat nampaknya. Nak buat camne, tiada hak untuk menghalang mereka. Apa yang penting, kerjasama.. Apa yang penting, walaupun mereka akan meninggalkan kita, pastikan diri kita tidak berubah dan terus mara kehadapan. Gantilah tempat mereka..

Buat Ust Fahmi, Ust Syukri terima kasih banyak-banyak kerana kalianlah yang telah banyak mengajar kami tentang kehidupan di Mesir ni. Sejak hari pertama kami sampai dah bawak jalan2 sekitar Asyier. Tunjukkan kami tempat2 Talaqqi, perkenalkan dengan masyaikh disini, banyak memberi dorongan buat kami untuk terus belajar dan belajar. Anugerah yang tidak terhingga buat kami.

Gambar Maarad Kitab

1 komen mengomen
Bismillah, walhamdulillah..


Fiqhu al-Jihad by Yusuf Qardawi & Syamail Muhammadiah by Imam Tirmizi Hafizahullahu alaihim.


al-Muwatta' by Imam Malik Ibn Anas radhiaAllahuanhu.


Fiqhul Jihad written by Dr Yusuf Qardawi Hafizahullah.


Fiqhul Jihad Juzu' awal, the Second Juz i dont take the picture. This book odered by Ust Hishamuddin bin Abdul Karim from Kemaman Terengganu. Insyaallah, delivered by this February 8th 2010.


Waiting for the taxi..



The chair are used to sit not to look..

Too heavy!! Me or the books? haha..


Mat Kitab or kitab man..


Keletihan mengheret berkotak2 kitab, teksi dan kerusi same je, dua2 takde.. Sebab kerusi ada dalam teksi, bila teksi takde, kerusi pun takde, tapi tak kalau kerusi ada tak semestinya teksi ada.. dan bila teksi ada yang ada pun ada yang takde pun takde la.. ada faham? fuh.. sejam lebih menunggu.. huhu..


The bags and the books..


The searcher.. They are freezing..


The carrier..


Sometimes we should stop/rest while others keep moving..


The subject is..



With our naqib, Ust Syafizi..


Discussing with Ust Khairuddin about our master plan today..


The macho man.. Ust Muzani.


They are three right..?


Keep moving.. We can't stop at the begining as a tolibul ilmi to reach the top of the ma'rifat..
InsyaAllah, i will upload the rest of the pictures..

Pengubat Rindu.. Hehe

2 komen mengomen



Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, seronoknyer...
Imtihan fasa 1 dah habis..
Masanya untuk ke Maarad Kitab..
Berita baik..
InsyaAllah, bulan 3 ni Ibu dengan Ayah rancang nak pergi Umrah, lepastu nak ziarah Mesir sekali.. Hehe...
Moga2 dipermudahkan segalanya. Harap2 jadilah.. aminn...

Jadi, masih ada 8 tempat kosong untuk trip umrah ni.

Kepada sape2 nak buat Umrah serta Ziarah boleh la join sekali.

Tentatif Umrah
Tarikh : 20.3.2010 - 3.4.2010 (15Hari / 2Minggu)
Penerbangan : Egypt Air
Harga : RM6350
3 Hari di Mesir
3 Hari di Madinah
9 Hari di Mekah

Sebarang Maklumat Lanjut boleh menghubungi Tn Hj Salleh Farmin (017-9356577) wakil Shahid Travel & Tours Sdn Bhd.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers