Ashraf Muslim kini Pengamal Perubatan Islam, kenapa tidak kita?

10 komen mengomen



JIKA dahulu dia hanya melakonkan watak ustaz penghalau hantu dalam drama bersiri Puaka Niyang Rapik, Ashraf Muslim, 29, kini bertugas sepenuh masa sebagai pengamal perubatan Islam.

Ashraf mengubat pelbagai jenis penyakit sama ada berbentuk fizikal seperti sakit jantung mahupun penyakit spiritual yang melibatkan gangguan makhluk halus. Kru Jurnal berpeluang melihat sendiri Ashraf mengubat pesakit di Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah yang terletak di Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor baru-baru ini.

Menyaksikan sendiri jumlah pesakit yang datang, ternyata Ashraf tidak main-main. Pengunjung terdiri daripada semua peringkat usia. Mereka datang dari seluruh negara termasuk Perak, Negeri Sembilan dan Kelantan.

Ada juga yang sanggup bermalam di ibu negara sama ada di hotel mahupun rumah saudara-mara asalkan mendapat rawatan di situ. Difahamkan, proses rawatan itu bermula selepas Isyak sehingga pukul 3 pagi.

Mengimbas kembali transformasi dirinya daripada seorang pelakon kepada pengamal perubatan Islam, Ashraf mengakui proses itu bukanlah sesuatu yang mudah.

Hijrah

“Ia satu penghijrahan diri, semua orang kena lalui. Proses perubahan itulah yang menjadikan saya lebih kuat dan lebih memikirkan apa yang salah dan betul.

“Sebelum ini memang saya ada duit, kerja, kereta, rumah dan kawan-kawan. Bagaimanapun, hati saya terasa kosong.

“Sampailah saya berjumpa pengasas pusat perubatan ini, Haji Lokman. Dia kata, Ashraf, pergi dekatkan diri dengan Tuhan.

“Caranya, saya sembahyang sunat taubat, sunat hajat dan pergi menunaikan umrah.


PUSAT Perubatan Syifa’ Al-Hidayah di Gombak, Selangor, tempat Ashraf mengamalkan ilmu perubatan Islamnya.


“Balik daripada umrah, saya rasa gembira dan lega. Perjalanan hidup pun semakin tenteram manakala rezeki bertambah hingga sekarang,” katanya.

Ashraf mula berkenalan dengan Haji Lokman Abdul Hamid ketika membawa seorang adiknya berubat di situ. Haji Lokman juga ialah orang yang bertanggungjawab mengajar Ashraf ilmu perubatan Islam dan membuka Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah. Menurut Ashraf, rawatan yang diberikan adalah menggunakan ayat-ayat al-Quran tanpa sebarang perantaraan mahupun khidmat daripada makhluk halus.

Selepas berubat, pesakit akan diberikan ayat-ayat daripada surah tertentu untuk diamalkan, yang berfungsi sebagai penawar penyakit. Orang ramai datang untuk mendapatkan rawatan bagi pelbagai jenis penyakit. Daripada yang menderita penyakit kronik hinggalah sekadar meminta air penerang hati.

“Namun, yang ada hanyalah ayat penerang hati, air penerang hati tidak ada.

“Semasa merawat, al-Quran kita mesti baca, baru kita ingat kepada Allah. Paling penting adalah doa.

“Air tidak penting, ia sekadar syarat. Kebiasaannya orang Melayu nak ada air, jadi kita bagi air, tapi baca al-Quran lagi penting.

“Kalau air dah habis tidak menjadi masalah sebab yang menjadi ubat ialah ayat al-Quran, bukan air.

“Sebagai contoh, untuk sakit tulang seperti artritis, surah yang perlu dibaca ialah surah Qaf dari ayat 16 hingga ayat 45. Selepas baca kita berdoa pada Allah mohon apa yang dihajati,” katanya.

Berlakon

Pemegang Diploma Pentadbiran Perniagaan dari Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC) dan anak kelahiran Teluk Mas, Melaka ini berpendapat perubatan Islam bukan untuk golongan ustaz semata-mata.


TIADA khidmat makhluk halus, Ashraf sekadar berdoa dan membaca ayat-ayat al-Quran untuk merawat pesakit.


“Sebenarnya Tuhan tengok hati. Haji Lokman pun latar belakangnya bukan seorang ustaz, sebaliknya dia seorang ahli korporat. Dia berhenti kerja semata-mata untuk kerja ini (mengubat).

“Kerja ini untuk semua orang, tapi hati kenalah ikhlas. Saya juga manusia biasa.

“Yang penting, solat lima waktu jangan tinggal, buat perkara wajib, tinggalkan perkara yang dilarang,” katanya.

Kini, Ashraf fokus dengan pilihannya biarpun terpaksa melupakan karier lakonannya buat seketika.

“Berlakon itu bila-bila masa pun boleh. Sebelum ini saya buat dua-dua (berlakon dan mengubat). Tapi kadang-kadang kita perlu fokus pada satu-satu perkara,” katanya.

aminmenulis : Asyraf Muslim telah melakukan transformasi daripada seorang pelakon kepada seorang pengamal dan perawat perubatan Islam. Mengapa tidak kita selaku orang yang belajar dalam pegajian Islam memberi nilai tambah kepada ilmu yang kita pelajari. Sekarang ni, pusat rawatan Islam semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat Islam. Maka, menjadi satu bonus buat mahasiswa/wi perubatan dan pengajian Islam untuk mengisi kekosongan dan permintaan masyarakat.

Semasa di Malaysia dulu, saya ada cuba untuk mengikuti kelas dan kaedah menjadi pengamal perubatan, tapi kekangan masa dan kewangan menyebabkan hasrat tu terhenti setakat itu sahaja. Walaupun rumah saya berdekatan dengan Pusat Rawatan Islam, Darul Syifa', Bangi. InsyaAllah, jika ada rezeki dan peluang, nak juga menjadi pengamal perubatan Islam, kalau tak dapat rawat orang lain pun, sekurang-kurangnya dapat merawat diri sendiri.

p/s : Tahniah kepada Asyraf Muslim, individu seperti inilah yang memberikan kredit/sedikit sebanyak membawa pengaruh dalam masyarakat. Seperti juga beberapa individu yang dahulunya berlakon kini menjadi pendakwah dan memberikan sokongan kepada mereka yang ingin melaksanakan hukum hakam Islam. Antara Ali Setan, Bob Lokman dan lain-lain lagi. Semoga hidayah yang Allah berikan kepada mereka ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan membantu perjuangan Islam. Moga kita juga tergolongan daripada mereka-mereka yang Allah berikan hidayah dan menjadikan asbab orang lain turut mendapat hidayah. Ameen..

Tambah-tambah plak dengan ekonomi sekarang (Malaysia) yang semuanya semakin naik, pasti kos sara hidup dan khidmat kesihatan semakin tinggi. Jadi, dengan adanya kaedah Rawatan Islam, ianya dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t, mengamalkan Islam dan menjaga kesihatan zahir dan batin. Jom, pakat pergi belajar kat pusat rawatan Islam masa cuti hujung minggu. Lepasni, tak payah dah pergi klinik/hospital. Hehe.. Ubat tu hanya wasilah penyembuhan, hakikatnya Allah yang memberikan kesembuhan. Tapi, kalau nak kena bedah dll, jangan pulak bedah sendiri, terburai isi perut karang.

Makan Malam, Pejabat & Buku Jingga

5 komen mengomen
Makan Malam

Alhamdulillah, hari ni (Jumaat) dah boleh dikatakan sihat la, sakit-sakit badan kesan eksiden(jatuh) motor dah beransur hilang walaupun masih ada saki baki terutama kat siku n pinggang. Demam dah takde, batuk tinggal sisa-sisa dan selesema kadang-kadang datang singgah kejap. Bila dah sihat, boleh la jalan-jalan keluar daripada rumah. Maka, rancangan yang dibuat adalah untuk meraikan hari tua sahabat seperjuangan Ahmad Kamal Hafizullah yang dahpun genap 21tahun semalam 13 Januari 2011 (kepada sapa-sapa yang sambut semalam,) Selamat hari lahir, semoga panjang umur murah rezeki dan mendapat rahmat dan keampunan Allah didunia dan akhirat. Maka, sambil-sambil nak sambut tu, nak rai jugak la, seorang tok guru aku kat Mesir ni.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs778.ash1/166799_189489787744648_100000508851984_653463_4981999_n.jpg
Ayam bakar kuah kacang.. fuhh..

Beliau baru kahwin, tapi disebabkan imtihan(exam) maka, terpaksa berpisah dengan zaujah(isteri) tercinta selama 3minggu. Suami dekat Kaherah, isteri kat Iskandariah. Huhu.. Beliau yang dimaksudkan adalah Al-Fadhil Ust Nazrul Nasir, pemilik blog(sekarang web) Dari Anjung Al-Atrak. Ala, kejap je tiga minggu, Ust Syukri lagi lama, tinggal kat Malaysia terus. Hehe.. Maka, sebab beliau nampak macam keseorangan, kami (aku, jihad, kamal n mael) ajak makan dekat restoran La Tansa, milik saudara kita daripada Indonesia. Lauk special kat kedai ni Nasi Ayam Bakar Kuah Kacang (iklan tidak berbayar).

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs026.snc6/165649_189456024414691_100000508851984_653091_5176372_n.jpg

Lama jugak kami sembang dan diskusi ilmiah sambil tunggu, makan n lepas makan nasi. Maka, aku ambil peluang untuk tanya la soalan, dan soalan ni ada orang tanya kat aku. "Apakah hukum jika seseorang Muslim memecahkan / terpecahkan botol arak milik orang kafir? Adakah perlu dibayar balik ganti rugi botol2 yang dipecahkan tu, atau biar sahaja dengan sebab arak tu haram di sisi Islam?"

Maka, jawapannya tidak perlu dan biarkan sahaja sebab perkara tu memudharatkan dan haram disisi Islam.. Samalah seperti hukum najis. InsyaAllah, pencerahan, dalil serta apa-apa yang berkaitan nanti akan diterangkan kemudian. Kena rujuk balik kitab n hadith, kita ni tak tau kata la tak tau kan, jangan main-main dengan hukum or dalil. Karang tersalah sesat habis orang. hehe..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs772.ash1/166246_189460414414252_100000508851984_653107_3354016_n.jpg
Ni la Ust Kamal nye.. hehe.. Dah tua dah.. 21tahun..

Lepas hampir sejam lebih dekat dua jam duduk kat kedai tu. Kami pun berangkatlah, kalau nak ikut memang panjang lagi nak sembang. Begitu jugak dengan entri ni. Kalau nak tulis, memang lima muka surat.. So, berenti kat sini dulu la ye. InsyaAllah, kepada sapa-sapa yang bermurah hati nak ajak makan tu, jangan sengan dan malu-mal

Pejabat.

Alhamdulillah, baru ni berkesempatan untuk berkunjung ke Pejabat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) lepas peperiksaan Tafsir Ayat Ahkam. Bukan apa, sebab pejabat sekarang dah lawa setelah diubahsuai. Fuh.. memang cun lah. Tapi itu baru separuh, dalam 60peratus kerja-kerja pengubah suaian. Diberhentikan sementara untuk memberi laluan kepada imtihan. Layan je lah ek gambar kat bawah ni.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs011.snc6/166149_188753661151594_100000508851984_649307_1152332_n.jpg
PMRAM

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs058.ash2/36244_188464317847195_100000508851984_647343_763234_n.jpg
Rak khas untuk tetamu & Badan Pengurus meletak helmet.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs098.snc4/36244_188464324513861_100000508851984_647345_5358063_n.jpg
Pemandang di pintu masuk. Siap ada cermin lagi.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs029.ash2/34826_188464914513802_100000508851984_647353_6598117_n.jpg
Ruang tamu merangkap ruang utama pejabat.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs029.ash2/34826_188464917847135_100000508851984_647354_5881285_n.jpg
Cantik dan luas. Wallpaper dan karpet baru.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs771.ash1/166149_188753664484927_100000508851984_649308_6216678_n.jpg
Yang pasti rak kasut ni, buatan sendiri. Bukan arab yang buat ye..


Buku Jingga

Ops!! part ni memang berbaur politik. Sebab ada orang tak suka, jadi dinasihat untuk tidak memabacanya.. Hehe..

buku jingga

Saya sendiri telah download Buku Jingga Pakatan Rakyat (844) Sila sebarkan, biar rakyat tahu bahawa bukan BN sahaja yang mampu memerintah negara. 5 negeri di bawah Pakatan Rakyat sekarang buktinya. Kelantan sudah 20 tahun diperintah PAS. Terengganu akhir 1999-2004 menjadi contoh juga.

Tawaran dalam Buku Jingga bukan dongeng, bukan memancing undi untuk seorang mendapatkan hasratnya menjadi PM, tetapi komitmen satu pakatan badan politik yang sudah muak dan mual dengan kezaliman, penindasan, pengkhianatan amanah, pembaziran, pemborosan pemerintah BN yang ada.

BN mesti diganti. Justru, cara paling mudah ialah perkenalkan mereka dengan cadangan program PR melalui Buku Jingga ini bahawa alternatif kepada BN tetap ada. Jangan rakyat ingat bahawa hanya BN yang boleh memerintah Malaysia. Di luarnegara, parti pemerintah saling bertukar. Mengapa dalam Malaysia disangka hanya BN boleh memerintah?

Lagi cepat anda sebarkan Buku Jingga ini, lagi cepat rakyat dan sahabat-sahabat kita tahu. Lagi banyak ia tersebar, lagi banyak undi yang boleh diraih terutama dari rakyat atas pagar-RAP. Pendirian mereka boleh berubah mengikut ’selera’ terakhir. Lagi ramai rakan kita, lagi ramai yang didedahkan dengan Buku Jingga ini. Anda yang kreatif boleh sebarkan dalam facebook, blog, portal dan lain-lain. Tinggal lagi, rakyat yang tiada kemudahan akses kepada semua itu perlu didekati dengan cara lain. Yang penting Buku Jingga ini mesti diwar-warkan sehingga PRU 13 akan datang.

Untung Aku Jadi Rakyat Selangor

22 komen mengomen
Kerajaan negeri Selangor akan memperuntukkan RM1 juta kepada setiap ADUN Pakatan Rakyat untuk diagihkan dalam tempoh tiga bulan bagi menampung perbelanjaan membaikpulih keperluan asas di setiap kawasan.

NONE"Setiap ADUN diberi peruntukan RM1 juta untuk menggunakan duit itu untuk pemuliharaan jalan, pembinaan jambatan dan parit-parit yang perlu dibetulkan melalui pihak berkuasa tempatan berkenaan. Oleh sebab itu kita mesti membawa pembangunan dari peringkat bawah," kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang media selepas mesyuarat exco di Shah Alam, petang semalam.

Selain itu, Khalid berkata, kepimpinan kerajaan Selangor akan memperhebatkan usaha turun padang mendekati rakyat untuk membawa perubahan di peringkat dasar.

Justeru, perancangan komprehensif tiga bulan akan datang akan menentukan pengurusan negeri yang lebih cekap.

Ditanya sama ada pihak pembangkang Selangor akan mendapat peruntukan yang sama, Khalid berkata kerajaan Pakatan Rakyat akan merujuk kepada amalan kerajaan persekutuan.

"Kalau kerajaan persekutuan buat untuk semua ahli parlimen dan kita akan melakukan perkara yang sama. Asalkan mereka buat dulu. Kita lihat dahulu. Bukan kita tidak lihat perkara ini tapi, tunggu dulu. Kita tawarkan. Kita lihat dulu kalau persekutuan dan beri sekata kepada semua ahli parlimen dan kita akan ikut," katanya.

***************************************************************

aminmenulis : Alhamdulillah, untung aku jadi rakyat Selangor. Hehe.. Walaupun kenaikan harga barang dan minyak yang begitu tinggi, tapi rakyat Selangor sekurang-kurangnya tidak terbeban untuk bayar bil air dan elektrik. Kalau bil kat rumah aku, sebulan RM4 je untuk air. Elektrik tak pasti berapa. Tapi murah jugak, beruntung lah kalau nak banding dengan negeri lain yang negerinya kaya, tapi tak dapat apa-apa. Lebih-lebih lagi bila macam-macam naik ni.

Sekarang kerajaan nak bagi peruntukkan RM1 Juta pulak kat setiap ADUN di Selangor. Pergh.. banyak tu. Yela, negeri kaya, apa la sangat RM1 juta untuk kebajikan rakyat. Lagipun tu memang duit dan hak rakyat, yang bayar cukai, bayar itu ini. Kerajaan nak amik kat mana duit kalau takde rakyat kan? Lagipun pendapatan negeri tinggi, malah lebih tinggi kalau nak banding pendapatan negeri Johor+Pahang. Bukan aku tak bersyukur jadi anak Johor. Itu Allah s.w.t. yang takdirkan, tapi pengurusan pentadbiran yang tak berapa nak bagus. Walhal Johor antara negeri yang maju dan membangun. Ada pelabuhan, ada banyak bandar besar, ladang sawit bukan main besar, FELDA banyak, dan macam-macam lagi. Tapi apa yang rakyat dapat? Zakat pun ciput je, bukan tak besyukur, tapi mana duit yang banyak-banyak tu ek?

Satu yang paling menarik adalah, Kerajaan Negeri Selangor mengajuk tindakan Kerajaan Persekutuan yang menganak tirikan ahli Parlimen dan Negeri-negeri Pakatan Rakyat. Peruntukan tidak diberi kepada ADUN atau ahli parlimen tapi ditubuhkan jawatankuasa khas. Begitu jugak di Kelantan. Peruntukan/Royalti bukan diberi kepada Negeri tapi kepada JPP. Hambik kau BN. Ingat selamanya boleh tindas rakyat dan negeri-negeri Pakatan Rakyat? silap lah wei.. Bukan cakap besar, tapi inilah balasan orang yang sering buat zalim kepada harta rakyat.

Korang jangan lah pindah plak duduk Selangor ramai-ramai. Hehe.. Apa yang penting tukar kerajaan zalim yang ada kat tempat korang. Walaupun ada jugak kebaikan yang mereka pernah buat, tapi kalau harta rakyat berpusing dikalangan orang tertentu dan kebajikan rakyat tak diutamakan, apakah makna Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? Slogan je sedap, tapi pengisian hampeh.. Jom ubah sekarang.

Jangan pedulikan Ketuanan Melayu, tapi pentingkan Ketuanan Islam. Melayu hanyalah bangsa, dan hanya didunia, tapi Islam adalah agama yang menyelamatkan kita selamanya.

Kisah & Gambar 2.0.1.1

11 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah.. Allah masih panjangkan usia untuk berada di tahun 2011. Kini masuk tahun ke-2 aku berada di ardul kinanah, Mesir. Sepanjang berada disini, pelbagai pengalaman telah aku rasai. Suka, Duka, Sakit, Rindu, Cinta, Penat, semuanya bercantum menjadi satu, AKU.


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs006.snc6/165600_188272594533034_100000508851984_645809_553068_n.jpg
Aku, Basyir, Mad Raziqin & Ulwan.

Gambar ni selepas asar, sebelum maghrib di Masjid Al-Azhar, kelihatan semuanya ceria. Namun, ada sesuatu disebalik keceriaan tersebut. Benarlah orang kata, bibir mengukir senyuman, hati menangis siapa yang tahu. Hehe.. Sebenarnya, pada subuh 9 Januari 2011 aku kemalangan. Sewaktu dalam perjalanan untuk ke kelas Syeikh Yusri di Jabal Muqottom, aku menunggang motosikal sendirian, seperti kebiasaan, selepas subuh, jika tiada apa-apa halangan aku pasti tidak ketinggalan mengikuti pengajian pembacaan hadith (sekarang Sunan Abi Daud, sebelumnya Sunan Tirmizi) bersama Syeikhuna. Namun pagi tersebut, aku sedikit kelewatan bangun subuh, mungkin sebab stay up malamnya sebab petang tu aku ada exam Tafsir Ayat Ahkam.

Dalam kesejukan suhu serendah 7 darjah celcius, aku memecut laju motosikal dayun kepunyaan Hakim. Beberapa hari kebelakangan ni, aku menunggang motosikal seorang diri. Sebab hakim ada hal lain. Dalam kekalutan pagi tersebut, aku terlupa satu selekoh maut yang telah menjatuhkan ramai sahabat-sahabat yang ingin ke kelas Syeikh. Padahal, hampir setiap hari aku melalui jalan yang sama. Sudah tahu dimana lubang, dimana bonggol, dimana jalan yang tidak selamat. Namun, takdir Allah membatasi segalanya, sampai sahaja di selekoh tersebut, sepantas kilat aku teringat tumpahan minyak. Ya Allah!! sepantas itu juga aku rebah menyembah bumi, motosikal terseret beberapa meter, begitu juga aku turut meniarap dan terseret di atas jalan. Alhamdulillah, Allah mengatur segalanya. Luka dan kecederaan yang dialami hanya sedikit. Kebetulan pagi tersebut aku memakai baju yang agak tebal, berkasut dan seluar semi jeans. Mujur juga aku tergerak hati pagi ni untuk pinjam sarung tangan tebal hakim, sarung tangan itulah yang menyelamatkan aku daripada cedera di tangan. Habis koyak rabak, kesan terseret diatas jalan.

Dalam kesakitan aku gagahkan diri untuk bangun melangkah kearah motosikal yang terdampar beberapa meter, kelihatan minyak daripada tangki meleleh keluar. Mujur tiada kenderaan di belakang. Aku terselamat daripada dilanggar kenderaan. Segera aku angkat motor tersebut, sebelum minyak tumpah dengan lebih banyak. Alhamdulillah, motor juga selamat, hanya pecah lampu depan dan tiada kesan yang teruk. Setelah periksa keadaan motor, Alhamdulillah, masih boleh jalan. Lantas memecut kerana pengajian sudah lama bermula. Kemalangan tadi tidak melemahkan semangat untuk terus ke Masjid Asyraf. Alhamdulillah, sampai di Masjid Asyraf sempat mendengar dua riwayat hadith daripada kitab Sunan Abi Daud. Walaupun agak kecewa, namun tetap bersyukur kerana berjaya sampai di kelas syeikh.

Selepas tamat kelas, seorang sahabat mengajak untuk ke Maqam Imam As-Syafie. Walaupun masih terasa kesan kemalangan tadi, tapi rasa nak pergi untuk menziarahi maqam pengasa Mazhab Syafie tersebut begitu tinggi, mungkin untuk mengambil berkat sebab petang nanti nak imtihan. Menurut beberapa orang ulama', kalam yang aku ambil daripada ust-ust senior dan seyikh, Nabi s.a.w. akan datang menziarahi Maqam Imam As-Syafie setiap hari Jumaat.

Sampai sahaja di sana, maqam masih belum dibuka, kata budak arab kat situ, maqam akan dibuka jam 8 pagi. Aiseh.. Ruginya.. Sorang sahabat (muaz) bagi cadangan untuk ke Maqam Sayyidah Nafisah. Walapun hati nak balik cepat, sebab pinjam motor hakim dan nak murajaah tafsir, tapi sebab tak tau jalan balik, terpaksa jugak ikut untuk menziarahi Maqam Sayyidah Nafisah. Keturunan Rasulullah s.a.w. tempat dimana dimaqbulkan doa oleh Allah s.w.t. Kebetulan, baru ni masa jaulah maqam, aku demam. Jadi tak dapat nak ziarah maqam aulia' Allah. Kesempatan yang ada ni, ikut je la. Lepastu, singgah di Rumah Kedah, Hayyu Sabie' untuk sarapan pagi, nasi lemak. Hehe.. Muaz belanja.

Sampai di rumah dah dekat pukul 8 atau 9 pagi. Dah tak ingat, yang pasti kawan semua dah takde, semua dah keluar pergi periksa. Adeh.. tinggal aku sorang. Sebab takleh nak jalan sangat, naik la teksi sorang-sorang. Alhamdulillah, lepas gaduh dengan pemandu tu, dapat la tambang murah sikit 16genih sampai dekat Azhar. Hehe.. Sampai dah dekat pukul 10.30. Imtihan start pukul 1.30 petang. Ada 3 jam je lagi. Huhu.. sakit-sakit ni tak masuk mana la nak study. Tapi baca la jugak. Sampai kat Masjid Husain, ziarah Maqam Sayyidina Husain dulu, cucu kepada Rasulullah s.a.w. Lepas zohor, makan qusyari depan Azhar tu pastu terus masuk dewan periksa.

Soalan satu dengan dua Alhamdulillah, boleh jawab, cuma soalan 3 je, blur sikit tak tau bab mana. Lepas tanya muroqib(penjaga periksa) dia bagi klu bab haji. Hehe... Kurang nampak la, bab apa yang soalan nak. Sebab ayat tu umum sangat. Sempat jugak beli syai(teh) minum dalam dewan periksa. Memang jadi fevret aku time pekse beli syai. Kadang-kadang sampai dua tiga gelas aku beli. Hehe.. Tapi sebab kali ni periksa kat lain. syai tu tak kaw sangat banding taun lepas. Huhu..

Lepas habis je exam, terus pergi Masjid Azhar untuk solat asar. Dah memang niat nak pergi bergambar jap sebelum balik. Hehe.. Tak padan dengan sakit.. Korang tengok jelah ye gambar-gambar kat bawah ni.. Ada la sikit untuk tatapan ibu dan ayah kat rumah. Tengok, anak dia takde pape pun lepas kemalangan..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs006.snc6/165600_188272597866367_100000508851984_645810_7497231_n.jpg
Aku dengan Mad..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs026.snc6/165600_188272601199700_100000508851984_645811_5523704_n.jpg
Ni dalam dewan periksa. Aku duduk sebelah Kori Kain Pelikat (Bukhari).. hehe..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs733.ash1/162740_188277181199242_100000508851984_645863_1146576_n.jpg
Sempat jugak melepak dekat tepi jalan. Pagar Al-Azhar.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1355.snc4/162740_188277184532575_100000508851984_645864_2220577_n.jpg
On the nak balik dah ni..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1335.snc4/162740_188277187865908_100000508851984_645865_3177433_n.jpg
Basyir duk cakap telefon, Mad dengan Ulwan sibuk duk bincang pasal wahabi, taliban kat belakang.. hehe..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1335.snc4/162740_188277194532574_100000508851984_645867_719960_n.jpg
Aku dengan Mad sempat jugak culik anak orang arab.. hehe..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs775.ash1/166593_188467777846849_100000508851984_647365_1871295_n.jpg
Budak ni bawak lari tongkat ayah dia. Ayah dia tengah duduk lam masjid. Ada kelas.. nakal betul.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs775.ash1/166593_188467781180182_100000508851984_647366_1390418_n.jpg
Antara dua darjat.. hehe.. Bujang vs Suami..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs775.ash1/166593_188467791180181_100000508851984_647367_3327738_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1357.snc4/162975_188623987831228_100000508851984_648613_3710670_n.jpg
Basyir..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs736.ash1/162975_188623991164561_100000508851984_648614_6499513_n.jpg
Berlatar belakang menara kembar Masjid Al-Azhar.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs052.snc6/168254_188605304499763_100000508851984_648417_6894932_n.jpg
Depan pintu masuk dewan solat utama Masjid.

Kesan kemalangan tersebut, sekarang takleh nak buat kerja-kerja berat. Sakit satu badan, lenguh dan kejang otot. Huhu.. Silap duduk sakit, tekan situ sakit, sini sakit.. Adeh.. Terima kasih kat ust Halim Zakaria sebab tolong urut. Seharian tidur n baring je. Takleh nak bangun. Allah.. Moga ia dikira kaffarah dosa-dosa aku yang terlampau banyak.. Mintak-mintak 2,3 hari lagi baik la. Rindu nak pergi kelas Syeikh.

Jangan Baca, Nanti Bosan

0 komen mengomen

Selepas dekat 3 tahun berlakunya perubahan politik pada 8 Mac 2008, satu pengesahan kepada prestasi tadbir urus negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat telah disediakan oleh Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).

Lima negeri dalam dua kategori berasingan, iaitu Johor, Pahang dengan Selangor; dan juga Melaka dengan Pulau Pinang, telah dipilih untuk membuat perbandingan dari tiga sudut: pengurusan kewangan, pentadbiran negeri dan pendemokrasian masing-masing.

PENGURUSAN KEWANGAN

Johor/Pahang dengan Selangor

Secara keseluruhannya, proses membaiki status kewangan negeri telah bermula di Kerajaan Negeri Selangor, namun langkah pemantapan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Johor dan Pahang belum lagi mempamerkan perubahan positif. Tahap kemantapan pengurusan kewangan dapat dilihat daripada Laporan Ketua Audit Negara yang mengesyorkan supaya Selangor meneruskan perbelanjaan berhemat dan terus berusaha mengutip baki pinjaman boleh dituntut di samping usaha berterusan terhadap kutipan tunggakan bayaran pinjaman boleh dituntut, manakala Johor dan Pahang disyorkan perlu mempertingkat dan memperkukuhkan lagi prestasi kewangan (Johor), dan perlu mengamalkan perbelanjaan berhemat (Pahang).

Dari segi Nisbah Semasa, Kerajaan Negeri Selangor memperoleh nisbah lebih daripada 1, manakala Kerajaan Negeri Johor dan Pahang memperoleh nisbah kurang daripada 1.[1] Fakta ini menunjukkan bahawa kecairan tunai Kerajaan Negeri Johor dan Pahang adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa.

Dari segi defisit, ketiga-tiga negeri mencatat defisit, iaitu Johor RM70.35 juta, Pahang RM42.27 juta dan Selangor RM65.96 juta.[2] Namun begitu, defisit Negeri Pahang dan Johor adalah lebih parah jika berbanding dengan Selangor apabila diambil kira faktor kutipan hasil.

Keadaan di Negeri Pahang menunjukkan bahawa prestasi kewangan Kerajaan Negeri semakin menurun dengan ketara sejak tahun 2007 kerana hasil kutipan tidak dapat menampung perbelanjaan tahunan.[3] Kerajaan Pahang telah membentangkan belanjawan defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut sehingga tahun 2010.[4] Bagi Negeri Johor, tahap defisit tahun 2009 adalah yang tertinggi dalam tempoh lima tahun kebelakangan.[5]

Selain itu, gabungan hasil kedua-dua buah negeri adalah sebanyak RM1,243 juta berbanding dengan hasil Negeri Selangor sebanyak RM1,764 juta, tetapi gabungan defisit adalah sebanyak RM120.95 juta, iaitu lebih kurang satu kali ganda lebih tinggi daripada defisit Selangor yang berjumlah RM65.96 juta.

Analisis Perbandingan Antara Hasil dengan Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat Bagi Tempoh 2005 hingga 2009


2005
(RM juta)
2006
(RM juta)
2007
(RM juta)
2008
(RM juta)
2009
(RM juta)
Johor




Hasil 617.18 693.22 779.60 812.36 750.42
Perbelanjaan Mengurus 656.67 686.09 775.08 882.71 829.10
Lebihan/(Defisit) (39.49) 7.13 4.52 (70.35) (78.68)
Pahang




Hasil 485.70 435.69 441.04 481.84 492.14
Perbelanjaan Mengurus 412.98 363.52 422.91 508.96 534.41
Lebihan/(Defisit) 72.72 72.17 18.13 (27.12) (42.27)
Johor + Pahang




Hasil 1,102.88 1,128.91 1,220.64 1,294.20 1,242.56
Perbelanjaan Mengurus 1,069.65 1,049.61 1,197.99 1,391.67 1,363.51
Lebihan/(Defisit) 33.23 79.30 22.65 (97.47) (120.95)
Selangor




Hasil 967.76 1,160.20 1,285.10 1,516.34 1,763.86
Perbelanjaan Mengurus 1,034.50 1,087.69 1,153.22 1,467.24 1,829.82
Lebihan/(Defisit) (66.74) 72.51 131.88 49.10 (65.96)


Melaka dengan Pulau Pinang

Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat baru sahaja mengambil alih negeri Pulau Pinang, namun jika dibandingkan dengan Kerajaan Barisan Nasional di negeri Melaka, wujud perbezaan yang cukup meyakinkan mengikut gaya dan pendekatan seperti mana yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009.

Umpamanya, KPRU mendapati bahawa kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara keseluruhannya adalah baik dengan melakukan beberapa pengubahsuaian dalam aktiviti perolehan, bentuk perbelanjaan yang benar-benar berhemat tanpa menjejaskan kebajikan rakyat Pulau Pinang. Hasilnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengakhiri tahun kewangan 2009 dengan lebihan sejumlah RM77.34 juta menjadikan lebihan dana terkumpul berjumlah RM538.95 juta. Berbanding dengan pesaingnya, prestasi kewangan yang dicatatkan oleh Kerajaan Negeri Melaka bertambah baik daripada defisit RM4.56 juta pada tahun 2008 kepada lebihan dana RM0.30 juta.

Selain itu, analisis Nisbah Semasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2009 mendapati Nisbah Semasa Kerajaan Negeri adalah 5.25:1 melebihi satu, manakala Nisbah Semasa Melaka adalah kurang daripada 1. Fakta ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkemampuan untuk menampung jumlah tanggungan semasa manakala Melaka gagal menampung tanggungan tersebut.

Dari segi pelaburan kerajaan negeri, kebijakan pelaburan Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus menjadi teladan bukan sahaja kepada Kerajaan Negeri Melaka, malah semua Kerajaan Negeri dalam Persekutuan di mana jumlah dividen dan keuntungan mencatatkan angka tertinggi sejak tahun 2005. Sila rujuk jadual yang dipetik daripada Laporan Ketua Audit Negara 2009 (m.s 28).

Pelaburan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Bil Butiran 2008 2009


(RM Juta) (RM Juta)
1 Dividen Diterima 1.43 0.95
2 Keuntungan Diterima 2.37 4.14

Jumlah Dividen dan Keuntungan 3.8 5.09
3 Bayaran Yuran Pengurusan 0.15 0.09


Kerajaan Negeri Melaka pula mencatatkan pencapaian yang sebaliknya. Semakin besar pelaburan yang dibuat olehnya, belum tentu lagi pulangan faedahnya lumayan. Fakta ini terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 (m.s 32)

Pelaburan Kerajaan Negeri Melaka

Tahun Pelaburan (RM Juta) Faedah Dan Perolehan Diterima (RM Juta) Faedah Diterima (%)
2005 186.05 1.68 0.9
2006 182.78 4.8 2.6
2007 189.66 10.93 5.6
2008 192.27 16.6 8.6
2009 210.93 10 4.7


PENTADBIRAN NEGERI

Johor/Pahang dengan Selangor

Secara keseluruhannya, adalah didapati bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat bersikap lebih responsif dan cekap dalam urusan pentadbiran negeri. Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sahaja tidak segan mendedahkan isu-isu kontroversi supaya orang awam termaklum dengan perkembangan, malah ianya juga tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati bersalah. Misalannya, dalam isu jamuan makan yang menelan RM300 ribu anjuran Yayasan Selangor baru-baru ini, Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor diarah mengambil cuti selama sebulan berkuat-kuasa serta merta.[6] Corak pentadbiran sebegini tidak kelihatan dalam negeri pemerintahan Barisan Nasional.

Kajian Kes: Isu Curi Pasir

Dari segi pentadbiran negeri, sebenarnya Negeri Pahang dan Johor juga dibelenggui isu curi pasir, malah mungkin lebih serius daripada apa yang berlaku di Selangor. Akan tetapi isu curi pasir di kedua-dua negeri tersebut jarang diberi perhatian akibat liputan media yang tercondong.

Misalnya, pada tahun 2009, Kerajaan Negeri Selangor mengalami kerugian RM1.82 juta daripada royalti tidak berkutip, tetapi kerugian yang dialami oeh Kerajaan Negeri Pahang adalah sebanyak RM3.23 juta, iaitu lebih kurang satu kali ganda lebih daripada kerugian yang dialami oleh Kerajaan Selangor.[7]

Di Johor pula, adalah didapati juga kegiatan perlombongan pasir yang mula beroperasi sejak tahun 2003 tetapi tidak menyediakan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), aliran air sungai berubah, berlakunya tanah runtuh, pencerobohan, pihak penguatkuasa tidak memantau secara berkala, dan banyak lagi.

Tambahan lagi, kegiatan perlombongan pasir di Pahang dan Johor telah menyukarkan nelayan yang menggunakan Kuala Sungai Miang tersebut sebagai laluan keluar masuk bot mereka untuk ke laut menangkap ikan. Menurut mereka, kuala sungai telah menjadi semakin cetek dan dipenuhi pasir yang menghalang pergerakan bot.

Dari segi mengatasi isu kekurangan koordinasi antara jabatan dan pencurian pasir, tindakan Kerajaan Negeri Selangor juga jauh lebih responsif jika berbanding dengan Kerajaan Negeri Pahang. Satu Jawatankuasa Khas diketuai Ketua Setiausaha Negeri, dan melibatkan Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) serta Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang sering mengadakan pemantauan bersama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) telah ditubuhkan serta merta. Sebaliknya, sehingga hari ini Kerajaan Negeri Pahang belum lagi mengambil apa-apa langkah untuk mengatasi masalah tersebut.

Melaka dengan Pulau Pinang

Struktur pentadbiran yang cekap dan beramanah juga banyak membantu mengangkat status sosioekonomi negeri Pulau Pinang. Agenda Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menekankan kepada prinsip akauntabiliti, ketelusan dan kebertanggungjawaban (CAT) telah terbukti meyakinkan rakyat dan para pelaburnya walaupun memiliki sumber-sumber negeri yang begitu terhad sekali. Apatah lagi bantuan Kerajaan Persekutuan yang dihulurkan adalah tidak ikhlas dan bertujuan memporak-perandakan politik Pakatan Rakyat. Buktinya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempersoalkan kewajaran Kerajaan Persekutuan yang memperuntukan RM200 juta kepada Khazanah Nasional untuk membangunkan dan memulihara lokasi warisan negeri sedangkan peruntukan RM30 juta yang turut dinikmati oleh Kerajaan Negeri Melaka diuruskan sendiri tanpa pihak ketiga. Adakah tindakan tersebut dianggap hukuman Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional kepada rakyat Pulau Pinang? Walaupun begitu, hal ini langsung tidak menghalang Kerajaan Negeri untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Berlainan pula dengan Kerajaan Negeri Melaka yang mempunyai daya kebergantungan yang tinggi terhadap Kerajaan Persekutuan untuk menjana pendapatan negerinya. Misalannya, Kerajaan Negeri Melaka memperoleh hasil jualan aset pengurusan air kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM39.73 juta. Mungkinkah tanpa pengambilan aset pengurusan air tersebut, Kerajaan Negeri Melaka akan terus terperangkap dalam hutang serta defisit yang tidak tertanggung? Beberapa kelemahan yang ketara perlu diatasi oleh Kerajaan Negeri Melaka seperti kegagalan monorel menyeberangi Sungai Melaka dan projek Eye on Malaysia yang tergendala sekian lama sekiranya negeri Melaka masih berhasrat menjadi pesaing terdekat kepada negeri Pulau Pinang dalam sektor pelancongan.[8]

PENDEMOKRASIAN

Johor/Pahang dengan Selangor

Dari segi pendemokrasian, adalah jelas bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat, terutamanya Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang masih berada di barisan depan dalam proses pendemokrasian berbanding dengan Negeri-negeri Barisan Nasional. Kerajaan Negeri Selangor telah menerajui dasar dan langkah-langkah berikut yang langsung tidak dihirau oleh Kerajaan Negeri Pahang dan Johor:

  • Menggubal Akta Kebebasan Maklumat;
  • Memberikan satu pertiga kuota kerusi Ahli Majlis PBT kepada badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO);
  • Enakmen Perkhidmatan Dewan Negeri Selangor yang memberikan kuasa lebih besar kepada Speaker;
  • Menghidupkan semula SELCAT;
  • Menubuhkan jawatankuasa pilihan khas (Select Committee) dalam sidang DUN Selangor;
  • Mengumumkan aset Exco Selangor;
  • Menggunakan kuasa MB di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk mendedahkan pelbagai penyelewengan yang tertutup sebelum itu, antaranya Yayasan Basmi Kemiskinan, Rancangan Revolusi Hijau di Bukit Cherakah, Projek Perhutanan Semula dan lain-lain.

Di samping itu, antara kelebihan lain Kerajaan Negeri Pulau Pinang jika berbanding dengan Melaka adalah idea demokrasi itu dipraktikan secara terbuka. Walaupun terlalu awal untuk diperkatakan, sekurang-kurangnya sudah ada keazaman politik yang jelas untuk melakukan perubahan pada pihak Pakatan Rakyat. Berikut adalah usaha-usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam agenda pendemokrasian negeri:

  • Membentangkan Enakmen Hubungan Kaum pada tahun hadapan;
  • Pilihanraya Ahli Majlis Tempatan untuk perwakilan masyarakat sivil;
  • Membentangkan Enakmen Kebebasan Maklumat pada tahun 2010.

Kesimpulannya, fakta-fakta di atas menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang diperintah secara lebih berhemat, telus dan cekap berbanding dengan Kerajaan Negeri Johor, Pahang dan Melaka. Laporan Ketua Audit Negara juga memberikan pengiktirafan kepada pengurusan kewangan Negeri Selangor dan Pulau Pinang yang lebih professional. Dari segi pendemokrasian, negeri-negeri tersebut juga mendahului dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang dapat menjamin hak rakyat.

Perkembangan-perkembangan tersebut dapat dilihat sebagai pengambil-alihan kerajaan baru yang bergiat merealisasikan janjian kepada rakyat dan masih segar untuk melalukan reformasi tanpa ikatan beban tradisi. Dalam konteks negeri, perkembangan positif pasca 8 Mac 2008 juga dapat dinilai dari sudut kebangkitan sistem dua parti, di mana kewujudan sekatan dan imbangan (check and balance) kuasa menjadikan pihak pemerintah lebih berhat-hati dan segan melakukan kesilapan. Secara keseluruhannya, perbandingan dari segi prestasi kewangan, pentadbiran dan pendemokrasian ini wajar menjadi satu asas rujukan kepada rakyat yang sudah berubah dan belum berubah agar mereka menjadi lebih bijaksana dan termaklum dalam membuat keputusan dalam pilihanraya akan datang.

Rujukan am:

  • Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Johor Tahun 2009
  • Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor Tahun 2009
  • Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pahang Tahun 2009
  • Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang Tahun 2009
  • Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Selangor Tahun 2009
  • Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009
  • Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Melaka Tahun 2009
  • Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2009
  • Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pulau Pinang Tahun 2009
  • Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2009
Sumber Kajian Politik Untuk Perubahan KPRU

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers