Makan Malam, Pejabat & Buku Jingga

Makan Malam

Alhamdulillah, hari ni (Jumaat) dah boleh dikatakan sihat la, sakit-sakit badan kesan eksiden(jatuh) motor dah beransur hilang walaupun masih ada saki baki terutama kat siku n pinggang. Demam dah takde, batuk tinggal sisa-sisa dan selesema kadang-kadang datang singgah kejap. Bila dah sihat, boleh la jalan-jalan keluar daripada rumah. Maka, rancangan yang dibuat adalah untuk meraikan hari tua sahabat seperjuangan Ahmad Kamal Hafizullah yang dahpun genap 21tahun semalam 13 Januari 2011 (kepada sapa-sapa yang sambut semalam,) Selamat hari lahir, semoga panjang umur murah rezeki dan mendapat rahmat dan keampunan Allah didunia dan akhirat. Maka, sambil-sambil nak sambut tu, nak rai jugak la, seorang tok guru aku kat Mesir ni.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs778.ash1/166799_189489787744648_100000508851984_653463_4981999_n.jpg
Ayam bakar kuah kacang.. fuhh..

Beliau baru kahwin, tapi disebabkan imtihan(exam) maka, terpaksa berpisah dengan zaujah(isteri) tercinta selama 3minggu. Suami dekat Kaherah, isteri kat Iskandariah. Huhu.. Beliau yang dimaksudkan adalah Al-Fadhil Ust Nazrul Nasir, pemilik blog(sekarang web) Dari Anjung Al-Atrak. Ala, kejap je tiga minggu, Ust Syukri lagi lama, tinggal kat Malaysia terus. Hehe.. Maka, sebab beliau nampak macam keseorangan, kami (aku, jihad, kamal n mael) ajak makan dekat restoran La Tansa, milik saudara kita daripada Indonesia. Lauk special kat kedai ni Nasi Ayam Bakar Kuah Kacang (iklan tidak berbayar).

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs026.snc6/165649_189456024414691_100000508851984_653091_5176372_n.jpg

Lama jugak kami sembang dan diskusi ilmiah sambil tunggu, makan n lepas makan nasi. Maka, aku ambil peluang untuk tanya la soalan, dan soalan ni ada orang tanya kat aku. "Apakah hukum jika seseorang Muslim memecahkan / terpecahkan botol arak milik orang kafir? Adakah perlu dibayar balik ganti rugi botol2 yang dipecahkan tu, atau biar sahaja dengan sebab arak tu haram di sisi Islam?"

Maka, jawapannya tidak perlu dan biarkan sahaja sebab perkara tu memudharatkan dan haram disisi Islam.. Samalah seperti hukum najis. InsyaAllah, pencerahan, dalil serta apa-apa yang berkaitan nanti akan diterangkan kemudian. Kena rujuk balik kitab n hadith, kita ni tak tau kata la tak tau kan, jangan main-main dengan hukum or dalil. Karang tersalah sesat habis orang. hehe..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs772.ash1/166246_189460414414252_100000508851984_653107_3354016_n.jpg
Ni la Ust Kamal nye.. hehe.. Dah tua dah.. 21tahun..

Lepas hampir sejam lebih dekat dua jam duduk kat kedai tu. Kami pun berangkatlah, kalau nak ikut memang panjang lagi nak sembang. Begitu jugak dengan entri ni. Kalau nak tulis, memang lima muka surat.. So, berenti kat sini dulu la ye. InsyaAllah, kepada sapa-sapa yang bermurah hati nak ajak makan tu, jangan sengan dan malu-mal

Pejabat.

Alhamdulillah, baru ni berkesempatan untuk berkunjung ke Pejabat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) lepas peperiksaan Tafsir Ayat Ahkam. Bukan apa, sebab pejabat sekarang dah lawa setelah diubahsuai. Fuh.. memang cun lah. Tapi itu baru separuh, dalam 60peratus kerja-kerja pengubah suaian. Diberhentikan sementara untuk memberi laluan kepada imtihan. Layan je lah ek gambar kat bawah ni.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs011.snc6/166149_188753661151594_100000508851984_649307_1152332_n.jpg
PMRAM

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs058.ash2/36244_188464317847195_100000508851984_647343_763234_n.jpg
Rak khas untuk tetamu & Badan Pengurus meletak helmet.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs098.snc4/36244_188464324513861_100000508851984_647345_5358063_n.jpg
Pemandang di pintu masuk. Siap ada cermin lagi.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs029.ash2/34826_188464914513802_100000508851984_647353_6598117_n.jpg
Ruang tamu merangkap ruang utama pejabat.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs029.ash2/34826_188464917847135_100000508851984_647354_5881285_n.jpg
Cantik dan luas. Wallpaper dan karpet baru.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs771.ash1/166149_188753664484927_100000508851984_649308_6216678_n.jpg
Yang pasti rak kasut ni, buatan sendiri. Bukan arab yang buat ye..


Buku Jingga

Ops!! part ni memang berbaur politik. Sebab ada orang tak suka, jadi dinasihat untuk tidak memabacanya.. Hehe..

buku jingga

Saya sendiri telah download Buku Jingga Pakatan Rakyat (844) Sila sebarkan, biar rakyat tahu bahawa bukan BN sahaja yang mampu memerintah negara. 5 negeri di bawah Pakatan Rakyat sekarang buktinya. Kelantan sudah 20 tahun diperintah PAS. Terengganu akhir 1999-2004 menjadi contoh juga.

Tawaran dalam Buku Jingga bukan dongeng, bukan memancing undi untuk seorang mendapatkan hasratnya menjadi PM, tetapi komitmen satu pakatan badan politik yang sudah muak dan mual dengan kezaliman, penindasan, pengkhianatan amanah, pembaziran, pemborosan pemerintah BN yang ada.

BN mesti diganti. Justru, cara paling mudah ialah perkenalkan mereka dengan cadangan program PR melalui Buku Jingga ini bahawa alternatif kepada BN tetap ada. Jangan rakyat ingat bahawa hanya BN yang boleh memerintah Malaysia. Di luarnegara, parti pemerintah saling bertukar. Mengapa dalam Malaysia disangka hanya BN boleh memerintah?

Lagi cepat anda sebarkan Buku Jingga ini, lagi cepat rakyat dan sahabat-sahabat kita tahu. Lagi banyak ia tersebar, lagi banyak undi yang boleh diraih terutama dari rakyat atas pagar-RAP. Pendirian mereka boleh berubah mengikut ’selera’ terakhir. Lagi ramai rakan kita, lagi ramai yang didedahkan dengan Buku Jingga ini. Anda yang kreatif boleh sebarkan dalam facebook, blog, portal dan lain-lain. Tinggal lagi, rakyat yang tiada kemudahan akses kepada semua itu perlu didekati dengan cara lain. Yang penting Buku Jingga ini mesti diwar-warkan sehingga PRU 13 akan datang.

5 komen mengomen :: Makan Malam, Pejabat & Buku Jingga

  1. owh,saya yg keseorangan dilupakan...dop aci la gini!!!

  2. 21 muda lagi la. haha.

  3. Abg Syuk : Haha.. terlupa plak, ada bujang sementara sorang lagi, Lepasni abg syuk plak ye.. hehe.. Abg syuk ada org jaga, takpe, dia sorang2.. hehe..

  4. Seimura : Haish.. dah tua dah 21 tu.. Jangan ingat baru 21 tapi dah 21. Kalau BARU, rasa muda n kurang nak bertanggungjawab. Tp kalau DAH 21, rasa tua n bertanggungjawab sket.. tak gitu?

  5. Amin,

    Sebenarnya tidak ada apa yang menarik dalam Buku Jingga PR untuk PRU 13, tak lebih daripada manifesto pilihanraya. Saya yang bertugas sebagai guru berasa maruah saya sebagai pendidik begitu rendah kerana harga kami sebagai guru hanyalah RM 500 kenapa tidak RM Sejuta sahaja ?. Kalau setakat nak naikkan gaji kami sebagai RM 500 lebih baik tak payah. Harga kami bukan sebanyak itu, itupun kalau kami mengambil kira tentang soal gaji, tapi kami pendidik bukan mata duitan, bukan peraih undi untuk mengundi PR, kami adalah pelahir generasi seperti mana Ulama yang amin belajar di Mesir. Amin memang masih muda dan masih BUTA, buta dalam soal kehidupan, amin buta sebab mendengar sebelah pihak sahaja, naper amin tak tanya dengan PM sendiri kedudukan Malaysia di mata dunia ?. Ekonomi malaysia semakin hari semakin baik berbanding zaman kemelesetan ekonomi 1997,1998 dan 1999. Mujur Tun M bijak, kalau tidak dah lama Anwar gadai Malaysia kepada IMF. Amin tak baca perintiwa yang lalu. AMIN jangan jadi anak watan yang derhaka.

    Ustaz Nor Azizuddin
    SJKC Sin Ya, Alma.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers