Kisah & Gambar 2.0.1.1

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah.. Allah masih panjangkan usia untuk berada di tahun 2011. Kini masuk tahun ke-2 aku berada di ardul kinanah, Mesir. Sepanjang berada disini, pelbagai pengalaman telah aku rasai. Suka, Duka, Sakit, Rindu, Cinta, Penat, semuanya bercantum menjadi satu, AKU.


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs006.snc6/165600_188272594533034_100000508851984_645809_553068_n.jpg
Aku, Basyir, Mad Raziqin & Ulwan.

Gambar ni selepas asar, sebelum maghrib di Masjid Al-Azhar, kelihatan semuanya ceria. Namun, ada sesuatu disebalik keceriaan tersebut. Benarlah orang kata, bibir mengukir senyuman, hati menangis siapa yang tahu. Hehe.. Sebenarnya, pada subuh 9 Januari 2011 aku kemalangan. Sewaktu dalam perjalanan untuk ke kelas Syeikh Yusri di Jabal Muqottom, aku menunggang motosikal sendirian, seperti kebiasaan, selepas subuh, jika tiada apa-apa halangan aku pasti tidak ketinggalan mengikuti pengajian pembacaan hadith (sekarang Sunan Abi Daud, sebelumnya Sunan Tirmizi) bersama Syeikhuna. Namun pagi tersebut, aku sedikit kelewatan bangun subuh, mungkin sebab stay up malamnya sebab petang tu aku ada exam Tafsir Ayat Ahkam.

Dalam kesejukan suhu serendah 7 darjah celcius, aku memecut laju motosikal dayun kepunyaan Hakim. Beberapa hari kebelakangan ni, aku menunggang motosikal seorang diri. Sebab hakim ada hal lain. Dalam kekalutan pagi tersebut, aku terlupa satu selekoh maut yang telah menjatuhkan ramai sahabat-sahabat yang ingin ke kelas Syeikh. Padahal, hampir setiap hari aku melalui jalan yang sama. Sudah tahu dimana lubang, dimana bonggol, dimana jalan yang tidak selamat. Namun, takdir Allah membatasi segalanya, sampai sahaja di selekoh tersebut, sepantas kilat aku teringat tumpahan minyak. Ya Allah!! sepantas itu juga aku rebah menyembah bumi, motosikal terseret beberapa meter, begitu juga aku turut meniarap dan terseret di atas jalan. Alhamdulillah, Allah mengatur segalanya. Luka dan kecederaan yang dialami hanya sedikit. Kebetulan pagi tersebut aku memakai baju yang agak tebal, berkasut dan seluar semi jeans. Mujur juga aku tergerak hati pagi ni untuk pinjam sarung tangan tebal hakim, sarung tangan itulah yang menyelamatkan aku daripada cedera di tangan. Habis koyak rabak, kesan terseret diatas jalan.

Dalam kesakitan aku gagahkan diri untuk bangun melangkah kearah motosikal yang terdampar beberapa meter, kelihatan minyak daripada tangki meleleh keluar. Mujur tiada kenderaan di belakang. Aku terselamat daripada dilanggar kenderaan. Segera aku angkat motor tersebut, sebelum minyak tumpah dengan lebih banyak. Alhamdulillah, motor juga selamat, hanya pecah lampu depan dan tiada kesan yang teruk. Setelah periksa keadaan motor, Alhamdulillah, masih boleh jalan. Lantas memecut kerana pengajian sudah lama bermula. Kemalangan tadi tidak melemahkan semangat untuk terus ke Masjid Asyraf. Alhamdulillah, sampai di Masjid Asyraf sempat mendengar dua riwayat hadith daripada kitab Sunan Abi Daud. Walaupun agak kecewa, namun tetap bersyukur kerana berjaya sampai di kelas syeikh.

Selepas tamat kelas, seorang sahabat mengajak untuk ke Maqam Imam As-Syafie. Walaupun masih terasa kesan kemalangan tadi, tapi rasa nak pergi untuk menziarahi maqam pengasa Mazhab Syafie tersebut begitu tinggi, mungkin untuk mengambil berkat sebab petang nanti nak imtihan. Menurut beberapa orang ulama', kalam yang aku ambil daripada ust-ust senior dan seyikh, Nabi s.a.w. akan datang menziarahi Maqam Imam As-Syafie setiap hari Jumaat.

Sampai sahaja di sana, maqam masih belum dibuka, kata budak arab kat situ, maqam akan dibuka jam 8 pagi. Aiseh.. Ruginya.. Sorang sahabat (muaz) bagi cadangan untuk ke Maqam Sayyidah Nafisah. Walapun hati nak balik cepat, sebab pinjam motor hakim dan nak murajaah tafsir, tapi sebab tak tau jalan balik, terpaksa jugak ikut untuk menziarahi Maqam Sayyidah Nafisah. Keturunan Rasulullah s.a.w. tempat dimana dimaqbulkan doa oleh Allah s.w.t. Kebetulan, baru ni masa jaulah maqam, aku demam. Jadi tak dapat nak ziarah maqam aulia' Allah. Kesempatan yang ada ni, ikut je la. Lepastu, singgah di Rumah Kedah, Hayyu Sabie' untuk sarapan pagi, nasi lemak. Hehe.. Muaz belanja.

Sampai di rumah dah dekat pukul 8 atau 9 pagi. Dah tak ingat, yang pasti kawan semua dah takde, semua dah keluar pergi periksa. Adeh.. tinggal aku sorang. Sebab takleh nak jalan sangat, naik la teksi sorang-sorang. Alhamdulillah, lepas gaduh dengan pemandu tu, dapat la tambang murah sikit 16genih sampai dekat Azhar. Hehe.. Sampai dah dekat pukul 10.30. Imtihan start pukul 1.30 petang. Ada 3 jam je lagi. Huhu.. sakit-sakit ni tak masuk mana la nak study. Tapi baca la jugak. Sampai kat Masjid Husain, ziarah Maqam Sayyidina Husain dulu, cucu kepada Rasulullah s.a.w. Lepas zohor, makan qusyari depan Azhar tu pastu terus masuk dewan periksa.

Soalan satu dengan dua Alhamdulillah, boleh jawab, cuma soalan 3 je, blur sikit tak tau bab mana. Lepas tanya muroqib(penjaga periksa) dia bagi klu bab haji. Hehe... Kurang nampak la, bab apa yang soalan nak. Sebab ayat tu umum sangat. Sempat jugak beli syai(teh) minum dalam dewan periksa. Memang jadi fevret aku time pekse beli syai. Kadang-kadang sampai dua tiga gelas aku beli. Hehe.. Tapi sebab kali ni periksa kat lain. syai tu tak kaw sangat banding taun lepas. Huhu..

Lepas habis je exam, terus pergi Masjid Azhar untuk solat asar. Dah memang niat nak pergi bergambar jap sebelum balik. Hehe.. Tak padan dengan sakit.. Korang tengok jelah ye gambar-gambar kat bawah ni.. Ada la sikit untuk tatapan ibu dan ayah kat rumah. Tengok, anak dia takde pape pun lepas kemalangan..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs006.snc6/165600_188272597866367_100000508851984_645810_7497231_n.jpg
Aku dengan Mad..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs026.snc6/165600_188272601199700_100000508851984_645811_5523704_n.jpg
Ni dalam dewan periksa. Aku duduk sebelah Kori Kain Pelikat (Bukhari).. hehe..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs733.ash1/162740_188277181199242_100000508851984_645863_1146576_n.jpg
Sempat jugak melepak dekat tepi jalan. Pagar Al-Azhar.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1355.snc4/162740_188277184532575_100000508851984_645864_2220577_n.jpg
On the nak balik dah ni..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1335.snc4/162740_188277187865908_100000508851984_645865_3177433_n.jpg
Basyir duk cakap telefon, Mad dengan Ulwan sibuk duk bincang pasal wahabi, taliban kat belakang.. hehe..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1335.snc4/162740_188277194532574_100000508851984_645867_719960_n.jpg
Aku dengan Mad sempat jugak culik anak orang arab.. hehe..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs775.ash1/166593_188467777846849_100000508851984_647365_1871295_n.jpg
Budak ni bawak lari tongkat ayah dia. Ayah dia tengah duduk lam masjid. Ada kelas.. nakal betul.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs775.ash1/166593_188467781180182_100000508851984_647366_1390418_n.jpg
Antara dua darjat.. hehe.. Bujang vs Suami..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs775.ash1/166593_188467791180181_100000508851984_647367_3327738_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1357.snc4/162975_188623987831228_100000508851984_648613_3710670_n.jpg
Basyir..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs736.ash1/162975_188623991164561_100000508851984_648614_6499513_n.jpg
Berlatar belakang menara kembar Masjid Al-Azhar.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs052.snc6/168254_188605304499763_100000508851984_648417_6894932_n.jpg
Depan pintu masuk dewan solat utama Masjid.

Kesan kemalangan tersebut, sekarang takleh nak buat kerja-kerja berat. Sakit satu badan, lenguh dan kejang otot. Huhu.. Silap duduk sakit, tekan situ sakit, sini sakit.. Adeh.. Terima kasih kat ust Halim Zakaria sebab tolong urut. Seharian tidur n baring je. Takleh nak bangun. Allah.. Moga ia dikira kaffarah dosa-dosa aku yang terlampau banyak.. Mintak-mintak 2,3 hari lagi baik la. Rindu nak pergi kelas Syeikh.

11 komen mengomen :: Kisah & Gambar 2.0.1.1

  1. ust kamal y nak g maqam sayyidah Nafisah, bkn ana ye...ana tukang bwk je,hehe

  2. syafakallah Amin. banyak kan berehat.

  3. Syafakallah..
    Moga diberi kesembuhan oleh Allah.

  4. Muaz : Ooo.. Kamal rupanya yang nak pegi.. hehe.. tapi enta yang lama plak duk situ.. doa ape lama2 tu? hehe.. tak lama lagi dah nampaknya.. ameenn~

  5. Seimura : Syukran.. InsyaAllah, mmg tak keluar rumah dah 2 hari ni..

  6. Permata : Jazakillahukhair, ameen~

  7. singgah sini...
    semoga cepat sembuh yer.. lepas ni kena sentiasa beringat.. =]

  8. yup.. tenkiu singgah..
    InsyaAllah, lepasni lebih hati2.
    suka tengok gambar2 faaein.. =)

  9. huhu...(xde modal nk balas min,keh3)

  10. Muaz terjerat disitu nampaknye.. hehe.. takpe la muaz, benda baik kena cepat2.. hehe.. motor dah beli, tapi takde orang nak naik kat belakang..

  11. Syakallah hu khaira syafaa'...
    hehe..ayat baru..
    moga sembuh....
    "adakah kamu mengira kamu beriman sedangkan kami belum mendatangkan ujian bagi kamu..??"

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers