Aku puasa tau arini, tak ponteng lagi setakat nih. Haha.. Alhamdulillah. Sekian.. (Haih.. nak cakap tu je ke? Hehe.. Cukup la tu ye dak? huhaheho.. ngeh3)
Sebenarnya nak cakap pasal ujian, huhuhu..
Ujian ni banyak.. Ujian memandu, ujian akhir taun, ujian UPsr.. Korang nak yg mane satu? pilih2.. Hehe.. Ujian keluarga, ujian hidup, ujian kehidupan, ujian kemahiran hidup, ujian,ujian,ujian...? huahuahua.. bukan uji rashid. Sebab aku pun xkenal dia yg mana satu. huhu.. kenal pada nama je. Tabung uji, ujikaji, banyak betul nama uji.. ish3.. Dah3. Merepek macam kerepek plak aku nih. Hui3..
Banyak kan ujian dalam hidup nih? Kalau nak cerita tu, fuh.. tak terkata, tanggal gigi-gigi ni baru habis citer.. Kui3..
Menurut kata my naqib, in our life, we la budda(bukan agama buda, bahase arab tuu..)keh3 to face test in our life. Dah2.. Go Straight dont belok2. Allah said in al-Quran ayat 2-3 surah al’-Ankabut;
أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]
Jadi, memang engkorang tak boleh lari daripada Ujian Allah, kalau nak lari jugak, pergi la lari kat track, balapan.. huhu.. Mmg dapat penat jer. Tapi Allah dah janji bahwa setiap Ujian yang ditimpakan ke atas seseorang itu pasti dia dapat memikulnya walaupun berat pada pandangan mata kita.
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]
Oklah, berbalik kepada certita aku td. Ujian, hmm.. ape ujian yang aku kena? Ni sekadar cerita jela, aku kehilangan idea sebenarnya.. huhu..
Satu hari tu, aku hadir kat program ni.(rahsia....) hehe.. Naik kereta yg aku pinjam (selingan, kawan sebelah aku kata pening kepalaaaa.... Kaco betul.. dia kata sebab makan bulu kambing semalam. hahaha..)
Ish3.. Ha.. Setelah program tu berjalan, baru aku teringat akan surat yang perlu aku berikan kepada sorang ustak nih. Haih, aku denga sopan santun keluar dari dewan bak gadis melayu.. hui3.. (Aku tak suka rancangan gadis melayu.. teruk betul.. Apsal tak buat Pencarian Muslimah Zaman Kini) huhu.. And then Aku pun keluar la. Sekali tengok kereta aku dah hilang..
aku pun pg lari dalam bilik air menangis.. kah3..
Hah? Mana kereta aku nih? Alamak... Jeng..jeng..jeng..
Aku pun tawaf la bagunan tu, sikit jer ag nak cukup 7 kali.. Hah.. Letih giler ni, dah la panas terik. Tak jumpa jugak. Aku pun tanya la orang2 kat situ, sape tau kemana kereta aku lari..?
Adela sorang kawan ni cakap, kereta aku dah kena bawak lari.. (Kawan aku bawak.. ) huhu.. Aku pun terus membelasah dia kerana tak bagitau aku awal2. hehe.. Maka, aku pun cari la kenderaan lain, lalu ternampak seekor kuda. Tanpa malu segan, aku terus menunggang kuda tersebut. Lagak seperti seorang pendekar. Haha..
Sampai kat Batu Burok, tiba2 kuda aku tersengguk2. Apsal plak kuda ni meragam. Aduh, ke tuan dia tak bagi makan? Dahla telinga pun terkulai2 kena tiup angin. Aduyai.. Nak kata kuda sakit, sihat..
Tula, sape suruh tunggang laju2. Kan dah pengsan. Huhu.. Rupanya kuda LC aku naik ni xminum lagi. Huhu.. (Motor Lc ni Takde minyak la maknanya..) Huhu.. Pam minyak plak ada dalam sekilometer lebih. Huhu... Sabar jela. Kena tolak dalam panas terik. Ibarat seorang musafir ditengah padang pasir. Huhu..
Sempat jugak aku berenti rehat di sebuah masjid. Bertanya khabar dan bersembang2 dengan bilal masjid tersebut. Huhu.. Akhirnya aku meneruskan perjalan mengisi minyak, setelah setengah jam menolak kuda besi tersebut. Alhamdulillah.. Akhirnya kudaku segar kembali.
Aku terus la menunggang, hanya untuk mengambil sehelai warkah untuk diserahkan kepada pemiliknya. Huhu.
Kerana Rasulullah menganggap kita semua pemimpin seperti sabda baginda, “Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu semua bertanggungjawab terhadap orang di bawah jagaanmu” (HR Bukhari dan Muslim). Ini adalah kepemimpinan dan kepertanggungjawaban terhadap diri dan orang dibawah jagaan kita
Tapi banyak lagi ujian dalam hidup yang pasti kita terpaksa jua lalui. Dan sedarlah itu merupakan tarbiyah daripada Allah secara kita tidak sedar. Jangan hanya merungut hidup aku malang, kenapa aku miskin? Kenapa Allah buat begini kat aku? Celaka punya &%45 dan sebgainya akibat daripada bala' ataupun ujian yang ditimpakan keatas mereka.. Dan sebagainya..
Mengapa manusia sering terlupa bahawa mereka ini hanya menumpang di bumi Allah? Mengapa dan mengapa? Sebabnya kita lupa siapa diri kita.. Kita adalah hamba. Hamba sifatnya taat segala perintah Tuannya. Namun adakah kita seperti itu? Lu pikiaq la sendiri.
Ingatlah bahawa, setiap apa yang berlaku di atas muka bumi ini pasti ada hikmahnya. Yakinlah.. Ini kata2 yang aku selalu pegang.Kerana aku tahu Allah lebih tahu apa yang terbaik buat aku. DIA tahu apa yang aku mampu dan aku tidak mampu. Allah tidak zalim.
Seperti juga seorang cikgu, setelah sekian lama dia meleter depen murid2nya. Tiba2, dia nak uji anak2 murid tanpa diberi warning terlebih dahulu. Adilkah? Ya, sudah tentu adil kerana tujuan utama dia menguji adalah mahu melihat adakah apa yang diajarkan selama ini betul2 difahami atau tidak?
Begitu juga seorang tauke kambing, dalam banyak2 kambing yang dia bela. tibalah suatu hari dia nak ambik seekor untuk disembelih (Sembelih haiwan ternakan untuk dimakan, wajib dalam Islam, kerana disana ada hikmah yang kita tidak ketahui.. Huhu..) Apa yang telah ditemui, hasil kajian saintis barat, dengan sembelihan, segala darah yang terdapat dalam badan haiwan tersebut akan keluar. Dan peningkatan/bacaan otak (aku tak tau apa diorang panggil) mendapati haiwan yang disembelih lebih tenang, dan dalam kadar segera terus mati berbanding dengan cara yang selain dari sembelih kerana lebih menyiksakan)
Eh, cite kambing kan? bukan nak cite pasal sembelih. Huhu.. So, dalam banyak2 kambing, tuan dia nak ambik sekor, buat barbeque.. Hehe.. dicecah sos lada hitam. Fuhh.. Syok woo.. Adakah zalim?? Korang fikir le.. ngeh3..
So, ujian datang dalam berbagai bentuk. Korang lebih mengetahui. Dan pasti ada yang korang takleh lupa dan sebagainya. Tapi, sedar atau tak, itulah yang membuatkan korang lebih tabah, dan pengalaman itu membuatkan kita lebih matang dan tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. Dan bila ujian itu melanda sekali lagi, kita tahu apa yang perlu kita lakukan.
Dan sesungguhnya Sabar, redha (berlapang dada, terima dengan hati terbuka) , memaafkan itu adalah kunci segala ujian.
Ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa, ikut nafsu .... hancurlah hidup lu.. Hua3.. Reka je aku nih. Kerana mulut badan binasa, kerana pulut, sedap diamakan dengan kuah kari.. Kui3..
Dah3.. Jadi macam pertandingan mereka pantun la plak.. Haha.. Cukup la tu ek.. Sekadar biasa2 aje.
Yang baik itu datangnya dari Allah, yang lemah itu memang dari aku sendiri. Yelah, sapa mengaku benda yang ada kat tangan dia, dia reka, dia cipta? Meh report kat ambulance.. huhu..
Takde, korang carilah.. Pusing2, semua benda pasti akan kembali kepada bumi balik. Bumi sape cipta? bumi lagi kompleks daripada sebuah komputer. Takyah bumi, Nak cipta sekor lalat pun korang tak mampu. Apetah lagi tahi lalat.. Kui3.. aku yakin dan Pastilah Allah yang menciptakan alam ini serta segala isinya.
Ahmad Ulwan b Hassim
September 5, 2009 at 11:50 AM"selingan, kawan sebelah aku kata pening kepalaaaa.... Kaco betul.. dia kata sebab makan bulu kambing semalam. hahaha.."
min..sedapnyer suke kat org ish2 bulan pose ni..bkn bulu kambing la..daging la..adui peningnyer kepala..huhu..^_^
Ahmad Ulwan b Hassim
September 5, 2009 at 11:50 AMwahahahaha. cite yg agak kelakar. =p
ya btol tu, ujian juga lah yg boleh menjdkan manusia lebih berfikiran manusia.
ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa. walaupun agak susah untuk membuat tindakan yg tdk dicemari oleh perasaan dan nafsu, tp inilah ujian, dan saya berdoa agar hati saya tdk dibelenggu dgn perasaan ini dalam tindakan saya.
Chan
September 5, 2009 at 12:32 PM