Harapnyer inilah layout ku yang terakhir akan ku tukar.. huhu.. asik la tukar..
Warna putih, hijau dan biru, membuatkan aku rasa lapang, tenang, bagai diawangan dan kadang2 di daratan..
laman ruang yang terbentang luas ini, umpama rumah keduaku.. Disini aku meluahkan rasa, suka duka dan tangis..
Disini aku berkongsi Ilmu, lawak jenaka dan pengalaman, dengan harapan manusia lain menjadikannya sebagai iktibar dan peringatan, agar tidak mengikut jejak langkahku yang sering tersalah dan alpa..
Malam ini malam pertamaku mengikuti Kelas Ust Nazrul di Surau Darul Iman, Kompleks Rumah Terengganu..
Malam ini juga malam pertama aku dengan Sara.. (woi..woi..woi..) jangan nak khayal yer.. aku beum kawen mahupun melanggan sesiapa.. Nauzubillahiminzalik..
Belum abis lagi ayat tu.. Sara mana? aku tak abis cakap lagi.. Malam pertama dengan Saratoga.. hehe.. Pergh.. khusyuk ar malam ni ak tido.. kah3..
Dah2.. nak tido ni... Ngeh3.. baibai~
Gejala Kek Gulung sudah bermula.. Awas jika anda terjumpa Kek Gulung berintikan manusia.. Hahaha..
Lelong.. lelong.. lelong.. 2 singgit.. 2singgit.. 2singgit.. Nak jual? Ntah ler.. tanya la tuan kereta nih..Ni orang punyer.. aku saje jer tunjuk kat korang. hehe.. Sebab ternampak kereta ni baru nih..
Yg ni baru punyer.. korang nak veli pegi la kedai.. haha..
Ok, dah terlanjur cerita pasal kereta nih. aku ada satu cerita.
Kisahnya bermula begini. Pada zaman jepun dahulu ada sepasang suami dan isteri. Si Suami bernama Mitsu(sebab suka makan mi dan minum susu), manakala si isteri bernama Oka.. (Mungkin ringkasan daripada hokage,hehe)
Pada suatu hari mereka bertemu di atas sebuah gunung. Sedang melayan fikiran masing-masing. Tanpa disangka sedang mereka berkhayal perkara yang sama. Masing-masing inginkan suatu alat yang membolehkan mereka bergerak tanpa penat berjalan. Lalu masing2 melemparkan batu ke bawah. Maka terfikirlah bahawa benda bulat boleh bergerak laju walaupun melanggar apa saja yang ada didepan mereka. masin2 kagum.
Oleh kerana zaman jepun dulu menggunakan tandu, maka mereka pun terfikirlah untuk memasang batu pada tandu masing2. Namun oleh kerana batu berat. Si Mitsu pun duduk termenung ditepi kaki lima, sambil menggaru telinga.. Si Oka yg melihat kejadian tersebut kagum. Akhirnya dia mendapat suatu idea. Kebetulan la pulak. Atuknya seorang tukang kayu. Maka timbilah idea untuk membuat tayar daripada kayu. Hingga terhasilnya sebuah kereta. Mula2 kereta kuda. sampailah berkembang ke hari ini. Oleh kerana kereta mereka dahulu hasil usaha atuk Oka. Maka diletak la cermin mata dihadapan kereta tersebut. Konon2nya dapat mengelakkan berlaku kemalangan. Oleh kerana mereka jatuh cinta kerana minat yang sama.
Lalu digabunglah nama Mitsu & Oka menjadi Mitsuoka. Maka adapun kereta mereka itu dibina atas dasar cinta. Diberikan nama MItsuoka. Dan untuk tidak melupakan jasa atuknya. Diletak la spek mata yang sama seperti yg dipakai atuk Oka. Sebab tu kereta mitsuoka masih mengekalkan lampu yg seperti cermin mata orang tua. hehe.. sekian.
semua cerita ini hanya rekaan semat-mata. Jangan ada yang percaya sudah.. hahaha..
PENGURUSAN KEWANGAN bank bsn/HSBC (sape nak sumbang, bleh la. dialu-alukan. Kami ni menuntut ilmu fisabilillah)
BAWAK SALINAN pasport ic mak ayah ic kite salinan visa sijil stam gambar berukuran apsport
BEG CARRY charger bju
MAKAN MINUM halia kunyit agar,kuah??? keropok serunding serbuk kari ayam serbuk kari ikan serbuk kurma serbuk sup pes/kiub tomyam sup bunjut ikan kering ikan bilis keropok keping/propedem kerisik lengkuas bihun suhun??? (so'un) nestom (mcm bom atom je bunyi, haha) kacang ijau pulut itam selasih agar2 asam gelugor asam jawa belacan pek santan serbuk daun kari (keringkan) daun limau purut (keringkan) megi??? (aik.. megi pun ada?? ISh3) periuk masak kecil
(persoalannya.. adakah aku reti untuk masak menggunakan semua itu? hehe.. sikit2 boleh la baru amatur, lum profesional lagi bab masak2 nih)
ada sape2 nak tambah/cadangkan nak bawak apa lagi?? hehe sila2
Salam, kepada sesiapa yang me"link"kan blog ini di blog masing2. Sila maklumkan kepada ana untuk tujuan di"link"kan semula di dalam blog ini. Kerana selepas renovation dilakukan, kepala aku terhantuk kat tangga. so, lupa blog2 yang pernah tersenarai dekat sini. Huhu.. untuk membalas jasa baik korang kerana telah me link kan blog aku nih kat blog korang. aku nak link list kan balik la korang punyer blog dlm blog aku. Semoga blog korang menjadi terkenal di blog ini. haha.. Kerana blog ini dalam proses penambah baikkan. Terima kasih. hehe..
Lupa nak bagitau, komen kat entry ni yerk.. bukan komen kat shoutbox tu. payah nak rujuk, talak 3, talak 1 dan sebagainya. huhu..
Bismillahirrahmanirrahim, Ramadhan Kareem.. Allahumma ballighna ramadhan!! Ya Allah pertemukanlah aku dengan Ramadhan… Moga-moga ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang sebelumnya. Amin3 ya rabbal alamin.
Assalamualaikum semua, Ramadhan 1430 Hijrah, bakal menemui kita 2hari lagi, moga-moga Allah pertemukan kita dengan bulan yang dipenuhi dengan keberkatan dan rahmat yang melimpah ruah, melebihi bulan-bulan yang lain. Yang mana didalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. (Korang dah tau dah pasal malam ni, tiap2 tahun mesti ada yang akan bercerita, berkuliah, tazkirah dan sebagainya).
Namun itulah hakikatnya yang perlu kita terima kerana ia tidak pernah berubah dari tahun ke tahun, dari zaman ke zaman sampai hari kiamat. Ia pasti akan berulang dan berlaku. Namun, persoalannya, adakah kita benar-benar beramal dan mencari redha dan rahmat Allah dibulan tersebut??
Teringat masa aku kecik dulu, aku puasa sebab dapat upah, kalau setengah hari dapat 50sen, kalau penuh dapat seringgit. Haha.. Ish3.materialistic jugak aku ni dulu ek.. hehe.. tapi yela, sebagai satu insentif untuk aku berpuasa. Masa mula2 puasa, puasa setengahari jer, tepat jer pukul 12 atau pukul 1 petang, dengar je azan zohor,terus berbuka, orang buka puasa bila dengar azan maghrib, ni azan zohor. Haha.. Aku,aku.. yela, zaman budak2 dulu. Korang pun sama jugak agaknye. Hehe..
Lepastu, stage ke-2 puasa penuh. Bersahur bukan main, makan punya la banyak, untuk simpanan siang hari nanti konon2nya. Tapi lepastu, baru 2,3 jam dah tak larat, Bertahan la jugak nak boleh sampai ke petang, sampai jalan pun dah tak larat. Ibu suruh buka puasa, tapi degil, tak nak jugak buka. Sampai terbaring-baring tunggu nak berbuka. Huhu..
Besar sikit, dah boleh puasa penuh, tapi masih diuji,
yela.. geramnyer masa bulan pose ni la banyak rancangan buat kek. bulan tak pose tak nak plak wat rancangan memasak bersama conflakes dan Macam-macam lg la.. huhu.. geram betul. Mmg menguji perutku yang lapar.. terliur tengok. Mula la berangan nak beli conflakes banyak2, nak buat biskut la konon2nya. Haha.. tapi lepas berbuka dah tak ingat da menda2 tu semua. Alhamdulillah, jimat duit aku “ (kata ayah dalam hati)<- firasat aku jer. Ayah jangan marah lak yer.. hehe..
Pastu, pergi bazaar ramadhan. Huahuahua.. lagi hebat dugaan. Dengan bau ayam panggang, ayam percik, ayam goreng, kuey tiow hongkong/kuey tiow kungfu (ye,Ye.. jer, biar baru kenal pun keuy tiow tu masa sekolah menengah dulu, sampai sekarang suka makan.. haha..) air sirap, ice blended, air kacira, yoes campur.. pergh.. menusuk kalbu. Rambang terus mata.
Ada sekali tu, lepas beli air tebu, tak ingat plak puasa, rasa cam pegi pasar malam jer. Ada ke abg jual air tu bagi yang dalam plastic yang 50sen, jadi memudahkan aku untuk minum.
Bukan salah aku la maknanya.. haha.. Maka, dengan selambaer aku menyedut air itu hingga hamper habis di depan orang ramai, akhirnya baru perasaan.
“EH, Puasa la.. adeh..nak wat camner nih?? Abis la pose aku??? Huhu (Tapi dalam hati kata : Best jugak dapat minum,tak ingat sekali sekala takpe. Tuhan tak marah) hehehe.. Bahagia betul hari tu sebab dapat minum air tebu. Hahaha.. Balik rumah, buat2 tak larat, sbb nnt ibu,ayah,akak n abang2 kata mesti tak pose ni. Segar jer nampak.. hehe.. Pandai jugak aku berlakon.. Hahaha.
Bab sahur plak, memang susah nak bangun, mesti ibu kejut 7,8 kali. Baru bangun. Kalau ibu kejut wat rilek jer, kalau ayah kejut sume terus bangun jer. Hehe.. yela, ayah garang sket masa aku kecik2 dulu. Tu pun, 2,3 kali jgk ayah kejut. Sampaikena cubit. Sekarang ayah dah tak macam dulu. Baik hati & Penyayang. Like father like son..; hehe. Pastu, Sampai tertidur dalam pinggan pun ada. Ish3.. teruk beno nak bangun sahur aku nih. Aku, aku.. masa kecik dulu la. Sekarang tak bangun terus. Haha.. yela dah beso, dah biasa kat asrama dulu tak sahur kalau puasa sunat. Kalau puasa wajib lain plak ceritanya. Mesti chek dulu sahur lauk pe,? kalau lauk ayam gerenti dewan makan penuh dengan manusia2 yang jarang dilihat bersahur, kecuali aku. Haha.. kadang2 jer ikut mood. Baiknya la budak nih.. hehe..
Dah2, berbalik kepada tujuan aku nak tulis entri ni..
Inilah yang membezakan ramadhan kali ini dengan ramadhan-ramadhan yang telah kita tempuhi sebelum ini. Aku bukanlah seorang yang fakih mahupun seorang alim lagi warak dalam bab-bab sebegini. Namun itulah yang sering aku fikirkan dari tahun ke tahun. Adakah amalanku diterima? Adakah aku telah menemui malam yang lebih baik dari seribu bulan sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah didalam Al-Quran dalam surah Al-qadr :
“1.Innaa anzalnahu fii lailatil qadr.
2.Wa maa adrooka maa lailatul qadr
3.Lailatul qadri khairummin alfi syahr.
4.tanazzalul malaa’ikatu warruuhu fiihaa bi iznirabbihim minkulli amr
5.saaalamun hiya hatta mathla’il fajr.
Maksudnya:
1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.
2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan
4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.
5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).
TAFSIRNYA
Lailatul Qadr juga dikenali dengan Lailatul Mubarakah sebagaimana yang disebut dalam firman Allah yang berbunyi, “Innaa anzalnahu fi lailatin mubaarakah.” yg maksudnya, “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya(al Qur’an) pada malam yang penuh keberkatan”. Dan malam tersebut sudah pastinya di bulan Ramadhan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al Qur’an.” Ibn Abbas berkata: Allah telah menurunkan al Qur’an dalam jumlah yang satu(sekaligus) daripada lauh mahfuz ke baitul ‘Izzah di Langit Dunia. Kemudian ia diturunkan secara beransur-ansur berdasarkan kejadian yang berlaku sepanjang kehidupan Nabi Muhammad sebagai Rasulullah selama tempoh 23 tahun.
Assalamualaikum semua anak-anak muridku.. Hehehe.. Bila masa lak aku ngajo korang nih ?? Haha.. Ntah pape je. Korang nak menang IPhone 3G tak?? Tak pun korang nak ExternalHardDisk??
Prize
Prize Description
Grand Prize
Apple iPhone 3GS (worth RM2500) x 2 winners
Consolation
Western Digital My Passport Essential 320GB x 10 winner
Haa.. Meh baca.. Join skali takpe. Bukan susah pun. Korang tulis nama, email dan copy paste je. Hehe.. Tak rugi pape pun.. Nak join tak?
Sempenan bulan kemerdekaan ni, (Mungkin sebab kena doktrin BTN kot baru jadi macamni) Hahaha.. Semangat patriotik tu lebih sikit. Kuikuikui.. Hebatnya tarbiyyah BTN ni kan?? Hehehe.. Jadi, sempena bulan kemerdekaan yang ke 52. Meh kita kibarkan Bendera Malaysia kat Blog kita nih. Ala.. Rilek ar brader. Takkan malu kot? Huhuuhu.. ala letak Bendera Malaysia tu je. Jalur Gemilang... kata "Saya anak Malaysia, saya sayang Malaysia" Bla.. Bla.. Bla..
Hah.. Cara nak menang tu senang jer. Korang klik logo I Love Malaysia yang ada kat sebelah kanan blog aku nih. Pastu korang tulis jer la nama korang, email , alamat blog korang dan referrer email. (referrer email tu, email aku la.. " maaz4_kostaq@yahoo.com " Korang jangan tak tulis ye, aku belasah karang.. Huahuahua..sebab korang join dan tau maklumat ni dari blog aku) Hehe... Aku pun tau dari MissGaza. So, macam contest berantai la plak.. Kalau korang hebat sangat, bleh gak nak join quiz merdeka dalam tu.. Aku dah jawab dah. Senang jer soalan dia..
Tu jelah yang korang kena wat. Dah sudah tu. Submit, korang akan dapat satu email. Klik link untuk sahkan email korang. Dan akan keluar code utk gadget/logo I Love Malaysia macam aku nih. Paste jer la kat HTML. Korang sign in blogger, pergi dekat Layout, Add Gadget dan pilih HTML. Paste, dan save. Mudah jer.. Kan3? So, apa tunggu lagi, klik ler logo kat sebelah ni..
Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah.
Perantau di Bumi Allah.
Johor - Terengganu - Selangor - Mesir
Buat pengunjung yang dirahmati Allah, tulisan di dalam blog ini adalah catatan peribadi saya dan ianya sekadar perkongsian bersama. Pandangan atau lontaran idea saya tidak mewakili mana-mana badan atu pertubuhan secara rasmi. Moga-moga memperoleh sedikit manfaat bersama.
Penulis
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir
1995-1996 Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Taman Sayong Pinang, Kulai, Johor. 1997-2000 SK Bandar Tenggara 2, Kulai, Johor. (SKBT 2) 2001 SK Bandar Tenggara 1, Kulai, Johor. (SKBT 1) 2002 SK Durian Burong, Kuala Terengganu (SKDB) 2002 SK Kubang Ikan, Kuala Terengganu (SKKI) 2003 Maahad Tahfiz Darul Bayan, Pinang Merah, Paka, Terengganu 2003-2004 Kolej Sains & Teknologi Al-Quran YT Besut (KOSTAQ) 2004-2005 SM Sains Agama YT Dungun (SEMSA) 2005-2006 SM Imtiaz Dungun (IMTIAZ) 2006-2008 SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Burok, Kuala Terengganu (SMA(A)SZA) 2009/10 Ijazah Sarjana Muda Kuliah Syariah Wal Qonun, Syu'bah Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Penuntut Anjung Al-Atrak, Masjid Al-Azhar Penuntut Masjid Asyraf, Jabal Muqottom. Penuntut Dar Al-Hasani