Bismillahirrahmanirrahim, Ramadhan Kareem.. Allahumma ballighna ramadhan!! Ya Allah pertemukanlah aku dengan Ramadhan… Moga-moga ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang sebelumnya. Amin3 ya rabbal alamin.
Assalamualaikum semua, Ramadhan 1430 Hijrah, bakal menemui kita 2hari lagi, moga-moga Allah pertemukan kita dengan bulan yang dipenuhi dengan keberkatan dan rahmat yang melimpah ruah, melebihi bulan-bulan yang lain. Yang mana didalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. (Korang dah tau dah pasal malam ni, tiap2 tahun mesti ada yang akan bercerita, berkuliah, tazkirah dan sebagainya).
Namun itulah hakikatnya yang perlu kita terima kerana ia tidak pernah berubah dari tahun ke tahun, dari zaman ke zaman sampai hari kiamat. Ia pasti akan berulang dan berlaku. Namun, persoalannya, adakah kita benar-benar beramal dan mencari redha dan rahmat Allah dibulan tersebut??
Teringat masa aku kecik dulu, aku puasa sebab dapat upah, kalau setengah hari dapat 50sen, kalau penuh dapat seringgit. Haha.. Ish3.materialistic jugak aku ni dulu ek.. hehe.. tapi yela, sebagai satu insentif untuk aku berpuasa. Masa mula2 puasa, puasa setengahari jer, tepat jer pukul 12 atau pukul 1 petang, dengar je azan zohor, terus berbuka, orang buka puasa bila dengar azan maghrib, ni azan zohor. Haha.. Aku,aku.. yela, zaman budak2 dulu. Korang pun sama jugak agaknye. Hehe..
Lepastu, stage ke-2 puasa penuh. Bersahur bukan main, makan punya la banyak, untuk simpanan siang hari nanti konon2nya. Tapi lepastu, baru 2,3 jam dah tak larat, Bertahan la jugak nak boleh sampai ke petang, sampai jalan pun dah tak larat. Ibu suruh buka puasa, tapi degil, tak nak jugak buka. Sampai terbaring-baring tunggu nak berbuka. Huhu..
Besar sikit, dah boleh puasa penuh, tapi masih diuji,
yela.. geramnyer masa bulan pose ni la banyak rancangan buat kek. bulan tak pose tak nak plak wat rancangan memasak bersama conflakes dan Macam-macam lg la.. huhu.. geram betul. Mmg menguji perutku yang lapar.. terliur tengok. Mula la berangan nak beli conflakes banyak2, nak buat biskut la konon2nya. Haha.. tapi lepas berbuka dah tak ingat da menda2 tu semua. Alhamdulillah, jimat duit aku “ (kata ayah dalam hati)<- firasat aku jer. Ayah jangan marah lak yer.. hehe..
Pastu, pergi bazaar ramadhan. Huahuahua.. lagi hebat dugaan. Dengan bau ayam panggang, ayam percik, ayam goreng, kuey tiow hongkong/kuey tiow kungfu (ye,Ye.. jer, biar baru kenal pun keuy tiow tu masa sekolah menengah dulu, sampai sekarang suka makan.. haha..) air sirap, ice blended, air kacira, yoes campur.. pergh.. menusuk kalbu. Rambang terus mata.
Bukan salah aku la maknanya.. haha.. Maka, dengan selambaer aku menyedut air itu hingga hamper habis di depan orang ramai, akhirnya baru perasaan.
“EH, Puasa la.. adeh..nak wat camner nih?? Abis la pose aku??? Huhu (Tapi dalam hati kata : Best jugak dapat minum,tak ingat sekali sekala takpe. Tuhan tak marah) hehehe.. Bahagia betul hari tu sebab dapat minum air tebu. Hahaha.. Balik rumah, buat2 tak larat, sbb nnt ibu,ayah,akak n abang2 kata mesti tak pose ni. Segar jer nampak.. hehe.. Pandai jugak aku berlakon.. Hahaha.
Bab sahur plak, memang susah nak bangun, mesti ibu kejut 7,8 kali. Baru bangun. Kalau ibu kejut wat rilek jer, kalau ayah kejut sume terus bangun jer. Hehe.. yela, ayah garang sket masa aku kecik2 dulu. Tu pun, 2,3 kali jgk ayah kejut. Sampaikena cubit. Sekarang ayah dah tak macam dulu. Baik hati & Penyayang. Like father like son..; hehe. Pastu, Sampai tertidur dalam pinggan pun ada. Ish3.. teruk beno nak bangun sahur aku nih. Aku, aku.. masa kecik dulu la. Sekarang tak bangun terus.
Haha.. yela dah beso, dah biasa kat asrama dulu tak sahur kalau puasa sunat. Kalau puasa wajib lain plak ceritanya. Mesti chek dulu sahur lauk pe,? kalau lauk ayam gerenti dewan makan penuh dengan manusia2 yang jarang dilihat bersahur, kecuali aku. Haha.. kadang2 jer ikut mood. Baiknya la budak nih.. hehe..
Dah2, berbalik kepada tujuan aku nak tulis entri ni..
Inilah yang membezakan ramadhan kali ini dengan ramadhan-ramadhan yang telah kita tempuhi sebelum ini. Aku bukanlah seorang yang fakih mahupun seorang alim lagi warak dalam bab-bab sebegini. Namun itulah yang sering aku fikirkan dari tahun ke tahun. Adakah amalanku diterima? Adakah aku telah menemui malam yang lebih baik dari seribu bulan sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah didalam Al-Quran dalam surah Al-qadr :
“1.Innaa anzalnahu fii lailatil qadr.
2.Wa maa adrooka maa lailatul qadr
3.Lailatul qadri khairummin alfi syahr.
4.tanazzalul malaa’ikatu warruuhu fiihaa bi iznirabbihim minkulli amr
5.saaalamun hiya hatta mathla’il fajr.
Maksudnya:
1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.
2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan
4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.
5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).
TAFSIRNYA
Lailatul Qadr juga dikenali dengan Lailatul Mubarakah sebagaimana yang disebut dalam firman Allah yang berbunyi, “Innaa anzalnahu fi lailatin mubaarakah.” yg maksudnya, “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya(al Qur’an) pada malam yang penuh keberkatan”. Dan malam tersebut sudah pastinya di bulan Ramadhan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al Qur’an.” Ibn Abbas berkata: Allah telah menurunkan al Qur’an dalam jumlah yang satu(sekaligus) daripada lauh mahfuz ke baitul ‘Izzah di Langit Dunia. Kemudian ia diturunkan secara beransur-ansur berdasarkan kejadian yang berlaku sepanjang kehidupan Nabi Muhammad sebagai Rasulullah selama tempoh 23 tahun.
hehe
sesuka hati je sedut air tebu depan orang ramai. tu mase umor bape tuh. kantoi je
patenjihah
August 19, 2009 at 3:34 PMeh2 xsama org xpnah pose separuh2 hari ok..trus pose penuh..kamu sorg je..lalalala
na-bi-lah
August 19, 2009 at 3:45 PMkuey teow kungfu!!
baru smlm tau cmne rupa dia...hoho
selamat menyambut ramadhan...
sitinoramira
August 19, 2009 at 6:49 PMaminmenulis
August 20, 2009 at 4:19 AM