Teruja!! Jom Kuasai Dunia Dengan Kamera..

Bismillah.. Alhamdulillah.. Salam Maal Hijrah semua. Moga-moga tahun baru ni membuatkan kita lebih ceria dan lebih semangat untuk bekerja serta teruja meneruskan hidup sebagai hamba Allah s.w.t. di atas muka bumi ini. Kerana Allah masih lagi memberi peluang kepada kita untuk terus hidup dan berbakti kepada manusia dan Islam khususnya.

Baiklah, mungkin ramai yang pernah dengar hadith ini :
Sabda Rasulullah SAW :

“Hikmah (Ketinggian Ilmu) itu adalah buruan orang Mukmin. Maka dimana sahaja ditemuinya, dialah yang lebih berhak memungutnya”

Alhamdulillah, Allah telah mempertemukan aku dengan CSTProduction melalui lidah dan wasilah Ust Azlan Hj Alias, BP PMRAM. Beliaulah yang telah membuka mata ini untuk mengutip hikmah yang tercicir itu agar ia digunakan sebaiknya.

http://l32.sphotos.l3.fbcdn.net/hphotos-l3-snc4/hs614.snc4/59422_158049040888723_100000508851984_440032_569730_n.jpg
Haha.. Ni la dua orang Lan dan kepimpinan PMRAM.. Ust Adlan Dan Ust Azlan.

Baiklah, buat pengguna-pengguna kamera DSLR diluar sana, anda pasti teruja bila mendapat tahu bahawa kemera yang anda gunakan sekarang mampu menghasilkan video yang setanding malah lebih kreatif berbanding video yang dihasilkan menggunakan handydcam ataupun camcoder. Mungkin fenomena ini masih baru dan belum mendapat liputan luas media. Atau mungkin aku je yang terlepas pandang perkara ini sebab Ust Azlan dah bagitau benda ni sebulan dua dah. Cuma tadi baru berkesempatan menyambut tahun baru di pejabat PMRAM lalu beliau menunjukkan siapa dan apa yang dihasilkan oleh CSTProduction di facebook.



Aku memang betul-betul terpukau lah dengan video clip yang dihasilkan oleh CSTProduction. Hanya menggunakan kamera DSLR tetapi scene dan suntingan video yang dibuat cukup menarik. Sebagaimana yang kita lihat hari ini terutamanya mahasiswa/wi di Mesir, baik pengajian Islam mahupun Perubatan, mereka mempunyai kepakaran dan bakat dalam menghasilkan video grafik. Tetapi tidak ramai yang mampu menghasilkan filem pendek. Tidak kurang juga, ramai sebenarnya mereka-mereka yang memiliki kamera DSLR. Tetapi ianya hanya digunakan sebagai koleksi dan kegunaan peribadi. Alangkah elok sekiranya, apa yang kita ada itu kita gunakan untuk menyumbang kepada gerakan Islam. Moga-moga ada juga sahamnya diahkirat kelak. Tidaklah sia-sia. Erti hidup pada memberi.

Dan untuk pengetahuan semua jugak, nama CSTProduction sekarang sedang meningkat naik dalam dunia perfileman terutama untuk video klip perkahwinan. Walaupun klip yang dihasilkan pendek tetapi cukup memuaskan hati dan sebagai kenang-kenangan buat pasangan raja sehari.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1225.snc4/155738_179231902103770_100000508851984_575180_4811794_n.jpg
klik gambar untuk baca

Bila baca artikel dan berita mengenai CSTProduction ni agak sedih jugak sebab kamera -kamera DSLR yang mereka sebut hanyalah Nikon D90 & D5000, Canon 5DMarkII & Canon 500D. Aku yang guna kamera cikai ni nak letak mana? Haha.. Tapi lepas dibedah siasat, kamera aku antara yang tercanggih jugak la diantara kamera-kamera yang mereka sebutkan. Siap boleh sambung external microfon, kualiti gambar sehingga 18megapixel, qualiti video High Definiton (HD), dan banyak lagi la. Fuh, alhamdulillah, tak sia-sia jugak bergadai tanah dan unta untuk memilikinya.

Ramai yang kata aku banyak duit, huhu.. Tapi kalau korang chek dalam bank ada RM12 je.. hehe.. Tapi kalau dah minat tu, kot mana pun ada je duit tu.. Aku minat dengan dunia fotografi ni 2,3 tahun lepas. Geram jer tengok bila ada orang guna kamera DSLR. Masa aku takde kamera dulu, pinjam-pinjam je orang punyer. Pastu mula ada kamera kompak sendiri. Murah jer, gambar pun boleh la setakat 7megapixel. Tapi sebab pandai edit dan adjust, gambar tu jadi cantik dan setanding dengan kamera DSLR. Hehe.. Ramai jugak yang tertipu, sampai segan aku dibuatnya. Yela, mana la tak segan. Ade ke kamera kompak, (walaupun bentuk dia macam DSLR orang kata mahal) Huhu.. Bila aku datang je, "Eh, amin amik gambo la. Kamera mahal, kamera mahal" waa,,, sadis sungguh masa tu. Kadang-kadang malu sangat, gambar tak seberapa pun, orang yang lebih-lebih..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1205.snc4/155738_179231905437103_100000508851984_575181_2154273_n.jpg
Klik gambar untuk baca

Alhamdulillah, berkat pertolongan sahabat-sahabat, aku sekarang dah ada kamera sendiri. Terima kasih semua. Sebab diorang tengok aku ni minat sangat amik gambar kot, sampai aku dilantik jadi ketua fotografi PMC PMRAM. walaweh.. masa tu takde kamera pun. Cuma bergaya orang punya je. Hehe.. Pelik2.. Korang bayang la, Ketua Fotografi, tapi kamera pun xdak.. ape cer? Huhu.. Tapi aku rasa boleh agak, semua tu kes aku amik gambar masa Muktamar Sanawi PMRAM kali ke 77 awal tahun ni dan aku publishkan gambar-gambar tu kat blog nih. Tiba-tiba je rating blog nih melonjak naik. Sampai tahap 500orang sehari. Pergh.. masyuk wo kalau aku lelong blog nih mase tu.. Mesti ribu-ribu. hehe.. Rupanya, lepas disearch dengan makcik google. Memang tak pernah orang tayang gambar-gambar sempena Muktamar Sanawi. Patut la orang nak tengok sangat.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1205.snc4/155738_179231908770436_100000508851984_575182_5778611_n.jpg
Klik gambar untuk baca

Maka, bermulalah episod baru dalam hidup aku. Hehe.. Bersambung..

Ok, bersambung daripada episod yang lepas. Aku ni kalau dah berenti menaip alamatnya memang takkan tulis la sampai bila-bila. Huhu.. Kecuali la dapat hidayah baru la nak tulis. Maka, lepas daripada muktamar itu aku rasa bertanggungjawab pulak, yelah. PMRAM sebuah gerakan Mahasiswa yang menjaga kebajikan Mahasiswa/wi Malaysia kat Mesir ni. Umur pun dah 80 tahun nak masuk 81. Tapi masih ramai yang tak kenal siapa dan apa itu PMRAM. Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir. Mungkin akan ada yang kata aku ni taksub dan sebagainya. Ikutlah apa korang nak kata, tapi bagi aku PMRAM adalah satu rahmat buat anak-anak Malaysia kat bumi Mesir ni. Dalam PMRAM ada macam-macam, dan dasar PMRAM sendiri untuk menjaga kebajikan dan memberikan kefahaman Islam kepada seluruh ahlinya. Maka, sebagai ahli akulah yang bertanggungjawab untuk berbakti kepadanya.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs186.ash2/44924_164496220244005_100000508851984_478136_422941_n.jpg

Nak berceramah tak pandai, nak mengaji suara tak sedap, nak mengajar? Sesat la jawapnya. Nak memimpin? Silap orang la. Hidup sendiri pun kucar kacir, lagi nak uruskan orang. Maka, dengan minat dan sedikit bakat yang ada ni la aku gunakan untuk bantu PMRAM. Ambil gambar. Tak susah pun, tekan-tekan jer. Tapi kena la tebal muka duduk kat depan ambik gambar orang. Orang kata, kalau nak jadi fotografer hati kena kering. Wat taktau je. Yela, tak malu apenyer. Orang lain semua tengah duduk, tiba2 sorang2 tercegat macam tiang kat tengah orang ramai duk amik gambar. Buang tebiat ape? Lagi la kalau duduk dalam stadium, semua mata tertumpu kat tengah. Aku ni duk pusing la sorang-sorang macam orang gila. Haha.. Tangkap gambar orang, senyum sorang-sorang. Tak senyum apenyer, tangkap gambar orang tengah korek hidung. Terbongkang aku suka.. Ngeh3..



Ok, cerita aku agak kucar kacir sedikit. Ada satu hari tu aku tertengok kat facebook abang aku. Uda. Pergh.. bleh tahan ah gambar-gambar dia. Aku dah syak sesuatu yang mencurigakan. Mesti dia curik kamera orang nih!! Ha.. Kan dah kena tangkap. Hehe.. Aku tipu jer. Abang aku dah beli kamera DSLR la, Nikon D3000. Whoaa.. mase tu jakun lagi, dengar je Nikon yang ada huruf D, tambah plak nombor dia besar-besar memang teruja lah. Cepat-cepat tanya berapa dia beli, kat mana, taknak bagi free ke? Hehe..


Ok, bila dah ada kamera nih, ramai lah yang nak bergaya. Sikit-sikit, "amin, amik gambar" "amin, tembak skali" "amin.. pegi mati.." Erkk.. Daripada aminmenulis tiba-tiba bertukar nama jadi aminmenembak. Haha.. Kureng. Sampai kalau orang tanya, amin mana? Ala, aminmenulis. aminmenulis? aminmenembak kenal la.. Sama la tu.. huhu.. Dulu masa duk aktif berblog, tiap kali jumpa sape-sape. Mesti diorang tanya "amin tak menulis ke hari ni?" "amin, jangan tulis dalam blog itu dan ini" Haha.. Yang lebih dahsyat ada jugak panggil aku paparazi. Walaweh.. Tapi sekarang kalau pegi mana-mana. "Amin, tak bawak kamera ke?" "kat mana ada amin, kat situ ada kamera" huhu..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs787.snc4/66707_178927035467590_100000508851984_572256_4129231_n.jpg

Tapi kalau nak banding akumenulis dengan aku menembak, diorang lebih takut akumenembak. Sebab aku ni jenis senyap-senyap je tembak,. Tup-tup ada gambar diorang. Haha.. Nasib la korang tengah buat apa, baring-baring, tido ke. silap haribulan, korang tengah buang air pun aku snap. habis la korang.. Hahaha.. (buang air disini, bukan berak atau kencing. Sila jangan silap faham, hehe)



Ok, berbalik kepada CSTProduction tadi, mereka ni sememangnya sudah profesional dalam dunia fotografi. Cumanya, skil fotografi itu diubah dan diaplikasikan dalam dunia videografi. Kerana, kualiti dan imej yang dihasilkan lebih cantik berbanding video biasa. Kerana dalam fotografi ada rules-rules yang perlu dipatuhi dan juga efek seperti bokeh, blur dan sebagainya menjadikan video lebih cantik dan menarik. Maka, untuk menjadi seorang videografi yang hebat, korang perlu menguasai ilmu fotografi terlebih dahulu. Kerana setiap gambar yang diambil ada cerita dan kisah yang tersendiri. Semua bergantung kepada cahaya, warna, objek, subjek, fokus, scene atau adegan dan posisi yang diambil. Maka, semua itu diterjemahkan dalam bentul filem ataupun video. Apa yang lebih menarik, selain menggunakan kamera DSLR mereka juga hanya menggunakan IPhone 4 dan Iphone Touch untuk menghasilkan sesuatu video tersebut. Untuk ketahui dengan lebih lanjut. Boleh layari link dibawah ini dan tengoklah hasil mereka.

www.cstproduction.com
Facebook CSTProduction

Youtube CSTProduction


http://digitalmukmin.com/images/20100901004438__dsc2641.jpg

Sebagai kesimpulannya, apa jua yang anda lakukan, baik dalam fotografi, videografi. Ingatlah bahawa tujuan utama dijadikan manusia di muka bumi ini adalah untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Dimana Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Tidak aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepada-Ku" Maka, wajib bagi kita sebagai orang yang bergama Islam, lakukanlah setiap pekerjaan itu mengikut apa yang telah ditetapkan dalam syariat Islam. Seperti mana yang dilakukan oleh Ust Azhar Idrus-(www.digitalmukmin.com) Adam Sanders, Sami Yusuf, Yusuf Islam, Maher Zain dan ramai lagi mereka-mereka yang terkenal dan mahir dalam bidang masing-masing tetapi menggunakan kepakaran tersebut untuk membawa ummat manusia mengenal siapa itu pencipta dan untuk apa kita diciptakan. Kita bukan menolak dunia, tetapi berpada-pada dengan dunia jangan sampai ia menunggang kita, kerana kita hidup hidup hanyalah sementara, negeri akhiratlah tempat kekal selamanya.

1 komen mengomen :: Teruja!! Jom Kuasai Dunia Dengan Kamera..

  1. wahhh...dh bukak langkah sejengkal nmpak...hahaha..xpe min, step by step..lme2 dpt la sebuah empayar sendri...boleh mael nompang sekaki...hehehe..kalau nk bkk mcm CST, mael support amin dri blkng...terus2kn

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers